KENGKAWAN

Tuesday, September 29, 2009

Baraan raya

Macam biasa, setiap kali raya, kengkawan Mamoru akan buat baraan (beraya dari rumah ke rumah).

Bagus betul ada xtvt camnih, sebab kalau nak pergi beraya sendiri tu kompem la agak terbatas mostly sebab malu atau malas. Tapi kalau pergi beraya secara beramai-ramai nih, semangat dia lain la sikit kan.




Dari kiri, Effa dengan anak dia Qaid Salam, Tuty (baju biru) dengan Adriana Batrisya, Yours Truly dengan Ariff Fadzillah & Rose dengan Auni Nurhuda. Ada lagi kengkawan lain yang dah ada anak tapi tak dapat join serta (contohnya Apeng sebab anak dia lahir tak cukup bulan). Antara faktor yang buat aku kagum kat kengkawan Mamoru nih, semangat persahabatan yang tak berbelah bagi. Walau dah kahwin, dah ada anak, memasing tetap setia join baraan nih. Bagus betul. Gambar nih masa kat umah Effa & Zin.




Nih taim kat umah Liza (baju biru tu). Dia la yang nak menamatkan zaman bujang hujung tahun nih (Liza, tahun depan boleh bawak anak beraya sesama pulak ek?)




Nih masa kat umah Sal.




Umah kawan Sal




Umah Talha.




Kat tepi umah Epol (tak sempat nak amik gambar dalam umah sebab aku bizi bagi Ariff minum susu)




Depan umah Sapik (tempat penggambaran filem CUCI)




Umah Sapik




Umah Tuty

Baraan biasanya tamat dekat nak tengah malam. Tapi tahun nih, awal pulak habisnya (Maghrib). Banyak rumah yang kami skip. Takper harap tahun depan, kami dapat pergi ziarah semua rumah kengkawan kat sana.

6 comments:

wina said...

salam aD,

x penat ke ariff beraya dr rmh ke rmh?
tp seronok kn 1st time beraya ngan bb :-)

e.l.i.s.s.m.i.e said...

syoknya..mesti banyak duit raya ariff :)

CuppyCakeMommy said...

ariff mcm dah nak sama besar dgn mommynya skang..hehe..tak lama lagi mesti kalah mommy dia ni

Cicada2nd said...

dah bape tahun ye aku x join baraan ni. ada je alasan aku kan.

cicakuben said...

Salam Raya aD..ade free dtgle braya kt teratak kami ye..

Elyn said...

sernok beraya ramai2 camni x rase penat die!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...