KENGKAWAN

Wednesday, April 01, 2009

Kenangan bersama meja

Percaya tak sejak aku pindah rumah awal bulan Nov tahun lepas, rumah aku sekarang nih takde meja makan? Betull.. dah berapa bulan kami makan duduk atas lantai je (ceh, kalau ada meja pun, tak tentu lagi nak makan kat meja - memasing lebih suka makan menghadap tv!)

Ekceli, sebelum nih memang ada dining table. Aku beli masa belum kahwin lagi. Sepanjang ingatan aku lah, masa bujang trang-tang-tang dulu aku ada beli 2 jenis dining table;




Yang first, aku beli masa aku memula duduk kat KL (sory tak jelas sangat gambar meja dalam gambar nih..hihihi). Kalau tak silap, aku beli meja nih 6 atau 7 tahun lepas. Beli kat Carrefour je. Murah gak arr.. dalam 200 inggit camtu. Meja nih ada 6 kerusi (kaler hitam jenis besi + span pvc kat bahagian tempat duduk). Tak lama jodoh meja nih dengan aku. Masa nak pindah umah, aku dah jualkan kat satu couple yang baru kahwin dengan harga seratus inggit. Kira untung gak lah couple tu sebab aku jarang guna meja tu tau - masih baru.




Yang kedua pulak, aku beli meja kayu kaler dark brown - jenis 4 kerusi (tahun 2006). Ikutkan hati taim tu aku nak beli yang dua kerusi je, tapi takde jual pulak. Lawa meja nih. Kayu dia pun solid. Harga dia taim tu RM 499. Aku dah bagi meja nih kat adik aku masa aku pindah rumah aritu.




Lagi gambar kenangan bersama meja no.2.. hihi. Rasanya aku penah publish gambar nih kat blog nih - gambar masa aku sahur sengsorang tahun 2006 dulu. Sebak woo taim nih - menyewa sengsorang - segalanya buat sengsorang je. Bukan aku tak suka cari housemate, tapi dah banyak kali 'terkena' dengan perangai ex-housemate dulu.. serikk ok.




Lagikkkkkk gambar taim memuda.. hihi. Ada beza tak muka dulu dengan sekarang? Opss.. sori, melalut ke lain pulak.

Back to de topik asal. Esok, aku dapat meja baru.. hihi. Kira meja yang ketiga laa. Bezanya kali nih bukan aku yang beli, tapi incik Mamoru! Seronok jadi isteri nih ek? Baru minggu lepas aku suarakan hasrat nak beli meja, hari nih dia dah belikan! (pasnih nak mintak apa ek? huhuhu)




Taraaaa... nih la rupa meja tu. Design nih pun Mamoru yang pilihkan tau. Esok tokei kedai tu hantar ke rumah kami (tak sabarnyaaa). Harga? Tayah tanya laa ek.




Gambar dengan flash pulak.. Baru jelas kaler dia. Aku suka kerusi tu sebab kalau air tumpah pun takkan basah punya - tahan lama - fully covered sampai ke kaki kerusi.

Masa otw balik dari kedai perabot nih, aku diam je sepanjang jalan. Sampai Mamoru naik risau kekalau aku tak berkenan dengan design yang dia pilih. Kata Mamoru, aku nampak macam tak excited. Biasanya kalau Mamoru belikan aku sesuatu, mulut aku akan becok tak henti-henti bercakap tentang barang yang dibeli - tapi malam tu, aku lebih banyak diam.

Sebenarnya, aku suka meja tu. Tersangat sukaaaaa lahh. Esp, bila suami sendiri yang belikan, siapa tak hepi dik nonn?!! Cuma aku berfikir tentang ke-pelik-an aku yang sakan duk beli bebarang rumah walhal barang baby tak settle lagi. Macam laa baby aku lahir nanti terusss pandai duduk makan kat dining table.. hihihi.

In second thought, errr... lantak lah (ahahahaha).. Masih ada banyak masa lagi nak prepare barang baby.. kan? kan? kan?

7 comments:

Dee said...

cantik kusi tu..pandai mamoru pilih..

Zana S said...

sokaln pertama : ada beza muka sebelum ngan selepas kawen. cam glowing. ke sbb peknen?? hehehe

meja mkn yg baru tu mmg cantik. zana pun suka. :D

kat rumah, meja mk ntakleh jauh dr tv sbb sambil mkn kena tgk tv. hehehhe...

biqque said...

my dining table lagi hebat citenyer...dah order, siap ada lubang cermin kat tengah bleh letak kura-kura ke spider ke sebagai hiasan, skali semua barang sampai, meja tak sampai2! rupanya takde stok! memang masin mulut ibu mertuaku, dia nak kasi meja, i takmo...ha nak tak nak, amik gak...pakai la meja bulat 6 pax kayu nyatoh yg keras ituuuuuu! ol skol k! tapi masih tetep teguh :D

e.l.i.s.s.m.i.e said...

aku pun masih tidak mempunyai meja makan sendirik..huhu..yg ada owner yang punya..bila ntah nak pindah rumah ni.. :D

Deqna said...

bagus dah ada meja. Senang nak letak makanan / lauk. tak yah nak angkat2..

aD said...

kak dee: tu arr.. aD selalu impress dengan pilihan dia.. hihi. ingatkan orang lelaki biasanya tak pandai memilih..

zana s: mungkin jugak kut.. pipi orang pregnant kan agak gebusss.. hihihihi. aD pun nak letak meja sebelah tivi. rasa tak lengkap oh makan tak tengok tivi..

biqque: lorr.. bih tu dapat kerusi je la nih? korang tak bambu tokei kedai tu ke? takper lah, meja oldskool tu pun kira bestttt tau. klasik!

elissmie: takper, kang kalau beli crowded pulak umah dgn 2 meje makan. aD pun menyewa lagik nih.. tu yg tak berani nak menghias rumah lelebih (maklum bukan umah kita).. tunggu ada rumah sendiri nanti baru berhabis.. hhihihi

deqna: betull.. kalau tak, asyik la nak bentang tikar / sokkabor kalau duduk makan depan tivi.. hik

cicakuben said...

heehe...meja yang pertama tuh eL pna duduk c2...sbb time kenal aDly memula, dia ajak makan2 kat uma dia...time 1st makan uma aDly duk lantai depan tv je...pastu aDly bt makan2 lgik time raya..wah kali ktrg duk meja makan tuh...hurms, sedar2 xsedar da 6-7thn jugak kenal kt aDly ni...tp tuh la dkt 4-5thun jugak terlost contact...
rindu time dulu2 kn cik senget aDlyana???...

visit me; http://gerimisdhati.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...