KENGKAWAN

Thursday, December 30, 2010

Brides makeover pics

Some ramdom pics of my clients which I took from my website at www.makeupfreak.net

I believe every women are beautiful. They just need a little makeup touch-up from a gifted hand :)


Khalis - before makeup


Khalis - After I did her makeup for her Nikah ceremony.


Hazlina Hanim - Adik kepada Liza Hanim


Hazlina Hanim - After I did her makeup


Rose - before makeup


Rose - After I did her makeup for Nikah, Berinai & Solemnization (the pic is taken during her berninai session)


Rasyidah - before makeup


Rasyidah - After I did her makeup. She also used my service for Nikah, Berinai & Sanding (this pic is taken during her Sanding)


Norazlina Dato' Said - before makeup


Norazlina Dato' Said - After I did her makeup for her Nikah & Sanding.


Lily - before makeup


Lily - After I did her makeup for her Sanding ceremony.

To view more of my clients pics, kindly visit my website at www.makeupfreak.net or just clik and join me at my Makeupfreak Page at Facebook at the top sidebar at this blog. I already have more than 8000 people liking my Makeupfreak Page :)

Wednesday, December 29, 2010

Aku yang sedang berpantang

Berpantang laaaa sangattt kan? Walhal hari ke 5 pantang, aku dah belasah makan ais krim potong.. huhuhu. Nenek aku kasi green-light. Dia kata boleh makan, tapi jangan sampai pulun hehari pulak.

Lain orang, lain cara berpantang. Pada aku, selagi tak memudarat kan diri & baby, belasah je apa nak makan.

Nenek aku cerita, taim dia bersalin kan ayah aku dulu, dia pantang sendiri-sendiri je. Kata nenek, taim berpantang dia duk pikul air perigi dari baruh bawak balik ke rumah. Dalam pantang jugak dia pegi menoreh getah, pastu balik menoreh, dia buat cucuk atap pakai daun nipah untuk dijual (50 sen untuk sekeping atap katanya). Yelah dedulukan hidup susah. Pasai tu nenek aku makan je apa yang patut demi untuk dapatkan energy untuk buat semua keje. Alhamdullilah, nenek sihat kuat sampai sekarang. Dah dekat 80 umur dia pun. Moral of de stori-mori: berpantang la ikut suka.. huhu.

Anw, layankan je gambar aku di hari ke 29 berpantang kat bawah nih (by time aku tulis nih dah hari ke 33)


Aku dengan Amarr


Breakfast kat Spa Q ops... Q Bistro kat depan umah


Bawak la kemana pun.. senang nak jaga Amarr coz dia tidur sepanjang masa


Ariff & Mamoru


Ariff sangat lasak sekarang tapi sangat comel di mata aku.. Lucky aku ada Mamoru yang sangat memahami - Dia lah yang berjaga taim malam untuk jaga Amarr & Ariff whilst aku bantai membuta.. huahuahuahua. Lebiu so much Mamoru!!

JumpSac ring sling

Bought this ring sling online from www.jumpsacbaby.com. I've been wanting to have one since a year ago. But don't know where to look for.

Tenkiu Syaz from JumSac Baby! Reply yang sangat cepat & awesome service. Love the ring sling so much!

..err.. well, I still haven't get the chance to wear it. Will upload some pics once I did, kay.


Service yang sangat cepat dari Syaz.


My ring sling in Blue with invisible side pocket & cute MiniSac bag. Price (including the MiniSac bag) RM 135. Manual instruction untuk pakai ring sling pun disertakan. How convenience :)

Klik here to order yours.

Friday, December 24, 2010

2010 review

Sekejap je 2010 nak tinggalkan kita. Laju betul masa berlalu sekarang nih. Tup tap tup tap, dah nak masuk 3 tahun aku kawen. Dah 2 anak pulak tu.. huhu.

Bila tengok balik (read as: baca balik entry blog since tahun 2003 - tahun aku start menulis blog) apa yang dah berlaku dalam hidup aku, rasa macam.. pheww.. tak sangka aku dah lalui macam-macam stage dalam hidup ni, e.g.,

graduate, cari kerja,
putus cinta, bercinta semula, putus cinta lagi,
konflik hidup, family prob,
berkawan, hilang kawan, berkawan baru,
tukar kerja,
bercinta semula, kawen, dapat anak

Masuk tahun 2011 tahun depan, dah hampir 8 tahun aku menulis blog! Fuhh.. lama jugak ek. Dan blogspot nih blog aku yang ke-3 selepas 2 blog sebelum nih (Circle99 & Modblog) kaputz menyebabkan semua entry dari pertengahan tahun 2003 sampai 2005 hilang tanpa sempat diselamatkan :(

Ok. Aku bukan nak bercerita tentang sejarah hidup aku. Dah lepas tu biarkan berlalu. Tapi kalau nak baca, klik lah entry dedulu.. huhu.

Hari nih cuma nak review balik apa yang jadi or apa yang dah aku achieved so far dalam tahun 2010 yang tinggal beberapa hari je lagi nih:

January
  • Aku mula aktif buat part time jadi Makeup Artist - satu job yang sangat aku minat dari dulu lagi. Sebelum nih banyak jadi bidan terjun je :)
  • Aku start kerja dengan kompeni baru

February
  • Oh, aku lupa aku ada buat contest untuk free Makeover! Ya Tuhan! Pada pemenang, sila hubungi aku untuk tetapkan tarikh makeover ya :)
  • My 2nd Wedding Anniversary - Dapat phone HTC Touch HD :)

March
  • Buka booth promote Makeupfreak's makeover! Tak sangka dapat sambutan hangat! Tenkiu.. tenkiu!

April
  • Aku berjaya tawan 2 puncak gunung di Sabah - Trusmadi & Tambuyukon dalam xpdc 5 hari 4 malam. Yey!
  • Aku dapat tahu aku pregnant masa mendaki dedua gunung nih!

May
  • Aku start jarang update blog - bz dengan kerja baru + kerja part time
  • Ariff kena admitted kat Al-Islam - jangkitan kuman dalam perut.

June
  • Aku create website www.makeupfreak.net
July
  • Dapat birthday present dari hubby - MPV Alza :)

August
  • Dapat jemputan bersahur dengan Hot-FM (Fafau & FBI)

September
  • Baru keje tak sampai setahun dah dapat bonus + ex-gratia dari kompeni baru. Alhamdullilah, rezeki.
  • Dapat hadiah gelang emas dari Mamoru
  • Mamoru start outstation

October
  • Dapat hadiah perfume dari Mamoru
  • Mamoru still outstation

November
  • Kelahiran anak kedua - Amarr
  • My HTC Touch HD hilang.. tsskkk

December?
  • Waiting for good news - tak boleh share. My lips are sealed & my fingers tied :)


p/s: oh banyaknya entry dalam draft. Kena clearkan sebelum 2011 menjelma.. yah yah yah. Go aD!

Thursday, December 23, 2010

Soalan lepas pregnant

HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
Period lambat. Ekceli aku boleh lupa bila last period.. huhu.

HOW DO YOU FEEL?
Susah nak terima / percaya mulanya coz taim tu aku baru habis xpdc hardcore - mendaki gunung Tambuyukon & gunung Trusmadi. Risau kalau-kalau apa-apa jadi kat baby. Lebih terkejut bila aku dah pregnant 2 bulan masa mendaki dua gunung nih!

WHO DID YOU TELL FIRST?
Hubby.

WAS YOUR PREGNANCY PLANNED?
Tak.

WHAT IS YOUR CHILD'S NAME?
Amarr Fadzillah bin Noor Fadzillah bin Haris Fadzillah

WHAT WAS YOUR CHILD’S SEX?
XY

WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR OPPOSITE GENDER?
Aleeya Fadzillah

DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?
Mula-mula tu ya. Tapi aku tetap hepi bila dapat tau second baby nih boy sebab aku rasa macam risau pula kalau ada baby girl. Banyak keluar paper baby girl yang kecik-suci pun kena molested. Orang sekarang banyak yang gila.

WHEN WAS YOUR CHILD BORN ?
26/11/10

DUE DATE WERE SUPPOSED TO BE ON WHAT DATE?
3/12/10

HOW DO YOU FEEL WHEN YOU FIRST SAW YOUR BABY?
Terkejut lagi sekali. Macam kekok pulak bila ada baby lain selain Ariff

HOW OLD WERE YOU AT THAT TIME?
31 :)

DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX BEFORE YOU GIVE BIRTH?
Of coz. Takde maknanya aku nak hidup dalam tanda tanya selama 9 bulan :p~

DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Langsung tak ada. Sama macam 1st pregnancy. Malah aku terlebih aktif lagik. Alhamdullilah, semua dipermudahkan.

WHAT DID YOU CRAVE?
Ais.. pagi petang siang malam kunyah ais

WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
Takde apa.

HOW MANY KG's DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
Sebelum pregnant, 37kg
Minggu last pregnant, 47kg
Minggu ketiga pantang, 37kg semula.

DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
Tak buat pun.

DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Dr ada cakap aku kurang darah. Tapi tak serius pun.

WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Al-Islam Specialist Hospital

WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
Hubby. Plan nak buat weekly checkup tapi terberanak pulak haha

WHO IS YOUR GYNEA?
Dr Rusilawati

HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
2 jam setengah

WHAT TIME DO YOU GAVE BIRTH?
Air ketuban pecah sendiri pukul 2.15 ptg. Masuk labour room pukul 2.30 petang. Pastu baru start sakit. Amarr lahir pukul 4.55 ptg (hari Jumaat)

WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Dr, Rusilawati, 3 orang midwifes & My Mamoru

WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
Normal

DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Pentidine. Tapi menyesal coz tak sampai setengah jam pastu Amarr lahir.. huhu. It was totally unnecessary.

DO YOU BREASTFEED YOUR BABY?
Yes. From the very first day.

ARE YOU PLANNING TO HAVE ANOTHER ONE RIGHT NOW?
Agak-agak la sikit kan. 2 ni pun tak cukup napas aku menjaga.

Wednesday, December 22, 2010

Rasa sedih & bersalah

Pagi ni hantar Ariff ke rumah pengasuh.

Sedih.

Tapi nak buat macam mana. Terpaksa hantar sebab aku tak boleh buat kerja rumah + memasak + jaga Amarr & Ariff dalam masa yang sama.

Tsskkk.. gagal ke aku sebagai seorang mummy? *Ariff, maafkan mummy*

Harap esok atau lusa, aku dah boleh biasakan diri, so tak payah hantar Ariff ke rumah pengasuh lagi. Aku nak spend cuti maternity 3 bulan nih sepenuhnya dengan Ariff & Amarr...

Nak kemas rumah & memasak cecepat. Pastu nak mandikan Amarr & susukan dia. Cepat siap semuanya, cepatlah dapat aku ambil Ariff.

Tuesday, December 21, 2010

Ariff 1 tahun 6 bulan

Ariff dah setahun setengah. Sepatutnya awal bulan aritu aku bawa dia jumpa Paed - amik jab. Tapi aku lewatkan sikit. Nak bawa Amarr sekali untuk first month jab. Takde lah berulang-ulang pegi Al-Islam. Dah ada dua baby nih, pergerakan agak terbatas sikit. Nak pegi memana kena consider banyak mender.

Ariff abang yang baik.

Masa memula aku bawa Amarr balik ke rumah, Ariff tak amik port sangat. Aku pun tak risau apa-apa sebab pada aku, Ariff terlalu kecil untuk kenal erti cemburu.

Tapi aku silap. Malam first aku tidur kat rumah (keluar je hospital, aku terus direct ke Melaka - rumah nenek), Ariff terjaga tengah malam dan notice aku tidur atas katil dengan Amarr. Ariff pulak tidur atas tilam kat tepi katil dengan Mamoru.

Tak pernah aku tengok Ariff menangis & mengamuk tetengah malam sampai camtu sekali. Dia marah sangat. Semua mender dalam tangan dia (botol susu, puting) semua dia baling. Maklumlah, sepanjang aku pregnant, aku tidur peluk Ariff tetiap malam. Bila dia tengok aku peluk Amarr, dia jeles kut. Lama ok Ariff mengamuk. Dia menangis dari pukul 2.00 pagi sampai azan Subuh. Last-last dia tertidur jugak sebab penat.

Malam kedua aku ajak Mamoru tidur kat ruang tamu. Bentang tilam dan tidur sesama dengan Ariff & Amarr. So, adil untuk Amarr & Ariff.

Alhamdullilah, lepas tu Ariff ok. Malah terlebih-lebih pulak sayang dia pada Amarr sampai asyik nak kiss Amarr je. Siap nak dukung Amarr ok. Paling melegakan hati, Ariff tak pernah cuba untuk sakitkan adik dia (pukul / cubit).

Sejak balik kampung nih, dah semakin banyak perkataan yang dia dah pandai tutur kan. Suka sangatt!! Atara perkataan yang dia selalu sebut:-

Kum = Assalamualaikum
Mimi = Mummy
Bish = Habis
Pah = Tumpah
Nenek = Nenek
Tuk = Atuk
Cat = Cat (Kucing)
Ana = Amarr (pandai dia sebut.. hihi)
Dak nyerr = Sedapnya
Kupok = Keropok (snek)
Kak = Bukak
Tibi = TV
Gung = Jagung
Tom = Jom

Ariff pun dah pandai tunjuk part anggota badan e.g., "eyes", "nose" etc

Seronok kan tengok anak kita semakin pandai bercakap. Tak sabar nak tunggu perkataan-perkataan seterusnya dari Ariff.

Tuesday, December 14, 2010

Bersabar lah

Woo.. sangat susah nak mencuri masa menaip entry kat blog nih bila dah ada 2 orang anak. Asyik tertangguh je entry-entry aku dalam draf. Bila Amarr tidur, Ariff pulak berjaga. Bila Ariff tidur, Amarr pula terjaga. Haih.

Kelam kabut dibuatnya tau. Nasib baik lah aku duduk dengan nenek aku. Kalau tak, konpem makan minum aku entah ke mana duk jaga hero kecik dua orang nih. Dua tiga hari lagi aku balik KL. Nak duduk dengan nenek lelama pun rasa tak elok pulak. Nenek pun bukannya sihat sangat. Pasnih ntah cemana lah gamaknya tunggang langgang rumah aku tu bila takde orang tolong jaga anak-anak aku. Sigh.

Beruntung betul orang yang masih ada mak / mak mentua. Aku sorang pun takde.. tsskkk.

Sunday, December 12, 2010

Gian nak pergi mendaki gunung

Tau tak apa yang bermain difikiran aku bila perut dah kembali kempis? Muahaha.. aku nak masuk hutan mendaki gunung!!

Sekarang nih tengah giat tengok kalendar dan pilih tarikh yang sesuai untuk terbang ke Sarawak - mendaki gunung Murud - gunung tertinggi di Sarawak! Dalam list G5 (lima gunung tertinggi di Sabah dan Sarawak) just tinggal gunung Murud je yang aku belum conquer lagi.

List G5

Gunung Kinabalu, Sabah Conquered
Gunung Trusmadi, Sabah Conquered
Gunung Tambuyukon, Sabah Conquered
Gunung Murud, Sarawak
Gunung Mulu, Sarawak Conquered

InsyaAllah, habis je list G5 nih, aku nak kosentret pada G7 pulak.. hihi. Jeles arr tengok kengkawan yang dah lama grad G7 nih :)

List G7

Gunung Tahan
Gunung Korbu
Gunung Yong Belar Conquered
Gunung Gayong
Gunung Chamah
Gunung Yong Yap Conquered
Gunung Ulu Sepat

Argh.. bengang. Just 2 gunung je dalam list G7 nih yang aku tawan? Sadiss.. Kalau aku tak tersesat masa xpdc Trans-Titiwangsa V2 dulu, sure gunung Korbu & gunung Gayong berjaya diconquer. Takper lah.. ada masa lagi. Boleh repeat next time.

Note: Setakat hari nih, sebanyak 33 gunung (dalam Malaysia) dah berjaya aku tawan (tu tak termasuk repetition ke gunung yang sama)!


Cerita pasal Amarr pulak.


Pagi tadi ada nurse datang rumah nenek aku. Orang kampung panggil "bidan". Derang memang ditugaskan untuk datang melawat setiap penduduk kampung yang baru melahirkan anak.

Masuk hari nih dah 4 kali nurse datang ke rumah nenek untuk check Amarr & aku. Tadi dia timbang berat Amarr. Dah 3.2 kg :)

Thursday, December 09, 2010

Gambar Amarr di usia seminggu

Layan kan dulu gambar-gambar Amarr dalam usia seminggu nih sementara mummy dia draft entry pengalaman bersalinkan dia :)


Nih gambar Amarr pakai baju abang Ariff. Agak besar baju-baju Ariff masa baby dulu. Maklum lah, berat Ariff masa lahir 3.69 kg. Amar just 2.93 kg je.


"Hello uncle & untie semua, salam perkenalan dari saya"


"Nama saya Amarr Fadzillah"


"Opss... saya nangis pun kena candid juga"


"Hobi saya buat masa nih adalah tidur"


"Hari nih saya tidur bawah cahaya matahari"


"Moyang saya suka jemur saya pepagi. Nak elak kuning katanya"


"Kalau cuaca dalam rumah panas sangat, mummy akan tolak katil saya ke luar rumah"


"Jumpa lagi lain entry ya :)"

Wednesday, December 08, 2010

Amarr Fadzillah

Perkenalkan, anak kedua kami, Amarr.

Lahir pada hari Jumaat, 26 November 2010, lepas Asar 4.55 pm. Berat 2.93 kg. Tinggi 51 cm.


Amarr beberapa saat selepas dilahirkan.

Me and Amarr. Alhamdullilah, tak sampai 3 jam aku menahan kesakitan, Amarr pun lahir. Semuanya dipermudahkan. Syukur.

Amarr yang tak banyak ragam :)

Close up. Rambut yang terpacak tu bukan aku yang buat. Nurse kat Al-Islam ni suka sangat mengulit dia. Maklum lah, dia satu-satunya baby boy yang ada kat situ. Yang lain semua ge-girl.

Pengalaman bersalin baby Amarr? Will update later. Soon! Tunggu kay.

Tuesday, December 07, 2010

Dah selamat bersalin :)

Alhamdullilah.

Semuanya dipermudahkan. Syukur.

Aku dah selamat melahirkan seorang lagi baby boy pada hari Jumaat, 26 Nov 2010 (baru hari ni dapat update sebab hanphone HTC Touch HD merangkap portable modem yang selalu aku guna untuk online dari rumah dah hilang.. tssskkk)

Tapi tak kisah.

Yang penting sekarang, my babies :)

Ohh.. nama baby baru ni?

Amarr Fadzillah bin Noor Fadzillah.

Will update more pics tonite. Amarr dah merengek. Nak susu kan dia.

p/s: Aku bersalin serentak dengan adik aku.. haha. Gap setengah jam je. Nama baby dia Ahmad Adam Danial bin Mohd Hazwan :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...