KENGKAWAN

Friday, September 11, 2009

Lampu lip lap

Mood raya dah datang.. tu pasal gedik-gedik pasang lampu lip lap nih. Semalam beli, semalam jugak pasang. Aku pasang sendiri tau. Tak dannn nak tunggu incik Mamoru. Tak menyempat-nyempat katanya.




Nih lebihan lampu yang aku pasang kat tingkap. Tu yang aku tarik ke tepi sini. Ohh.. kad raya tu bukan dari sesiapa. Aku beli sendiri (sedihhh). Jaman sekarang nih mana ada orang nak menghantar kad dik nonn. Kad elektronik banyak lah. Nak print, tak cantik pulak. Aku rindu betul tradisi hantar kad raya nih tau tssskkk.. Kad raya elektronik takde sentimental value.




Aku baringkan Ariff atas sofa bebetul menghadap lampu lip lap nih. Teruja betul dia tengok lampu tu. Cantik kan Ariff. Nanti balik kampung, mummy pasang pelita pulak suruh Ariff tengok. Sure dia sukaaa :)




Ariff yang masih belum berjaya meniarap.. sikittttt je lagi. Go Ariff! You can do it.. caiyokk!


Malam tadi gi hantar kuih kat Steven Corner Pandan Indah. Jumpa dua orang "Su" sekaligus. Sorang nama Suezety, sorang lagi Suraya. Yang tak best tu, aku lupa bawak kamera.. aduyaii.. Tak dapat nak upload sini :(

Takpe lah, apa pun tenkiu buat cik Suezety (dia nih antara customer yang banyak membeli kuih dari aku since tahun lepas lagi). Tahun nih semakin bertambah-tambah order dia - sampai 16 pek kuih tau (kengkawan opis order sekali katanya).. hihi.

Buat cik Suraya, selamat pengantin baru! Baru dua bulan kahwin.. sure seronok sambut raya kali nih kan? Tenkiu korangg :)

Dann malam tadi jugak, first time aku bawak Ariff jumpa kengkawan blogger. Seronok jugak kan. Ariff siap dapat duit raya lagik.. tenkiu tenkiu :)

5 comments:

biqque said...

bestnyerrr! i teringin nak pasang pelita, nanti nak pujuk la hubby beli :D

Chooyaya! said...

add - kuih red pearl ker menda ntah yang cornflakes + badam tu sumpah mmg sedap giler babeng ok? nasib baik amek 3 bekas. kalo tak, kempunan la orang lain nak rasa pasal time raya dah habes.. balik2 umah semalam terus bukak n makan. bapak cakap, dia kasik markah penuh kat biskut tu..

nanti su nak update masuk dalam blog. kasik orang lain rasa nyesal pasal biskut tu mmg sedap la. nanti pas raya, nak order lagik la!

Cicada2nd said...

pasang pelita aka panjut adalah tugas aku setiap tahun. baru2 ni anak buah aku dah tanya... "Bila pakcu nak pasang pelita?"..
sempat ke ha?

kabussenja said...

meriahnya... mesti mata ariff trkebil2 tgk lmpu lip lip lap tu.

Beautiful Disaster said...

wah. sonoknye ariff ade lampu liplap. ala, ryn xraye umah ryn la. jd xde napsu nk deco umah. huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...