KENGKAWAN

Thursday, August 26, 2010

Mood raya suda mari

Dalam dua tiga hari nih, aku asyik rindukan Ariff. Bukan rindu yang biasa-biasa tapi rindu macam nak gila. Masuk je opis pepagi, aku dah kira jam nak balik. Pelik kan? Kenapa ek? Memang camnih ke bila pregnant kali kedua?

Tak sabar nak tunggu wiken nih. Aku ambil cuti hari Isnin. So, direct cuti sampai hari Merdeka. Nak spend dengan Ariff. Nak tunjuk Ariff kemeriahan kacau dodol kat rumah nenek :)

Ariff sekarang sangat aktif. Tak boleh nak sekat pergerakkan dia dalam rumah. Semua benda dia nak explore. Kengkadang, bila geram sangat, aku try jugak jengilkan mata dan tinggikan suara. Tapi, jangan harap lah dia nak takut. Asal aku marah je dia akan buat muka comel. Geremmm.

Semalam, aku shopping baju raya online untuk Ariff lagi.. huhu. Diam je Mamoru dengar amount yang aku spend untuk Ariff. Mamoru memang takkan komplen. Maklumlah, untuk anak kesayangan dia jugak. Banyak dah baju Ariff tahun nih. Biarkan. Biar Ariff sentiasa comel & hensem pakai baju baju taim raya nanti :)

Sekejap je Ariff dah berusia 1 tahun 2 bulan. Raya tahun lepas, usia Ariff baru 3 bulan. Ariff still tak pandai bercakap lagi. Tapi jalan & berlari memang laju. Gigi pun dah hampir 6 batang tumbuh. Kami dah start ajar Ariff gosok gigi.

Esok hari Nuzul Quran. KL tak cuti.. tsskkk. Mood nak pergi keje dah tak ada. Tinggal badan je kat opis nih. Fikiran semua dah melayang ke kampong.. Ariff.. Raya.. Shopping.. etc.

Sigh.

Cepat lah wiken..

Tuesday, August 24, 2010

Cuti raya dah approved!

Cuti Raya dah approved. Suka. Suka!

Tahun nih, aku ambil cuti 11 hari.. huhu. Saja nak perabihkan annual leave. Tu pun masih banyak lagi cuti yang perlu aku habiskan dalam tahun nih. Malas nak carry forward. Maklum lah, start bulan Disember sampai March depan aku dapat maternity leave :)

Minggu lepas balik kampong Mamoru. Seronok! Antara xtvt yang kami buat kat kampong :-

Kami pergi shopping barang-barang dapur untuk nenek guna taim raya nanti (air botol F&N/Mirinda je belum beli. Nak beli awal-awal takut habis sebelum raya pulak). Kuih tayah beli sebab family Mamoru kan buat bisness kuih raya. So, memang banyak stok kuih raya kat rumah nenek :)

Kami tukar lampu & dedua paip besi sinki nenek yang pendek kepada paip yang tinggi dan boleh laras.

Kami pergi gunting rambut Tia dan belikan baju untuk dia (baju kurung je belum beli)

Kami jenjalan kat Pasar Ramadhan Kuala Selangor. Oh, sepupu Mamoru (Kak Nor & Arul meniaga kat pasar Ramadhan sana tau)

Ikutkan, bajet untuk belanja raya nih agak tight. Maklumlah, nak saving untuk baby yang bakal dilahirkan nih. Tapi, ntah lah. Malas nak berkira untuk orang-orang yang kita sayang.. Dapat tengok kegembiraan kat muka derang adalah satu kepuasan yang tak ternilai harganya.

Soal lain, belakang cerita. Lagipun, aku percaya pada rezeki yang Tuhan bagi.

Hmm.. sebut pasal rezeki, ada banyak rumours cakap bonus tahun nih mungkin bertambah sebab profit bank tempat aku keje nih adalah antara yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun. We’ll see. Cuma tak sure bila dapatnya. Sama ada sebelum raya atau hujung tahun nih. Kalau dapat alhamdullilah.

Minggu nih ada tiga jemputan berbuka puasa:-

Kat rumah Juju – Pot luck dengan kawan-kawan sekolah Mamoru
Kat rumah Balqis – Pun pot luck style dengan kawan-kawan se-campus Mamoru
Kat Restoran Dorani – Buffet dengan kawan-kawan sekampung Mamoru

(Err.. majlis berbuka dengan kengkawan aku takde yer? Huhuhu)

Setakat nih, yang kami confirm pergi cuma majlis berbuka kat rumah Juju. Yang lelain tu, agak susah sikit lah,sebab derang buat majlis taim wiken. Taim wiken dibulan puasa nih, kami prefer spend dengan family / in-laws. Nak mengemas, mengecat, etc – banyak keje tuuu… Naper lah tak buat taim hari Merdeka ke? Kan cuti taim tu

Wiken minggu nih, kami spend di Melaka. Dengar cerita, ayah suruh orang tambah bahagian depan rumah. Takut tak muat rumah dia dengan anak-cucu balik beraya agaknya. Kami plan nak mengemas & mengecat rumah belah Melaka pulak minggu nih.

Dan kalau tak ada aral, minggu nih kami akan mengacau dodol. Best! Best! Dapat makan dodol cair yang fuhhhhh sedapppp gilaaaa!

Saturday, August 21, 2010

Sahur dengan Fafau & FBI

Taip laju-laju. Nak gerak balik Kuala Selangor petang nih. Tengah tunggu kek batik yang aku buat tadi sejuk :)

Subuh tadi pergi One World Hotel kat belakang Sri Pentas. Kan Mamoru dapat jemputan pergi sahur dengan Fara Fauzana & Faizal Ismail. Mamoru dibenarkan bawa 4 tetamu lain. So, yang pergi pagi tadi, Mamoru, aku, Chua, Talha & Fuad. Ariff pun join sekali (tapi dia not counted laa). Seronok tau, ada games, ada sampul misteri, ada makanan yang sedap-sedap.. hihi.

Layan entry bergambar lah ek :)


Hello unties & uncles! My hansome boy yang dah 1 tahun 2 bulan (orang selalu ingat dia 2 years pluss)


Ariff tak suka omelette.. huhuhu


Faizal Ismail sahur semeja dengan kami :)


Ariff yang suka sangatttt usik fridge Marigold. Semua product Marigold adalah percuma kat sini :)


Suprise tau, rupanya bawah seat aku & Mamoru ada envelope misteri. Kami berdua antara 20 orang yg bertuah dapat hamper dari Marigold! Nih gambar masa nak ambil hamper. Mamoru & Chua yang pergi collect hamper. Aku tak boleh naik atas stage - jaga Ariff yang sakan merayau satu ballroom.


Mamoru dan Faizal Ismail :)


Chua & kembar dia hahaha.. Disebabkan kepala Chua yang berkilat nih lah Fara Fauzana duk mengurat dia tau! Kelakar..


Lepas dapat 2 hamper dari sampul misteri, Mamoru dapat satu lagi hamper sebab terpilih untuk join majlis sahur nih. So, in total kami dapat 3 hamper sekaligus (tu tak termasuk dor gift lagi tau)!! Kami bagi dua hamper pada Chua & Talha sebab duk temankan kami pergi sini.


Talha & Fuad dengan Fafau.. :)

Tuesday, August 17, 2010

Mamoru ada date dengan Fara!

Yep. Mamoru ada date dengan Fara. Derang dah ada plan nak pergi dating sama-sama weekend nih. Mamoru siap berterus terang minta kebenaran untuk pegi sahur dengan perempuan nih okeh.

Aku tak kisah pun. Tak jeles pon. Pergi laa..

Sebabnya? Dia nak keluar dengan Fara Fauzana laa uols.. huhuhu. Kalau pergi berdua tu, aku kisah lah jugak (siapa tak sayang laki dik nonn). Tapi derang keluar dengan Faizal Ismail sekali.

Alkisahnya, Mamoru dapat panggilan dari Hot.fm untuk bersahur bersama-sama Fara Fauzana & Faizal Ismail – penyampai Hot.fm. Mamoru siap menang wang tunai dan hamper barangan dari Marigold. Rezeki, alhamdullilah.


*********************

Hari nih genap seminggu kita puasa. Aduyaii.. kenapa lah sekejap sangat dah masuk seminggu :(

Aku dah terima parcel baju & kasut yang aku order untuk Ariff. Cantik! Ariff suka sangat kasut sport NIKE yang aku beli tu. Dia asyik suruh kami pakaikan je tau. Sampai aku terpaksa sorokkan kasut tu dari dia.

Oh, semalam birthday adik ipar aku (Hepi birthday Sue!)

Monday, August 16, 2010

XPDC Gunung Trusmadi & Tambuyukon (Part 2)

Found this one in my drafted entries. Fuiyoo.. gila lama gambar nih tak ber-publish. Since April okeh. Seriyes lama. Now what make me totally forgot to publish this one ek?

Since aku amik masa sikit nak suruh Mamoru transfer semua gambar dalam DSLR dia ke pc nih, kita layan dulu gambar XPDC aku ke Gunung Trusmadi & Tambuyukon di Sabah - XPDC first dan last aku dalam tahun nih (tahun nih je.. lepas bersalin sok, aku sambung naik gunung balik)

Untuk baca story XPDC Gunung Trusmadi & Tambuyukon (Part 1), sila klik kat tulisan bergaris tu ya :)



Day 3 (Sabtu, 3 April 2010)


Lepas turun dari Gunung Trusmadi, kami terus gerak ke Poring. Plan asal nak bermalam kat Pos Monggis. Tapi memandangkan hari dah gelap masa kami sampai Poring, memasing dah berbelah bagi. Dengan perut yang agak kelaparan plusss badan yang penat gila baru turun gunung, untuk pacak khemah dan mengadap stove adalah perkara yang sungguh menguji mental & fizikal. Nego punya nego, dapat lah kami bermalam di Poring dengan kos yang sangat minimum (sewa dorm). Kalau ikutkan, kami tak boleh check-in kat situ sebab tak ikut prosedur. Tapi, alhamdullilah. Urusan kami dipermudahkan. Lega dowh. Boleh terus bersihkan badan dan tidur. Nak memasak pun senang. Tayah sesusah paya keluar stove, gas. Kat sana lengkap pantry semua.


Pukul 5.30 pagi kami bertolak tinggalkan Poring. Aku bantai membuta sepanjang jalan. Gelap. Ngantuk


Kami sampai Pos Monggis dalam pukul 7.00 pagi (as planned). Yang tak bestnya, kat sini kami diberi tag Gunung Kinabalu. Sengal je. Walhal kami nak mendaki Gunung Tambuyukon. Maybe pihak Kinabalu Park tak mementingkan gunung nih. Maklum lah, siapa nak mendaki gunung hazabbb takde view nih kan. Lain lah Kinabalu. View meletoppp. Taim aku bergambar nih, mata aku agak bengkak sebelah. Tataw menatang apa sudah cium mata aku malam tu. Oh, sila peratikan perut aku yang pregnant 2 bulan taim nih.. huhuhu

Route map ke Puncak Gunung Tambuyukon. Kalau tengok peta, macam senanggggg je route dia. Tapi dia punya hazabb, nauzubillah. Yerr, padan muka aku. Siapa suruh panjat dua gunung sekaligus!


Chua sibuk enterprem. Jejaka ini masih single ye uolss. Umur 29 tahun. Berkerjaya. Berkereta. Berminat? Sila cari blog dia.. huhuhuuhu (ampunnn Chua)


Starting point - Pos Monggis. Pendaki yang bermalam disini, kena pacak khemah kat kawasan lapang depan Pos Monggis nih. Rumah nih untuk guide je uolss. Kemudahan awam seperti tandas, paip air, ada disediakan. Cuma pada aku lah, tak begitu terurus lah. Maklum lah, pihak Kinabalu Park kan mementingkan kemudahan di gunung Kinabalu jer.


Taklimat dari guide sebelum bertolak.


Tu diaaa.. baru trekking tak sampai 15 minit memasing dah carik port untuk take 5. Trekk hazabbbbb uolss. Dia bagi pacak all the time. Pacak jenis tak hingat okeh. Naik.. Naikkkk Naikkkkkk je. Payah nak cari port landai.


Tak ingat log arr. Malas nak bukak gile cari dalam pc nih. Kalau tak silap aku, dalam sejam lebih baru kami sampai Pondok Kulat nih. Aku tak rehat lama kat sini. Pacattt banyakkk oiiiii.


Nih pulak Pondok Kera. Oh, setiap pondok perhentian, ada disediakan tandas (yang tak berapa nak terurus (tutup pakai kanvas je) dan jugak tong tadahan air. Kami stop sekejap je kat sini sebab memasing tak sesabar nak sampai kemsait.


On the way ke Kem seterusnya, Mamoru terjatuh dari tebing licin gara-gara kami tersilap trek. Tangan dia terseliuh. Oh, trek kat gunung Tambuyukon nih memang bahaya sikit. Kalau silap jalan memang sesat. Marking kurang / hampir tak ada.


Kem Wuluh. Pada aku kem yang agak hazabbbb. Dah la jalan ke sini penuh dengan pokok tumbang. Part nak turun dari tebing curam tu memang tak boleh blah. Tak penah-penah perut aku kecut sampai rasa nak termuntah tengok trek nih. Lutut menggigil beb. Tataw lah kalau tu pembawakan orang pregnant. Tapi aku rasa memang trekk nih hazabbb laa. Kami lepak sini dalam sejam. Lunch nasi lauk sambal sardin yang aku masak kat Poring subuh gaban tu. Nak makan pun jari menggigil-gigil. Saiko la gunung nih. Oh, ada sungai kecik kat sini.


Rehat sekejap. Taim nih tinggal aku berempat dengan Mamoru, Chua & Sweeper.


Kem Kepuakan (macam bunyik Ke-puaka-an pun ada kan?) Tapi aku tak berani nak komen lelebih. Kami sampai sini taim hari dah nak gelap. Magrib. Chua sempat berenang kat sungai ni. Besar jugak sungai dia. Kat sini, aku dah bajet, kompem kami kena trekking malam. Sigh.


Chua dan Mamoru depan sungai di Kem Kepuakan.


Taim kami take 5 kat sini, incik Sweeper pergi memcari durian hutan. Kebetulan musim durian hutan taim tu. Sedap jugak durian nih. Manis dan tak pahit macam buah durian kat Pasar. Buah dia pun kecik je. Besar tapak tangan. Kata incik Sweeper, kat hutan nih jangan makan durian sebarang. Ada jenis yang beracun.


Pukul 7.00 malam kami sampai kemsait. Gila penat. Saiko. Stress dan segala bagai lah. Penat sebab melayan trek yang hazabbbb & pacak sepanjang masa. Saiko sebab terpaksa melayan pacat yang berjuta banyakknyaa kat trek. Habis satu badan aku kena gigit okeh. Sepanjang 32 gunung yang aku daki kat Malaysia, Tambuyukon punya pacat lah yang paling hazabb. Gunung Bintang dan Gunung Bubu punya pacat pun tak camnih banyaknya.


Suami yang sentiasa membantu bila aku memerlukan. Punya la sabar melayan karenah wife dia sepanjak trek nih. Aku rasa Mamoru punya penderitaan di gunung di lebih hebat dari aku.



Day 4 (Sabtu, 4 April 2010)


Pagi di kemsait. Pagi tu memang aku tak sanggup dan tak larat langsung nak teruskan pendakian ke puncak. Tapi, ko nak kena bahan?? Kang ada yang cakap, "apa barang panjat gunung tak sampai puncak?". Berkat dorongan dan semangat yang tinggal sipi-sipi je lagi, aku gagah kan jugak. Sebabnya, kalau aku tak sampai puncak, konpem lah Mamoru pun tak jejak kat Puncak Tambuyukon. Takdenya dia nak tinggalkan aku sengsorang kat kemsait tu.


Gambar hiasan. Banyakk lagi gambar lelawa yang aku snap sepanjang trek.


Trek ke puncak penuh dengan hutan buluh. Ada lah lebih kurang macam trek Bintang kat Kedah. Pacat masih ada ye.


Jeneral Kem. Take 5 kejap kat sini.Trek masih pacak dan mencanak. Bila jumpa kawasan rata tu, kira heaven seketika.


Gambar hiasan lagi. Memacam spesis dan saiz. Semua aku snap.


Hutan lumut dan duri.


Take 5 di celah dahan pokok. Jadi lah. Nak cari port rata susah sangat.


Starting ke puncak berbatu


Bahaya jugak kawasan nih. kat puncak batu nih lah aku terkandas masa otw turun. Hujan lebat + angin kuat. Tak berani aku nak melangkah. Takut kena terbang dek angin. Hujan reda sikit baru aku cecepat jalan.


Gila banyak puncak batu kat sini. Tajam dan curam. Kiri kanan gaung lak tu.


See what I mean. Bayangkan lah korang kena berdiri atas batu tu taim hujan lebat + angin kencang. Konpem mengucap awal-awal.


Punya lah jauh berjalan baru sampai Kem Wuluh. Kem last kat trek nih. Kata guide, Kem Wuluh & Kem Jeneral tak boleh dibuat kemsait. Ada ular besar. Hmm..


Permatang sebelum sampai ke Puncak Gunung Tambuyukon. Nampak Chua kat belakang tu?


Akhirnya sampai jugak kami ke puncak gunung Tambuyukon. Lepak sekejap je. Serjukkkk. Lepas makan terus gerak turun sebab langit dah gelap. Again, gunung nih takde view ok. Reception (phone) pun agak tenggelam timbul kalau nak compare dengan gunung Trusmadi sebelum nih. Seperti yang aku cakap tadi, taim nak turun memang hazab dengan hujan yang lebat + angin kencang. Kami sampai kemsait dah pukul 5 petang. Nasib baik barang dah siap pack awal-awal. Pekena megi macam orang kebulur. Masa kat kemsait nih, tinggal kami berempat je (aku, Mamoru, Chua & sweeper). Team yang lain (Che Jaafar, Che Lai, Talha & guide) dan turun ke Kem Kepuakan. Aku berbelah bagi naik tinggalkan kemsait sebab badan aku memang dah tak larat sangat. Kaki pulak start sakit. Lama kami trapped kat kemsait tu (sampai pukul 7.00 malam!). Tak boleh nak gerak sebab hujan lebat sangat. Memasing dah menggigil macam kena parkinson. Tapi, last-last kami decide untuk turun jugak sebab kami tak cukup camping gear untuk bermalam kat situ. Semua dah kena angkut dengan team yang turun awal.


Nih antara port gigitan pacat kat kaki aku. Port lain pun banyakk juga. Tapi agak sensitif untuk dipamerkan kat sini. Free je derma darah kat pacat. Ntah berapa puluh yang berjaya gigit badan aku dan berapa ratus pulak yang berjaya dibuang pun aku tataw. Tawakkal je. Kami berjaya sampai Kem Kepuakan dalam pukul 10.30 malam!! Team xpdc lain dah siap tidur lena dah. Nasib baik derang dah masakkan dinner untuk kami. Tenkiu kengkawan.



Day 5 (Sabtu, 5 April 2010)


Gambar kami sampai ke Kem Monggis tengahari esoknya tak ada dalam Sony compact aku. Nih gambar celebration kat KK Town - layan seafood. Aku adalah serious pewai sampai tak ada gambar taim hari last dalam hutan. Kat DSLR Mamoru ada kut. Kesian Mamoru kena pikul dua haversack sekaligus (salah satu tu aku punya laa). Maklum lah wife dia dah sampai tahap kritikal terpaksa berjalan guna dua tongkat. Penangan pregnant dua bulan!

Apa pun, alhamdullilah, dua gunung berjaya ditawan dalam xpdc kali nih. Dan syukur sekali lagi, baby dalam perut turut kuat semangat dan mampu bertahan dengan hobi gila mummy dia nih.

Next XPDC? Gunung Murud (aku nak grad G5) Tapi sila tunggu aku habis bersalin & berpantang.. huhuhu

Sunday, August 15, 2010

Makan yang tak habis-habis

Dekat nak tengah malam. Aku masih menghadap makanan (disamping menghadap pc of coz). Banyak betul makanan yang berbaris menunggu dimakan.
  • Rambutan yang aku beli tadi masih belum terusik.
  • Kuih lompat tikam pun belum dimakan
  • Sup gearbox beli kat pasar Ramadhan petang tadi masih dalam keadaan asal - belum bersentuh (yang luak cuma kuahnya - mana nak cari straw nak sedut tulang sum-sum tetengah malam nih?)
  • Jeruk buah kedondong yang aku buat pagi tadi punnn tak sempat nak rasa lagikk..

Camne nih??

Boring betul makan sengsorang. Mamoru dah lena tidur sebelah Ariff. Aku je yang masih gagah & bersemangat nak makan. Nak simpan sahur kanggg.. confirm tak sempat. Aku tak berapa gemar berdepan dengan makanan yang banyak camnih sambil berlumba dengan waktu imsak. Boleh tercekik dibuatnya.

Note: Sila jangan terliur atau membayangkan rupa / rasa makanan yang aku list diatas. Siapa suruh baca taim hari siang? Aku update nih taim malam huhuhu


**************************

Cerita pasal weekend.

Takde apa yang menarik. Just spend masa atas katil sepanjang hari. Kegeringan melanda. Cuma tadi je pegi jenjalan survey langsir & sarung kusyen baru untuk rumah ayah di Melaka.

Oh, tadi beli songkok untuk Ariff. Beli saiz 19. Besar kan untuk budak 1 tahun 2 bulan? Saiz kepala Ariff memang besar. Badan dia pun besar dan panjang. Aku sekarang nih, kalau nak belikan dia baju memang cari saiz yang 2 tahun ke atas.

Teringin nak upload gambar kat sini. Gambar memang banyakkk.. tapi dalam memory kad Mamoru. Aku tak reti laa nak godek DSLR dia tu. Sony compact aku dah tatau kemana. Adik aku rembat tak pulangkan lagi. Kalau ada Sony tu senang sikit. Nih, nak guna 5D Mamoru yang gedabak & berat tu.. aduyaiii.. payah lah.

Sory ya Elyn, Biqque & kengkawan lain yang duk tanya pasal gambar terbaru. Bear with me k uolss.

Esok keje.. aaaa busan busan. Cepat lah bulan doblas. Nak cuti bersalin 3 bulan.. huhuhu

Friday, August 13, 2010

Demam yang tak best

Wrap-up.

3 Ramadhan. Aku still tak larat nak masak juadah berbuka kat rumah. Sedih.

Nih semua gara-gara aku & Mamoru asyik berulang-alik pergi Klang-KL semata nak tolong ayah hantar jagung (yep, ayah pasarkan sendiri hasil jagung dia). Penat wooo. Terima kasih la kat adik no. 3, no.4, no.5 & no. 7. Korang memang memahami dan boleh diharap. InsyaAllah, besar pahalanya tolong ayah kita ni :)

Dalam minggu nih, aku just pergi keje sebanyak 1 hari setengah je.

Isnin MC - Mamoru pun amik cuti sekali. Tekak dah start sakit, tapi gagahkan jugak teman adik-adik pegi basar-pasar borong kat KL nih hantar jagung.

Selasa Keje.

Rabu AL - Start puasa. Plan nak masak untuk berbuka hancuss. Aku terbaring seharian ke-demam-man.

Khamis Keje half day - Paksa diri pegi keje. Tapi terpaksa amik MC jugak sebab badan dah tak larat. Balik umah, membongkang sampai petang. Berbuka dengan lauk yang Mamoru beli kat pasar ramadhan depan HUKM.

Jumaat (hari nih) AL lagi - Sebab babysitter yang jaga Ariff ada hal hari nih. Since takde orang nak jaga Ariff, aku cuti je lah. Badan pun masih tak sihat. Rehat kat umah adalah perkara yang terbaik. Opismate aku suruh aku amik MC lagi hari nih. Membazir amik AL katanya. Malas lah aku nak tukar-tukar cuti nih. AL aku berlambak lagi. Better habiskan.

Esok? Tatau lagi. Susah nak berfikir dengan baik dalam keadaan demam nih.



Tuesday, August 10, 2010

Berkat Ramadhan

Syukur sangat sangat.

Semalam dah pergi buat check-up. Alhamdullilah, baby dalam perut sihat dan selamat. Tak ada apa-apa perubahan kat degupan jantung baby. Kedudukan uri juga tak berubah. Masih diatas. Badan aku pun tak ada lebam. Rasa sakit pun dah totally hilang. Syukur ya Allah.

Ajaib kan. Kuasa Tuhan. Walhal, masa aku jatuh tu, aku tengah dukung Ariff. Dah lah jatuh terduduk, dengan Ariff jatuh atas perut aku lagi. Berat Ariff lebih 10 kg tau!

Apa pun, alhamdullilah sekali lagi. Kami bertiga selamat dalam lindungan-Nya :)

Hari nih dapat satu lagi berita baik.

Guest what? Huhuhu..

Kompeni tempat aku keje nih dah setuju nak bagi 90 hari (3 bulan) cuti bersalin untuk semua staff dia – effective immediately!

Oh.. sangat tepat dengan masanya. Meaning to say, cuti bersalin aku akan bermula dari Disember tahun nih sampai lah Februari tahun depan. Bulan Mac baru start keje semula.. Heaven oh heaven!

Memula tu macam tak percaya jugak. Ingatkan just clerk je yang entitle. Rupanya Executive pun termasuk sekali! Alhamdullilah, sekali lagi syukur.

Tuu diaa. Berkat bulan Ramadhan. Semoga banyak lagi berita baik yang jadi untuk semua orang sempena bulan mulia nih.

Untuk semua kengkawan yang selalu jenguk blog ni dan selalu tinggalkan komen kat sini. Thanks sangat-sangat. Korang memang kawan yang terbaik. Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak untuk korang semua! Ceria-ceria selalu tau.

Salam Ramadhan dari kami:

aD
Mamoru
Ariff
Baby A
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...