Wednesday, August 04, 2010

My pregnancy

I just loveeee being pregnant.. hihi

Kenapa?

Sebab bila pregnant :

Aku dapat melaram pakai maternity dress yang vogue!
Aku fefeeling diri sendiri semakin cantik.. ahahaha.. boleh?

Ok, seriously.

My pregnancy dah hampir 6 bulan. Suka! Kurang 4 bulan lagi, aku akan melalui proses bersalin untuk kali kedua. Double suka!

Tak ada apa yang berbeza antara pregnant kali pertama dengan yang kedua nih. Semua sama je. Tak ada morning sickness, tak ada craving yang bebukan. Pendek kata, semuanya dipermudahkan, alhamdullilah.

Berat aku sekarang 42 kg :)

Persiapan untuk baby belum ada lagi. Rasanya tak banyak barang yang nak dibeli. Kalau dulu punyalah awal aku beli barang baby, sekarang still boleh rilek lagi. Dah berpengalaman beb.. (berlagak).. huhu. Lagipun, barang Ariiff dulu banyakk. Boleh recycle. Cuma baju je lah nak kena beli.

Aku plan nak hire sorang day care maid / nanny untuk 2 bulan (sepanjang tempoh aku berpantang nanti). Tugas dia just jaga aku & newborn baby. Ariff pula aku akan hantar ke rumah pengasuh. Dan maid tu boleh pilih sama ada nak tinggal sekali dengan aku or just datang time bekerja je (aku prefer yang nih). Masalahnya sekarang, mana nak cari maid macam nih? Ada suggestion anyone? Hmm.. rasanya aku ada terbaca pasa confinement nanny dulu. Nak search website dia jap.

Oh, 11hb Ogos nih kita start puasa kan? Haih, naper lah KL tak cuti time ni kan? Tapi not to worry, aku dah apply cuti sempena menyambut 1 Ramadhan nanti. Buat adik-adik aku yang ada kat KL nih, moh datang berbuka ke rumah first day puasa nanti. Along masak spesel untuk kita-kita je :)

2 comments:

Unknown said...

nk kene carik bebetul kan...
org skang ni macam2 rupe...ish..

Papa, Mama & Azra said...

Cuba tgk kat sini. Macam best je.

http://www.shadirabeauty.com/service.html