KENGKAWAN

Monday, March 02, 2009

Check-up kat Al-Islam

Semalam pegi Al-Islam lagi. Check-up lagi. Sepatutnya semalam aku kena inject untuk aperntah, aku lupa arr. Tapi Dr Rusila adalah sangatttttt baik.. hihi. Bila dia tau je aku nak attend kenduri kahwin, terus dia tangguhkan injection tu. Kata dia, takut badan aku jadi lembik nanti - kang tak larat pulak aku nak berjalan pegi kenduri (uollssss, teruk sangat ke 'penangan' injection tuuu?)

Fuhhh.. lega sangat tau. Aku dah la penakut jarum. Tapi next checkup memang masakkkk arrr - tak boleh tidak, aku memang kena cucuk punya.. hik.



Gambar tunggang terbalik, nih masa lepas check-up. Kami gi kenduri kahwin sedara belah ayah aku kat Shah Alam.



Nih baru betul.. masa tengah tunggu turn jumpa doktor kat Al-Islam - Suka sangat aku gi sini tau. Memang tepati masa sungguh. Kalau appointment tu pukul 11.30 pagi. Memang pukul 11.30 pagi la kita dapat jumpa doktor.



Takde perubahan sangat dalam due date untuk delivery nanti (aku memang konpiden part nih sebab dari sebelum pregnant lagi aku suka jot down tarikh period). Tapi kata doktor, by end of May nanti aku kena prepare jugak lah.. takut baby lahir awal.. maklum lah, first baby.



Kelakar tau taim nih. Baby aku aktif sangat bila doctor buat ultrasound - kemain lagi dia bergerak. Yang best tu, masa doktor scan muka baby, dia pandang tepat kat scanner tau. Comelnyaaaa anak mama (cewahh, dah tak sesabar nak bahasakan diri as 'mama')!

Tak perasan sangat saiz perut aku dalam gambar nih kan? Nanti lah aku upload gambar lain & update pasal perkembangan baby dalam bulan ke-7 pulak :)

3 comments:

rose said...

bes kan..leh tgk baby gerak2..heheh..

nak kene injection ape tu? Hipetatis B ke?huhuhu

kite rasakan..jantina baby AD ni..mesti gurl kan kan kan kan...:-D

Dee said...

wow..mesti excited kan aD...

AHMADSUFI6177 said...

haah ler... rasa2 cam baby gurl jer??? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...