KENGKAWAN

Wednesday, April 28, 2010

XPDC Gunung Trusmadi & Tambuyukon (Part 1)

My first and last xpdc for this year (I didnt know that I am pregnant during this xpdction!!)

Trip : XPDC Mendaki Gunung Trusmadi & Gunung Tambuyukon, Sabah
Date: 1 - 6 April 2010 (Tempoh pendakian 5 hari 4 malam)
Line up : Aku (the only lady in this trip), Mamoru, Chua, Talha, che Jaafar & che Lai

Detail log, aku buat kemudian ek. Layan gambar dulu. Aku post gambar untuk untuk Trusmadi je dulu. Gunung Tambuyukon, tunggu next entry.

DAY 1 (Khamis, 1 April 2010)


Kami sampai KK Airport pukul 12 tengah malam. Terus gerak ke Tambunan (TVRC). Pukul 3.00 pagi sampai Tambunan. Sempat la tidur sejam.


Posing depan chalet sebelum bertolak naik 4wd ke starting point.


Me at TVRC


Daftar nama kat pejabat hutan


Lawa pintu masuk ke kaki gunung Trusmadi nih :)


Mamoru depan pejabat renjer


Strating point (4900m ke puncak). Stretching dulu.


Pose sebelum memulakan pendakian. Dari Kiri, che Jaafar, che Lai, Chua, Hary (guide), Mamoru & aku


First Kem. Lupa nama tempat nih. Aku pewai kat sini & termaksa transfer barang sikir kat team member yang lain. Pelik tau, baru trekking setengah jam dah pewai gila. Rupanya, aku pregnant rupanya!


Posing dengan Kumbang


View sepanjang trek gunung Trusmadi nih memang superb!


Kem Sulaiman. Rehat lagi. Oh, di setiap Kem / Pondok ada disediakan toilet yang lengkap dengan sinki & paip air (tertutup ok).


Kem Taman Bunga.. view kat sini lagi cunnn.


Bonsai gunung yang cantikkkk.


Trek yang turun naik pun dah tak kisah sebab view sangattt cantik


Mamoru dan bonsai :)


Nampak tak Chua & Talha kat depan tu. Trek atas permatang


Kita minum duluuu


Sampai Kemsait. Ada kabin yg dibuat dari kanvas kat sini. Katil double decker pun ada. Kami sampai sini dalam pukul 2.00 petang. Rehat.


DAY 2 (Jumaat, 2 April 2010)


Pukul 4.00 pagi, teruskan pendakian ke puncak!


Dah dekat dah nih!! Semangattt


5.30 pagi.. yayy!!! Puncak Gunung Trusmadi berjaya ditawan!!! Oh, celcom full bar kat puncak ok. Sempat lah bercalling-calling dengan orang kat KL.


View sunrise di puncak sangat cantik menarik tertarik!!


Me berlatarbelakangkan gunung Kinabalu!!


Mamoru with his fav Canon 5D atas beirut


Penyukat suhu yang dah rosak kat puncak. Sejukk wooo atas nih!!


Salah satu spesis periuk kera


Mamoru & view lembah gunung


Cinta membawa kami ke sini!!!


Turun ke kemsait semula & start packing.


View Kemsait kami. Nasihat aku, kalau tidur sini, sila pilih katil atas sebab tikus tanah asyik la melompat-lompat atas katil bawah cari makanan.. eiyyyy!


View taim turun gunung


Me dan puncak yg harus didaki kat belakang tu.. gila pacak!!


Aku yang kepewaian kat Pekan Tambunan sebelum bertolak ke Ranau untuk mendaki Gunung Tambuyukon pula.

My 2nd pregnancy

Pregnant kali ke dua. Tak plan dan tak expect pun. Esp bila aku tengah busy mengaktifkan diri dalam xtvt outdoor semula. Tapi dah rezeki Tuhan nak bagi.

Perasaan? Terkejut of coz. Perkataan pertama yang keluar dari mulut aku masa tengok pregnancy test tu, “Oh, no!”.. haha. Bukan bermaksud aku tak suka pregnant sekali lagi, tapi sebab aku risau gila dengan tahap kesihatan baby dalam perut nih.

Mana taknya, aku baru balik dari xpdc menawan dua gunung berprofil tinggi kat Sabah. DUA gunung okeh! Lima hari dua malam aku spent masa dalam hutan! Tetiap hari trekking overtime. Subuh gaban start trekking, tengah malam baru sampai kemsait. Badan memang letih gila! Patutlah aku pewai semacam je masa kat Sabah. Rupanya, ada baby dalam perut!

Tapi bila difikirkan semula, aku bersyukur sangat sebab tak kira betapa susah pun trek kat sana or trekking taim malam pun, aku tak ada tersadung akar kayu ke hape. Team xpdc aku semuanya merasa jatuh tergolek atas trek (Chua especially. Mamoru pun hampir terkehel tangan sebab jatuh tergelincir). Kalau tak, nauzubillah… Lebih menakjubkan, baby nih kuat macam mummy & daddy dia. Mampu bertahan walaupun xtvt yang aku join nih sangat lasak & bahaya untuk dia.

Honestly, aku sendiri tak tahu aku pregnant berapa minggu / bulan sekarang nih. Aku tak ingat langsung bila last aku period. Doc pun tak dapat nak pastikan sebab masa scan aritu, tak nampak apa pun – still in early stages. So, kena tunggu sebulan lagi lah untuk check.. hik.

Mamoru? Dia sangat eksaited bila dapat tahu aku pregnant lagi. Hari-hari tanya baby dah ada movement ke belum. Mamoru dah create nama untuk baby ni ok! (Oh ya, his / her name will also starts with ‘A’ sama macam abang Ariff dia :)

Mamoru siap prepare insurans untuk baby dalam perut nih. Biar sama dengan abang Ariff dia – baru adil katanya. Tapi kami hanya boleh ambil bila kandungan aku berusia 5 bulan nanti (Prudential punya syarat).

Perubahan diri? Macam tak ada apa berlaku pun haha.. Sama macam first pregnancy, aku takde morning sickness. Sihat dan aktif macam biasa (alhamdullilah). Cuma satu je yang aku perasan berbeza, masa first pregnancy, aku tak suka pakai high heel. Start aku dapat tahu aku pregnant 5 minggu, terusss aku simpan semua high heel. Tapi second pregnancy nih, aku suka sangat pakai high heel.. hihi. But of course, aku takkan bahaya kan kandungan aku. I’ll consider medium platform / wedges bila perut aku start membesar nanti.

Ramai kengkawan terkejut bila aku pregnant lagi. Kebanyakan member aku rata-rata just ada sorang anak je. Semua nak tunggu anak memasing besar baru nak consider second baby. Aku pun memula camtu gak, tapi bila dah ‘terpregnant’ lagi nih, aku rasa okay juga. At least sekali harung je besarkan semua anak-anak aku. Lagipun, payah la ada sorang baby je. Aku dengan Mamoru asyik berebut nak dukung Ariff bila keluar berjalan. Nanti bila dah ada dua anak, takdelah berebut lagi haha..

Due date? Kan aku dah cakap tadi aku sendiri tatau usia kandungan nih. Tapi aku dapat rasakan baby nih akan lahir sama ada hujung tahun nih (December 2010) atau awal tahun depan (January 2011). Btw, I’m praying for December this year! So that I can proceed with my plan to climb Gunung Murud next year! Hahahahaha…

Oh, btw, adik no.6 pun sedang pregnant sekarang nih. Dia due bulan November. Merasalah ada dua mak buyung taim raya nanti :)

Saturday, April 10, 2010

Shocked!

Aku baru dua hari balik dari Sabah.

Dan alhamdullilah, gunung yang kedua dan ketiga tertinggi di Malaysia telah berjaya ditawan dalam masa 5 hari 4 malam!!

Tough gila xpdc kali ni. Maklum lah, aku langsung tak training. Aci redah je panjat. Bahananya, kaki aku bengkak, tapak kaki aku sampai hari ni rasa kebas. Part luka, tak payah cerita lah, banyak gila. Part kena gigit pacat pulak.. huu.. lagilah banyakk.

Gunung Trusmadi, gunung pertama yang aku daki tahun ni. Route dia kira ok lah. Starting buat aku semput sikit coz trekking dalam keadaan suhu yang sejuk. Tapi best, sebab view sepanjang trek sangatttttt cantik. View kat puncak lagilah cantik - 360. Boleh nampak puncak Kinabalu dari sini.

Gunung Tambuyukon pula memang lain dari gunung Trusmadi. Macam gunung area semenanjung pun ada. Trek dia sangat mencabar sebab sepanjang masa mencanak. Memang menguji mental sungguh. Kalau dia bagi trek yg menurun pulak, bukannya jenis turun yang boleh rilek santai. Jenis kalau silap langkah, confirm menggelongsor jatuh ke bawah. Tak pun masuk gaung. Gila tough. Dalam hutan Tambuyukon nih, marking kurang. Trek senang hilang. Berapa kali aku nak cipta route sendiri hari tu. Nyaris tak sesat. Paling tak best bab pacat. Ya Tuhan, banyakkkk gila ok! Satu badan aku nih, semua tempat dia buat love bite. Dari leher, pinggang, tangan, paha, sampai aku punya 'toooottttttt' pun ada kesan gigitan dia. Chisss!

Personally aku rasa, gunung Tambuyukon nih, bukan lah gunung yang 'agak mencabar' seperti apa yang bebudak gunung kata. Tapi, jenis yang 'mencabar tak agak-agak'!!

Nanti lah aku buat full log and upload gambar kat sini. Cuma buat masa ni aku nak share satu berita yang PENTING:-

Selepas xpdc gunung Trusmadi dan Tambuyukon nih tamat,
Selepas berhari-hari aku memikul beg yang berat dalam hutan,
Selepas kaki & mental aku kepenatan berjalan tanpa henti dalam hutan,
Selepas makan minum aku tak menentu masa dalam hutan,
Selepas aku push seluruh badan aku to the limit untuk trip nih,
Dan selepas berakhirnya seksaan 2 gunung nih dua hari yang lepas....

...aku dapat tahu satu berita yang mengejutkan..




"Aku pregnant.. untuk kali kedua"



Meaning to say, this little baby memang dah ada dalam aku even sebelum aku bertolak ke Sabah. Dan paling buat aku rasa bersalah, dia memang ada dengan aku sepanjang xpdc nih! Kuatnya dia..

Aku tunggu hari siang sikit, nak jumpa doctor dan nak confirmkan tahap kesihatan kami berdua.

In the mean time, theres a lot of things to do. To plan and prepare.

For this baby, For Ariff. For me & Mamoru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...