Thursday, March 25, 2010

I've been busy

Ok, lame excuses.

Ngengada kan. Dah create blog, update je lah. Nih duk biarkan blog terlantar sunyi sepi terasing tanpa berita. Buat marah dek reader je, kan? kan? kan?

Sudah tengah malam ni, hidung pula bercucuran dengan flu. Mata tamau lelap. Lampu agak malap sampai menyusahkan jari aku nak mencari huruf kat keyboard (sebab tanak Ariff terjaga). Tapi, demi mu blog, ku gagahi jua.

So, apa mau update?

Oh ya, pasal next week. I wont be around for another 6 days (yah, dan blog juga takkan berupdate untuk tempoh tu - Draf entry? Macamkan aku rajin, huh)

Aku ke mana? Alah, mana lagi kalau tak masuk hutan, bergelumang dengan flora dan fauna (banyak lah floranya - bergelumang dengan pacat ada lah!)

Tinggal 6 hari lagi sebelum aku bertolak Sabah untuk XPDC mendaki gunung Trusmadi & Tambuyukon (sila google). Sexited sangat nih! Tak sabar nak bersatu-padu dengan alam semulajadi (ayat tak boleh blah).

Preparation? Agak kelam kabut. Mana taknya, mana nak siapkan wedding orang (maklumlah, aku dah 50% menjurus ke arah bisnes kawin-kawin nih). Patutlah aku tak berapa nak sihat sekarang nih tssskkk...

Tapi worry not, bab permit mendaki, transport, accomodation & rations hampir semua complete. cuma nak dabel-tripel confirmkan dengan pejabat perhutanan sabah je.

Doa-doakan lah team xpdc aku yang seramai 6 orang nih selamat pergi, selamat mendaki kedua-dua gunung nih dan selamat kembali semula ke semenanjung nih ya.

No comments: