Monday, September 28, 2009

Jenis jenis ketupat

Siapa reti anyam ketupat? Aku terus terang lah memang tak reti dan tak pernah belajar pun. Malas nak belajar kekdahnya.

Tapi, itu dulu, sebelum aku kenal seorang kawan Mamoru yang bernama Zaihira. Tengok kepantasan tangan dia anyam ketupat secara tak langsung terussss mengubah perspektif aku terhadap ketupat tradisional nih tau. Kata Zaihira, kalau kita tak belajar semua nih, satu hari nanti, kompem pupus tradisi nan satu nih. So, next year, no more ketupat segera dalam plastik. Aku nak anyam sendiri, baru feel.. Nanti boleh tunjuk skill depan anak-cucu sendiri.. hihi.


Untuk lebih mengagumkan korang semua, sila tengok gambar kat bawah nih. Ini bukan main upload je tau. Aku saksikan sendiri tangan Zaihira menganyam ketupat kat bawah nih. Teruja betul!!




Kata Zaihira, nih ketupat lembu. Tapi bentuk nya pada aku macam kucing je.. hihihi.




Comel kan "lembu" nih? hihihihihi Jangan memain tau, ketupat nih bukan setakat lawa, malah boleh di rebus macam ketupat yang lain tau!




Ketupat koci




Ketupat dadu - Nih kalau kekurangan dadu nak main dam ular, boleh lah buat guna daun kelapa.




Ketupat pedal




Ketupat bawang




Ketupat sate - selalu dibuat oleh mereka yang baru belajar menganyam ketupat




Ketupat biasa




Ketupat burung




Ketupat "lembu" yang dah direbus oleh Zaihira




View ketupat "lembu" setelah dikorbankan.. hihi




Nih la cik Zaihira yang kreatif tu. Dia belajar menganyam ketupat dari neneknya. Kata Zaihira, ada banyakkk lagi jenis ketupat yang kita tataw. Antaranya, ketupat bentuk ketam. Tapi sayangnya, ketupat jenis tu dah pupus sebab dia dah terlupa cara nak membuatnya...
Menarik kan? Kalau korang tanak ilmu menganyam ketupat nih pupus begitu sahaja, sila lah kontek cik Zaihira untuk belajar menganyam :)

16 comments:

Farra Dhelina said...

waaa.. comeynya..a'a lah mcm meow je..xnmpk mcm lembu pOnn.. hehe tp mmg comeyyy

MuMMy 2 Haqq said...

uiii pes time nengok ketupat lembu!

Beautiful Disaster said...

wah, seronoknya tengok ketupat2 ni. tak pernah tengok. superb lah. boleh buat bisnes ni.

suezety said...

alhamdulillah tahun ni cik sue dh pandai anyam ketupat bawang selepas bertahun2 blaja..

cik sue nyer family x reti anyam ketupat sebab orang utara makan ketupat palas (masih juga gagal nk buat sbb asyik jadi ketupat betina jer..)

x sabar nak blajar ketupat2 yg lain pula.. jom cik senget.. kita blajar

Eliss said...

aloloo..comeinya ketupat..mesti sayang nak rebus kalo bagi aku :)

Nurmala Mazlan said...

weh...
giler kreatice cik zaihira ni
macam2 bentuk ketupat dia leh buat

dorin said...

waaa...kagum gle...mmg tak penah nengok ketupat pelbagai nqupe ni. ketupat palas yg sonang tu pun tak lepaih2 buat...huhu

Biqque said...

gile terer!

Unknown said...

Usk..Nak belajar aaa wat ketupat lembu ala2 meow tu..tahun depan nak masak ketupat tu....Mana nak belajar?

Anonymous said...

mmg seronok buat ketupat...atuk sy reti byk lg bentuk ketupat. nak belajar tapi rumit sgt.

Cicada2nd said...

suruh dia adakan kelas. ad idea lagi best. ramai2 blaja nganyam ketupat and buat rendang. buat ala2 mlm raya.

Elyn Sani said...

1st time tgk ketupat lembu tu!! menarik tul la AD.......

linda_cute@misslyn said...

nak belajar leh ke?

flyingman~~ said...

yg 2 bkn ketupat biasela nmenye, nmenye ketupat jawa, huhu....

uda1807 said...

waaaaa .. cikgu2 amek saye sebagai anak murid .. very interested to ut ketupats skillsss la .. leh ea ajar .. :)

betty said...

kita xtau menganyam...tgn keras kot hehehe tp kalo nk belajar ketupat lembut tu lagi lor jd ayam kot hehehe..apa2 pun..memng cute lah ketupat2 ni..terrrer betoilah ..fest time nok tgk ni