KENGKAWAN

Friday, October 29, 2010

Stress

Tadi pergi checkup kat Al-Islam.

Paras darah aku turun lagi. Dari 9.8 (awal bulan aritu) dah jadi 7.9 je tadi. (Paras normal adalah 11). Dr Rusila cakap, aku kena Anemia in Pregnancy. Meaning, kalau tahap kepekatan darah dalam badan aku terus menurun, aku akan berhadapan dengan dua masalah :-

1. Tumpah darah masa bersalin
2. Baby dalam perut tak cukup oksigen

Atau dengan kata lain, boleh menyebabkan maut pada mummy / baby.

Ok, scary.

Aku tau nih semua berpunca dari sikap aku yang suka skip makan ubat (sebab ubat dia besar, busuk, pahit, bila makan rasa nak muntah, dsb). Haih.. takper, takper. Demi keselamatan baby (dan diri sendiri), dengan ini, saya berjanji akan makan semua ubat on time.

Tadi timbang berat. Alhadmullilah naik sekilo. Sekarang dah 44 kg. Tapi still macam tak puas hati juga. Tahun lepas berat aku masa nak deliver Ariff 50kg ok. Haih.. risau, risau. Aktif sangat ke aku tahun nih? Tapi, aktif tu perkara yang baik kan?

Aku rasa, maybe sebab Mamoru takde kat sini kut so takde siapa yang monitor pemakanan aku. Aku jarang masak (unless simple dish for Ariff), Selalu makan pun taim kat opis (itupun kalau sempat – banyak keje ok). Bila balik kat rumah memang konpem tak makan. Kalau tapau pun konpem tak makan jugak. Sebabnya, sibuk layan Ariff. Kang kalau aku makan depan Ariff, sure dia merengek-rengek nak makan sama. Lauk pauk aku dah tentu lah pedas sokmo. Tak sesuai untuk perut dia. Pastu, bila dia dah tertidur, aku pulak tak lalu nak makan sebab terlalu penat atau terlupa atau makanan dah sejuk :(

Ohh.. alangkah indahnya hidup kalau Mamoru ada kat sini.. tsskkk. Sure semuanya akan lebih teratur.. tsskk tsskk.

Apa pun, alhamdullilah, perkembangan baby dalam perut normal. Berat baby pun dah bertambah jadi 2.3 kg. Harap berat dia akan sama macam Ariff bila dilahirkan nanti (3.7kg). Senang nak jaga. Tadi try nak scan 3D tapi baby tanak tunjuk muka. Sedih. Maybe sebab Mamoru takde kat situ tadi so, baby merajuk tanak tunjuk muka. (Takper lah sayang, next two week kita try scan lagi ya. Mummy bawak daddy sekali ok?).

Alrighty, its time for the pregnant lady makan ubat. Roger n out.

p/s: Mamoru balik malam nih :)

Thursday, October 28, 2010

I like..

Semenjak preggy nih, Mamoru suka sangat tunjuk kasih sayang dia melalui hadiah. Salah satu sebabnya, maybe dia jarang dapat spend masa dengan aku. Tapi, tak kira macam mana sukanya aku bila terima hadiah, still tak sama dengan precious time yang hilang tanpa Mamoru disisi (cewahh).

Jadual keje Mamoru agak tunggang langgang. Dari kena pergi outstation 3 minggu (starting lepas raya aritu), dah melarat sampai 2 bulan (dan sampai sekarang, still tak tahu bila kerja dia kat sana akan habis). Aku tau Mamoru risau. Esp, bila aku punya due date makin dekat (less than a month now). Tapi takper lah. Sabar ye sayang (eh, aku pulak yang suruh dia sabar. Bukan sepatutnya dia cakap camtu kat aku? Hihi)

Mamoru ada survey keje kat Melaka. Kalau ada rezeki dia kat sana nanti, aku dengan rela hati sanggup minta transfer dari Maybank HQ nih ke Branch. Janji dapat dekat dengan Mamoru. Aku pun dah lama aimed nak beli rumah kat Melaka. Harga rumah kat sana sangat murah ok. Harga rumah banglo 2 tingkat (45x80) kat Melaka jauh lebih murah harga teres double storey (20x70 sempit gila) kat KL nih tau. Lagipun, aku dah plan nak buka butik pengantin kat Melaka tahun depan. Kalau tetiba Mamoru dapat keje kat sana memang molek sangat la tu! Semoga rezeki kami dipermudahkan (doakan untuk kami ya)

Anw, layan dulu gambar kat bawah nih :-





Mamoru bought this a couple weeks before raya. Asalnya, gelang yang Mamoru bagi masa nikah dulu putus (dalam box tu). Aku bawak ke kedai nak sambung semula, tapi tukang emas tu cakap possiblity untuk gelang tu putus semula memang ada. Tukang emas tu suggest aku trade-in dan tukar dengan barang kemas lain. Tapi aku berat hati lah uols. Gelang nikah tu. Sentimental value ok. Bila tengok aku macam hessitate je, terus Mamoru belikan aku gelang lain. Lebih besar, berat & bulky.. haha - takut putus punya pasal. Walaupun design agak old-fashioned, aku tetap suka - tahan lasak - Mamoru siap suruh pasangkan loceng bentuk love kat situ. Suka. Suka. Ka-chinggg. (Harga rahsia - jangan tanya)





Yang nih pun salah satu hadiah yang aku suka! Midnight Fantasy by Britney Spears. Aku suka bau dia. Sweet & Sexyyyyy. Sesuai dengan nama perfume nih. Botol dia pun cantik - kaler deep purple dan penuh dengan diamond-diamond. Mamoru beli masa dia visit kedai bebas cukai. Harga RM250.00 (100ml). Masa dia bagi hadiah ni masa dia balik outstation dua minggu lepas kut. Tak ingat lah.. hihi.





Perfume nih pun Mamoru belikan aritu. Fairy Dust by Paris Hilton - RM200.00 (100ml). Tapi yang nih dia belikan sebab dia tau aku suka. Aku pernah beli perfume nih dulu (tapi yang 50ml laa). Wangiiii. Sampai ramai colleague kat opis nih hehari tanya aku guna perfume apa.. hik. Bila aku cakap Paris Hilton, memasing macam blur sekejap. Well, of course orang jarang beli perfume signature artis. Dulu, aku pun suka beli perfume fofular yang orang biasa beli (Dior, Ralph Lauren, etc) Tapi, perfume jenis common nih dah biasa sangat orang pakai. Tak suka lah bila jumpa orang yang pakai perfume sama bau dengan kita.





Ohh, yang nih bukan hadiah dari Mamoru. Nih hair perfume yang aku beli sendiri masa expo Makeup & Hairstyles kat Mid Valley minggu lepas. Suka bau dia. Floral & fresh. Jenama CanMake dari Jepun RM55++ (kalau tak silap). Kat Malaysia nih susah lah nak cari perfume untuk rambut. Ada takde pun, kat Bodyshop ada jual satu. Tapi itu untuk coloured hair. Bau dia pun semacam je.

Aku suka ada hair perfume bau floral / fruits nih. Buat orang rasa nak cium je rambut tu tau. Suka sangat rambut yang berbau wangi hehari. Penggunaan hair perfume adalah sangat praktikal tau. Yelah, nak syampoo + conditioner pastu nak keringkan rambut adalah mengambil masa yang panjang. Cuba imagine macam mana nak amik hati suami yang balik dari outstation taim tetengah malam buta? Ok, tang badan boleh lah disembur perfume. Tang rambut? takkan nak bubuh perfume badan - rosak lah rambut kan? Dan takkan lah nak pergi syampoo rambut dan-dan tu? Serrjukkkk wooo. Jadi hair perfume adalah solution terpantas!

Rambut panjang cepat buat kulit kepala berpeluh. Bila dah berpeluh, konpem start berbau. Dapat jenis yang jarang cuci rambut.. aduyaiii. Pastu kena pulak berasak dengan orang yang rambut panjang-mengurai-nampak-cantik-tapi-berbau *masyaAllah*.. Pastu boleh la pulak terlibas-libas kan rambut ala iklan shampoo sampai naik birat muka aku ni kena rambut dia.. ohhhhh boleh kena asthma aku kat dalam tren tu!! Moral: kepada yang free hair tu, bau badan dan bau rambut adalah sama penting hokay.



Ops, dah lari topik. Gtg.

Wednesday, October 27, 2010

Cantikkah?

Hari nih dressing aku *masyaAllah* macam nyonya jual ikan kat pasar. Seriously.

Dengan t-shirt biasa, seluar poket kiri kanan dan kasut kungfu kusam. Seluar pulak agak senteng sebab aku tarik santak ke atas perut - fully covered my pregnant belly. Dapat imagine? Cuma lack of topi mengkuang besar je. Kalau tak, sure sejibik.

Lantak lah. Bukannya ada orang yang perlu aku impress kan dengan dressing aku kat sini. Mamoru pun jauh dimata. Tak perlu nak chantek-chantek.

Tapi.. yess, ada tapinya..

Walaupun dengan dressing tak semenggah nih, aku tetap terima pujian uolss!!

Ada sorang akak kat opis nih (PA kepada HOD), cakap.. "You nih kan, nasib baik muka cantik. Dressing selekeh macam mana pun orang tak pandang pelik. Kalau tak, free je kena kutuk tau"

Tetiba mata aku bersinar.. ohh.. ohh.. sila ulang semula ayat tu akak PA. Cantik? I mean seriously, like, C.A.N.T.I.K ?? You really make my day lah akak.. hihi

Ok, agak vangga disitu. I am used to orang kat sini cakap aku cute, comel, awet muda, etc.. (hahaha perasan) tapi Cantik? This has to be the first ~ la la la la... akak flattered sampai pingsan dik nonnn.

Oh, mati lah kalau ada lalat yang berbulu telinga kat sini! Masih ada kah uols? Helo?

Kena sengat lebah

Panik ok.

Biasanya kalau kat rumah, aku memang sentiasa perhatikan Ariff. Malam tadi dia main depan fridge. Jauh sikit dari aku. Tapi aku biarkan je sebab aku still boleh nampak dia dari ruang tamu. Tetiba tu, aku tengok Ariff terduduk sambil menjerit. Berlari aku ke dapur. Berlari ok.

Masa sampai kat sebelah Ariff, dia dah terbaring. Bila angkat dia aku nampak ada sekor lebah sebelah dia. Ariff kena sengat lebah? Oh tidakk.

Aku baringkan Ariff atas tilam sambil cari bahagian badan Ariff yang kena sengat. Ariff punya suara taim tu toksah cakap lah. Kuat gila. Suara aku pun kuat gak. Terjerit-jerit aku suruh adik lelaki no.7 ambil kunci kereta (dia temankan aku kat rumah sepanjang Mamoru outstation). Dalam kepala aku dah fikir nak bawa Ariff pergi klinik je. Masa belek kaki Ariff, aku nampak ada bende tajam melekat kat tapak kaki dia.. ekor lebah tertinggal kat situ uolss!! Bila aku cabut, nampak kesan lubang bisa lebah kat kaki Ariff.

Dr Nazdri (dari Poliklinik An-Nisa – Klinik baru buka kat area rumah) bagi satu injection untuk elakkan kaki Ariff dari terus bengkak / kena infection lain. First time aku allowed Dr lain bagi injection kat Ariff selain dari Paed kat Al-Islam. Darurat maa. Lagipun, aku rasa, aku dah start percayakan Dr Nazdri sebab dah selalu sangat jumpa dia setiap kali Ariff demam. Bab-bab inject nih memang aku particular sikit. Yelah, aku pun penakut jarum. Kalau boleh, biarlah tukang inject tu orang yang pakar. Kalau dapat jenis nak cari urat pun terkial-kial, ohh.. hentikan laa. Aku takkan percaya.

Otw balik dari klinik, aku call Mamoru. Seboleh mungkin aku control suara – bebuat cool. Aku kalau bab-bab anak / hubby nih memang cengeng. Jauh beza dengan karekter aku masa dalam hutan hhihi. As expected, terkejut Mamoru dengar anak kesayangan dia kena sengat lebah. Tapi lepas aku assure semua ok, baru dia rilek.

Pagi nih alhamdullilah Ariff sihat. Tak ada effect apa-apa dari bisa lebah. Dan tapak kaki dia pun tak bengkak. Cuma jalan dia macam berdengkot sikit lah. Aku siap pakaikan ankle guard untuk senangkan dia berjalan. Comel je :)

Mamoru suruh snap gambar & upload kat sini. Tapi dalam keadaan panik camtu, tak lalu aku nak angkat kamera, beb..

Monday, October 25, 2010

Ariff & Daddy @ Pool

Hari nih dah boleh jalan laju-laju macam biasa.. hihi. Malam tadi pun boleh tidur dengan lena sampai a few times jugak lah aku kena raba perut nih just to make sure yang aku pregnant sebab langsung tak rasa berat atau sakit, boleh?

Haih, sakit risau.. tak sakit pun risau.

Aku rasa, aku ada dua faktor penyumbang yang menyebabkan terjadinya contraction malam aritu.

1. Salah makan - Aku makan makanan yang terlalu pedas kut (which I doubt it coz aku memang pencinta makanan pedas

2. Sebab err.. sebab.. *censored* (yang nih make sense sikit kut. Moral of the story, jangan geganas.. aumm) *wink kat Mamoru*

Luahan perasaan sekejap:-

Pagi tadi sekali lagi kena attend meeting yang aku tak faham sepatah haram pun apa yang dibincangkan. Tak suka. Tak suka. Boleh tak Head kat dept aku nih bertanggungjawab sikit. Kalau nak assign tugas pun, make sure aku involve dari awal - dari first meeting. Nih dah meeting yang ke berapa belas baru suruh aku take over, tak ke sengaja cari pasal tu? Aku bukan superwoman yang boleh catch up semua mender dalam masa beberapa minit.

Pulak tu salah bagi info pasal meeting. Kata meeting start pukul 9.30 pagi. Tapi masa aku masuk tadi, meeting dah nak habis, boleh?? Oi mana aku nak letak muka beb? Nasib baik Head yang chair meeting tu sporting. Willing to explain in detail khas untuk aku sorang (even tho aku tak paham sepatah haram pun - terpaksa buat muka confident sepanjang masa)

*sigh*

Anw, untuk mengubat hari yang kelabu dengan environment tak sihat nih, layan kan gambar hero-hero kesayangan aku kat bawah nih. Taken last Sunday.

Ariff tengah belajar berenang dengan daddy



Suka betul dapat masuk dalam air



Daddy tengah ajar teknik apungkan diri hihi. First tie Ariff pakai swimming suit nih. Beli kat Mid Valley for RM159.00. Tapi tak begitu sesuai untuk toddler yang baru belajar berenang macam Ariff. Dia tak tahu apungkan diri lagi





Ariff with his cousins (Ayuni & Haziq)




Rindu pulak kat hero berdua nih.. esp yang tak berbaju tu.. hik.. xoxo

Contraction

Malam tadi, start dari pukul 10 lebih sampai lah ke subuh aku tak boleh nak lena. Selang 15 minit sure aku rasa sakit pinggang + sakit belakang + perut menegang + sakit macam nak berak. Nervous ok. Braxton Hicks kah? Dah macam sakit labour yang real je nih.

Mamoru pun tak boleh tidur bila tengok condition aku. Dia siap pack kan semua baju aku nak bawak pegi hospital.

Note: Oh, lupa nak inform, Mamoru balik rumah malam Sabtu aritu. Sanggup dia drive jejauh semata nak spend cuti sehari dengan aku & Ariff.

Tapi aku refused. Aku tak rasa saat nak bersalin tu dah tiba. Baru 8 bulan.. so, takkanlah! Lagipun, kalau dulu boleh laa, asal sakit sikit je aku dah berdesuppp ke hospital. Sekarang, aku berani tangguh-tangguh sebab risau kalau aku kena warded nanti, siapa nak jaga Ariff? Mamoru masih kena outstation. Pagi tadi dia dah bertolak ke Ipoh semula.

Ikutkan rasa hati, nak je aku tahan Mamoru dari pergi. Tapi tak boleh la pentingkan diri sendiri. Dapat spent sehari dah cukup lah. Aku tanak Mamoru susah hati. Lagipun, macam yang aku cakap tadi, aku tak rasa timing untuk bersalin dah sampai.

Pagi nih dah kurang rasa sakit. Sekali sekala rasa juga perut nih menegang tapi tak lah seteruk malam tadi. Alhamdullilah. Harap baby A Jr mampu bersabar sampai expected due date nanti.

Apa pun, aku kena stanby jugak. In case of emergency.

Buat Mamoru, jangan risau. aD ok. InsyaAllah lambat lagi aD bersalin. Apa-apa nanti aD call ya :)

Friday, October 22, 2010

Dear hubby

Esok cuti.

Kosong.

Sunyi.

Sepi.

Rindu.

Sedih.

Emo nyaaaaaa petang nih... tsskkkk..

*sigh*

Missing my hubby so much. Cud'nt bear it already. Rasa nak nangis, boleh?

Anw, take good care of yourself ok.

Semoga sentiada dibawah lindungan-Nya.

Cant wait to see you next weekend. We'll be waiting!

Love. Hugs. Kiss.

Merapu lagi

Aduyaii. Spoil mood aku pagi nih. 2 Kali kena tegur dengan boss pagi nih. Tak boleh nak cakap apa lah kan sebab dedua tu memang silap sendiri. Padan muka aku, siapa suruh main sain je order request tanpa check bebtul. Nasib baik amoun yang involve tak banyak. Kalau kena nilai yang juta-juta? Nauzubillah, minta dijauhkan.

Lesson learnt. Sila lebih berhati di lain kali okeh puan aD?

Hari nih ada charity sales utk staff kat bawah opis. Ada jam swatch yang cantik. Ada diskaun 20% lagi. Tapi jenis yang aku berkenan adalah sangat tak sesuai dengan saiz tangan aku yang kecik nih. Kalau nak jugak, kena pegi outlet swatch. Tapi kalau pegi outlet dia sure takde diskaun macam nih. Takper lah, next time.

Oh, aku dapat sebiji epal yang dibalut cantik dengan riben. From HOD - tq.

Colleague aku yang akan kena transfer (beginning next month) tu dah ok. Semalam dia nampak terkejut dan sedih. Tapi hari nih dah ceria semula. Cuma, dia duk blame sorang opismate nih yang menyebabkan dia kena transfer (she still think her immediate supervisor innoncent – ‘cause her supervisor nih memang pandai suka berlagak macam Mr Nice Guy’). Rasa nak je aku bagi tahu dia perkara yang sebenar. Tapi perlu ke? No, I don’t think so. Aku tak nak burukkan keadaan. Apa yang dah jadi biarkan lah. Yang penting, dia hepi. Dan aku doakan dia akan sentiasa hepi ditempat baru.

Tak lama lagi ada Annual Dinner. Bollywood theme. Rasa macam tanak pegi tapi my HOD dah appoint aku as one of the committee. Tak boleh tidak aku kena involve jugak. Yang tak bestnya, cuba habaq mai, kat mana aku nak cari baju bollywood untuk pregnant lady uollsss?? Tsskkk..

Nak upload gambar lagi.. tapi nanti lah. Ada keje yang kena siapkan.

Thursday, October 21, 2010

Ariff & Upin @ Chillis

Pagi nih dapat berita yang tak best. Salah seorang colleague kat opis nih akan ditransfer ke Region Office. Reason being, dia punya keje tak up to her immediate supervisor punya expectation. But the truth, semua orang kat sini tau. Kan aku dah cakap kat sini ritu, boss dia jenis meroyan. Suka letak kesalahan kat staff dia walau terang-terang diri sendiri yang bersalah. Kesian member aku nih. Tapi Apa pun, aku tau dia akan lebih hepi kalau duduk Region. Sure lebih aman dan tenteram kalau nak dibandingkan dengan environment tak sihat kat HQ nih.

Semalam aku dapat tau adik no.4 dah balik Kelantan semula. Nih pun satu masalah. Tapi takpe. Biar dia rilek amik angin kat sana dengan anak-anak dia. Sok lusa, kalau dia ready, aku suruh dia balik Melaka semula. Ada projek yang aku nak dia involve. Harap dia setuju.

Oh, adik no.6 bakal melahirkan baby dalam jangka terdekat nih. Estimated in two weeks time. Blog dia pun dah lama tak berupdate. Dah tak larat sangat la tu kut. Dia duk risau bila gynae kat salah satu private hospital nih advise dia suruh buat ceaser semata-mata sebab tinggi dia tak cukup. Adik aku nih memang kecik orangnya. Tapi jangan risaulah. Arwah mak kami dulu pun sama tinggi dengan adik no 6. Tak penah kena ceaser pun. Sepuluh orang anak dia semua lahir normal. So, jangan takut ok. Caiyok!

Lupa pulak nak update, my SIL Sue pregnant lagi. Dah dua bulan lebih rasanya. Fuhh, bertambah ramai lah cucu atok Dollah. Boleh dikatakan tetiap tahun ayah aku akan dapat 2 orang cucu sekaligus!

2007 – Aisyatul Ayuni & Nurul Jasmin
2009 – Ariff Fadzillah & Hanis Sophia
2010 – Baby A Jr & Baby adik no.6
2011 – Baby SIL Sue & Baby siapa pula next ek? Hihi

Best kan?

Anw, layankan je lah gambar Ariff masa kami dinner kat Chillis aritu. Ariff siap bawak kawan dia, si Upin ikut sama.. hihi




Kami terpaksa ambil 2 baby chair untuk Ariff & Upin masa makan kat sini tau. Ariff demand layanan sam rata


Kasih sayang, gurau senda pun kena bahagi sama rata gak :)


Ariff & daddy share fries. Si Upin tu pun dia nak suapkan sekali. tapi aku tak kasi.. kang kotor kena sos pulak

Mummy punya dinner :)


Wednesday, October 20, 2010

Merapu di petang hari

Dah sampai hujung-hujung pregnancy nih, mula lah rasa sakit-sakit kat bahagian tuuutttt. Jalan pun dah bersepah. Tak boleh nak control straight ala-ala model catwalk lagi dah. Takper, aku redha – tinggal sebulan lebih je lagi.. takper.

Nak merungut lelebih pun tak boleh. Setidaknya, aku patut rasa bertuah dan lebih banyak bersyukur sebab untuk kedua-dua pregnancy aku tak pernah kena morning sickness, bengkak kaki, sakit belakang or etc. Paling mengejutkan bila kaki langsung tak cramp ke haper. Yes, tak ada ok. Menakjubkan bukan? Harap proses kalahiran baby A Jr turut dipermudahkan oleh-Nya. Amin.

Baby A Jr semakin kuat. Setiap pergerakkan dia boleh buat perut aku bergerak-gerak. Kengkadang kalau duduk-duduk kat tempat awam, aku akan sorok perut aku dari pandangan orang. Bukan apa, tak suka lah kalau orang duk tenung. Kena pula taim baby A Jr bergerak-gerak. Memang obvious sangat. Sure semua orang notis kaki / tangan dia menunjal perut aku dari dalam.. hik.

Lately aku suka sangat makan ais. Makan, bukan minum ok. Punya lah aku gila makan ais sampai aku sanggup kunyah kiub ais dari fridge tetiap malam. Dulu, aku marah sangat kalau adik-adik aku suka kunyah ais. Tapi sekarang?? Look who’s talking, katanya. Paling dasyat, kalau kiub ais dalam fridge habis, aku sanggup keluar pegi kedai beli ais kiub tau! Gila. Mamoru banyak kali tegur habit baru aku nih. Yer, aku tahu kesan jangka panjang kunyah ais nih. Tapii.. tapi... blame it to the pregnancy craving. Harap semua craving yang mengarut nih akan berakhir bila baby A Jr lahir nanti.

Sigh.

Tinggal sebulan lebih lagi nak bersalin. Takutnyaaa.. NO, bukan takut nak bersalin. Mengandung dan bersalin adalah satu perkara yang sangat seronok (seriyes ok). Cuma yang tak seronok adalah proses berpantang. Tidakkkk. Aku tak sanggup bergelumang dengan bengkung, kena lumur dengan rempah ratus yang busuk, kena paksa makan ubat yang blearghhh.. oh, oh, aku nak pingsan.

Helppp me.

Merungut manja

Makin sarat nih, makin mencabar pulak rutin harian aku.

Tambah pulak Ariff sekarang suka sangat tidur lewat. Pukul 12 tengah malam pun belum tentu dia nak tidur lagi tau. Sangap aku dibuatnya. Sampai aku terpaksa tutup semua lampu, tv, pc dalam rumah pastu pretend tidur atas katil dalam bilik.

Itu pun dia amik masa gak nak join aku masuk tidur (Oh, Ariff tak takut gelap. Aku memang tak suka takut-takutkan dia especially bab-bab momok / hantu). Agak-agak dia rasa sunyi sepi takde orang melayan, baru lah dia masuk bilik, panjat katil baring sebelah aku. Tuuuu punnn amik masa gak untuk dia terlelap. Golek sana sini, duduk, angkat kaki, turun semula dari katil pergi keluar bilik, pastu masuk balik panjat katil.. Pendek kata, sampai aku tertidur dulu laa nak menunggukan dia tidur.

Tau-tau je bila bangun, hari dah siang. Ruang tamu bersepah, baju berlonggok tak sempat berbasuh, sinki penuh, dapur berminyak tak sempat nak lap, etc, etc.. Nak kemas dah tentu lah tak sempat. Letih wooo. Taim-taim camnih mula lah otak asyik fikir nak cari maid je.

Nak dapatkan maid memang tak ada masalah. Cuma yang aku tak suka, bila terpaksa tinggalkan anak sendirian dengan maid. Susah laa. Aku bukannya senang nak bagi kepercayaan kat orang jaga anak. Even dengan babysitter yang ada sekarang nih pun amik masa lama gila untuk aku bebtul percaya. Unless, kalau aku full time duduk umah, boleh lah aku monitor maid tu. Nak tinggal buta-buta camtu je, aku tak sanggup der.

Abis tu camner?

Macam mana la ek bila dah tambah lagi sorang anak nih? Makin kelam kabut ke, makin ter-organize life aku nanti?

Hmm.. think positive. Orang lain boleh buat takkan aku tak boleh kan? Lagipun, arwah mak aku dulu, lagi laaa hebat. Selamber je jaga 10 orang nak-anak dia termasuk aku nih hah. Takde pun komplen-komplen.

Takper, insyaAllah aku boleh buat. Go mummy aD!!!





Tuesday, October 19, 2010

Jumpa kawan gunung!

Last Sunday was the best! Dapat jumpa dengan kengkawan gunung! Seronok gila. Walau tak ramai, tapi cukup untuk mengembalikan nolstalgia dolu-dolu. Paling tak sangka bila terjumpa Pok Yie.. hahaha. Dia antara orang yang terawal menyebabkan aku addict mendaki gunung dari dulu sampai sekarang. Kalau baca balik entry blog nih dari tahun 2006, sure banyak keluar nama dia kat sini.

Pok Yie masih steady. Tak berubah seinci pun. Masih kurus kering.. hahaha. Kata Pok Yie, aku pun dah banyak berubah. Makin kurus katanya!??? Biar betul Pok Yie nih. Aku yang sarat 8 bulan pregnant dikatakan kurus? Apakah? Adekah aku gemuk masa memula dia jumpa aku dulu? Tapi takpe, I likee.. hihihi.

Nak upload gambar kami gegamai masa hari Ahad aritu, tapi memory card kat Mamoru laa.. Nenanti lah (kalau ingat hihi).

Bila dah jumpa kengkawan gunung nih, mula lah aku rasa tak senang dulu. Mula lah semangat nak mendaki gunung tu kembali berkobar-kobar. Padahal tak sedor diri tu tengah sarat. Tsskkk.. takper,. takper.. sabo.. Tunggu baby A Jr besar sikit, baru lah aku sambung balik niat nak buat trip mendaki gunung Murud. Harap by 2011, gunung Murud berjaya ditawan!

Susah kan bila dah jadi penggila gunung nih. Dulu aku bajet, bila dah kahwin, dah beranak-pinak, konpem tak lalu dah nak masuk hutan. Tapi yang jadi adalah sebaliknya. Kena pulak kahwin sesama penggila outdoor. Memang ada harapan anak-anak aku kena heret masuk hutan lepas nih.. hihi.


Tentang cuti maternity

Tak sabar nak cuti bersalin. 3 bulan beb! Hihi. Rasanya seminggu sebelum due date, aku nak ambik MC seminggu. Entitlement untuk MC kat opis nih 30 hari. Ikutkan hati, nak je aku sambung MC dengan maternity leave sekali.. Dapat 4 bulan cuti direct! Tapi takmo lah.. bukannya produktif pun kalau duduk terperuk kat umah. Bosan nanti.

Apa pun, insyaAllah aku akan start bercuti pada minggu terakhir dalam bulan depan.

Oh, Mamoru dah janji nak ambil cuti seminggu masa aku deliver nanti.. yahoo! Memang aku perlukan dia sangat taim tu. Yelah, untuk orang yang takde mak / mak mentua macam aku ni, siapa lah lagi yang boleh aku harapkan untuk jaga diri ni selain dari incik suami sendiri.. kan? Kan? Kan?

Monday, October 18, 2010

Mamoru pergi lagi

Pagi nih Mamoru gi outstation lagi.

Kali nih lebih lama..

tsskkk.

Hujung bulan baru balik...

uwaaaa....

Friday, October 15, 2010

Aku pulak nak demam

Ah sudahh.. aku pulak dah start rasa nak demam. Dari malam tadi tekak dah start perit (tapi pagi nih masih tegar minum Slurpee hihi – beli kat depan Puduraya).

Malam tadi ada nada-nada merajuk dengan Mamoru.

Petang semalam, Mamoru call. Dia cakap dia kena balik KL (malam tadi) – ada meeting urgent kat opis pagi nih. Aku apa lagik kan.. terus bersemangat tunggu dia balik – tak sabar nak bermanja nih.

Tunggu punya tunggu punya tunggu.. tengah malam tadi dia call cakap tak jadi balik laa pulak. Sedih ok. Dalam keadaan badan yang agak tak sihat, emo aku mula laa tak tentu arah.. laju je air mata nih keluor. Tapi sekejap je lah, Mamoru pandai memujuk. Lembut betul suara dia minta maaf.Terfeeling sekejap dibuatnya. Dan dan tu gakk mood berubah jadi ok. Hik.

Oh, Ariff dah semakin sihat. Alhamdullilah. Dah dua petang berturut-turut aku bawa dia pergi playground kat bawah rumah. Tapi tak semua games aku bagi dia main. Tunggu dia bebetul sihat baru aku kasi lepas bebas :)

Thursday, October 14, 2010

Ariff & sushi

Alhamdullilah, suhu badan Ariff dah normal sejak aku amik dia dari babysitter semalam (Thanks Kak Ina for everything! And thanks to uols yang mendoakan Ariff kat sini juga *hugss*).

Sabtu nih ada makeup job kat Ipoh. Ahad pulak kat Klang. Dua pengantin berbeza. Nampaknya minggu nih aku banyak habiskan masa atas jalan je lah :)

Tak sempat nak update pepanjang. Aku nak keluar gi tapau lunch kat A&W Cahaya Suria depan opis nih. Dah dedekat nak bersalin nih, aku tak lalu laa nak makan nasi.

Anw, layan je lah gambar Ariff masa kami makan sushi kat Gardens Mid Valley (masa Mamoru ada kat KL). Satu perkara pelik untuk pregnancy kali nih: Aku yang tak minat sushi boleh duk hadap sushi hehari dik nonn. Jadi keje lah Mamoru duk bawak aku keluar dinner tetiap malam semata nak makan sushi. Tapi sekarang dah kurang sikit. Maklum lah, Mamoru asyik outstation je. Nak gi sensorang tak koser

Ariff pun suka makan sushi!



Aku suka sangat edamame kat Zanmai sushi. Siap ada tangkai - fresh!



Tengok tu.. kemain lagi Ariff makan.. fefeeling gitu :)




Ariff & daddy! (We miss u!!)

Wednesday, October 13, 2010

Ariff demam lagi

Haih, risau.

Suhu badan Ariff naik mendadak lagi. Aritu just tinggal selsema dengan batuk sikit-sikit. Nih dah tinggi balik. Nak je aku EL hari nih, tapi tak boleh. Ada meeting antara bank-bank pagi ni. Patutnya tak berkaitan dengan aku, tapi HOD nak aku join meeting tu. Nak tambah job scope aku la tu.

Malam tadi bawa Ariff pegi klinik. First time bawa Ariff pergi klinik tanpa Mamoru. Dia dah outstation ke Perak. Kesian Mamoru, sure dia susah hati kat Perak nun (Jangan risau ya b, aD boleh manage semua kat sini)

Dr cakap, dalam masa dua hari nih kalau suhu badan Ariff still tinggi, dia suruh bawa Ariff pergi klinik semula. Nak buat blood test. Hmm. Hopefully tak ada apa-apa serious.

Cepatlah 5.45 ptg. Nak balik jumpa Ariff.

Monday, October 11, 2010

www.makeupfreak.net

*capture this image last night with 6,333 people liking my Makeupfreak's page at Facebook*


Can u believe that??!! Semakin bertambah ramai orang yang suka dengan my makeup! Thank uollss for the support! Big hug for all of u out there!

makeupfreak on Facebook

Alhamdullilah, murah rezeki part time job aku as a Make-up Artist. Aku suka buat job ni, walaupun weekend aku terpaksa terkejar-kejar ke sana sini. Tapi dah minat.. penat macam mana pun takkan terasa.

Dan alhamdullilah jugak, ramai yang puji setiap makeover yang aku buat. Ramai juga yang tak sangka makeup aku mampu bersaing dengan make-up artist yang dah lama berpengalaman esp golongan 'make-up artist lelaki'. I like.. hihi.

Tenkiu again uolss! *kiss-kiss*

Lotsa love:

Gambar pregnant terkini

Ok, takde lah terkini sangat. hihi. Gambar nih diambil masa aku pregnant 7 bulan lebih. Bulan lepas punya gambar :)

Kemain lagi Ariff menarik tangan aku berjalan dalam Mid Valley. Maklum lah, dia jalan memang laju. Aku je yang terkedek-kedek bawak perut. Eh, nampak tak perut aku yang memboyot tu? Tak nampak? Mungkin sebab dress tu cover perut aku kut :)


Tengok tu anak bujang aku. Bergaya sungguh. Bodyguard yang sangat protective tau. Dari tepi boleh nampak sikit kan perut aku tu :)

Masih larat lagi nak dukung Ariff yang dah 11 kg ++


Err motif gambar nih? Saja nak tunjuk kat Mamoru sebenarnya.. (b, jom pegi little penang petang nih.. teringin nak makan kuey teow dengan cendol hihi:)

Oh, Mamoru masih disini. Pagi esok baru dia pegi Perak - outstation lagi.

Friday, October 08, 2010

Karisma

Certain orang naik pangkat base on berapa lama dia bekerja di sesebuah company atau berdasarkan kepada berapa besar kuasa kuda ‘kipas’ yang digunakan. Orang yang macam nih biasanya TAK ADA karisma atau orang kata personaliti untuk menjadi seorang pemimpin.

Oh, sila jangan konpius. Aku bercakap tentang certain boss-boss yang ada kat dept aku ni. Sangat tak boleh tahan.

Yang sorang, suka sangat guna bahasa kesat. Esp “F***” words. Kalau dikira dari ayat yang keluar dari mulut dia, setiap seminit confirm ada keluar ayat tu atau Kalau sejam dah berapa kali? Kalau sehari dia bekerja 8 jam, berapa ribu kali agaknya dia mengulang ayat yang sama? Yang berbeza Cuma intonasi ayat tu dituturkan. Sama ada secara perlahan atau kuat atau jeritan annoying yang boleh didengar sampai ke department sebelah.

Ok, bab mencarut nih mungkin boleh letak tepi. Mungkin carut marut tu adalah bahasa yang mampu memberi ketenangan pada rohani dia gamaknya. Cuma yang paling merendahkan martabat dia sebagai seorang boss dimata aku adalah sikap dia yang suka merendah kan staff-staff dia, suka mengumpat pasal staff dia & suka melagakan staff sendiri (mengalahkan pompuan perangai dia – yer, dia seorang lelaki).

Ok dah cukup. Nasib baik aku bukan staff dia. Cuma kesian kat sorang member aku nih yang duk menangis semalam gara-gara sikap tak professional boss dia.

Semalam masa kat Hilton Hotel, ada sesuatu yang mengejutkan. Kebetulan pula event yang aku attend serentak dengan event yang kompeni lama aku buat. Ballroom sebelah menyebelah je. Seronok jugak lah dapat jumpa dengan boss-boss lama. Cuma DO & TSG je yang aku tak jumpa. Nak tunggu malas pulak sebab aku rushing nak ambil Ariff dari rumah pengasuh. Part yang best, kak Bunga macam terkejut bila nampak aku.. hihi. Aku yang pergi tegur dia dulu. Ikutkan malas nak tegur tapi bila fikirkan balik, kalau tak sebab dia, aku takkan berhenti dari kompeni lama tu dan aku takkan dapat offer yang lebih baik kat kompeni sekarang. Murah rezeki aku. So, aku rasa aku patut berterima kasih pada dia atas apa yang dia buat kat aku dulu (tenkiu kak Bunga! Semoga bahagia di kompeni lama :)

Hari nih Mamoru balik. Yeyeh. Tapi tak dapat nak rilek-rilek sebab minggu ni ada makeup job kat Bangi & Damansara.

p/s: Oh, Ariff masih tak sihat. Masih ada flu & batuk-batuk.

Thursday, October 07, 2010

Mengantuk dan sebagainya

Mengantuk gila hari nih. Boleh pulak aku tersengguk-sengguk masa meeting tengahari tadi. Malu.. malu.

Haih.

Nih gara-gara bersengkang mata jaga Ariff malam tadi. Kesian Ariff. Panas dah surut, batuk & selsema pulak melanda. Serba tak kena dia malam tadi. Tidur pun tak lena. Asyik merengek je. Bila aku letak atas riba baru dia nak tidur. So, sepanjang malam la aku meriba dia. Lenguh satu badan.

Takpe lah. Demi mu anak..

Nak keluar dah nih. Ada event kat Hilton. Harap boleh cabut awal lepas arrange semua mender kat sana. Koser aku nak tunggu lelama. Ariff lebih penting.

p/s: Oh, hari nih orang-orang dalam opis aku ramai yang meroyan (malas nak elaborate). Baik boss, baik staff. Ntahapehape.

Wednesday, October 06, 2010

Hampir 8 bulan

Ariff still demam lagi. Bila bagi ubat, panas dia surut. Genap 6 jam pastu suhu dia naik balik. Hmm.. petang nih nak bawa Ariff ke klinik lagi. Nak ambil antibiotik pulak.

Malam tadi aku down sekejap. Gara-gara Ariff tidur terlalu awal dan tak sempat nak jamah makanan yang aku masak untuk dia. Kesian Ariff. Maybe demam tu buat badan dia penat & tak larat. Sedih woo.. aku siap call Mamoru nangis-nangis. Panik sekejap Mamoru sampai nak balik malam tadi jugak. Nasib baik aku manage convincekan dia jangan balik – semua ok – aku je yang terlebih emo.

Haih.

Minggu depan kandungan aku genap 8 bulan. Wow, sekejap je dah nak due. Betul ke nih? Macam tak percaya je. Kurang 2 bulan je lagi beb.

Aritu pegi check up. Dr Rusila (Dr yang sambut kelahiran Ariff dulu) cakap badan aku kurang darah. Dia bagi ubat aperntah untuk tambah darah. Kata dia, ubat tu akan buat aku berak keras. Aduii.. gasakkkk lah aku memerut lelama dalam toilet nanti.

Iklan: Eh, ada orang terjun bangunan! Bukan, bukan. Terjun payung dari menara KL lah. Boleh nampak dari Menara Maybank nih. Hebat betul derang nih. Kalau aku, takde maknanya nak join xtvt terjun-terjun nih. Aku ada masalah sikit dengan ketinggian – masalah gayat. Kalau ajak mendaki gunung boleh la.

Ok, sambung balik.

Masa check up kat Al-Islam tu, kami sempat scan 3D. Dapat lah tengok muka baby A Jr. Hidung dia mancung. Kata Dr Rusila, kalau ikut saiz kepala baby A Jr, agak besar juga lah. Sama macam Ariff dulu. Gasakkk lahh aku nak meneran.. hihi. Tapi takpe. Aku suka baby besar-besar nih. Senang nak jaga. Senang nak pegang. Kalau kecik sangat, susah laa. Fragile je rasa. Oh, berat baby A Jr sekarang dah 1.57kg :)

Surprisingly, berat aku pulak tak berubah.. Masih 43 kg. Sama je dari bulan Ogos sampai sekarang. Patutlah orang terkejut bila aku cakap kandungan aku dah dekat 8 bulan. Dan patut laaaa aku tak penah dapat seat bila naik LRT! Cess.

Tuesday, October 05, 2010

Mamoru outstation

Minggu ni minggu ke-3 Mamoru outstation. Tak Jauh pun. Ke Ipoh je. Jadi lah aku weekend wife start dari naik cuti raya aritu. Sedih. Tu pasal mood agak mandom nak mengupdate entry taim raya. Seriyes sedih woo. First taim kena tinggal lelama camni ok.

Minggu pertama Mamoru pergi, aku macam rilek je. Tak sempat nak rasa rindu ke apa sebab terkial-kial menyusun jadual untuk buat keje sendiri, e.g., pegi keje sendiri, pegi beli barang dapur sendiri, manage hal kat rumah sendiri, jaga Ariff sendiri, etc. Penat sangat sampai tak sempat nak fefeeling rindu.

Selalu kalau Mamoru ada kat rumah, aku bagai permaisuri uolss. Kemas rumah sesikit je. Selebihnya Mamoru yang kemas. Ariff pun Mamoru laa yang duk berjaga buat susu taim malam. Bila Mamoru takde ni.. tssskk.. Macam mana lah orang lain boleh tahan hidup berjauhan dari suami ek? Terus terang cakap lah, aku tak boleh beb..

Minggu ke-dua Mamoru pergi, air mata aku dah start bercucuran. Rasa cam hopeless, helpless segala 'less' bagai. Tapi, Mamoru buat magic. Dia balik awal suprisekan aku. Terasa bermakna semula hidup ni.. hik

Minggu ketiga (minggu nih la). Baru je nak steady-ateady. Tapi ada dugaan laa pulak. Ariff demam panas. Kejap kebah, kejap mendadak naik suhu badan dia. Rindu Mamoru la tu (mummy pong rindu daddy gak). Semalam aku dah amik EL jaga Ariff. Hari ni kena pegi keje jugak. Tak tahan sebab banyak sangat call urgent dari opis.

Harap Ariff cepat sembuh. Dan harap aku lebih tabah dalam keadaan sarat preggy camnih.

Untuk Mamoru, jangan risau. Semua ok kat sini. Jangan risau ok. Kosentret on keje tau. Nanti lepas semua settle, kita pegi cuti-cuti ya. Last vacation sebelum baby A Jr. lahir :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...