KENGKAWAN

Monday, March 30, 2009

Melawat ladang baru

Antara xtvt yang kami buat kat Melaka - mengacau ayah tanam jagung.. hihi. Plan untuk bawak Mamoru jenjalan kat Bandar Melaka terpaksa di-postponed ke suatu tarikh yang lain (tataw bila) sebab tak cukup masa maa.. (coz aritu aku ngengada pi ajak Mamoru gi Nilai 3 - gedik nak beli tikar buluh untuk letak kat dining area.. hihihi)




Me, lil Nina (or Syina), abg Dali (dia keje dgn ayah - tuu tengah duduk), ayah & saperntah atas motor tu.




Dengan ayah & lil Nina. Hitam legam dah kulit ayah asyik berjemur tengah panas.. tssskkkk..




Another view kat jalan belakang rumah nenek (kampung Pulau). Aku ada ccerita tak yang ladang jagung baru nih bebtul belakang rumah nenek tau - senang ayah nak monitor. Tapi kan.. itu hari baru je kepala paip untuk pam air kat ladang nih kena curi (keje mat gian laa tu). Mahal ok kepala paip tu.. kesian ayah :(




View ladang jagung ayah waktu pagi.. luas mata memandang kan? Nun kat hujung sana ada sungai yang bekalkan air ke ladang nih. Semoga usaha ayah dibalas dengan hasil yang berlipat ganda.. aminnnnnnnn...




Tunas pokok jagung yang baru tumbuh.. comel sangat! Lagi sebulan lebih, boleh laa merasa makan hasil jagung ayah!!

Ohh.. lupa nak cerita pasal ladang jagung lagi satu kat kampung Ayer Limau. Kata ayah, kat sana belum semai benih lagi, mungkin dalam minggu depan baru start tanam kut..

Bowling kat area rumah

Kat area rumah aku ada pusat bowling uols! Baru dua-tiga bulan bukak. Kira nih pusat bowling yang paling dekat arr. Tak sampai 5 minit drive dari rumah. Lupa lah nama tempat nih. Direction pun aku tak reti nak bagi (sila tanya Mamoru).. hihihi.

Nih gambar-gambar masa kami kat pusat bowling (sabtu aritu) - sangatttt lengang. Tak ramai orang. Yang main cuma incik Mamoru & Adik no.2. SIL Ida & aku jadi pom-pom girl.




Adik no. 2 & Mamoru tengah warm-up




Tuuu diaa.. Mamoru suka sangat main bowling tau. Even malam tadi pun kami ripit main kat tempat yang sama (tapi dengan Chua pulak)




Mak buyung yang kejenya duduk sahajor. Risau la lane bowling kat sana licin-licin belaka.

Malam tadi kan, masa ripit bowling dengan Chua, ada ke dia amik bola kowling tu pastu letak kat tepi perut aku - sama saiz katanya. Geremm tau. Kata Chua lagi, perut aku comei.. hihihi (terus tak jadi geram.. hahaha *kembanggg*)

p/s: Dengar tu baby 'A'.. awak belum lahir lagi orang dah cakap comellll!!!!! Harus mama vanggaaaaaa..

Jeruk petai

Aritu, masa Mamoru pegi melawat site kat Negeri Sembilan, dia sempat borong petai kat sana. Banyak oke petai yang dibelinya. Terkejut aku tau. Ohh btw.. Mamoru bukan penggemar petai.

Mamoru: b ada hadiah special untuk sayang tau. Mesti sayang suka sangat!

Aku: Hadiah apa tu? (excited nih)

Mamoru: (sambil tarik seikat petai dari seat belakang kereta) Nihhhh!! Suka tak?

Aku: (dengan kening terangkat tinggi) Petai???

Lawak tau Mamoru nih. Nasib baik dia tak ikat riben kat petai tu. Mementang laa wife dia nih suka makan petai.

Kat rumah, sekali lagi Mamoru buat kening aku terangkat lebih tinggi dari kening akak Ziana Zain. Dia request aku buat petai jeruk dik nonnnn! Pelik tau, dah laa dia tak makan petai, tapi lajuuu pulak tu dia 'mengorder' petai jeruk. Nih siapa yang ajar dia nih?

Dek tanak menghampakan permintaan suami tersayang, aku pun buatkan laa petai jeruk untuk dia. Banyak jugak la dapat. Bila dah siap buat jeruk nih, aku rasa macam best pulak. Setidaknya, boleh tahan lama petai tu. Kalau tak, kompem kering & terbuang je kalau biarkan dalam fridge.

Pada penggemar petai, jom layan cecara membuat petai jeruk nih. Sonang yo.




Memula, bersihkan petai, potong bahagian tepi kulit petai dan rebus dalam periuk. Rebus dengan kulit sekali tau. Kalau periuk korang cukup besar, tayah potong kekecik pun takpe.




Nih rupa petai yang dah siap direbus - brownish sikit kaler dia. Tos kan air rebusan, dan keluarkan petai dari kulit dia. Bila dah direbus, senang je nak keluarkan petai, picit je kulit dia konpem terkeluar.




Lepas tu, sediakan satu botol bersih, penuhkan petai dalam botol nih dah masukkan air masak yang dah dicampur garam. Agak-agak je lah jumlah garam yang korang suka. Dan dah siapppp!! Sila simpan dalam fridge selama seminggu sebelum boleh diguna. Jeruk nih boleh tahan berbulan lamanya tau!

Honestly, bau petai jeruk nih memang *masyaAllah*... tapi, khasiat dia banyakkkk ok! Google la sendiri khasiat makan petai nih kat internet.

Note: Jeruk petai nih, boleh dimakan camtu je (buat ulam nasi) atau dimasak dengan lauk pauk yang lain (gulai ciliapi).. try arr.. kompem terangkattt.. hihihi

Friday, March 27, 2009

Pesanan PENTING

Assalamualaikum,

Pada korang yang berniat untuk join "bergelap" taim Earth Hour esok, sila amik langkah-langkah keselamatan dibawah ya!

Sebelum korang semua tutup lampu;

1. Pastikan pintu rumah / tingkap berkunci.
2. Pastikan semua ahli keluarga berada di dalam rumah atau di tempat yang selamat
3. Pastikan kenderaan / harta yang beharga berada ditempat yang selamat & berkunci

Bukan apa uols, takut ada yang amik kesempatan atas niat kita yang baik tu. Al-maklum lah, takut taim kita plan nak bergelap, taim tu jugakkk para penyangak / penyamun duk stanby nak pecah masuk rumah dan songlap harta mende. Derang kan suka gelap-gelap nih - memudahkan keje derang kaedahnya! Memacam mender boleh jadi dalam tempoh sejam tu weiii... jadi sila beringat & berwaspada sebelum terkena!

Ok lah, selamat bergelap esok! Aku tataw lagi laa.. orang kampung aku bukan jenis heran Global Warming nih. Kang bising lak nenek aku kalau aku beria nak tutup lampu.. hihi.


***********************************

Buat pengantin baru, cik Nurmala & bakal suami .. minta mahap bebanyak sebab tak dapat attend majlis korang esok. Kami terpaksa balik Melaka.

Apa pun, aD & Mamoru nak wish:


Kami doakan korang bahagia dan sentiasa bersemangat melayari kehidupan yang penuh ceria sebagai suami / isteri!!

Hepi wiken uols

Minggu nih besar kemungkinan balik Melaka lagi. Plan? Takde.

Eh, jap.. Mamoru kan tak penah jenjalan kat Melaka. Aritu, masa keluar iklan kat tv pasal tempat-tempat menarik kat Melaka, Mamoru cakap takde siapa nak bawak dia pegi sana. Nama je kahwin dengan orang Melaka, tapi satu haper tempat menarik kat Melaka pun dia tak penah pegi lagi. Sedih aku mendengornya ok.. (nak tergelak pun ada gak)

Ekceli, bukan aku tanak bawak, tapi aku nih bab jenjalan kat bandar Melaka tu memang konpem FAIL. Zaman aku kekecik sampai lah besar, aku bukannya rajin pegi town. Jarang tau aku keluar dari daerah aku tu. Nak pegi pekan Masjid Tanah pun 'bercinta' dibuatnya. Lagipun, jarak kampung aku dengan bandar melaka amik masa hampir sejam travel guna keta. Tu yang maleh nak bergerak ke sana.

Tapi takpe, demi Mamoru tercinta, akan ku redah bandar Melaka wiken nih. Sesama lah kita cari jalan ke sana ya sayang! (matilah kena kutuk pakai PETA gi jenjalan kat negeri kelahiran sendiri - nak guna GPS nan ado.. hihihi)

Ohh.. lupa pulak, minggu nih, ayah start tanam benih jagung. Boleh la mengacau menolong apa yang patut. Harap ladang jagung ayah lebih 'menjadi' kali nih (aminn).

Thursday, March 26, 2009

Persiapan hibernate/nesting

Semalam seharian tak masuk opis. Ada corpt visit kat KLIA - bosan gila. Sepatutnya lepas habis visit, aku terus balik opis. Tapi, DO tak cakap apa pun.. apalagik, akak membalik kan diri ke rumah je lah - rehat sambil mencantikkan diri sendiri (read as: tido).

Hujan lebat kan petang semalam? Nasib baik aku dah siap sedia atas katil. Syok je tarik quilt. Sempat lagi tu berangan camne situasi aku kat delivery room nanti - cam apa je kan.. hahaha. Tapi tu laa hakikatnya, yours truly nih memang dah tak sabau nak tengok si comel A nih.

Malam tadi aku ajak Mamoru berangan sama (dah takde keje lain..hihi). Tapi bukan berangan kosong - Berangan sambil mengemas rumah ok. Kami siap plan nak ubahsuai susunan perabot dalam rumah tu untuk memudahkan pergerakan aku taim berpantang nanti. Bilik tetamu pun kena complete-kan. Senang kalau sedara mara nak datang bertandang melawat kami.

Pasnih kena beli satu tilam single untuk letak kat ruang tamu. Aku dah plan nak jadikan ruang tamu tu tempat rehat taim siang - malam je baru masuk bilik. Lagipun senang nak tengok tivi atau surf internet!

Barang baby banyak yang tak dibeli lagi. Tunggu aku balik dari Sabah baru buat final shopping. Sekarang macam tak boleh nak berfikir. Banyak gila mender yang nak kena buat dalam masa yang singkat.. Antara mender yang menyesakkan kepala aku:

1. Kami belum pegi kelas antenatal - Aduiyaiii.. kalau boleh, aku nak pegi kelas yang ada selitkan bab-bab keagamaan - cth, cecara nak azan / iqamatkan baby, etc. Kat hospital biasa ada ke penerangan camnih?
2. Barang baby ada yang tak cukup lagi - baby cot, stroller, kipas kecik, baby car seat
3. Barang aku - Jamu?? Ohh.. perlu ker? Yukss!!
4. Nursery?
5. More input.. info.. info.. info.. (tentang penjagaan baby, common desease, breastfeeding, do's & don't, etc)

Last but not least.. tempah baju raya.. (apakah??!!).. hihi. Ohhh.. ini adalah sangat perlu hokeh. Sebab by time aku habis pantang, dah dekat nak masuk bulan puasa dik nonnn. Kalau hantar kain untuk dijahit taim tu alamatnyaaa sampai tahun depan baju ko tak sudahh. Jadi, perancangan awal adalah perlu!

Tuesday, March 24, 2009

Baby A....

Ahhhhh.. lega sangat tau. Akhirnya, setelah naik 'jammed' kepala aku memikirkannya, berjaya jugak aku pilih satu nama yang sesuai untuk baby aku.. hihihi.

Seriyes stress tau bila fikir pasal nama nih. Kena pilih bebtul, kena tengok makna dia, sesuai ke tidak.. pastu kena matching kan dengan nama Mamoru. Maklum lah, nama kita kan panggilan yang kekal hingga ke akhir hayat. Even masa hari kita dibangkitkan kat akhirat pun, kita akan dipanggil guna nama yang sama ok.

Ekceli, memula Mamoru cam tak setuju dengan nama yang aku pilih. Tapi, since dia pun tak berjaya cari nama yang sesuai, dia terpaksa-rela je lah dengan pilihan aku.

So, nama anak aku nanti akan bermula dengan huruf A.... (cewahh, dah siap berangan camne nak panggil nama baby nanti.. huhuhu). Ops, sory nahh, tak boleh tulis nama penuh. Kang korang tau pulak baby nih boy / girl.. hihihi.

Tapi geng, nama nih bukan final. Masih ada masa dua bulan lebih lagi sebelum aku deliver. Mana lah tau last minit nanti tetiba lak Mamoru dapat idea nak kasi nama lain, aku kena akur..

Apa pun, buat sementara nih, biarlah kita kita panggil baby lam perut nih sebagai "baby A".. setuju? hihi.

Pantai Telok Gong

Lebat betul hujan pagi nih. Nasib baik kami keluar awal arinih. Dah sampai opis baru start ribut petir segala. Kalau tak... confirm stranded kat federal highway.

Wiken aritu kami balik Melaka. Kesian Mamoru terpaksa kansel hasrat untuk training kat gunung Nuang sebab ada kenduri kat kampung Melaka (sempena nenek nak pegi umrah). Lebih kesian kat team xpdc yang dah beria nak memanjat Nuang (maaf maaf maaf). Last minit baru kami dapat tahu pasal kenduri tu (tu pun setelah kenduri habis!). Nih semua adik no. 6, 7, & 8 punya pasal lah. Punya lah beria nenek aku pesan kat derang bertiga suruh sampaikan kat aku, tapi hagham sorang pun tak bersuara. Marah aku kat derang nih tau. Memang nak kena kaunseling adik-adik aku nih.

To adik-adik: Ingat, pesan orang tu adalah satu AMANAH yang harus disampaikan. Kalau takut terlupa, jot down kat memana. Tulis / sms!!

Gambar kenduri takde. Taim kami balik dah settle semua. Even pinggan mangkuk pun dah siap berkemas. Tinggal nak simpan dalam stor je.. ttssskkkkk.

Yang ado, nih je laa.. gambar kami, adik no.2 & wife dengan adik-adik tiri kat Pantai Telok Gong - tengah cari remis.




Mak buyung mana lah nih siap berpayung kat tepi laut. Takut sangat kulit hitam (maklum la, aiii dah semulajadi hitam)




Pose comei-comei camnih wajib ada.




Dengan SIL Ida & Adik no. 2




Adik no. 2 yang eksaited memancing - tapi hasilnya nan ado.. hihihi




Mamoru pulak take over.. pun nan ado hasilnya.. takpe, cuba lagi lain kali ya b!




Lawa tau tempat nih. Kat area nih la aku buat outdoor shooting masa wedding tahun lepas :)




My adik-adik tiri: Farah & Yan tengah leka kutip remis




View senja kat Pantai Telok Gong, Melaka.. cunn kan? Nih Mamoru yang amik

Monday, March 23, 2009

Tahniah Rinanda & Catlina

Hepi sangat bila dapat tahu ada dua orang blogger yang dah selamat melahirkan baby memasing;


Tak sabar nak tunggu mummy-mummy baru nih cerita tentang pengalaman bersalin derang. Eksaited tapi gerun.. hihi.

Ohh.. nak selit pasal politik sikit. Kelakar tau bila baca kartun (yang aku copy dari utusan online) nih:




Dah macam apa je kan. Tak kira apa kontroversi yang melanda, even yang terbaru membabitkan kes kematian sorang pompuan yang turut melibatkan anak lelaki Samy nih, kekal jugak dia jadi Presiden.

Satu lagi pasal Ketua Menteri negeri kelahiran aku kat Melaka nunn. Takde siapa pun nak force dia letak jawatan walaupun terbabit dengan RASUAH (atau bahasa halus yang pihak Umno suka guna untuk elak dari masalah nih nampak berat "politik wang")

Kalau laaa si Samy atau Ali Rostam nih bukan dari parti BN, kompemmmmm paksaan untuk turun tahta adalah amat hebat sekali. Tapi, atas tiket BN, semua kesalahan / kesilapan mereka nih dapat akan terus dapat imuniti (tak dapek la kita nak afundi 'keluar')

Friday, March 20, 2009

Tanggungjawab

Semakin aku belajar erti hidup berumahtangga nih semakin kagum aku bila menyaksikan sendiri tanggungjawab seorang suami.

Semalam Mamoru balik lambat lagi. Punya laa lama aku tunggu dia fetch aku kat opis nih. Dekat nak pukul 9.00 malam baru dia amik aku. Sementara nak tunggu dia datang, aku tengok SpaQ online. Dalam tak minat tu habis jugak beberapa episod aku tengok semalam.. hihi.

Ekceli, Mamoru ada offer aku pegi opis dia. Kata Mamoru, kalau aku nak pegi sana, wife boss Mamoru sanggup datang fetch aku kat sini. Menarik, tapi... aku takut menyusahkan orang kat sana pulak. Dah ler semalam badan aku tak berapa sihat. Asyik nak terbaring je. Kang kalau aku gi opis Mamoru, kompem tak boleh berbaring atas sofa dengan gaya bebas (yelah, opis Mamoru kan ramai lelaki).

Masa on the way balik rumah, Mamoru banyak kali minta maaf sebab buat aku tertunggu-tunggu. Aku takde hal lah. Apa laa sangat menunggu 3 jam.. hihihi (siap mentioned masa tuu). Tapi serious, aku memang tak kisah. Lagipun, bukannya Mamoru sengaja. Memang dia banyak keje. Aku sendiri penah pegi opis dia dan tengok sendiri keje-keje yang dia buat - memang memeningkan.

Kat rumah, aku siap cakap kat Mamoru nak masak sambal ikan bilis peberet dia. Tapi dia tak boleh tunggu lelama. Dia kena keluar pegi opis balik - sambung buat paperwork. Dia balik tuu pun semata nak hantar aku balik rumah. Kesiannya aku tengok dia. Rupanya, dari tengahari dia tak makan sebab sibuk mengahadap paperwork! Aku paksa dia mandi & tukar baju sementara aku buat masakan paling cepat - mee maggi! Sedih ok bagi hubby sendiri makan megi. Tapi dah tu je makanan yang paling cepat disediakan :(

Terharu aku bila Mamoru cakap;

"b nak keje rajin-rajin.. nanti bila semua dah ok, b nak sayang berhenti keje jaga baby kita. b tanak tengok sayang susah hati"

Malam tadi dalam pukul 2.30 pagi baru Mamoru sampai rumah. Aku perasan timing tu sebab dia terpaksa call & kejutkan aku bukak pintu (dia tertinggal kunci kat opis).

Lebih buat aku terharu, bila dia sanggup amik hati aku dengan makan nasi taim subuh hadam camtu - maybe dia mengenangkan aku bersusah-payah masak lauk kesukaan dia (padahal, kalau taim sahur dalam bulan puasa pun Mamoru berkeras takkan sentuh nasi - tak kira laa aku masak lauk apa). Tergelak aku tengok dia angkat ibu jari tanda "best" taim makan.

Haii.. Mamoru.. Mamoru.. dalam penat-penat camtu pun sempat jugak dia buat lawak.


***********************************

Dalam hati, aku berdoa pada Tuhan, semoga Mamoru sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik selalu... Harap sangat kebahagiaan kita berkekalan! Aminnnnn.. *aishiteru Mamoru~kun*..

Thursday, March 19, 2009

Me & Mamoru - Part 4

Balik dari xpdc Transtitiwangsa V2, aku jarang jumpa Mamoru. Masa aku banyak habis kat opis & rumah je. Maklum lah, dah masuk bulan Ramadhan dah taim tu. So, kena lah cuti masuk hutan.

Masa hari first puasa, aku berbuka sengsorang kat rumah (kan aku menyewa sengsorang kat KL nih). Emo gila ok. Esp bila fikirkan Ramadhan tahun 2006 tu genap setahun aku "men-single dan men-solo-kan" diri.

Ye lah kan.. biasanya hari pertama berbuka, kita sambut dengan orang yang tersayang / family tercinta. Tapi aku? Dah la jauh dengan family.. orang tersayang pulak takde.. tsskkkk. Guane? Nak ajak kengkawan? Siapa je? Derang semua of course la dah ada agenda memasing.

Untuk hari-hari seterusnya, aku malas nak layan perasaan. Aku try penuhkan xtvt aku dengan jumpa kengkawan, attend gathering berbuka Gunung Online & mendaki gunung Perdah, Jasar, Berembun kat Cameron Highland.. Yerr, jangan tatau aku penah buat keje gila dengan mendaki gunung tam bulan puasa! Tapi mendaki taim malam arr - sahur kat puncak gunung pastu turun bawah sebelum azan Subuh. Sila klik sini untuk baca log xpdc gunung Perdah, Jasar & Berembun

Dalam banyak-banyak kengkawan gunung, ada sorang member nih yang agak rapat dengan aku (aku gelar 'S' je lah ek). Kami kenal masa xpdc Trans V2. Sampai ramai kengkawan lain ingat aku kapel dengan 'S' nih. Ekceli, aku dgn 'S' takde mender. Lagipun 'S' nih berbangsa Siam. Pusing laa tang mana pun, kami memang takkan ada jodoh bersama - lain agama maa..

Knowing bebudak gunung punya perangai yang suka menyakat. Aku meng-rela-kan sahaja orang kata aku dengan 'S' nih ber-kapel. Yang 'S' pulak suka melayan, apa lagik.. terus jadik macam "real" la lakonan kami.

Lagipun, kalau tak silap aku taim tu Chua cakap Mamoru tengah ada krisis dengan 'R'. Kata Chua lagi, 'R' memang dari dulu tak suka Mamoru rapat dengan sorang akak kat tempat keje Mamoru. Walhal, akak tu lebih tua dari Mamoru ok! 'R' sendiri pernah call aku tanyakan hal akak nih (padahal aku tataw cerita pun). Sebagai kawan, aku just suruh dia jangan fikir bebukan. Hal nih jugak lah yang menjadi salah satu reason untuk aku mengiyakan relation aku dengan 'S'. Takut woo.. kalau 'R' salah anggap persahabatan aku dengan Mamoru. Taim tu aku dengan Mamoru memang serious hanya-kawan.

Ada satu hari tu, aku tengok Mamoru macam 'down' je. Being a good friend, and trying to cheer him up (pesal tulih omputih nih?), aku ajak dia balik berbuka kat Kuala Selangor. Aku siap beli barang basah untuk dimasak kat rumah nenek Mamoru ok! Aku kan jenis selamber je redah rumah orang nih, so takde masalah untuk aku mingle dengan family Mamoru walaupun baru first time jumpa. Dann disebabkan nih jugak, nenek dan Makde (mak sedara Mamoru) 'terpikat' dengan aku.. huhuhu (seriyes aku tatau hal nih sampai lah hari wedding kami tau)

Lepas tu ada lah sekali lagi aku ikut Mamoru berbuka kat kampung dia. Tapi kali nih reramai pulak. Gathering dengan geng KAR. Meriah.

Lepas raya, aku kembali ligat dengan xtvt outdoor;

Mendaki gunung Kenderong
Mendaki gunung Liang East-West
Mendaki gunung Yong Belar-Charlie-Three Boundaries.

Trip gunung Kenderong buat aku sangat terhutang nyawa kat Mamoru. Kalau tak disebabkan aku minta bertukar tempat dengan Mamoru masa trekking, kompem aku yang kena patuk ular instead of Mamoru. Ngeri ok! Sungguh-sungguh aku menangis masa tengok Mamoru menahan bisa patukkan tu. Seingat aku, aku tak buat log untuk trip Kenderong nih. Tapi aku ada terbaca log yang Mamoru tulis & simpan tentang gunung nih dalam draft email dia..

Kat bawah nih aku copy-paste log xpdc Gunung Kenderong (Grik, Perak) yang aku "curi" dari email Mamoru (jangan marah ya b.. hihi)

Assalamualaikum...

Trip ke kenderong...

Hari tu aku balik keje.. trus g kedai area salak selatan..mencari kasut getah cik aD... dalam 3 buah kedai yang aku pegi area situ cumma ada 1 kedai jer yang ada.. Saiz dah cemerlang.. 36..cumma kasut tu bertali tapi tak der tali.. pelik aku kedai jual kasut bertali tapi tak der tali... call aD..tanya dier nak ker tak.. dier kater tak nak..then g area bandar tunrazak..taman tenaga.. still tak jumpa.. aD pon kater tak per la.. aku pon trus balik umah.. barang aku pon tak pek lagik maser tu..

Sampai umah.. pek bengbarang..tgu man amik aku...then trus shoot g Jusco Maluri.. si man nak carik kasut... boleh tak.. last minit baru nak carik kasut.. aku janji ngan Syed kul 9.30-10.00 malam kat Terminal Putra. pas amik man..singgah jab umah aku amik baper barang yang tinggal.. then amik aD kat umah dier.. sampai saner kul 9.00mlm.. dier baru nak mandi... boleh tak?

Aku ngan man pon amik kesempatan tuk re arrange beg kitaorg ..dalam 1/2 jam baru aD turun.. ngan muka yang tersipu2 malu kononnya...masuk balik beg dalam keter... trus ngala ker terminal putra..

Dah nak sampai syed call kater dorang tunggu kat R&R Tapah..k.org pon carik jalan tuk masuk highway plus...aD cam biasa..kalau dalam keter dier akan tido... lagipon dah baper malam dier ak tido... kang pewai plak susah plak.. so tidor la aD...

Dalam kul 12.30pagi sampai R&R tapah.. Syed pon baru sampai.. nak kejut aD cam kesian jer.. nyenyak tido..aku ngan man tinggalkan dier dalam keter.. tapi dekat ngan tempat k.org makan ler.. aku lak leh terlupa yang aD nie kalau tido sengsorang dalam keter dier senang dapat mimpi..panik la kejab biler dier tetiba ada jer kat meja ngan man..ngan team syed.

Kul 1.00pgi.. perjalanan diteruskan ke Kuala Kangsar.. aku rasa dalam 3 baru sampai kuala kangsar kot... g beli makan kat 7e..aku ngan man amik gambar sekitar kapal terbang...menara jam..sign board masjid ubudiah... trus ngala ke umah Fizi..

Sampai sana dah tgu 1 keter lagik..Fizi and the geng...beborak kejab..masuk ration dalam keter..perjalanan diteruskan ke pekan Grik.. aku rasa lebih 100km perjalanan tu... masa nie aD tak tido..k.org karaoke dalam keter... dari lagu melayu ke lagu omputih..ke lagu indon ke lagu siam.. semua k.org balun...

Kul 5.30pg sampai pekan grik..lepak tido kat bas stand.. dalam kul 7 bangun.. g sarapan... masa nie baru nampak memuka memasing... kat sini baru lah jumpa kasut getah cik aD..

Dalam kul 9.00 perjalanan diteruskan ke rumah sorang makcik nie.. paking ration per yang patut.. yang best masa nie.. cik aD ngan muka slamber tegur .."Makcik selamat Hari Raya.." semua yang lain cam blank... raser cam comel jer..

Habis paking... taklimat dibuat..doa selamt dibaca.. perjalanan dimula.. masa memula masuk tak perasan bentuk gunung nie.. maybe coz kabus...mmula jalan santai.. then jalan bukit skit.. then masuk jalan buluh lereng bukit… then kebun getah…baru sampai jalan nak masuk ke kaki gunung..

Dari sini nak ke last water point kira-kira 2 jam..sampai ke lwp makan tengah hari..serehatkan badan jab.. leh tak masa sampai sini ada org sondol keluar dari hutan nampak k.org.. trus dier patah balik.. blank aku kejab.. yela nie pon pest taim aku nampak org sondol nie..

Kat LWP nie bukak biskut raya … ad plak .. potong mempelam…dalam kul 2.30 petang perjalanan diteruskan.. dengan trek balak yang terbentang luas…sayup mata memandang.. hitam badan menanggung bahang matahari..

Bebtul abis jer trek balak..aku ngan aD amik air refill balik botol… then perjalanan yang penuh keasyikan diteruskan..

Masuk jer dalam hutan.. leh ker kira hutan.. coz hutan nie terbakar 3 taun lepas.. yang tinggal cumma pokok yang tinggi tanpa daun.. selain semak..sememangnya perjalanan nie amat menyiksakan.. kalau aku yang kene dok depan.. sure pewai punyer.. ngan balak / dahan kayu melintang2.. cam kene bukak terk pon ada..jalan skit.. tebas.. jalan skit tebas…perghhhh…

Perjalanan yang aku kira hanya menambil masa 4 jam.. pepaling pon 6 jam…tidak seperti dijangkakan..ketinggian gunung kenderong nie 1232meter.. masa k.org 600meter pon aku kira dah amik masa dekat 3 jam.. sib baik yati bawak gps.. leh la baca altitud semasa…

Ngah trekking nie.. tetiba.. terdengar si kura-kura menangis…aku dah panic ingatkan dier terjatuh then perut kene cucuk dengan kayu…dah naik baru tau.. yang kepala dier kene batu…cian plak aku tengok …tak sampai hati nak pangggil dier kekura..nasib baik kejab jer dier nangis..dier cool jer sambung balik trekking.. semua org cam lebih berhati2 coz..gunung nie.. Tanah dier agak peroi.. yela tak der akar yang nak mengcengkam Tanah.. ditambah kecuraman.. so bila batu jatuh takut jatuh lagi atas kepala org bawah.. aku tengok batu jatuh dua kali pon.. aku rasa kalau kene la kepala batu tu.. sure death punyer.. tak pon paling tidak jadik bengong..

Dalam kul 6.30 petang semua org sampai ke permatang…disini mengharap nampak Beirut tapi hampa. Sayup jer.. ditambah dengan kecerunan.. pokok yang tak der daun…terpiker jugak aku.. nie kalu dok puncak masa tgh ari sure jadik ikan masin kering nie…

Rehat+amik gambar…sambung balik. tuk trekking sampai puncak.. lupa nak g tau… dari separuh perjalanan hujan melanda dan perjalanan menuju puncak..hujan hampir sepanjang perjalanan.. kira-kira lagi ½ jam nak sampai puncak baru hujan reda..1 kesilapan yang aku rasakan adalah …tak ready headlamp dari permatang yang masa tu pon dah start gelap.. bila dah gelap dan tak tahan lagi.. aku pon stop…dan keluarkan headlamp bersama man dan aD..

Perjalanan seterusnya amat pacak… dan aku yang memula di belakang aD.. pon pintas aD.. tuk memudahkan dia mendaki..dan aD nie dia rabun malam.. tu yang slow sikit..ditambah hujan..

Belakang aku aD…then man then syed..depan aku ada 5 org kalau tak silap… terdengar yang aD menjerit.. aku yang masa tu baru nak menapak..trus pijak tanah..dan aku rasakan semacam kene penyengat.. aku terus lari kepada aD sebab risaukan dia yang berkemungkinan kena penyengat jugak. Sampai kat die.. dia kata “Zie kene patuk ular..” luruh jantung aku… tengok kaki.. dah berdarah..tapi masa nie aku kuat lagi..then ad amik bandana dier tuk ikat betis aku..yang tolong ikat mawi..dier taruk kayu..aku ingat dier letak kayu tu supaya senang bukak ikatan key tu… upernyer…skali dier jadikan steering la pulak..menahan kaki aku…sakit pasal steering tu pon ader jugak..pastu dier sedut..bisa…dibantu oleh epoy.. aku masa nie dah seram sejuk jugak la.. Fizi leh cakap kalau sejuk g tau… then dah sejuk tu aku g tau la panik plak dier..

Fizi cam dah panik jer aku tengok.. dier blur pon ada.. last skali dier call pihak berkenaan minta bantuan helikopter kalau keadaan bertambah seriyes… mawi ngan epoy plak bleh nak potong kaki aku..nak operate.. aku bab-bab operate nie trauma skit..semenjak besi dah masuk kaki…tak sanggup tengok..walaupon dorang stakat nak toreh skit je… then epoy plak yang sedut bisa.. aD masa nie dah tangkap nangis..seriyes aku terharu pasal tu…

Kata sepakat diambil tuk teruskan perjalanan ke puncak… nasib baik tak jauh…10 minit sampai… aku tukar persalinan…then rest… tunggu nak tido jer..

Fizi dan cik yati katering masak malam tu.. Masakan “ La Usur Pappria..” amat menyelerakan.. Lepak kejab ngan dorang.. then aku pon pakat tido..sampai esok pagi…

Bangun pepagi pon sal ader yang jerit.. matahari terbit…man ngan mawi kot rasanya… so pakat la tengok reramai.. walaupon matahari sekadar terbit celah awan…hehehe

Sarapan pagi..tak ingat plak menu makan pagi nie…yang penting sedap…

Semua dah agak santai then kemas tuk pulang… masa nie pon aku rasa kesihatan aku pon dah agak cemerlang.. so pulang..la oh pulang …tuk sampai permatang amik masa 1 jam turun.. dari permatang ke LWP 3 jam jer kot…

Sampai LWP makan minum skit…then perjalanan pulang diteruskan… hujan mengiringi perjalanan pulang.. dan ada gakla pacat yang menyerang.. sampai kat trek balak luar.. aku dah gembira.. skali ada plak pajero tunggu.. aku yang jalan ok nie.. terpaksa pakai tongkat tuk menampakan keseriyesan lakonan…thx for da effort..tak nak aku naik pajero.. nanti nak repeat balik kenderong… sampai umah makcik lemang.. teraser sangat puas aku dah conquer 1 gunung lagi..

Tuk gunung nie.. cam syed kata.. gunung wiken yang paling hi-profile…

Tuk team kenderong.. cayok-cayok…

Tuk yang tukang panik masa aku kene patuk ular… thx coz menandakan korang sayang kat aku…

Tuk Makcik dapor.. sedap sungguh hidangan “ La Usur Papprika”

Tuk yang nangis masa aku kene patuk.. sayang tersayang….

Tuk kura-kura..lain kali gunakanlah cengkerang tu sepenuhnya..

****************


Ok, masa tak mengizinkan untuk aku karang lelebih. Kita sambung cerita cinta ni dilain kali nahhh.. hihi. Sementara tu, layankan gambar-gambar kami masa xpdc Kenderong nih..




Taim baru sampai kat starting point. Masa nih masih dalam bulan Syawal lagi.. orang Grik sibuk buat lemang.




Dari kiri, Man, Mamoru, Kura-kura (Wawa) & Aku




Masa take 5 kat last water point (LWP) dengan Mamoru




Nih kat puncak tipu. Memasing basah kuyup trekking dalam hujan. Belakang kami tu gunung Kenderong yang dah kering akibat kebakaran hutan beberapa tahun sebelum tu. Yerr, kami saja cari pasal mendaki gunung yang dah terbakar.




Bersama ten xpdc Kenderong tahun 2006. Berdiri dari kiri; Yap, Mamoru, Aku, Wawa, Skem, pekatu, Daus, Syed & Kak yati. Duduk dari kiri; Mawi, Salhazira, Man dan.. errr.. siapa sorang lagi nih ek? Tak ingat lahh.. ampunn geng!

Semakin berat

Lately Mamoru banyak keje. Malam tadi, kul 12 lebih baru dia balik. Kesian tengok dia. Asyik tak cukup tidur. Kalau dia balik awal pun, ada je keje yang nak dibeleknya kat laptop. Tak pun, dia duk melekat kat meja komputer - baiki cpu / laptop kengkawan dia yang rosak.

Takpe lah. Nak buat macam mana - nama pun keje. Lagipun sekarang nih aku sedang dilanda aura penat yang teramat. Asal balik rumah je rasa nak baring. Asal baring je terus terlelap. Kesian Mamoru takde kawan nak ajak bercakap. Daripada dia menghadap aku yang lena diulit intan baik lah dia menghadap komputer tu.

Aku rasa berat badan aku bertambah lagi. Mungkin dah naik sekilo dua. Mungkin dah jadi 43 atau 44 kilo. Kesannya sekarang? Mamoru tak berani dukung aku lagi.. tssskkkk. Bukan sebab dia tak larat, tapi sebab dia takut baby tersepit.. huhuhu.. Tak merasa laa aku kena dukung masuk bilik lagi setiap kali tertidur kat sofa :(

Aku rasa perasaan yang Mamoru rasa sekarang sama macam aku kut. Dalam eksaited menunggu kelahiran si comel nih kami turut rasa sedikit gerun tengok perut aku yang semakin membesar & bulat! Menakutkan la jugak. Ye lah, kalau badan & perut aku naik serentak, lain cerita lah. Mungkin tak ketara sangat. Tapi, nih perut aku je yang naik.. mauuu tak obvious sangat jadinya.

Lebih menakutkan bila aku baca perumpamaan omputeh - katanya, proses melahirkan baby nih umpama mengeluarkan sebiji tembikai besar dari laluan sekecil epal.. fuhh bayangkan lah cemana seksa nak meneran tu!.. *ohh aD, sila jangan fikir tentang nih*

Minggu nih Mamoru ada buat training untuk team xpdc Kinabalu. Maybe derang pegi buat daypack mendaki gunung Nuang kat Hulu Langat hari Ahad nanti.. Nasib baik derang plan untuk daypack je - kalau tak sure intan ku kesepian hujung minggu nih.. hihihihi.

Wednesday, March 18, 2009

Mimpi disuruh mengaji

Semenjak dua menjak nih aku memang selalu sangat bermimpi taim tidur. Selalu tu mimpi buruk & mimpi pasal hantu je. Mamoru sampai dah lali bila aku cerita tentang mimpi buruk yang aku dapat. Selalu jugak la dia mengusik..

"Sayang nampak ke hantu tu? Macam mana rupa dia"

Gerem ok. Luckily, aku tak pernah ingat semua jalan cerita mimpi aku tu (nasib baik). Apa yang aku tau bila bangun tidur, mimpi aku adalah sangat tak best.

Tapi malam tadi lain sikit mimpi yang aku dapat. Aku mimpi aku duduk dalam kelas dengan kengkawan outdoor. Kat depan delas tu ada skrin komputer dan kami disuruh baca ayat-ayat yang terpampang kat skrin komputer tu. Sorang demi sorang kena berdiri kat depan dan baca ayat tu.

Cuak gak mulanya. Dari jauh aku try tengok & ingatkan surah yang aku kena baca. Puas aku fikir surah apa.. rupanya surah As-Saaffat. Bila terjaga dari tidur subuh tadi, lama aku duk terkelip-kelip fikirkan surah nih. Sejujurnya lah, dalam banyak-banyak surah yang aku duk selalu baca tafsirnya, surah nih aku selalu langkau. Even kalau dengar Quran online kat opis pun, aku selalu pilih surah-surah yang aku biasa dengar je.

So, pagi nih dengan penuh curious, bukak je komputer kat opis, terus aku dengar surah nih online & baca terjemahan dia sampai habis. Ada satu ayat dari surah nih yang aku rasa sesuai dengan keadaan aku sekarang dan buat aku suka nak baca & amalkan:




Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!" (Surah As-Saaffat ayat 100)

Ayat suci nih menceritakan tentang doa Nabi Ibrahim (a.s) yang dimakbulkan oleh Allah (s.w.t) dan Baginda dikurniakan seorang anak lelaki yang penyabar.

Kat bawah nih, aku copy paste secara ringkas antara kandungan surah nih dalam Al-Quran.

As-Saaffat

Surah yang ke 37 di dalam Al-Quran. Yang bermaksud.. bersaf-saf atau berbaris. Diambil dari perkataan serupa yang terletak pada ayat permulaan surat ini yang menceritakan bagaimana para malaikat yang bersih jiwanya berbaris di hadapan Tuhannya dimana mereka tidak dapat digoda oleh syaitan.

Isi kandungan surah nih menceritakan tentang:
  1. Keimanan : Dalil-dalil tentang keesaan Allah (s.w.t); adanya hari kebangkitan; adanya padang mahsyar dan adanya hari kiamat; para malaikat selalu bertasbih kepada Allah.
  2. Kisah-kisah : Kisah Nuh a.s.;Kisah Ibrahim a.s.; dan Ismail a.s.; kisah Musa a.s. dan Harun a.s.; kisah Ilyas a.s.; kisah Luth a.s.; kisah Yunus a.s.
  3. Dan lain-lain : Sikap orang-orang kafir terhadap Al Quran; tuduh menuduh antara orang-orang kafir dengan pengikut-pengikutnya di hari Kiamat; kenikmatan di surga; tentang pohon zaqqum;celaan terhadap orang-orang yang mengatakan bahawa Allah mempunyai anak; seorang yang baik belum tentu menurunkan keturunan yang baik pula.

Tuesday, March 17, 2009

Sabah tentatif program

Nih draf yang aku buat untuk trip ke Sabah bulan depan. Memang peberet aku kalau buat draft-draft gini. Aku suka kalau program / trip yang aku organize tu teratur & padat dengan xtvt.

Aku nih jenis kurang suka pegi memana trip ikut tour agency - tak mencabar hokeh. Lagipun, bayaran yang di-charge kemain mahal lagi. Lebih puas hati kalau organize sendiri tau (backpack style). Banyak mender dapat dijimatkan (esp dari segi KOS & MASA). Tapi kena buat homework lebih sikit arr - servey / cari info sendiri. Dan yang paling penting, bila dah buat research tentang tempat yang kita nak pegi tu, takde lah terkial-kial taim dah sampai sana dan takde lah kena tipu / kena charge dengan harga yang tak munasabah, betoi tak? (Pasai tu lah Mamoru selalu gelar aku nih Secretary merangkap Akauntan dia.. hihi)

Pasal trip Sabah nih, insyaAllah takde masalah. Nih kali kedua aku pegi sana. Pergi pun sebab nak menyampaikan hasrat kengkawan yang belum penah sampai puncak Kinabalu. Kalau ikut plan asal yang aku & Mamoru buat tahun lepas, kami rancang nak tawan puncak gunung Trusmadi & gunung Tambuyukon (gunung yang kedua & ketiga tertinggi selepas Kinabalu). Tapi, nasib baik tukar plan.. kalau tak, aku ler yang melepassssss nak conquer dua gunung nih.. hihihi. Setakat tak dapat panjat Kinabalu, aku tak heran lagi (maklum lah dah penah sampai puncak).. *ada nada berlagak disitu.. ops*

Kat dalam draft nih, aku siap highlite kan pasal meals masa kat sana nanti. Yang kaler merah tu kos yang team xpdc kena tanggung sendiri. Pada aku, kalau dah list kan camnih, senang la derang nak bajet expenses untuk sendiri punya makan. Ohh.. lupa nak habaq, total kos untuk trip nih RM 995 per person - all in - bayaran nih termasuk flight ticket, accomodation (kat XXX Lodge, YYY Resort & Laban Rata), transportation, meals (yang kaler biru), island hopping ke 3 buah pulau dan jenjalan kat Poring Hotspring. Amacam? Aku rasa aku dah buat costing yg paling murah compare dengan trip orang lain :)

Tak sabarnyaaaa nak gi Sabah bulan depan!!


Draft Program for XPDC Kinabalu & Island Hopping


Thursday, 23 April 2008


9.00 am Assemble at LCCT (short briefing by team leader - Mamoru)

Breakfast (Individual)
11.10am Group 1 - Depart from LCCT (Mamoru, aD, Juju, Adik no.2 & SIL Ida)
12.50am Group 2- Depart from LCCT (Talha, Ziana, Adik no.6 & Tunang)
1.40pm Group 1 - Arrived KK Airport
3.20pm Group 2 - Arrived KK Airport
4.00pm Proceed to The XXX Lodge at KK Town
4.30pm Check-in at The XXX Lodge

Free activities
7.30pm Dinner (Individual)
8.00pm Visit pasar Kampung Air for Sabah beautiful pearls
11.00pm Sleep




Friday, 24 April 2008


6.00am Solat & Breakfast (Provided)
8.00am Take a 10 minutes walk to Jeselton Jetty
8.30am Take a tour boat for Island hopping (Mamutik, Sapi & Manukan)

Kindly tapau something for lunch before that (as the goods price at those islands would be slightly expensive)
4.00pm Heading back to the Jetty
5.00pm Free activities
6.00pm Heading back to The XXX Lodge

Dinner (Individual)

Kindly buy some ration / snack for climbing the next day

Free night activities
10.00pm Sleep




Saturday, 25 April 2008


6.00am Solat & Breakfast (Provided)
7.00am Check-out from The XXX Lodge
8.00am Take a van to Poring

Tour at Poring Hot Spring, Canopy Walk, Air Terjun

Lunch (Individual)
3.00pm Take a van to The YYY Resort Kundasang
4.00pm Arrive YYY Resort and check-in

Free activities

Dinner (Individual)

Prepare small bag-pack for climbing. Things need to bring:

Sweater, Snow cap, Glove, Long pants, 1 T-shirt, Socks, Small bag-pack, rations & drinking water.
10.00pm Sleep




Sunday, 26 April 2008


5.00am Solat & Breakfast (Individual)
6.30am Check-out and take a van to Mersilau Park
7.00am Arrive Mersilau

Leave unnecessary things (haversack) at Mersilau

Register at the counter - collect tag for climbing

Meet 2 guides for your team - short briefing
7.30am Start climbing

Lunch (Provided)
5.00pm Arrive Laban Rata

Assemble at Laban Rata's Café for dinner (Provided)

Check-in at Gunting Lagadan (2) / Panar Laban Hut (5)
8.00pm Rest & Sleep




Monday,27 April 2008


1.00am Wear suitable clothes & meet your guides at the Hut's entrance

Bring enough water & snacks during trekking

(NOTE: Late supper are also provided at Laban Rata's Café but it is not advisable to go down to Laban Rata's Café at this hour as you have to save energy for climbing - unless you are fit enough)
1.30am Start climbing to the peak
6.00am Arrive Kinabalu's Peak

Watch the most beautiful-breath-taking sunrise from the peak

Take pictures
7.00am Descent to Gunting Lagadan
8.30am Packing & check-out

Breakfast at Laban Rata's Café (Provided)

Take packed Lunch before descending (Provided)
9.30am Descent to Timpohon Gate
5.00pm Arrive Timpohon Gate

Take a shuttle bus to Kinabalu Park
5.30pm Arrive Kinabalu Park

Take your certificates at the HQ Office

Wait for your stuff to be transferred from Mersilau

Take a van to KK Town
10.00pm Arrive XXX Lodge & Check-in

Dinner (Individual)
12.00pm Sleep




Tuesday, 28 April 2008


6.00am Solat & start packing
7.00am Breakfast (Provided)

Free activities
12.00am Check-out from XXX Lodge

Free activities

Lunch (Individual)

Visit Filipino Market or other preferred places
5.00pm Take a cab to KK Airport
6.30pm Group 1 - Depart from KK Airport
8.30pm Group 2 - Depart from KK Airport
9.00PM Group 1 - Arrive LCCT
10.35PM Group 2 - Arrive LCCT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...