Wednesday, November 24, 2010

Menunggu hari

Hari yang sedikit stress kat opis.

Ikutkan hati, nak je aku MC hari nih. Biar tinggal buntang je keje yang berlambak atas meja. Biar padan muka certain people yang sangat buat aku menyampah kat dept nih.

Tapi tak boleh beb. Akal aku cakap tak boleh. Dia suruh sabarrrr… Takpe, esok last keje (insyaAllah). Jumaat aku ada pregnancy check-up. Pastu boleh melepak kat umah sampai deliver nanti.. haha.

Oh, just for update, kandungan aku dah genap 38 minggu. Masa aku lahirkan Ariff tahun lepas, kandungan aku genap 39 minggu. Meaning to say, just tinggal beberapa hari je lagi untuk aku lahirkan baby A Jr (whoa, cepat betul).

Apa pun sebelum aku deliver, aku just nak jot down tentang pregnancy kali kedua nih kat sini. Untuk kenangan dengan anak-anak nanti:

Setakat 38 minggu aku pregnantkan baby A Jr, alhamdullilah semuanya dipermudahkan. Sama macam aku pregnantkan Ariff dulu. Langsung tak ada masalah. Takde morning sickness. Tak ada cramp atau sakit-sakit macam perempuan pregnant yang lain. Takde masalah kesihatan. Takde bengkak kaki atau tangan. Takde stretch mark. Takde berat badan berlebihan, dan aku juga tak perlu bersusah payah nak berdiet or exercise or beli produk penjagaan badan semata-mata untuk dapatkan berat badan asal. Malah masa lahirkan Ariff, aku boleh jadi berani sampai boleh cakap dengan Dr yang aku tanak guna apa-apa drugs. Bukan nak berbangga dengan kelebihan yang Tuhan bagi. Cuma sekadar nak berkongsi tentang pengalaman sendiri. Lagipun, untuk kelahiran kali kedua ni belum tahu macam mana lagi. Harap kelahiran kali nih turut dipermudahkan oleh-Nya.

Buat ibu-ibu yang pernah merasakan pengalaman mengandung dan bersalin yang teruk sampai buat korang phobia / trauma dan sanggup menahan tekanan mental akibat perubahan bentuk fizikal badan, korang adalah insan yang hebat! Kalau aku kat tempat korang, ntah macam mana pulak agaknya.

3 comments:

attyfir said...

salam ad..semoga semua nya selamat ye..tc

Deqna said...

selamat menanti kelahiran baby A jr.. selamat bersalin!

Ruziawati Bukhari said...

dh bersalin ke? dpt anak apa? selamat berpantang dear!

kak t dh privatekan blog, THE UGLY TRUTH.. ingat nak ur emel add nk invite u nanti

ruziawatibukhari@yahoo.com

tq & take care