Wednesday, March 11, 2009

Pesan buat adik

Seronok kan cuti sampai hari Isnin aritu. Melepek je duduk rumah dengan Mamoru. Tak berjalan ke mana pun. Spent masa dengan memasak dan makan je..

Dalam seronok-seronok tu, ada jugak lah few insiden yang tak diingini. Biasa lah kalau dah duduk serumah dengan adik-beradik nih tak sah kalau tak gado-gado. Dapat pulak adik-adik lelaki aku jenis baran tak kena tempat. Gerem dibuatnya.

Kengkadang aku kecik hati jugak. Yelah, asal aku tegur sikit, mula lah start mogok - tanak keluar bilik, mogok tanak bercakap, mogok tanak makan apa yang aku masak - sampai berhari-hari pulak tu mogoknya.. haiii. Sampai aku dah naik malas nak bersuara dah.

Ekceli, derang tak buat salah besar pun. Cuma sikap derang tu je yang kena ubah sikit. Esp, part terlampauuu suka tido. Pelik aku dengan style tido adik lelaki no.8 nih. Orang bangun paling lewat pun pukul 10.00 pagi. Tapi adik aku yang sorang nih selagi belum pukul 3.00 petang memang konpem takkan bangun punya lah! Paling dasyat taim wiken aritu - pukul 5.00 petang baru terpisat-pisat bangun tido. Mau aku tak pelik? Nak kata dia keje shift malam - nan adonya. Adik aku tu mana keje. Dia tengah tunggu result STPM. Dah dekat 5 bulan dia duk goyang kaki kat KL nih.

Suruh cari keje, MALU katanya.. gerem tau. Makin lemak berkrim perangai adik-adik aku nih. Berbeza dengan perangai aku & abang-abang dia yang lain. Puas aku fikir, aku tak pandai didik adik ke? Atau aku terlalu berlembut dengan derang sampai spoil camnih? Atau life derang dah terlalu selesa sampai malas nak berusaha?

Aku dulu, dari zaman sekolah takde nak malu-malu cari keje. Setakat berniaga kecil-kecilan, keje kilang, jadi salesgirl, kerani, etc, dah biasa sangat. Nak malu apanya. Keje halal. Memang lah keje camnih hazabbb. Tapi, kita buat ikut peluang / kelulusan yang ada lah. Janji halal. Dapat lah sikit duit poket.

Adik lelaki no.2 pun rajin gak. Dia nih stylo sikit. Nak cari keje opis je (sebab dia suka pakai kemeja & tie). Asal cuti sekolah, dia cari keje part time jadi kerani / admin assistant kat memana kompeni . Tapi tak kisah lah, janji yang no.2 nih rajin bekerja. Cuma yang kelakar tu, lepas grad dia dapat keje kat Honda tapi kena pakai uniform putih (kat Honda, dari pekerja kilang sampai lah staff pengurusan wajib pakai uniform - tak merasa dia nak pakai tie lagik.. hihi). Even dah selesa dengan kerja sekarang pun, dia tetap nak berusaha ke tahap yang lebih tinggi. Now, dia buat part time study kat UTM taim wiken. Sesuai sangat lah dengan wife dia yang tengah amik part time buat Master - sesama bekerja sambil belajar.

Adik lelaki no.3 lagik rajin. Jenis semua keje dia "sapu". Paling memeranjatkan, dia penah keje jadi konductor bas mini dulu - ala keje jual tiket tuu!! (hah, adik-adik yang lain, sila bersyukur & kagum dengan semangat abang korang nih). Cuma nasib adik no.3 agak slow sikit. Masa tunggu result nak masuk universiti dulu, nama dia tercicir (walaupun result dia layak). Terpaksa dia tunggu intake seterusnya. Dalam masa setahun nak tunggu second intake masuk U, adik aku tetap bekerja - jadi 'Jaga' (pak guard) kat HKL pulak. Taim dia keje jadi Jaga nih, aku baru je grad. Dengan gaji seciput dia, adik no.3 nih laa yang banyak tolong aku survive kat KL masa hari pertama aku jejakkan kaki kat sini. Menangis aku tengok life adik no.3 kat KL tau. Dia keje 24 jam sehari, 7 hari seminggu! Mata dah macam zombie. Ikutkan, dia keje 12 jam je sehari, tapi disebabkan hostel dia banyak pijat, dia prefer habiskan masa dengan bekerja dari balik tidur kat hostel. Yang kesian tu, kompeni dia mengelat bayar gaji. Penat dia keje overtime sebulan tapi gaji tak sampai tiga ratus je . Apa pun, alhamdullilah, lepas grad, rezeki adik no.3 melimpah-ruah. Keje pun bagus.

See, adik-adik aku sekalian, korang adalah sangat bertuah sebab tak perlu susah payah untuk hidup kat KL ni. macam kami dulu. Jadi sila amik pengajaran, hanya orang yang rajin berusaha & bertawakkal sahaja yang akan berjaya. Diulang, berusaha dan bertawakkal.. BUKAN bertawakkal semata-mata ok!

Buat adik lelaki no. 2 & adik lelaki no.3, sila brainwash kan adik-adik kita yang lain nih. Nasihat dari Along dah tak boleh diguna-pakai lagi dah.. mungkin Along nih pompuan, terlalu berlembut. Apa kata korang pulak bersuara.. untuk masa depan derang jugak. Bak kata abang ipar korang (Mamoru), kita tegur bukan sebab kita marah / benci, tapi kita tegur sebab kita sayang & nak tengok derang berjaya dalam hidup.

4 comments:

Biqque said...

i takde adik...tapi if adik i camni, mmg naya la kena bambu ngan i hahahaha!

p/s: dasyat lah adik-bradik korang ni bekerja...nganga i dibuatnyer!

Anonymous said...

biqque, ad pun nganga juga tengok adik-adik punya pengalaman keje.. hehehehe

Ely Hasrul said...

gila besh jadik konduktor bus!! xtau napa dr dulu tingin jadik konduktor bas.. cm hebat aje mintak teket hehehehehe

Cik ReeN said...

heh .. memang aaa susah jadik kak long ni tau ! reen pun agak tensen dengan adik-adik ku even adik-adik ku berderet pempuan ... pempuan agik susah nak jaga ler cik puan aD ...