Wednesday, February 24, 2010

Grab a FREE Makeover!!



~ This is a sticky mode advertisement. Kindly scroll down for my new Entry ~



FREE Makeover & Outdoor Photography session for you!!



Do you want to be beautiful? To do a makeup makeover and hairdo like an artist? Do you want to pose like a supermodel in front of professional photographer?


If your answer is a YESSSSSS, then here’s what you have to do:


Upload gambar korang dalam keadaan muka dipenuhi masker / bedak sejuk - Gambar yg paling kreatif akan diterima sebagai pemenang!






If you are selected, this is what you will get:


Untuk 1 pemenang utama:

  1. Free makeover on ur preferred date as long as tak clash dengan my schedule (this promotion ended 30 March 2010)..
  2. Free outdoor photography session on the same date.
  3. Free 1 CD with unlimited photo of you

Saguhati untuk 3 yang terpilih:


Free makeover on ur preferred date as long as tak clash dengan my schedule (this promotion ended 30 March 2010).



Terms and Condition untuk join this Makeover & Outdoor Photography:

  • Create a link to http://outdoorfreak.blogspot.com at ur blog entry.
  • Become a Fan of MakeupFreak in Facebook.
  • Paling penting, leave ur blog link kat sini, so senang aku nak check.
  • Bonus will be given to those yang Copy and paste HTML code MakeupFreak fan page badges and place it sidebar blog memasing. It will look something like this:


Looking forward to meet u gals!

Pengasuh baby diperlukan

Mencari pengasuh baby (8 bulan).

Full time. Warga M'sia, penyayang & amanah. Sanggup tinggal bersama (bilik, makanan, cuti, bonus perayaan, keperluan lain disediakan).

Tugas hanya untuk menjaga baby & mengemas. Tidak perlu memasak.

Gaji sebulan Rm600.

Call saya di 013.228.6402. 

Tuesday, February 23, 2010

Saleha's wedding, Terengganu

Got no time to update. Think, this will do for today :)



Saleha before makeup



Saleha after I did some makeup makeover for her.



I helped her with her selendang, veil and all.



I didnt shape her brows.



Didnt she look fabulous!

Monday, February 22, 2010

Ariff dalam kolam bola

Last week Mamoru beli banyakkkkkkk bola-bola kecil yang lembut dan bewarna-warni untuk Ariff. Penuh playpen Ariff dengan bola-bola ni.. hihi. takut juga aku kalau Ariff tenggelam dalam kolam bola dia :)
p/s: updated using my HTC Touch HD - saja menggedik :)

Friday, February 19, 2010

My makeup schedule

My makeup makeover schedule for next week :-

  • Laila & Hafiz wedding on 26 February at Subang (Nikah)
  • Adlin Arabian Theme Dinner on 27 February at Sunway Hotel
  • Niza & Azahar enggagement ceremony on 28 February at Tanjung Karang
Hah tiga hari berturut-turut tanpa henti! Thanks thanks thanks!! Million thanks for those yang hire me as your makeup artist! Counting days to meet u gals soon!

Next, untuk bulan March, May, June pun dah ada yang booking. Even untuk bulan Oct pun dah ada yang bayar deposit!

I will upload my client photos in MakeupFreak at Facebook. Kat sini pun akan aku upload juga, tapi more to teaser je lah :)

p/s: wonder why belum ada yang respon for my Free Makeover kat atas nih. C'mon gals, korang segan ke apa ni?

Weekend datang lagi

Ahh, Friday! Casual day untuk pekerja bank. In second thought, casual mendernya since tempat aku kerja nih tak allow jeans :p~

Malam nih, kami bertiga bertolak ke Terengganu. Cousin aku kahwin. Kami bertolak dua kereta dengan adik no.6 yang baru kahwin aritu. Sedara-mara yang lain semua gerak pagi nih. Knowing my dad, sure journey ke Terengganu akan terlajak-lajak sampai ke Kelantan. Nak lawat cucu-cucu dia kat sana.

Merasalah aku update secara live sejak adanya HTC Touch HD nih (hadiah anniversary). Suka sangat ada phone nih. Boleh surf net exactly macam kat pc dan boleh buat keje guna words, powerpoint, excel, etc. Nak letak dalam keta buat GPS pun boleh, since dia ada internal built Garmin yang dapat signal direct dari satelit. (so, tak kena charge setiap kali nak guna)

Suka suka suka!!! Pendek kata macam ada laptop mini je :)





Oh, in the mean time, layan kan gambar Ariff kat bawah nih since aku tak pernah publish gambar Ariff masa dia berusia 6 dan 7 bulan :)


Ariff 7 bulan.




Ariff 6 bulan.



Thursday, February 18, 2010

Makeover Syurayah

This is Sue. A sweet young nurse in Pusrawi. She requested for a makeover. And I'm glad she loves it!



Syu before makeover




Syu after makeover




She have a beautiful smile :)

More makeover pics at MakeupFreak!

Ntah bila nak approve

PETALING JAYA: The National Union of Bank Employees wants the Government to increase maternity leave from 60 days to 90 days.

The Government, the union said, should ensure that women fully recovered after their delivery, given the multi-tasking that they were subjected to.

Women today, juggle a full-time and demanding job to supplement the husband’s income to sustain a decent standard of living.

“Then she is a home maker and takes on the full responsibility for the children’s health, growth and development that contributes towards nation-building,” the unions secretary, J. Solomon, said in a statement yesterday.

Malaysia, he said, was lagging behind compared to neighbouring countries in protecting women’s interest as recommended by the International Labour Organi-sation Convention.

“Some South-East Asian countries even provide breastfeeding and child-care protection.

“For example, a working mother in Singapore gets up to 12 months leave to breastfeed and care for her newborn whilst in Cambodia, it is the employers’ obligation to grant one-hour break or two 30-minute break a day and with nursing rooms and day-care centres.

In Indonesia, employers are to provide a suitable place for breastfeeding mothers to nurse their children during working hours,” he said.

In the statement, Solomon said that working mothers in Thailand, Cambodia and Indonesia were eligible for 90 days maternity leave while those in Singapore were eligible for a 16-week paid leave.

Calling for a revamp in the Employment Act, Solomon said the union would be submitting a memorandum to Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil next month over the matter.
Article taken from The Star online
Jauh gila Malaysia kita nih ketinggalan kalau nak dibandingkan dengan Thailand, Cambodia, Indonesia & Singapore.
So, Datuk Seri Shahrizat, sila buktikan pegangan anda seperti mana yang di war-war kan dalam perjuangan anda. Wanita seharusnya lebih memahami wanita.
Takkan mundur ekonomi kita dek kerana cuti bersalin dipanjangkan sebulan lagi atau cuti khas diberi untuk kaum ibu yang menyusukan baby. Lagipun, apa guna ada lelaki, ye tak?

Ariff ke Genting Highlands

Tak plan ke mana pun masa CNY aritu. Cuaca panas macam apa je. Bawa Ariff ke playground sekejap pun dia dah berpeluh - macam baru lepas mandi. Tu yang timbul idea nak naik ke Genting. Anak punya pasal, sanggup kami meredah jalan jam ke sana. Nasib baik lah tak kaya lagi, kalau tak, mau aku pasang jet peribadi pergi oversea!



Me and Ariff at Taman Tasik Permaisuri. Oh, yep, ni style rambut baru. Kembang kempis hidung bila adik aku cakap rupa aku dah macam budak sekolah. Aku nak potong lagi pendek pasnih. Mana tau boleh nampak macam anak dara yang muda remaja. Hik. Rasa cam best pulak berambut pendek. Senang nak cuci. Ariff pun, takde can lah nak tarik rambut aku lagi :)



Pandainya anak aku posing. Bagus-bagus. Ikut gen mummy dia.



See, aku dah cakap, Ariff memang suka sangat berdiri & berjalan walaupun dia tak master lagi proses berjalan nih. Haih, laju betul perkembangan dia. Lapan bulan rasa macam lapan hari je. Moyang Ariff cakap, mungkin Ariff nih cepat berjalan since dia skip part duduk & merangkak. Kalau betul, alamatnya banyakkk barang dalam rumah tu kena clearkan. Esp yang atas meja. Sebab Ariff ni tinggi. Semua benda selamba je dia capai.



Dalam skyway.. on the way ke puncak Genting Highlands. First time bawak Ariff pergi tempat tinggi. Untuk permulaan nih, aku bawak Ariff pergi puncak gunung naik skyway. Pasnih, kita trekking sesama ye 'nak (hm, panggil Ariff 'anak' / 'nak'buat aku rasa macam 10 tahun lebih tua.. hish, tanak lah panggil camtu). Age does matter sekarang nih. Aku dah 31 dah oii. Tssskkkk.



Ariff dengan daddy. Hepi betul Mamoru taim nih. Asyik dia je nak dukung Ariff. Nih la susah anak sorang. Dukung pun nak berebut. Mamoru dah suarakan hasrat nak Ariff no.2 (He means "Alice" - nama gelaran yang selalu kami guna untuk future baby). Aku nak gak, kalau boleh 2 sekaligus.. hihi. Tapi Ariff kecik lagi. Aku takut tak dapat bagi kasih sayang sepenuhnya kat dia (sama macam aku takut nak bahagikan kasih sayang aku antara Mamoru & Ariff masa dia belum lahir lagi)



Genting sangat sejuk ok! Yes, memang itu yang aku cari. Cuaca cerah, tapi sejuk! Terpaksa pakaikan Ariff sleeping bag since tangan dia dah sejuk macam ais. Oh, Ariff suka makan keledek bakar yang panas! Seronok makan keledek sambil layan cuaca sejum camnih.



Dengan daddy dalam indoor park. Ariff nampak macam little mermaid je.. kan Mamoru?



Aku suka tengok Ariff pakai cap. Sangat stylo anak bujang aku nih. Jacket dari aunty Biqque nih sangat berguna :)



Ok this is what I told Ariff that day, "Ariff tak cukup tinggi lagi untuk main semua games kat atas tu".. Dia tak heran pun. Hik.



Tengok gambar nih lelama pun aku tak jemu. Tho he still a baby, I think he have a manly face.




Still susah nak decide Ariff ikut muka siapa. Part dagu terbelah tu yang aku tak faham. Atuk aku dulu dagu terbelah kut. Macam mana lah rupa dia bila dah besar nanti :)

Wednesday, February 17, 2010

Cerita tentang gunung

Lebih kurang sebulan je lagi untuk aku training sebelum bertolak ke Sabah untuk xpdc mendaki gunung Trusmadi & Tambuyukon (Sabah TT - 6 hari). Tsskkkk.. cukup fit ke badan aku sekarang nih??



Oh, fyi, gunung Trusmadi & Tambuyukon nih adalah gunung yang kedua dan ketiga tertinggi di Malaysia selepas gunung Kinabalu :)



Kalau ikut plan asal, dekat nak 20 orang yang confirm nak join xpdc nih. Pening jugak kepala kami (aku, Mamoru & Chua) nak arrange, since pihak pehutanan / Sabah Park ada buat had limit untuk bilangan pendaki mendaki ke puncak Trusmadi & Tambuyukon.Tapi bila dah last minit camnih, tinggal 9 orang je. Pheww, legaaaa. Senang keje :)



So far, bab booking tiket flight, tarikh mendaki, transpor & accomodation, semua dah settle. Tinggal part nak beli ration je (yang nih akan dibuat tiga hari sebelum bertolak ke Sabah).



Part untuk training je yang aku belum start lagi.. huhu. Kalau tak cukup masa sangat, aku jogging kat Taman Tasik Permaisuri je udah lah. Sekali jogging, buat lah 5 ke 10 round ye tak? *pengsan*



Chua ada organize xpdc gunung Liang East & Liang West kat Tanjung Malim (6&7 Mac), tapi aku dah conquer dua puncak tu. Bukan tanak pegi lagi, tapi aduyaiii.. trek kat sana bikin darah aku menyirap je - Trek dia tak mencanak tapi jauhhhhh yang hamattt. Rasa nak tidur atas trek pun ada. Takperlah Chua, training punya pasal, kita layankan je lah trek the never ending journey nih.



Note: Terima kasih incik Chua kerana tolong basuhkan haversack saya!!



Dalam pada tu, aku tengah usha kut-kut ada bebudak gunung yang buat trip ke gunung Bunga Buah (wei, buatlah - pastu ajak aku sekali). Teringin dowh. Antara gunung terdekat dengan KL yang ada dalam list aku tu.

Monday, February 15, 2010

Ariff bubble bath

Kesiab Ariff. Bubble bath dalam small basin je. Jadilah nak, nanti mummy dah kayo, kita beli rumah siap bathtub besar untuk Ariff :)



Mummy said I looks like Princess Lea. Helloooo, I'm a boy ok.



More bubble please..



So adorable...



He loves it

Breakfast di Q Bistro


Hmm.. nak makan apa ya?



Mummy dah decide nak makan apa?



Uncle mamak, mummy saya nak roti canai satu. Untuk saya bagi susu dalam botol ya. Tenkiu :)

Thursday, February 11, 2010

Yanie's Makeover

Selingan.

Dah lama entry nih tersimpan dlm draft. Decided to publish it since I dont have time to come out with any new entry. Enjois.

Yani before


Yanie after





Wednesday, February 10, 2010

Jawab tag lepas pregnant

Nobody tag me on this (wish somebody had.. sampai hati korang tsskkk). Tho musim tag dah macam dah berkurang kat blog (thank God!), aku still nak buat tag yang nih. Layan kan je :)



HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
Period lambat seminggu, rasanya. Memang dah saspek. Tapi macam tak berani nak berharap. Pergi beli pregnancy test (masa nih tengah cuti kat kampung). Eksaited sangat nak cek sampai pukul 2.00 pagi aku terbangun. Terpaksa tidur balik dan tunggu pepagi esoknya - takut test tak accurate.

HOW DO YOU FEEL?
Terkejut dowh bila tengok line tu naik perlahan-lahan. Siap gosok-gosok mata macam tak percaya. Lama gila aku peratikan test kit tu. Kut-kut laa kalau dedua line tu terpadam ke apa. Nasib baik tak tembus.. haha

WHO DID YOU TELL FIRST?
Incik Mamoru of course. Tak best lah terkejut sengsorang, biar dia share sesama tahap sexcited aku tu.

WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
Tak. Takder apa2 protection sama sekali.

WHAT IS YOUR CHILD'S NAME?
Ariff Fadzillah bin Noor Fadzillah bin Haris Fadzillah

WHAT WAS YOUR CHILD’S SEX?
XY

WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR OPPOSITE GENDER?
Rahsia. Tapi semestinya bermula dengan huruf A... Aku suka nama yang simple dan senang sebut. Boleh jadi bahan dowh kalau nama anak panjang gila sampai sampai tak muat borang surat beranak tapi end up panggil "boboy".. hik.

DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?
Dari awal pregnant aku macam dah terasa baby aku boy. So, yep, aku memang mengharapkan lelaki.

WHEN WAS YOUR CHILD BORN ?
060609

DUE DATE WERE SUPPOSED TO BE ON WHAT DATE?
Exactly the same date 060609 - I was 39 weeks pregnant.

HOW DO YOU FEEL WHEN YOU FIRST SAW YOUR BABY?
Sebak. Sangat sebak, terharu... dan penat :)

HOW OLD WERE YOU AT THAT TIME?
30. Kawen lambat maa.

DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX BEFORE YOU GIVE BIRTH?
Definitely.

DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Langsung tak ada. Be it sakit belakang, bengkak kaki, lenguh, semua tak ada. Alhamdullilah

WHAT DID YOU CRAVE?
Buah.. all type of buah.

WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
Heat. Esp minggu-minggu terakhir pregnancy. Dua bijik kipas dalam bilik pun tak jalan woo. Luckily Mamoru dah pasang aircond sekarang nih.

HOW MANY KG's DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
Sebelum pregnant, 37kg
Minggu last pregnant, 50kg
Lepas pantang, 37kg semula.

DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
Tak buat pun. Segan arr nak suh orang datang bawak hadiah :)

DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Tak ada. Proses mengandung adalah sangat enjoyable. Tak sabar nak repeat lagi.

WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Al-Islam Specialist Hospital

WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
Incik Mamoru - sempat singgah makan kat restoran lagi (walhal tain tu darah dah start keluar sikit-sikit - tapi tak sakit)

WHO IS YOUR GYNEA?
Dr Rusilawati

HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
6 jam.

WHAT TIME DO YOU GAVE BIRTH?
Masuk labour room pukul 7.00 pagi. Pecahkan air ketuban pukul 7.15 pagi. Pastu baru start sakit. Ariff lahir pukul 1.48 tengahari (lepas Zohor)

WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Dr, Rusilawati, sorang midwife & Mamoru (siap pegang kamera)

WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
Vacuum. Leher Ariff terbelit tali pusat (3 lilitan). Sejam push pun tak keluar.

DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Aku refused. Sebab nak rasa sendiri sakit bersalin. Tapi Dr paksa ambil pentidine (injection). Baby dah berak kat dalam katanya. Kena cepatkan proses kelahiran.

DO YOU BREASTFEED YOUR BABY?
Yes. From the very first day.

ARE YOU PLANNING TO HAVE ANOTHER ONE RIGHT NOW?
Nak, tapi kesian kat Ariff. Takut tak dapat kosentret kat dia pulak nanti. Tunggu lah dia besar sikit. Dan, NO, aku tak pakai apa-apa 'protection' sekarang nih.