KENGKAWAN

Friday, January 30, 2009

Bakal menantu ayah

Saja nak masukkan entry nih.. sesi bergotong-royong bersama bakal menantu baru ayah.. hihi. Nih gambar masa bersihkan rumah nenek kat Alor Gajah.


Ini menantu lama.. hihi - my Mamoru tengah sibuk show off depan ayah - konon dia pun terer guna mesin nih.. hahaha (memang terer pun)


Tu dia, nampak tak bakal menantu baru ayah tu (baju biru cerah).. opss.. nampak montot je pulak *ampungggg incik Wan*


Gambar dia lagi.. nampak sipi-sipi je. Jadi laaa.. nanti aku close up gambar derang bertunang Ahad nih.

Pre-anniversary

Terima kasih Mamoru!!


*love.. hugs.. kiss*

Harap aku rajin pakai rantai nih.. hihi. Sebagai seorang perempuan, aku memang suka memender yg bling-bling.. cuma part memakainya tu, aku adalah sedikit malas. Jangan rantai nih jadi senasib dengan cincin merisik & cincin tunang aku udah laa.. Kemas tersimpan dalam laci - kes malas nak pakai.

BBQ kat kampung

Kalau dah berkumpul gegamai kat kampung, memang tak sah laa kalau takde xtvt bakar-membakar nih. Seronok tau..

Layan gambar je lah.. penat arr nak taip bebanyak.. banyak lagi entry yg beratur nih tau.. hihi


Tengah kacau Mamoru masa nak nyalakan api BBQ


Adik-adik aku + adik tiri (baju merah)


Antara yg jadi santapan malam tu.. ayam blackpepper


Kepah & jagung..


Ayam berempah dan... satay (takde dalam gambar)

Ladang jagung baru

Semoga Tuhan sentiasa murahkan rezeki ayah (aminn).

Ayah aku dah dapat projek tanam jagung kat tempat baru. Kali nih bebtul kat dalam kampung aku (alhamdullilah). Kawasan tanah dia tak lah seluas ladang kat Ayer Limau. Tapi kira ok lah. Lagipun, ayah memang dah lama ngidam nak dapatkan kawasan nih. Dekat sikit dengan rumah kami.


Tengah tengok jentera nih tolak pokok. Lapang & luas mata memandang.. kalau tak, kawasan nih boleh kira hutan dah..


Gambar posing harusss ada.. nih dengan ipar duai sepupu sepapat semua.. Aku yg paling tua kat sini.. Maklum laa, anak sulung cum cucu sulung! Cuma baby aku je tak merasa jadi cicit sulung.. hihihi


Kawasan tanaman jagung yg baru nih bebtul terletak kat belakang rumah nenek aku :)

Tak sihat

Maaf ya kengkawan. Aritu janji nak update masa cuti kat kampung.. tapi nan ado. Jadual akak padat dik nonn! Tambah pulak, akak tak berapa sihat.. tsskkk.. nyaris nak kena admitted kat HUKM tau.. Bengang je doktor kat spital malam aritu sebab akak berkeras tamau masuk ward sampai dia WARNING akak jangan salahkan dia kalau apa-apa jadi kat akak or baby dalam perut nih.. tssskkk..

*isk, tak suka lah bahasakan diri as 'akak' nih.. back to normal ok*

Ekceli, aku pun tataw apsal tetiba je malam selasa tu perut aku jadi tegang semacam sampai bahagian pinggang sebelah kanan rasa sakitttttt sangatttttt! Camner nak describe ek? Rasa sakit tu, sekejap datang.. pastu hilang.. pastu datang balik. Masa kali pertama sakit tu, aku boleh tahan lagi. Aku try duduk dendiam dalam 5 minit pastu dah tak rasa sakit dah. Kali kedua kena.. fuhhh.. menangis ok - nak berjalan pun tak boleh!

Yang kelakar malam tu, aku yang sakit, Mamoru pulak yg panik gila. Nyaris dia terlupa nak amik aku kat depan lift.. hihi (dia dah terlajak drive ke guard house). Kalau tak, kompem Mamoru drive sengsorang pegi spital. (Adik pompuan no. 6 yg cerita kat aku pasal nih - taim tu aku dah tak sedar apa-apa sebab tengah tahan sakit).

Lama ok aku kena tunggu kat dalam bilik rawatan HUKM. Rasa nak je aku keluar ajak Mamoru pegi Al-Islam. Tapi dalam keadaan sakit tak boleh berjalan camtu, aku pasrah je la tunggu doktor datang. Lebih gerun bila nurse kat situ bogelkan aku (bahagian bawah je lah). In-case kekalau doktor nak cek 'bahagian' tu. Aku dengar nurse tu cakap, pasal contraction. Taim tu aku dah cuak.. contraction??? Bukan ke mender tu jadi saat nak delivery ke?? Ohhh.. tidakkkkk.

Seram sejuk aku dibuatnya. Memacam mender aku duk fikir taim tu. Yelah, kenapa boleh ada contraction??? Kenapa tetiba je? Padahal sebelum nih, aku sihat.. aku kuat. Lagipun kandungan aku baru masuk bulan keenam. Takkan kena deliver dah? Kelengkapan baby pun tak cukup lagi. Dalam berfikir tu, aku teringat pasal entry kat blog Umi Mia - dia lahirkan baby premature masa kandungan dia 6 bulan.. ya Allah gerunnya aku!

Susah ok nak bertenang dalam keadaan camtu. Dengan sakit yang kekejap datang, kekejap hilang.. dengan takut masuk hospital - takut ntah sape-sape doktor cek 'bahagian bawah tu' (esp doktor lelaki / doktor pelatih).. takut kena operate.. takut apa-apa jadi kat baby.. etc..

Dalam menahan takut & sakit tu, aku baca je apa-apa surah yg aku ingat. Sekejap tu, baby aku duk aktif bergerak. Lega sikit rasanya. Aku borak dengan baby.. pujuk dia jangan keluar sekarang. Memang aku tak sabar nak jumpa baby.. nak dukung baby.. tapi, aku tak sanggup tanggung risiko kalau baby lahir sekarang. Baby aku pulak, macam pepaham je aku tengah risau. Kemain lagi dia melompat-lompat kat dalam tu - nak hiburkan hati aku kut.

Alhamdullilah, nasib baik takde apa-apa. Dannn nasib baik doktor perempuan yg attend aku. Dia takde la cek bawah tu cuma buat ultrasound & cek urine je. Dia sendiri pun tataw apa situasi aku sebenarnya. Dia suruh aku masuk ward malam tu. Tidakkkkkk.. aku dah la tak suka masuk ward. Lebih tak meyakinkan aku bila doktor tak dapat nak detect aku sakit apa. Kangggg.. kompem aku jadi lab rat - kena cucuk sana-sini sampai lembik. Kalau dapat doktor yg sama takpe.. kena pulak tukar-tukar doktor.. fobia aku jadinya.

Masa doktor tu prepare dokumen nak daftarkan aku, senyap-senyap aku sarung seluar & keluar cari Mamoru. Depan Mamoru aku merengek macam budak kecik tanak duduk ward. Aku suruh dia bawak aku balik rumah. Memula, Mamoru macam refused tapi bila aku convinced kan dia yang aku & baby ok, baru Mamoru setuju.

Kat rumah, Mamoru dah packing baju aku dalam beg (in-case kalau aku kena masuk ward - lawak je dia nih tau) Mata pulak memang payah sangat nak lelap. Perut aku still tegang & sakit tadi masih terasa (cuma tak la teruk macam memula kena tu). Tapi aku dah tak kisah sangat. Sebab hati aku yakin sangat yang sakit aku malam tu takde kena mengena dengan baby. Mungkin sebab aku terlalu aktif masa kat kampung kut.

Esoknya, alhamdullilah.. dah lega sikit. Mamoru siap amik EL temankan aku pegi buat medical check-up kat Al-Islam. Bertambah lega bila dengar penerangan doktor tentang sakit aku - takde yang serious pung (oh, btw, ini adalah kali pertama aku pegi Al-Islam - aku jatuh cinta dengan tempat nih!)

Ok lah.. nak buat keje sat.. bestnya dapat keje sehari je dalam minggu nih kan? Lagi best kalau aku amik cuti terus.. hihi.

Anw, ada berita tergempar nih.. adik no.6 nak bertunang Ahad nih!!! Mengejutkan sangat kan? kan? Ekceli, plan sebenarnya nak merisik je.. tapi knowing my family kan tak suka nak lambat-lambat kan perkara baik, derang suruh je keluarga pihak lelaki datang meminang terus! Hahhh amikkkkk.. terketar-ketar adik no. 6!! Mana taknya, kena buat preparation dalam masa kurang dari 5 hari untuk bertunang!! *abes lah baju tunang pun tak sempat nak tempah huhuhu*


Nih bekas-bekas hantaran yg masih kosong lagi.. Bertungkus lumus adik no.6 dan adik no.7 siapkan. Aku just guide cara membuat je.. derang did the rest. Maklum, aku kan sakit.. kalau tak, dah lama aku buatkan.

InsyaAllah, malam nih aku bertolak balik Melaka lagi. Nak uruskan hal kenduri pulak. Harap kesihatan aku bertambah baik & harap semuanya berjalan lancar!

Friday, January 23, 2009

Cuti panjang datang lagi

Semalam aku cuti.. hihihi. Ada hal kat Melaka (balik pagi, tengahari dah sampai KL balik semula) & kat Prince Court Medical Centre (huiii.. sangat lawa hospital berkonsepkan hotel 5 star ini tau - kagum). Pasal tu semalam takde entry - penat ok.

Malam nih, balik Melaka! InsyaAllah, semua adik-beradik & ipar duai berkumpul kat Melaka cuti raya cina nih - NOo.. bukan pasal nak makan besar (ala-ala cina), tapi pasal nak makan jagung! Ingat tak dua / tiga bulan lepas kami bersusah payah mengangkut baja tahi ayam untuk batas jagung ayah? Now pokok jagung ayah dah ada hasil uollsss! Seronok laa balik kali nih.. boleh makan jagung sampai pengsan!

Nanti aku amik gambar ladang jagung ayah & tempek kan kat sini. Jangan risau dik nonn, aku akan tetap update blog dari kampung.. tunggu... hihihihi.


*Ini gambar malam tadi.. tengah tunggu hujan reda nak pegi pasar malam. Saja tutup perut dengan bantal.. hihi. Nanti aku amik gambar perut aku yg dah masuk bulan ke-6 hari nih (kejap je kan?)!!!!!*

Ok, hepi holiday kengkawan semua! Berhati-hati di jalan raya atau dimana saja korang berada!

Award paling best!

Aku terharu nih. Esp, bila dapat tahu ada blogger yg suka baca cerita aku. Rasa dihargai sangat.

Sejujurnya, aku tak ramai kawan (selain dari kawan gunung yg aku jumpa hanya masa aku pegi mendaki gunung). Seriyes nih tau. Mungkin sebab cara hidup aku yg lebih kepada keje & nak jaga adik-adik buat aku takde masa nak keluar jumpa kengkawan lain. Apatah lagi nak buat kawan baru. Kalau ada pun aku cerita pasal aku keluar jumpa memember tu, sila take note yerr yang itu semua adalah kengkawan Mamoru (yang aku dah 'angkat' secara tak langsung jadi kawan aku hihihi *tak maluuu*)

Luckily, aku ada blog nih. Dari sini, aku dapat ramaiiiii kawan! Biarpun aku tak pernah jumpa kengkawan yg selalu baca blog nih, tapi bila dah selalu berborak kat sini, aku rasa macam dah kenal lama.. kan korang kan?

Award nih aku dapat dari cik Biqque. Dia nih kawan kepada Salhazira (member gunung). Tapi dia kenal aku bukan melalui member gunung aku tu.. dia kenal aku thru blog nih :)



To cik Biqque, mekasih ya! (esp for special entry tu - terharu ok). Harap, persahabatan kita berkekalan sampai bebila! *big hugsss*

Wednesday, January 21, 2009

Dapat dua award

Ok, award yg pertama nih, aku dapat dari Rose. Tag yang nih kena tulis note sikit.. ok ok.. Apa pun, tenkiu ya Rose!




Ten Honest Things About Me:
  1. Aku datang dari keluarga semekin. Adik bradik gamai. Ayah pulak keje tak menentu - tak berharta. Banyak konflik dalam famili masa aku kekecik dulu. Arwah mak aku bukan menantu pilihan. Derang divorced masa aku 10 tahun (tapi rujuk balik 5 tahun pastu). Life aku banyak memender sedih je la - malas nak cerita.
  2. Dari kecik aku dah start berdikari. Kumpul duit sendiri untuk belajar, kumpul duit sendiri untuk bina cecita & life aku kat KL nih.. dan sekarang, kena kumpul duit sendiri untuk tanggung adik-adik pula. Kengkadang, aku jeles bila tengok life orang lain yg serba serbi ada mak-ayah untuk diharapkan (e.g., nak kahwin mak-ayah support, dapat baby mak-ayah turut belikan persiapan, nak belajar mak-ayah kasi duit.. etc - beruntungnya orang macam nih) Tapi takper, aku tau tu nasib memasing. Dan aku bersyukur dgn apa yg aku ada.
  3. Pernah tersilap langkah dalam berkawan.. kena tipu, kena tanggung hutang orang.. tapi alhamdullilah, aku bersyukur semuanya terjadi. Kalau tak, aku takkan dapat apa yang aku ada sekarang nih.
  4. Dulu, taim belajar aku amik ijazah Ekonomi (sebab aku minat gila subjek tu dari sekolah menengah lagi) tapi macam tak guna je sekarang nih.. sebab aku keje buat event.. hahaha. Sebab tu, aku pilih course lain masa amik Master.
  5. Aku mungkin nampak lemah lembut. Tapi aku sendiri boleh terkejut dengan sikap berani membuta yg boleh ada secara tiba-tiba (esp dalam keadaan aku ditekan / tertekan) . Contoh: Kalau ada orang yang potong Q atau orang lelaki menggatal & suka buat seksual harrasment. Memang lantangggg mulut aku memaki orang tu dengan kasarnya sampai orang tu malu & blah dari situ. Lagi satu, seriyes, aku tataw macam mana aku boleh tumbuk orang yg lagi besar dari aku semata sebab dia pukul adik aku.. huhuhuhu (tuu cerita dulu kala - jangan tanya)
  6. Aku penah jalan kaki satu KL masa memula datang KL taim baru grad dulu sebab nak jimat duit bayar tambang bas (sebut je ceruk mana kat area KL nih - semua aku penah jejak). Taim tu aku keje sementara sebagai salesgirl. Mana cukup gaji nak bayar duit sewa, duit tambang gi keje, duit makan, duit pergi cybercafe taip resume, duit print resume, duit tambang gi interview, etc lagi. sakitt woo. Beruntung adik-adik aku sekarang sebab tak perlu lalui apa yg aku pernah tempuh 8 tahun dulu.
  7. Pertama kali aku berpeluang kenal & sentuh komputer masa hari pertama aku masuk universiti (room-mate aku punya) - serious aku buta komputer taim tu. Maklum lah, orang semekin. Aku teringin sangat nak belajar Words, Excel, Powerpoint etc segala.. tapi aku tataw macam mana. Nak suruh room-mate aku ajar (dia budak IT), dia asyik bz je. Tapi, aku pandaiiiii tau.. hihihi. Aku amik inisiatif untuk duduk sebelah dia setiap kali dia bukak komputer & menaip. Dari situ, aku jot down 7 peratikan segala yg dia buat.. kekunci yg dia guna.. etc. Sampai akhirnya, aku berjaya belajar semuanya sendiri (tak payah sesusah gi kelas komputer - dulu yuran nak belajar komputer pada aku adalah sangatttt mahal). Sekarang, lebih advance lagi.. aku dah ada hubby yg pandai pasal komputer.. hihi!!
  8. Aku geli pada ulat.. kalau bagi katak, tikus, lipas, etc.. still takper lagi. Asal jangan ulat. Boleh bergaduh wooo kalau orang acah-acah aku dengan ulat nih. Tapi, yg aku pelik tu, dengan pacat boleh lak aku tolerate lagi.. padahal pacat tu kategori ulat laaa jugak kan??
  9. Aku tak pandai nak makan style western. Even Chillis, TGI Friday & ntahaper segala western punya restoran aku tak penah jejak lagi (kecuali restoran makanan segera e.g. KFC McD). Bukan tanak, tapi aku tak reti arr nak order apa. Lagipun, tekak aku tak lalu sangat nak makan style western nih - tak kenyang. Unless taim aku buat event laa kan - yang tu memang tak boleh lari dari set dinner western style. Tapi yang tu pun tak memerlukan aku bersusah payah buat decision nak makan apa.
  10. Adoiyaiiii.. banyaknya nak kena taip.. Rose, 9 je udah lah ek.. maaf nahh.

Award yang kedua nih pulak aku dapat dari dari Erlyda. Comel je ayat dia. Terima kasih ek sudi ingat saya kat sini. Semoga persahabatan kita kat alam maya nih berkekalan selamanya! *hugs*


Tuesday, January 20, 2009

Onde-onde buah Melaka

Lamaaaa dah tak share resepi kan? hihihi.. Maklum, semenjak dua menjak aku pregnant nih, Mamoru tak benarkan aku ke dapur - bahaya katanya. Takut sangat aku kepenatan. Tapi biasalah aku.. mana boleh duduk diam. Part ke dapur nih memang aku 'lawan' sikit cakap dia. (ampun b). Maunya tak, kalau diikutkan sangat, alamat kami makan kat kedai hehari laa gamaknya.. (tak pun makan lauk sambal je hehari - sebab Mamoru just tau masak sambal je.. hihihihi)

Ok, berbalik pada resepi onde onde buah Melaka. Resepi nih aku dapat dari nenek (belah ayah). Senang je nak membuatnya.. tapi kena lajuuu.. (esp taim nak masak) Jom layannn cecara membuatnya.


Bebahan yg perlu ada, seketul gula melaka (racik kekecik sebesar dadu), sekampit tepung beras (aku guna setengah kampit je) daun pandan (dikisar untuk dapatkan air kaler hijau yg ori), kelapa parut (amik bahagian putih je - kelapa jangan tua sangat) & sedikit garam.


Memula uli tepung pulut dengan air daun pandan yg hijau tu (jangan lupa bubuh garam ye).. kalau nak senang, guna pewarna hijau je. Tapi aku suka yg ori sebab bau pandan tu sangattt membangkitkan selera tau.


Lepas siap uli, amik sedikit adunan tepung tu dan bulat kan cam gini hah. Agak-agak laa nak besar mana. Kalau ikut style Mamoru, kalau boleh, dia nak buat bulat besar kuih pau je - senang bubuh seketul guna Melaka.. hihihi. Ohh.. jangan tatau, Mamoru turut menyumbang tenaga menggentel kuih nih tau!


Lepas tu, penyet kan sikit bahagian tengah dia dan masukkan seketul gula Melaka. Tutup elok-elok dan bulatkan semula. Adunan yg dah siap sila masukkan dalam rebusan air yg mendidih


Kuih yang dah masak akan timbul kat permukaan air mendidih tu. Just kaut guna tapis dan golekkan dalam kelapa parut (yang dah digaul dgn secubit garam) - Nih part Mamoru - pandai dia menggolekkan kuih nih dalam kelapa tau.. (itupun selepas aku larang dia gentel adunan - takut tak sama saiz kuih aku kang). Tapi yang aku pelik tu, tak penuh-penuh pinggan kuih yg Mamoru susun tau - rerupanya, sekali golek dalam kelapa, sekali dia ngapppppp dalam mulut. Alasan dia? Nak testinggg... yo laa tuu - testing sampai licin pinggan hihihi.


Dan taddaaaa... sila hidangkan serta merta. Sedap dimakan taim panas (ada orang suka makan taim sejuk). Maaf, sebab tak berapa nak nampak rupa kuih nih sebijik-sebijik - Mamoru bubuh kelapa parut sampai membumbung penuhnya.. (layan kan je). Anw, sodap tau.. (tak caya tanya Mamoru.. hik)

Rambut



Ini adalah gambar tanpa tujuan.. ahahaha. No, no, no bukan gambar baru bangun tido ok. Nih gambau sebelum tido. Kalau taim bangun, rambut aku harus lagi kusut masai dari tu.. hihihi.

Aku nak ubah pesen rambut. Tapi tak decide lagi sama ada nak perm lite-lite atau nak straight kan je. Tengah berkira-kira rambut camner yg lebih manageable bila taim berpantang nanti?

Mamoru suka rambut camnih. Panjang & ikal. Nampak seksi katanya (sexy tang mana tataw hik). Aku lak suka straight - lebih kemas (ekceli dah lama nak buat rambut jenis bob - tapi sesuai ke dgn muka aku yg tembam nih?)

Hm.. takper, kita biarkan Mamoru layan rambut 'sexy' nih dulu. Agak-agak tahap rimas aku dah memuncak hingga ke tahap dewata raya nanti, aku kasi cantas je.. hihihi..

Monday, January 19, 2009

Jom borak

Jom layan aku borak kosong taim pepetang nih..

Pasal 1st Wedding Anniversary kami

Beruntung betul kami tau. Anniversary pertama nih jatuh pada public holiday (08/02/09). Kebetulan pulak Thaipusam jatuh pada hari Ahad, makanya cuti Thaipusam forward ke hari Isnin la kan (betul kan? kan?). Boleh bangun lewat sikit lepas penat bercelebrate.. ahahaha.. (ops, macam ada double meaning kat situ.. hihi)

Bercakap pasal anniversary, ekceli aku dah ada plan sendiri. Konon nak sambut style candle light dinner kat ***** ****** (maaf dirahsiakan). Dah siap booking tempat tu awal-awal lagik tau (tak silap aku, dari awal januari aritu aku dah book). Mengenangkan Mamoru bukan type yg suka bila dapat tahu memender yg last minit / mengejutkan, aku inform dia pasal port dining tu awal-awal.

Tapi.. tsskkk.. Mamoru refused uolss.. Dia suruh kansel. Dia cakap, dia bukan tak suka idea nak bercandle-light dinner nih, cuma... dia tak setuju amount yg bakal di belanjakan hanya untuk dua orang punya makan (walaupun aku yang beria nak keluar duit sendiri). Kata Mamoru, dia lebih suka kalau amount sebanyak tu diguna untuk beli barang baby atau beli barang kemas untuk aku. Pada dia, untuk dia tayah buat apa-apa.. yang penting, aku & baby. Boleh gitu? Tak aci laa kan.. dia ingat dia sorang je nak buat yg terbaik? Aku pun nak yg terbaik juga untuk dia!

Beberapa hari lepas dia mereject plan candle light dinner aku, tetiba je dia start buat plan nak celebrate anniversary kami kat **** (sekali lagi dirahsiakan) - nak memujuk la tu. Interesting kan? Kenapa aku cakap interesting? Sebab, satu perkara tentang Mamoru nih, ekceli dia bukan lah seorang yang romentik. Let say kalau aku menangis pun, dia gelabah tak tentu arah tataw macam mana nak pujuk (habis kuat, dia bagi tisu or tak pun, duk diam membatu macam orang bersalah sementara tunggu tangis aku reda). Apatah lagi nak celebrate hari-hari penting nih - Mamoru memang tak pandai sangat.. hihi. Biasanya, dia akan bagi kad ucapan (dengan dua tiga ayat menyatakan kasih sayang dia) atau bagi hadiah je.

Jadi, bila dia timbulkan idea nak celebrate kat tempat-tempat tertentu, terus aku jadi kagum sangat - walaupun aku tau, idea tu banyak dipengaruhi oleh boss dia.. hihi.. *thanks ek, sebab ajar my busyuk tu*.. (ohh, boss Mamoru turut baca blog aku tau!).

Jadi untuk memberi semangat kat Mamoru supaya lebih romentik, maka aku dengan ini, rela mengkanselkan booking yg aku buat kat ***** ****** hihihi. Jom sambut dengan cara Mamoru kat tempat yg dia pilih. Lagipun Mamoru dah beria sangat tuuu. Sanggup dia reject trip xpdc dengan kengkawan baik dia semata sebab pentingkan aku. Nampak sangat kasih sayang dia yang tak berbelah bagi kan? Indahnya perasaan bila disayangi.. *love u so much omei-omei*


Pasal baby

Hm.. macam mana nak tulis ek. Aku ada sedikit rasa hairan (rasanya 'hairan' bukan perkataan yg sesuai untuk digunakan).

Macam nih, aku agak pelik (again, aku rasa 'pelik' bukan perkataan yg sesuai di sini) bila dengar atau baca kat blog tentang perasaan seorang ibu terhadap anak dia (esp baby yg baru lahir).

Contohnya, bila ibu-ibu yang baru bersalin hantar anak dia ke nursery. Derang macam tak boleh berpisah langsung dengan baby tu. Sampai aku pelik bila derang luahkan rasa rindu yang menggila.. risau yang tak bertempat.. padahal derang baru je beberapa jam tak jumpa baby. Lebih menyentuh hati aku, bila ada ibu-ibu yang sanggup habiskan lunch hour dengan melawat baby derang kat nursery. Macam kan balik keje kang tak boleh jumpa, kan?

Aku pelik, kenapa aku belum dapat feeling camtu (walaupun kandungan aku dah genap 5 bulan)? Macam mana rasa dia ek? Sama ke macam rasa rindu aku hehari kat Mamoru? Sama ke macam risau aku kat Mamoru setiap kali dia kena travel jejauh?

Bila agaknya ek aku dapat rasa camtu? Kena tunggu kandungan aku berapa bulan? Atau aku kena tunggu saat-saat baby aku lahir baru perasaan tu datang? Aku confuse lah.

Lagi satu aku pelik.. macam mana rasanya bila baby dah lahir nanti? Macam mana aku nak bahagikan kasih sayang antara Mamoru & baby kami? Agak-agak, timbul tak keadaan dimana kasih sayang aku terlebih atau terkurang untuk salah sorang antara mereka?

Fuhhh.. dasat betul persoalan yg bermain dalam kepala aku nih kan? Tapi aku serious nih tau. Para ibu-ibu yang berpengalaman, sila bantu saya ya.. hihihi.

Ok, nak balik umah dah.. nak jumpa Mamoru - rindu sangatttt.. Selamat melayan persoalan merapu aku nih ya!

Mamoru reject trip gunung?

Malam tadi ada meeting geng Explore Adventure Team (EAT). Derang buat kat rumah aku.. hihi. Plan asal nak jumpa kat kedai mamak depan rumah tapi bila memasing tanak ketinggalan tengok AJL 23, kami pun offer derang meeting kat rumah kami je.

Teruja aku masa dengar plan derang nak mendaki gunung Bujang Melaka awal bulan depan. Ekceli, bukan teruja sebab gunung tu, tapi.. teruja sebab hampir semua yg pergi xpdc nih semuanya aku kenal. Dan semua pegi bawak wife & husband memasing! Bestnya..

Aku tengok Mamoru pun macam berminat nak pergi (maklum lah, kawan rapat dia semua join - kira cam reunion ex-classmate dia lah). Tambah pulak kena 'racun' dengan Chua suruh pegi.. bertambah excited la Mamoru. Tapiii... Mamoru tolak uolss!!!! Aku macam tak percaya ok! Padahal, aku sendiri dah bagi green light kalau dia nak join xpdc geng EAT.

Nak tau sebab apa Mamoru tolak trip nih? Sebab tarikh xpdc tu jatuh pada hari Anniversary perkahwinan kami yg pertama. Soooo sweettt kan Mamoru nih. Terharu aku tau. Hmm.. apa ek kejutan dia nak buat hari tu.. hihi.. *berdebar pulak dibuatnya*

p/s: Nak minta maaf kat mummy Gee sebab tak dapat datang kenduri akikah putera sulung dia semalam.. tsskkkk. Ada masa nanti, kita jumpa ek.

Friday, January 16, 2009

Burung apa?

Cuba tengok rupa dia..


Cantik kan? Warna-warni gitu - ada hijau, merah, biru, hitam & kuning gold. Burung nih masih anak lagi - belum pandai terbang (tapi saiz dia lebih besar dari tapak tangan aku la). Burung nih cedera sikit sebab terlanggar dinding masa baru belajar terbang. Adik lelaki no.7 kutip dia kat kolej bawak balik rumah malam tadi. Burung apa nih ek? Korang tau?


Yang nih aku tau - burung Raja Udang. Nih gambar masa kat kampung Melaka aritu. Burung nih tersangkut kat jaring. Aku tak berani pegang. Burung nih suka mematuk tau - sakit jari kalau kena paruh dia yg panjang tu! Mamoru dgn adik-adik aku je yang berani pegang. Ayah aku dah lepas kan burung nih esoknya. Nak bela, tak boleh.. nanti kena tangkap dengan Mergastua.

Me & Mamoru - Part 3

Sambungan dari Part 1 dan Part 2..

Aku pandang Mamoru dgn mata yg hampir terbeliak (tapi kontrol beb). Tetiba aku macam ter-pause gitu. Hilang kata-kata.

Dalam masa yang sama, otak aku ligat berputar - duk fikir ayat yg sesuai untuk elak dari rasa malu berterusan & nak betulkan balik situasi dari jadi lebih awkward.

Ikutkan hati.. nak je aku cakap, "saya pun ada boipren".. tapi nan ado ok. Nak buat guane. Perbualan kami lepas tu berkisar pasal girlfriend Mamoru je lah. Dalam berborak tu, kepala aku duk fikir, dia nih memang setia gila kat awek dia. Bagus lah. Aku lebih selesa kalau tau lelaki yg berkawan dengan aku dah ada awek / tunang / wife nih. So, takde lah gossip atau plan dari kengkawan lain untuk 'matchkan' aku dengan sesiapa (oh, bebudak gunung nih pantang kalau ada awek gunung yg single - memang jadi 'bahan' sakat derang je lah)

Sepanjang berborak, aku berharap sangat Mamoru tak tanya pasal 'boyfriend' aku. Sebab aku tataw nak cerita apa. Tapi dia tanyaaaaa jugak dik nonn.. adusss. Aku jawab simple-simple je lah - aku bagi alasan 'tak ready nak bercinta' (ahahah.. alasan poyo gila - tapi taim tu memang aku takde hati nak jatuh-jatuh cinta nih. Serious ok! Cinta aku hanya pada gunung je.. cewahh). Ekceli, aku tanak cerita detail. Tanak lah dia tertanya-tanya kenapa orang cam aku langsung takde special boyfriend!

Lewat petang tu, flight kami touched down kat LCCT. Pastu kami straight naik shutter bus balik KL. Dan aku tak jumpa Mamoru lagi sebab sibuk dengan xpdc gunung lain pulak.

Life aku pastu macam biasa - asal hujung minggu je, takde tempat lain dah aku tuju selain hutan & gunung. Peluang nak jumpa & lepak dengan kengkawan lain kat KL nih memang jarang ada.

Ada satu hari tu ntah cemana aku boleh keluar dengan Chua - tengok movie. Semuanya gara-gara takde xpdc gunung dalam wiken tu. Aku selesa lepak dengan Chua sebab cara dia bercakap agak selamba je. Kasar jugak lah. Aku senang dengan orang camnih. No heart feeling. So, perasaan nak jatuh cinta tu memang takkan wujud dari dedua pihak.. hihi.

Berkawan dengan Chua, secara tak langsung buat aku berkawan dengan Mamoru jugak. Maklum lah derang kan housemate.

Ada sekali tu, Mamoru & Ch
ua ajak aku pegi Kem Ampangan Resort kat Tanjung Karang (lupa nak cerita, Mamoru & Chua nih part time jurulatih kem tau). Aku pulak, jenis apa-apa yg membabitkan hutan / rekreasi nih memang minat bebenor. Aku pun ikut lah derang. Memang seronok dapat tengok cara derang manage student (dari sekolah rendah / menengah). Memacam xtvt derang buat.. suaikenal, senaman, latihan dalam kumpulan, flying fox, mandi lumpur, malam kebudayaan, etc.

Masa kat sana, Mamoru bawak aku singgah rumah nenek dia kat Kuala Selangor (Chua pun ikut sekali). Tuu la first time aku kenal nenek Mamoru. Dari situ, aku boleh agak macam mana life Mamoru.. penuh dengan kesederhanaan. Nenek Mamoru suka bercerita. Dari nenek lah aku tau Mamoru nih anak yatim piatu. Sepupu Mamoru (Tia) pun alami nasib yang sama. Nenek yang jaga derang sejak kecik. Aku insaf sangat dengar cerita nenek. Dalam masa yang sama, aku bersyukur dgn apa yg aku ada. Aku tak boleh dengar cerita-cerita sedih nih, hati aku kecik - mudah sangat tersentuh.


Anw, pengalaman duduk kat Kem buat aku makin bersemangat nak k
esana selalu. Aku suka environment kat sana - dikelilingi sawah padi yg cantik!! Setiap kali Mamoru & Chua ajak pegi Kem, sure aku takkan tolak.

Kali kedua aku pegi Kem, aku berkenalan dengan 'R' - girlfriend Mamoru. Bukan setakat 'R', malah hampir semua adik-beradik 'R' termasuk Zin (Pengerusi kelab KREP) & Kak Lela (orang kuat kelab). Seronok berkawan dengan derang nih sebab derang bukan setakat aktif jadi jurulatih, malah turut aktif mendaki gunung. Ohh.. 'R' bukan budak gunung - sekali sekala je dia layan outdoor.

Apa pun, be it dengan Chua atau Mamoru, dedua pun jarang-jarang aku ada masa nak keluar sesama. Masa aku lebih banyak habis ke hutan..


Lepas dari mendaki gunung Kinabalu (Mac 2006), aku mendaki:


Gunung Nuang (dah 7 kali aku sampai puncak - sib b
aik tak bergelar Hajah Nuang.. hihi)
Gunung Datuk (ntah, tak ingat berapa kali aku jejak puncak gunung nih)

Gunung Ulu Jerneh (gunung paling banyak pacat yg penah aku jumpa setakat nih - kalah Bubu / 4 Bintang)

Gunung Yong Yap (yg nih dah 3 kali dah aku sampai sana)


Dalam bulan June 2006, Chua ajak aku pegi gunung Bujang Melaka dengan geng-geng dia (Explore Adventure Team). Kebetulan Mamoru pun ada, so tu kira kali kedua lah aku pegi mendaki gunung dengan Mamoru (selepas Kinabalu).
Kami pegi secara car pool je. Aku naik satu keta dengan Mamoru & Juju (another bestfriend Mamoru). Chua pulak naik van dengan kengkawan yg lain.

Kat gunung Bujang Melaka nih, sepanjang masa aku layan trek dengan Mamoru. Chua busy trekking dengan sorang awek nih - aku gelar 'A' je lah. Somehow, aku rasa Chua dengan 'A' macam watak dalam cerita Kuch-Kuch Hotak Hang.. ahahaha. Memasing macam ada simpan perasaan tapi suka main sorok-sorok. Tu pasal aku malas nak kacau Chua trekking dgn 'A' - tanak kacau daun
maa.. hik.

Trek kat bujang Melaka agak santai. Sepanjang trekking memang berborak je la keje aku dengan Mamoru. Tapi bukan trekking berdua tau, Juju pun ada sekali. Seronok jugak lah berborak dengan Mamoru. Dia memang totally berbeza dari Chua. Kalau Chua jenis kasar & tak suka layan pasal mender remeh, Mamoru pulak jenis senang dibawak berbincang & merupakan seorang pendengar yg setia.


Masa kat gunung nih, kaki aku terseliuh. Semua gara-gara aku terserempak dengan anjing kat trek. Terkejut punya pasal, aku tersilap step & jatuh. Dah laa kaki aku penah injured masa turun gunung Yong Yap, nih kenaaaa balik.. aduss. Nasib baik pakcik Jaafar (guide - merangkap organizer) pandai mengurut. Terjerit-jerit aku dibuatnya. Sakit oooo.



*Mamoru & me kat kemsait gunung Bujang Melaka (Kampar, Perak - Jun 2006). Nih xpdc kedua aku pegi dengan Mamoru. Style aku bergambar memang tak boleh blah.. hihi. Aku agak kasar tau taim nih - boyish jugak lah)*

Lepas gunung Bujang Melaka, aku pegi panjat gunung Bubu dengan team lain pulak. Kalau tak ke gunung, aku habiskan masa kat Kem - layan bebudak sekolah kat sana.

Start penghujung Julai 2006, aku stop mendaki gunung sebulan - sebab nak focus kat keje. Lagipun aku kena outstation taim tu. Kebetulan pulak aku kekurangan staff untuk arrange event kat Bangi, aku minta tolong Mamoru carikan tiga / empat orang kawan dia yg sudi buat part time taim wiken. Dapat la dua orang. Dan Mamoru turut volunteer tolong sama. Sehari suntuk laaa dia meneman aku kat Bangi.


Taim nih aku dengan Mamoru dah kamceng (bestfriend). Aku offer Mamoru ikut aku pegi xpdc Transtitiwangsa V2 (8 hari masuk hutan) bila aku habis outstation - dia setuju. Nak ajak Chua, dia tak boleh join - taim tu dia baru masuk keje kat tempat baru - tak boleh cuti
sesuka hati maa.

Trans V2 nih bagi aku trip yg amat kelam kabut. Mana taknya, memasing tak sempat nak buat preparation. Aku kena outstation, Mamoru pulak kena gi JB - ada kursus jurulatih Tahap 2. Kami jumpa pun masa nak gerak naik tren bertolak ke Sg Siput.


Memang cemacam lah halangan dalam trip nih. Dengan kak Mai (team aku) kena tipu pasal ration - terpaksa lah kami pikul makanan dalam tin untuk 8 hari dalam hutan - gila berat! Pastu dengan Rain (sorang lagi team aku) yang give-up dan patah balik KL - padahal, taim tu kami dah separuh jalan mendaki gunung Yong Yap. Aku dapat tahu Rain sebenarnya dah lama tak mendaki gunung. Tuu yang tak cukup stamina. Nasib baik dia buat pilihan bijak untuk tarik diri masa hari pertama mendaki. Buatnya dia paksa diri untuk follow kami jugak, ada yang terpaksa keluar hutan pakai stretcher buatan sendiri gamaknya.

Tapi yang azabnya kami lah - jadi keje pulak nak memikul barang-barang yang Rain tinggalkan.. tsskkkkk.
Malas arr pulak nak tulis balik pengalaman aku dengan Mamoru sepanjang 8 hari dalam hutan. Kalau korang nak tau dengan detail cerita pasal trip 8 hari nih, sila klik kat XPDC Transtitiwangsa V2 (take note: dalam log tu, Mamoru adalah Fazi)

To be continued.. (macam biasa lah kan..)


Nanti kan episod seterusnya.. part di mana ramai kengkawan gunung sangka aku dah ada 'boyfriend baru'.. and NOooooo.. its not Mamoru.. hihihihi.

Thursday, January 15, 2009

Mamoru dah rasa!

Ops.. jangan fikir lain ok.

Malam tadi, masa berdua-duaan golek atas sofa, aku mengadu kat Mamoru;

Aku: "Baby kita ni kan b, asyik gerak je dari tadi tau.."

Mamoru: "Dia gerak macam mana?"

Aku: "Kekejap kang cucuk ad belah kanan, kekejap kang belah kiri.."

Mamoru: "Sayang sakit tak bila dia gerak?"

Aku: "Takde lah.. rasa geli-geli je, macam kena geletek"

Mamoru diam pandang aku. Maybe cuba membayangkan macam mana rasa kena geletek dengan baby kut.. hihi. Kesian Mamoru tak dapat nak rasa semua nih. Dia just boleh dengar aku bercerita je lah.

Aritu aku ada lekapkan tapak tangan Mamoru untuk rasa pergerakan baby. Tapi ntah naper, baby tanak gerak bila tangan Mamoru ada atas perut aku (dia malu kut?). Mamoru pun penah lekap telinga kat perut aku semata nak dengar baby bergerak - tapi nan ado ok. Dengar bunyik perut aku berkeriut ada lah.. hik.

Malam tadi, aku sesaja try sekali lagi - aku tarik tangan Mamoru lekapkan atas perut. Kali nih aku tekan belakang tapak tangan Mamoru kuat sikit ke perut aku (masa buat nih, kami tengah baring tengok tv). Tak sampai berapa saat pastu, Mamoru terjerit;

Mamoru: "Sayang!! Sayang rasa tak tadi?!!" (terbeliak mata dia pandang aku tau)

Tergelak aku dibuatnya. Aku angguk sambil senyum. Akhirnyaaaa.. Mamoru berjaya rasakan gerakan pertama baby kami! Sweet sangat perasaan malam tadi.

Ekceli aku pun terkejut sebab bagi aku tu movement yg paling kuat baby dalam perut nih buat tau - bebtul bawah tapak tangan Mamoru. Rasa macam baby tunjal tapak tangan Mamoru.. hihihi.


Lepas tu.. haa.. jangan cakap lah, Mamoru duk ralit letak tapak tangan dia kat perut aku tak bergerak-gerak. Tak puas rasa sekali katanya.. tapi pergerakan lepas tu takde lah kuat macam tadi. Ada la sesikit, tapi slow sangat - aku je yg boleh rasa.

Sabar ya b :)

Wednesday, January 14, 2009

Cari info breastfeeding

Hari nih, aku nak penuhi masa lapang dengan surfing tentang breastfeeding. Ada sesiapa nak share info atau suggest website yg sesuai untuk aku jadikan rujukan?

Sekarang nih, aku tengah bersemangat nak breastfeed baby exclusively. Aritu aku ter-tengok program tv untuk baby - cerita tentang khasiat susu ibu. Banyak mender baru yg aku belajar kat situ. Aku jadi tertarik pulak nak tau lebih lanjut tentang perkara nih.

Baru aku tau, rupanya:
  • Bayi yg baru lahir dalam masa sejam, sepatutnya terus diberi susu ibu. Sebab kemampuan bayi menghisap pada masa tu adalah sangat tinggi
  • Dalam masa 3 hari kelahiran baby, susu ibu mengandungi khasiat kolestrum semulajadi yg kaya dengan zat & antibodi yg sangat diperlukan oleh baby.
  • Baby yg minum susu ibu tak perlukan apa-apa makanan tambahan even air kosong sehingga berusia 6 bulan! Yang nih memang buat aku terperanjat tau - sebab, aku biasa tengok orang bagi baby minum air kosong lepas baby tu menyusu. Rupa-rupanya kan, dengan memberi air kosong pada baby tu umpama kita menjirus (flush) & menghilangkan semua khasiat & zat yg baby kita dapat dari susu ibu tadi.
Banyak lagi info yg aku dapat.. kalau nak baca seterusnya, google je tentang khasiat susu ibu kat internet :)

Oh.. semalam dapat cek dari Nuffnang. Teruja aku tengok jumlah bayaran yg aku dapat kali nih - bertambah sekali ganda dari yang memula aritu.. alhamdullilah! Tak sempat nak amik gambar cek tu sebab aku leka main-main dengan eyeshadow baru yg aku dapat semalam - beli online tau.. hihihi. Ohh.. lagi satu rugi sebab tak amik gambar hasil tempekkan eyeshadow oleh "pak andam" Mamoru kat mata aku nih.. hahahaha.. kelakarrr sangatttt!

Tuesday, January 13, 2009

Candid

Perut aku kan, dah besar sikit tau.. dah boleh nampak dengan jelas ok.. hihihi. Sila tengok gambar candid yg Mamoru amik nih.. nampak tak??


Kannnn?

Aku pun terkejut tengok perut sendiri tau. Dalam masa dua minggu dah membulattt!! Fuiyooo!!! Tapi alhamdullilah, setakat nih semua biasa-biasa je. Takde sakit-sakit kaki / belakang bila berjalan jauh atau berdiri / duduk lelama.

Macam gi Kedah wiken lepas, aku rilek je walau terpaksa duduk berjam-jam dalam keta taim pegi / balik. Siap boleh berjalan ke Perlis lagik - tawaf satu bazar kat Padang Besar! Harap, condition aku ok sentiasa sampai lah saat aku bersalin nanti.. *aminnnnnnn*

Konvo adik no.5

Haa.. nih la gambar adik lelaki no.5 konvo kat UUM Kedah wiken lepas. Merasa untuk kali keberapa ntah aku masuk Dewan Mu'adzam Shah taim konvo (bebudak UUM panggil dewan MAS). First time dulu masa tahun 2002 (aku konvo), second masa tahun 2006 (adik lelaki no.3 konvo) dan yg ketiga, tahun nih laa.. 2009.

Apa pun, TAHNIAH untuk adik no.5!!


Gambar dari tingkat atas. Kat bawah tu semua graduan.


Gambar zoom kat atas pentas


Tak dapat nak zoom dedekat - nih taim adik no.5 naik atas stage.


Gambar gegamai lepas konvo


Adik no.5 yg tersenyum sentiasa. Tahniah, Amir!!

Monday, January 12, 2009

Me & Mamoru - Part 2

Sambungan dari Part 1 aritu..

Pagi tu punya lah awal aku bangun. Bersemangat pegi mandi walau water heater kat bilik mandi rosak. Sejukkk yg amatttt. Maklum lah, Mersilau nih kan dah kategori kaki gunung jugak. Suhu sejuk kemain! Rasa macam mandi ais batu je pagi tu.

Lepas bersiap, kami gi breakfast gegamai. Pastu gi daftarkan diri untuk mendaki Kinabalu. Lambat jugak lah kami start mendaki (dalam pukul 9.30 pagi). Sampai 2 orang guide yg lead group kami tak yakin kami boleh sampai Laban Rata sebelum hari gelap.

Tapi alhamdullilah, berkat training naik-turun gunung yg malampau, aku dgn Pokyie berjaya sampai Laban Rata pukul 2.30 petang. Kami trekking sambil berlari! hihihi. Sementara tunggu team member yg lain sampai, kami pegi lunch kat cafe dulu.

Tak lama pastu, sorang demi sorang sampai Laban Rata. Atan & Rock Kapak antara orang yg paling lassttttttt sampai.

Cuaca kat Laban Rata memang sejuk membunuh.. tak sanggup aku nak berjalan-jalan kat kawasan tu. Masa yang ada aku just spend duduk dalam bilik menghadap heater sambil berselubung atas katil.

Aku dapat satu dorm dgn Kak Mai, Chua & Mamoru. Bilik aku ngam-ngam untuk 4 orang je. Tp, incik organizer turut menyelit sama duduk sebilik. Dah jadi berlima kami malam tu. Team member yg selebihnya stay kat dorm sebelah.

Aku ingat lagi peristiwa sengal yg terjadi malam tu. Aku pegi pasang heater sampai tahap maksimum - sampai semua orang dalam dorm tak dapat tidur sebab kepanasan. Aku mana laa tau camne nak guna heater (guna aircond tau ler).. tsskkk.

Pukul 1.00 pagi, Atan dah ketuk pintu dorm - kejutkan semua team xpdc. Kami dijadualkan untuk sambung mendaki pukul 2.30 pagi. Jangan tatau, nak mendaki puncak kinabalu nih bukan boleh buat taim siang. Kami kena mendaki taim tetengah malam sebab nak elakkan kabus yg tebal waktu pagi.

2.45 pagi, aku dah terpacak kat cafe Laban Rata. Lagi sekali kami terlewat start mendaki. Taim-taim nak gerak tu lah, team aku ngengada nak breakfast (ish ish ish).. sudahnya, incik guide suruh separuh dari team kami yg dah siap pegi mendaki dulu. So, aku gerak dengan incik organizer & kak Mai. Chua & Mamoru follow dari belakang. Yang lelain still leka berborak sambil pekena kopi.

Mencabar jugak pendakian ke puncak Kinabalu dalam cuaca sejuk subuh tu. Lebih azab bila kena trekking dengan berbaju baju tebal, ber-glove bagai. Tapi semangat punya pasal, laju je aku pintas semua pendaki lain. Sampai aku sendiri tak perasan yang team member aku jauhhhh kebelakang - aku jalan sengsorang rupanya!

Makin tinggi tahap ketinggian, makin susah aku nak bernafas. Aku start jalan se-slow. Sesekali, aku toleh kebawah - tengok sayup je cahaya headlamp pendaki lain. Dalam tertoleh tu, aku nampak Mamoru! Dia pun trekking sengsorang rupanya. Lega bila dah ada kawan - dapat lah berborak (borak sesikit je sebab memasing kepenatan - nak buka mulut pun tak larat)

Sampai kat Sayat-sayat, PokYie pintas kami. Laju gila dia jalan. Kat sini kami rehat jap. Sempat la refill bekalan air dengan air yg mengalir dari celah-celah batu kat sini. Perjalanan lepas tu memang sangat mencabar. Aku berjalan sambil mata hampir terlelap sebab mengantuk. Betul laa cakap guide kami siang tu, makin tinggi gunung yg kita daki, oksigen makin kurang, tu yg buat rasa mengantuk je.

Bila tengok PokYie ada temankan aku trekking, Mamoru terus gerak sengsorang (mungkin Mamoru ingat PokYie tu boipren aku kut - ye lah, PokYie dengan aku memang kawan baik - mana ada aku, kat situ ada PokYie.. vice versa)

Mamoru sampai puncak Kinabalu lebih awal dari aku. Aku pulak, nyaris nak give up mendaki sebab aku terjatuh dalam lopak air. Dah laa sejuk, kasut basah lak tu - bekuuuuu.. hampir krem kaki aku dibuatnya. Nasib baik PokYie ada. Dia yg paksa aku teruskan pendakian.

Alhamdullilah, aku sampai puncak pukul 5.30 pagi. Taim nih gelap lagi. Tengah aku terkial-kial cari port nak berlindung dari angin kat puncak, aku dengar suara Mamoru panggil aku. Dia menyorok bawah batu rupanya. Kami duduk menyelit celah batu sambil tunggu team member lain.


*me & Mamoru kat puncak Gunung Kinabalu - tengah tahan sejuk nih, see kaki seluar aku basah jatuh dalam lopak air - bekuuuuuu*


*my Mamoru kat puncak Kinabalu - nih taim matahari dah naik*

Tak lama lepas tu Chua sampai. Dia nih memang gamble. Trekking tak pakai glove (rupanya, dia lupa nak amik glove dia dalam beg Mamoru - sepanjang jalan dia terpaksa seluk tangan dalam poket tahan sejuk!).

Tak lama aku stay kat puncak. Asal matahari keluar je, aku dah siap-siap nak turun. Serrrjjuurrkkkk ok - tak boleh tahan! Aku tinggalkan Mamoru & team lain kat puncak. Sampai dorm, aku berkelubung dalam blanket.

Turun dari Kinabalu, kami stay 2 hari kat bandar KK. Pegi menjelajah pulau, snorkling, jenjalan, etc. Banyak xtvt kami buat dalam group. Sampai laa saat nak depart balik ke KL.. kebetulan pulak, aku dapat seat sebelah Mamoru kat dalam flight. Sepanjang dua jam lebih dalam flight kami spend dengan berbual. Masa nih lah kami bebtul ada masa untuk kenal diri memasing dgn lebih dekat.

Tapi.... jeng jeng jeng dalam rancak berborak pasal gunung, pasal keje, etc, tiba-tiba Mamoru bagi statement yg buat aku blur sekejap..

"Saya dah ada steady girlfriend"

Boleh korang bayangkan tak perasaan aku taim tu? I was like.. omaigod, dia nih ingat aku nak ngurat dia ke? Tetiba je aku rasa pipi aku panasss.. Nasib baik kaler kulit aku gelap. Kalau tak sure merahhhh pipi aku dibuatnya.. MALU OK.


*********************************

To be continued.. hihihihi.. Nantikan episod seterusnya perkenalan kami.. dan saat-saat mencabar kami di dalam hutan!

Ayah singgah umah

Ntahapehape je tajuk arinih.. tapi kena tulis gak sebab ayah dah berjaya pecahkan REKOD!

Malam tadi first time ayah, Ibu, nenek, pakcik Wan & makcik Ayu datang rumah - Meriah! Tambah pulak dengan suara sepupu-sepapat aku yg kecik-kecik tu - Kecoh sekejap rumah aku.


Tapi ayah singgah sekejap je lah (sebab dia nak gerak balik Melaka). Tu pun lepas jenuh aku & Mamoru pujuk ayah masa dalam kereta on the way balik dari Kedah tau. Ayah aku nih jenis jarang nak keluar dari Melaka. Ada je alasan dia bila aku ajak datang KL - Takde orang jaga kebun la.. adik-adik tiri aku sekolah la.. Ibu tak dapat cuti la.. cemacam la. Tu yang bila ayah datang malam tadi, aku rasa hepi sesangatttt.

Tak sempat nak amik gambar rumah kecik aku yg penuh dgn sedara mara malam tadi.. hihi. Kelam kabut sangat. Geremm aku kat adik-adik aku. Aku dah sms derang suruh buat air & beli roti canai dari aku kat area Sabak Bernam lagi tau. Tapi takdenya derang nak buat. Kami dah sampai rumah baru derang nak bancuh teh.. tssskkk. Tu yg kelam kabut mulut & tangan aku buat keje.. hihihi.

Lupa bawak kamera laa arinih.. tak dapat nak tunjuk gambar konvo adik lelaki no.5.. tssskkk..

Friday, January 09, 2009

Uniform gunung



Nih gambar Mamoru masa dia pegi xpdc Gunung Besar Hantu (GBH) dua minggu lepas. Tersenyum lebar aku tengok gambar nih tau. Tak pepenah Mamoru pakai sarung tangan kalau masuk hutan . Tapi kali nih dia buang tebiat.. hihi.

Ekceli, kata Mamoru, dia bukan nak pakai sangat pun.. cuma disebabkan sarung tangan tu aku punya (dan disebabkan aku tak join xpdc GBH), tuu yg dia bawak sarung tangan tu. Nak sentiasa ingat kat aku la kiranya.. hihihi - comel je. Bukan setakat sarung tangan, bandana biru yg aku selalu pakai kat kepala tu pun dia bawak sekali (tapi dia ikat kat leher je lah - bandana tu aku beli kat pekan Grik, Perak - masa nak pegi mendaki Gunung Kenderong tahun 2006)

Psstttt.. tujuan aku bubuh gambar Mamoru nih adalah untuk memaksa dia tulis log gunung yg dia pegi aritu.. hihihi. (Note untuk Mamoru: Mana log GBH? Update la kat sini.. Mana lah tau lepas bersalin nanti aD nak mendaki GBH pulak.. hihihihi)

Bercakap pasal pakaian untuk masuk hutan, selalunya, bebudak yg suka mendaki gunung nih ada 'uniform' atau trademark memasing.

Mamoru kalau pegi mendaki, dia mesti make sure dia pakai T-shirt merah! (dia memang penggemar warna merah). Kalau pakai kaler lain, sure tak bersemangat nak mendaki.. hihihi. Bukan setakat baju merah, dengan haversack & rain cover pun merah menyala warnanya. Bagus jugak dia pakai terang-terang dalam hutan - senang aku nak cam dia dari jauh.



Aku? Aku suka pakai baju hitam. Seluar panjang hitam & boxer hitam (boxer aku pakai kat luar tau- tiru superman.. hihihi - ekceli, boxer nih nak elakkan bahagian belakang seluar panjang aku kotor atau terkoyak. Kasut? Aku suka pakai kasut getah je (kasut orang bawak gi menoreh getah) Murah dan selesa sangattt. Mamoru pulak tak boleh pakai kasut getah nih. Kaki dia cepat melecet, so dia pakai kasut mahal sikit - Timberland.

Ohh satu lagi. Aku suka pakai sarung tangan yg berbeza kaler! Ikutkan, sarung tangan aku sama je kaler dia - kaler rainbow. Tapi, dah tinggal sebelah je.

Korang nak tengok mana peginya sebelah lagi sarung tangan rainbow aku? Sila perati gambar dibawah.



Nampak tak? Itu lah Arman. Dia dah amik sebelah sarung tangan aku masa kami pegi xpdc Trans V2 dulu. Ada ke dia pegi tukar sebelah sarung tangan dia dengan sebelah sarung tangan aku masa last day kami kat Kem Kasut? - Nak buat kenangan katanya. Tak pepasal aku pakai sebelah kaler rainbow, sebelah lagi kaler pink (Arman punya) sampai sekarang! (ohh.. aku tak suka tukar sarung tangan / baju baru sebab pada aku, baju yg aku selalu bawak masuk hutan tu ada sentimental value yg sangattttt tingiiii. Kenangan beb!

Tsskkk tetiba je rasa rindu nak masuk hutan pegi mendaki lagi.. ntah berapa lama agaknya aku kena 'bercuti'..

Hepi wiken, geng!

Perut aku makin keras lah. Dah tak selesa kalau baring menelentang. Lagi teruk, kalau tengok movie kat ruang tamu, dah tak boleh baring dengan Mamoru sesama atas sofa. Buka sebab tak muat.. tapi perut aku sensitif sangat kalau tertekan dengan badan Mamoru. Senak je rasa.. tssskkk.. Camne nih? Camne nak melekat manja-manja dengan Mamoru nih?

Kalau ada gak rerasa nak baring sesama atas sofa pun, kena ubah style lain. Kepala Mamoru kat hujung sofa sebelah sana; kepala aku lak kat hujung sofa belah sini (nasib baik sofa 4 seater tu panjangggg) So, boleh main laga-laga kaki je laa.. tsskkk.

Stop merungut jap.

Aku rasa cam nak amik half day arinih. Nak balik basuh baju (sebab wiken nih aku tak lekat kat rumah).. dan nak masak pengat keledek untuk adik pompuan no.6. Dari semalam dia duk pujuk-pujuk aku masak pengat keledek. Over tau adik aku nih. Aku yg pregnant, dia pulak yg request nak makan bebukan.. hik.

Malam nih pulak, kami nak berkonvoi jauh ke utara. Ke tempat aku belajar dulu. Nunnn jauh sampai sempadan siam tu.. *boring, boring* (tataw naper setiap kali aku ingatkan zaman study kat UUM dulu, minda aku terus set satu perkataan - b.o.r.i.n.g - maybe sebab life aku zaman student dulu tak enjoy kut - yang ada just "study", "buku", "bilik 24 jam" - nih siapa suka gi library UUM sure tau bilik 24 jam nih kat mana)

Ekceli, nih bukan lah kali pertama aku nak ke sana since aku grad 7 tahun dulu. Tahun 2006 rituh aku dah gi sekali masa adik lelaki no.3 konvo. Dan esok, sekali lagi aku menjejakkan kaki ke UUM sebab nak attend konvokesyen adik lelaki no.5 pulak (haii pelik aku - naper lah berderet adik-adik aku minat U yg sama? Terkenan aku kah?)

Err, apa port menarik kat Kedah ek? Nih kalau nenek aku ajak gi jenjalan lepas konvo adik aku nanti, sure aku panik. Aku mana tau apa yg menarik kat area Sintok tu (maklum lah, zaman study dulu aku adalah budak yg paling nerddddd. Serious ok. Aku tak pandai nak berjalan sana sini. Langkawi pun aku tak penah jejak ok!)

Even sekarang pun, kalau orang tanya aku tentang tempat-tempat menarik untuk dilawat / port shopping yg best-best / tempat makan yg sedap-sedap, aku memang takde idea. Tapi kalau tanya pasal gunung-ganang, tau ler aku.. lajuuuu je aku jawab.. hihihihi.

Thursday, January 08, 2009

Make over

Ini adalah hobi aku di masa lapang sejak dari dulu lagik - bermain dgn alat make-up.. (sila jangan gelak). Aku memang suka sangat make up kan orang tau. Kalau taim majlis-majlis tertentu (esp, taim hari raya), habis semua orang dalam rumah aku make up kan. Dari adik-adik aku sampai laa ke adik-adik tiri aku.. hihihi.

Malam tadi, aku dengan jayanya telah memaksa adik aku jadi model. Ohh.. adik aku nih memang dari dulu jadi 'mangsa' setiap kali aku nak cuba 'mengetest' skil make up aku.. hihihi. Selalu tu memang 'bercinta' nak suruh adik aku 'tadah' muka. Tapi malam tadi, laju je dia menyerah diri tau.. hehe. Aku tauuu kenapa. Sebabnya, sekarang dia pun dah ikut perangai aku - suka make up kan orang. Dannn paling best, hujung minggu nih dia akan make up kan orang bertunang uolss!! Hebat kan?


Ok, nih muka selenga adik no. 6 (jangan lah dia marah aku sebab bubuh gambar tak semenggah dia kat sini.. hihi)


Taddaa... hasil solekan mata ditambah dgn penggunaan bulu mata pelesu


Tantek tak? Nih gambar taim buka mata pulak.. sory kamera aku sekejap terang, sekejap gelap. Tunggu Mamoru beli DSLR baru boleh snap gambar cunn.. *wink kat Mamoru*


Aku make up sambil adik aku tengok tv. Mamoru pulak sampai terlelap keboringan tengok gelagat isteri dengan adik ipar dia nih.. hihihihi


Muka adik aku yg ala-ala terkejut tengok wajah sendiri depan cermin.. Rambut dia aku tak sentuh pun. Tak sempat nak buat hair-do sebab aku dah kelam kalibut keluar rumah nak amik buah salak dari cousin aku yg baru sampai dari Ganu.


Oke laa tuhh..

Salak dari Ganu



Besar kan?? Fresh nih tau. Besar godang lak tu. Cousin aku bawak jauh dari Terengganu. Sedappppp. Pagi nih sarapan dengan sebiji buah salak.. (opss, abis lah kena marah dgn Mamoru kanggg).

Selain buah salak, aku ada gak kirim keropok lekoq. Malas nak snap gambar. Mamoru kata keropok tu kurang 'kick'. Aku pun tataw apa yg tak 'kick' (sebab aku bukan peminat kopok lekoq) - pada aku, rasa dia sama je.. hihihi.

Wednesday, January 07, 2009

Hepi 11th monthsary

Malam nih last sambut ulang-bulan perkahwinan aku dengan Mamoru! Start bulan depan kita dah boleh guna term 'ulang tahun' atau 'anniversary' pulak.. yey!

Apa pun, selamat ulang-bulan perkahwinan yang ke-11 buat incik Mamoru yang tersayang!



Gambar selingan mesti ada uolss. Nih antara gambar paling bermakna pada aku tau. Kat gunung Kenderong nih la yang menjadi detik permulaan untuk aku menerima cinta semula (cewahh). Kat gunung nih jugak lah aku menyaksikan sendiri kaki Mamoru kena patuk dengan ular semata nak make sure aku selamat tau! Sangat mendebarkan!!

Nanti aku updet cerita Me & Mamoru dalam episod seterusnya ok.. tungguuuu.. hihihi

Lesu

Baru boleh bernafas..

Sepanjang pagi membawak ke petang ada exco meeting (first meeting untuk 2009 lepas AGM) - tu yang tak boleh skip.

Aku dapat berita menarik. Adik perempuan no.4 (yang duduk kat Kelantan) pregnant anak kedua (alhamdullilah). Dia call aku pagi tadi cakap nak gi hospital - ada problem dengan period dia - dah 3 bulan dia tak period. Tapi dia tak expect mengandung sebab dah tiga kali dia check sendiri, tiga-tiga result negatif.

Tergelak aku bila dia call kali kedua tadi (lepas doktor confirmkan dia pregnant). Rupanya dah 4 bulan dia pregnant! Wooo.. berlawan-lawan dengan aku pulak nampaknya. Adik aku due sebulan lewat dari tarikh aku dijangka bersalin - merasalah baby aku dapat cousin sebaya nanti.. hihi.

Ok lah. Aku nak balik awal. Kepala agak berpusing hari nih. Dah dua malam asyik terjaga taim tetengah malam buta. Ntah kenapa semakin merapik-rapik pulak mimpi yg aku dapat semenjak-dua menjak nih. Kesian Mamoru terpaksa bangun dari tidur & berjaga sampai aku tertidur semula.. tssskkk..

Tuesday, January 06, 2009

Comei tak?

Kalau korang cakap tak comei pun takpe, janji incik Mamoru cakap comel.. hik.

Nih first maternity dress t-shirt yg aku beli. Nak beli blouse, rata-rata semua besar gelebeh je. (pelik aku, naper ntah semua baju mengandung yg dijual besar-besar belaka) Susah nak cari baju yg sesuai dgn badan aku tau.

Ekceli aku takde keperluan sangat nak beli baju pregnant nih. Cuma, bila mentaliti aku dah set yang orang pregnant kena pakai baju khas untuk pregnant tuuuuu yg gedik-gedik nak cari baju pregnant jugak. Padahal, perut pun tak nampak lagi.. huhu.


Baju nih aku beli secara kebetulan. Masa sales kat Jusco minggu lepas. Cuba teka berapa harganya? Murah ok.. seploh inggit je uolss.. hihihhihi. Tapi comel kan? Masa baru beli baju nih kan, Mamoru beria-ia suruh aku pakai tau.. kemain eksaited lagi dia nak tengok aku pakai baju mengandung (nape ntah?). Aku saja tangguh-tangguh pakai. Malu lah.. perut takde nak pakai baju mengandung.

Tapi hari nih, aku pakai jugak pegi opis. Selamba. Pastu taim jalan, saje kedepankan perut.. hahaha.. Best tau perasaan taim mengandung nih. Rasa bangga semacam je, tataw nape.. hik.


Aku pakai dengan seluar paras lutut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...