KENGKAWAN

Monday, January 31, 2011

And there goes January

Esok dah start bulan baru..

Oh, KL cuti. Esok nak pergi shopping barang makeup. Bukan untuk aku lah. Untuk Makeupfreak. Re-stock mana yang dah hampir habis. Dan esok, kalau Amarr dan Ariff tak cranky, mungkin boleh extend sikit masa untuk shopping beberapa helai tudung & ofis wear.

P/S: Nih entry ke 31. Saja nak samakan dengan bilangan hari dalam bulan January (matilah nak kejar konsep 365 entry setahun. Gituu)


Dah 8 tahun aku tulis blog

Nak celebrate tahun ke lapan aku menjadi penulis blog. Tak sangka ek dah 8 tahun aku menulis kisah hidup aku secara online. Lapan tahun.. fuhh lama gak tu. Bila baca balik kisah hidup yang pernah aku tulis dulu, rasa macam.. seronok pula. Interesting jugak life aku taim dedulu ek? Tapi kenapa masa tu aku tak sedar yang life aku nih menarik?

Jawapannya: Sebab aku jarang bersyukur dengan apa yang ada (Puan aD, sila insaf sekarang)

Mari mengimbas semula tahun-tahun awal aku tulis blog dulu.:

2003 Tahun aku start tulis blog. Baru setahun graduate.Umur aku taim tu baru masuk 24 tahun (oh,mudanyaa aku). Baru nak bertatih hidup kat KL ni.


Blog first aku http://www.circle99.com/xxxxx

Sory tak boleh state URL penuh - too personal. Mostly cerita tentang cinta pertama aku kat KL nih.. haha. Start tulis dari tahun 2003 sampai 2004. Buat korang yang pernah follow blog aku dari sana.. wow.. how long has it been ek? Kita mesti dah jadi kawan yang rapat gila.. haha (ya ke? well, hopefully - this one goes to cik Sekapal, Dian, Meen, Sue, eL & who else ek, all the Sengetians lah) Taim tu c99 adalah satu komuniti online yang tertutup. Nak join / baca kena dapat permission dari owner. Dan aku ada lebih dari 400 readers. Satu jumlah yang agak ramai pada aku taim tu.


Blog kedua aku http://xxxxx.modblog.com

Pun tak boleh state URL. Sebab nih blog sambungan dari c99. Start tulis kat sini dari tahun 2004 - 2005. Still menulis tentang lovestory. Aku suka modblog sebab senang nak guna. Tapi sejak modblog kena shut-down secara tiba-tiba, aku beralih pada blogspot.


Blog ketiga aku http://outdoorfreak.blogspot.com (blog sekarang)

Aku create blogspot serentak dengan modblog dari tahun 2004 lagi. Tapi start gunakan blogspot dalam tahun 2005, bila modblog kena terminate tanpa notis. Ekceli, URL awal blogspot nih sama macam yang aku guna untuk c99 dan modblog. Tapi bila aku putus cinta dalam tahun 2005, aku tukar kepada nama outdoorfreak sampai sekarang. :)


Blog aku yang keempat dan kelima http://outdoorfreak.wordpress.com dan adlyana.multiply.com

Tayah baca blog nih sebab ia hanyalah back-up kepada blogspot. Aku create sebab takut jadi macam kes modblog dulu.


Banyak jugak ek blog aku sepanjang 8 tahun nih? Harap pasnih aku tak perlu tukar blog lagi (blogspot, sila jangan terminate secara tiba-tiba ok!) Dan harap aku masih boleh menulis sampai aku tua :)

Saturday, January 29, 2011

Nak pergi salon

Sejak habis berpantang aritu, aku belum ada masa nak buat terapi untuk mencantikkan diri.. (cewah).

Step pertama, pergi salun (salun ke salon ek?). Tak sure nak buat apa kat rambut ni, tapi kena buat sesuatu juga. Aku dah bosan dengan gaya rambut yang sama. Uban pun semakin banyak, walhal umur baru nak masuk 32. Err 32? Teringin pula nak terbalikkan umur tu jadi 23.. umur masa aku graduate dulu.. huhu.

Rasanya nih akan jadi kali kedua aku buat perubahan drastik kat rambut aku. First lepas aku lahirkan Ariff - aku korbankan rambut panjang aku jadi kontot disebabkan rambut aku banyak gugur lepas lahirkan Ariff. Kali nih pun sama. Rambut aku dah start berguguran lepas lahirkan Amarr. Kena cecepat buat treatment.

Tak sabar nak tengok muka sendiri dengan rambut baru... oh, cepat lah siang!

Friday, January 28, 2011

Suka! Suka!

Semalam masa aku tengah duduk atas sofa tengok tv, tiba-tiba Ariff datang kat aku sambil buat senyuman hensem dia yang aku suka.

Dia berdiri bebetul depan aku. Dia pointed kat hidung dia dengan jari telunjuk dia.

"Nose" kata dia.

Aku senyum sambil tepuk tangan.

Pastu dia tunjuk mata dia.

"Eyes" kata dia.

Aku tepuk-tepuk tangan lagi. Dah selalu sangat dia tunjuk nose dan eyes kat aku. Cuma yang buat aku impress tu, bila dia pointed kat pipi dia..

"Cheek" kata dia.

Very good Ariff! Tepuk-tepuk lagi.

"Mouth" kata dia lagi sambil tunjuk kat mulut dia. Pastu..

"Ears"

"Hair"

Oh, tetiba aku rasa hepi gila. Ariff dah pandai labelkan sendiri anggota badan dia. Suka! Paling best bila sebutan Ariff jelas dan tak pelat.

Buat masa ni setakat tu je lah yang dia tahu. Yang lain dia pandai sebut tapi tak tahu nak match kan lagi. Mungkin tak sehebat anak orang lain. Tapi cukuplah untuk budak usia setahun tujuh bulan macam Ariff.

Apa pun, well done Ariff! Mummy so proud of you! *kiss kiss

p/s: Ayat fav Ariff sekarang, "terima kasih". Tk kisah lah sama ada orang bagi dia barang atau dia bagi orang lain barang, semua dia bantai sebut terima kasih. Oh, oh, dan Ariff suka mimik orang Azan sambil letak dedua tapak tangan kat telinga
*

Pukul tiga pagi

Oh, yess. Dalam tempoh cuti maternity ni, aku memang update blog lepas pukul 12 tengah malam dan set auto publish untuk esok atau lusa atau tulat punya entry.. huhuhu.

Susah dowh kalau nak tulis dan publish on time bila dah beranak dua nih. Buat masa ni Amarr takde lah menggangu sangat. Kebanyakan masa dia habis untuk tidur je. Bangun pun untuk menyusu. Cuma Ariff je lah yang confirm akan membuat aku ambil masa sejam untuk taip sepatah ayat. Kalau sejam sepatah ayat, cuba kira berapa jam pulak aku perlukan untuk tulis satu entry? Sekerat hari? Satu hari? Oh, tak boleh.. tak boleh.

Aku teringin sangat nak ambil maid. Payah la hantar anak kat pengasuh. Dulu, masa aku hantar Ariff, pengasuh dia tu just jaga Ariff dengan anak dia sendiri je. Tapi sekarang nih dah bertambah ramai pulak aku tengok.

Sampai kengkadang tu Ariff balik rumah dalam keadaan tak mandi petang, lapar, penuh kesan lebam kena gigit dengan bebudak lain. Tu tak termasuk part dia tidur lewat petang sampai ke maghrib. Patut lah aku duk konpius kenapa tetiap malam Ariff tanak tidur awal (walaupun aku dah tutup semua lampu dalam rumah). Tahan dia berjaga sampai tetengah malam!

Oh, gaji maid sekarang RM900 ek? Dah confirm ke? Tak mampulah aku gamaknya. Kalau sebulan RM600 tu, aku boleh tahan lagi lah. Lebih dari tu, tunggu aku kaya dulu. Tapi boleh tak gomen Indon or gomen kita costumize sikit bab gaji tu. Misalnya:

Kalau gaji RM900, maid tu kena buat semua keje dalam rumah (mengemas, membasuh, memasak, jaga anak, pendek kata complete satu rumah punya keje lah)
Kalau gaji RM800, just keje mengemas, membasuh, jaga anak dan segala keje rumah kecuali memasak ke, etc)
Kalau gaji RM700, etc, etc
Kalau gaji RM600, just untuk jaga baby je.

Kan senang kalau camnih. So, maid tu boleh pilih nak gaji dan beban keje yang dia mampu laksana. Dengan cara ni sure takde masalah maid tak reti memasak or membasuh ke haper. Dan tak lah timbul soal majikan komplen pasal maid derang tak reti buat itu ini since awal-awal lagi maid tu dah pilih skim gaji yang sesuai dengan kemampuan dia buat keje. Setuju?

Tapi kalau dah berjaya dapat maid pun, aku still dalam dilema juga. Kental ke hati aku nak tinggalkan anak aku dengan maid tanpa pengawasan? Bila fikir part nih, mula lah aku rasa nak berhenti keje dan kosentret on bisnes makeup aku. Lagipun income dari situ pun dah semakin kukuh.

Tapi.. tapi..

Aku suka keje sekarang sebab gaji aku dah steady. Ada yearly increment. Bonus tetiap tahun memang ada dan tak kurang lima angka. Paling buat aku susah nak berhenti, company punya medical benefit yang unlimited untuk aku & family. UNLIMITED ok. Klinik panel pun melambak. Luka kena papercut pun boleh gedik-gedik pergi klinik demand ubat sampai berpuluh jenis. Kompeni bayar kan? Setakat masuk hospital private kena charge sampai puluh-puluh ribu pun takde hal. Siap boleh amik private room lagi.

Kalau berhenti, siapa yang rugi beb? Coz kalau ambil insurans pun kena dulu duit sendiri gak. Tu belum pihak insuran dolak-dalik. Sesilap, ada certain penyakit je dia cover. Nak beli insurans kena paham bebetul apa yang dia offer.

Bihtu camno? Sampai bebila pun tak selesai nak fikir pasal maid nih. Takkan nak suruh Mamoru jadi Mr Mama pulak?

Thursday, January 27, 2011

Mana daddy?

Ariff dah pandai rindu-rindu. Sebelum nih, dia tak pernah kisah kalau aku or Mamoru tinggalkan dia kat rumah. Tapi sejak hari Selasa aritu Ariff asyik laa duk cari daddy dia.

Kekejap kang dia tanya aku, "daddy? daddy?"

Penat pulak nak menjawab, "daddy work."

Berkerut-kerut kening dia fikirkan "work" tu apa. Takperlah, dalam seminggu-dua ni insyaAllah dia faham makna "work" tu.

Bagus juga bila Ariff dah start bertanya. Proses pembelajaran dia sekarang boleh buat dua hala compare dengan sebelum nih.

Cuma yang tak best tentang soalan dia kali ni, bisa buat aku mati kutu bila jawapan aku dibalas dengan raungan syahdu. Terpaksa aku call Mamoru pastu loudkan speaker suruh Ariff bercakap dengan daddy dia.

Oh, Mamoru cepatlah balik, Ariff dah rindu.

Bukit Melawati

Gambar weekend aritu.

Adik-beradik aku rindu kat aku kut. Sanggup derang semua pegi cari aku kat rumah keluarga mentua aku kat Kuala Selangor.. haha. Derang siap buat bbq kat rumah nenek Mamoru. Seronok, walaupun rasa macam terkejar-kejar masa. Yelah, derang ni bukan nak inform awal-awal. Kalau tak, boleh sewa hotel kat Kuala Selangor pastu pergi tempat-tempat menarik kat sana. Kan dah rugi tak dapat naik sampan tengok kelip-kelip.


Family adik no.2, family adik no.3, adik no.5 dan bakal isteri. Gambar masa naik tren ke Bukit Melawati.


Apa ada atas bukit nih? Rumah api, tempat tengok anak bulan. muzium, kawasan sejarah, meriam dan permandangan laut selat Melaka yang cantik.


Permandangan di puncak Bukit Melawati


Tapi hati-hati, kat sini banyak monyet yang terlalu jinak. Silap aribulan boleh jadi agresif. Ada sekor monyet tu (sama besar dengan Ariff), dia rampasnya Ariff punya makanan. Meraung anak aku kat situ. Rasa nak je aku tangkap monyet tu pastu gantung atas pokok. Geremm. Dalam gambar nih, adik no.3 tengah bagi monyet makan.


Ariff dan Pak Ngahnya. Ariff tak takut dengan monyet nih. Tapi aku tak kasi dia dekat sangat. Takut kalau kena cakar.


Adik no.2 dan sis-in-law Ida


Last but not least, gambar yours truly musti ada. Amarr yang masih tak tau apa-apa lena sepanjang trip ke sini.

Wednesday, January 26, 2011

Ariff haircut

First time bawa Ariff jumpa barber. First time juga aku benarkan orang lain gunting rambut Ariff. Sebab selama nih, aku lah satu-satunya favourite hairstylist Ariff sejak dia lahir.

Tapi disebabkan aku tak ada mesin dalam gambar diatas, dan disebabkan nak guna gunting biasa mengambil masa yang lama, dan juga disebabkan Ariff tak boleh duduk diam untuk jangka masa yang lama sekarang nih, aku redha je lah bawa Ariff jumpa barber (Mamoru, cepat belikan saya mesin dalam gambar nih. Saya dah ada 2 orang client setia ok, jadi saya perlukan mesin ini untuk proses penguntingan yang lebih cepat dan kemas)


Muka Ariff kelihatan sedih. Maybe dia takut tengok uncle barber yang garang dan misai melentik. Ariff langsung tak bergerak sepanjang proses gunting rambut nih :)


Pose dengan mummy and Amarr.. oh, mummy lupa nak pakai mekap. Nampak agak selenga dalam gambar nih. Tapi mummy tetap vangga sebab mummy ada dua orang putera comel :)


Ariff dengan rambut pacak. Tenkiu uncle barber!

Hepi 2 months birthday

Selamat hari lahir yang ke-2 bulan buat kesayangan mummy, Amarr. Sepatutnya, hari nih mummy bawa Amarr pergi jumpa Paed. Hari tu kan dah janji nak ambil normal imunisasi plus rotavirus. Tapi daddy outstation pula. Kita tunggu daddy balik hujung minggu nih baru pergi amik jab ya? Mummy nak pergi sendiri takut tak boleh manage pula. Mana nak dukung Amarr, mana nak pegang abang Ariff. Abang Ariff pun ada appointment dengan Paed juga.

Oh, mummy juga nak wish hepi 2 months old birthday buat kembar Amarr, Adam yang sambut lahir hampir serentak dengan Amarr :)


Amarr dan Adam dalam playpen. Kebetulan pulak kedua-duanya pakai baju belang-belang. Amarr pakai baju belang kelabu. Adam pakai belang hitam.


Comel tengok dedua kembar nih menguap serentak


Semoga memasing jadi kawan yang baik dan saling membantu ya :)


Mummy sayang semua anak mummy!

Tuesday, January 25, 2011

Tak bersemangat

Mamoru outstation lagi... *tak bersemangat*

Cuti maternity aku pulak tinggal sebulan je. By end of next month dah start keje semula. Sekejap je rasa cuti 3 bulan... *lagi tak bersemangat*... Huh, tak reti bersyukur aku nih. Orang lain cuti bersalin 2 bulan pun tak komplen... *insaf sekejap*

Aritu, pengasuh Ariff cakap dia dalam proses nak apply permit untuk buka taska. Untuk apply permit, dia kena pergi course under JKM yang mengambil masa berapa hari ntah (camtu lah kut, aku tak ingat). Yang aku ingat, by time aku nak start keje nanti, kursus dia still tak habis lagi. Dan aku mungkin terpaksa ambil cuti annual leave untuk seminggu tu sebelum aku boleh hantar Ariff dan Amarr ke rumah dia. Mati lah kena maki dengan boss nanti. Maunya tak, baru selesai cuti 3 bulan nak tambah cuti lagi?? Oh, nasib.. *bertambah-tambah tak bersemangat*

Aku suka pengasuh Ariff tu apply permit untuk buka nursery. Tapi yang aku tak suka tu, kenapalah dia tak terfikir pasal hal nih dua bulan yang lepas? Kan dah kacau masa bekerja aku.. tskkk.

Dan aku malas nak fikir apa yang akan jadi bila dia dalam proses nak buka nursery atau bila nursery tu dah dibuka.


Friday, January 21, 2011

Outdoor gear

Aku dalam proses mengumpul peralatan outdoor untuk xtvt camping & hiking aku sekeluarga. Dulu aku ada banyakkk bebarang nih, tapi biasalah, asal balik je dari trip gunung, aku punya periuk, mestin segala ntah masuk dalam haversack siapa, tataw.:)


Nih cooking set yang aku beli dari abg Rasyid. Sesuai untuk 4-5 orang makan.


Dalam cooking set nih, ada 3 biji periuk, satu kuali, 2 piring, 5 cawan (or mangkuk), satu sudip kayu comel & satu senduk. Periuk nih tak tahan lasak sangat kalau kompare dengan mestin atau periuk aloi biasa . Tapi kira ok lah untuk permulaan.


Oh, nih pulak kelambu berbentuk khemah separuh bulatan yang aku beli dari babyibu.blogspot.com. Menariknya kelambu nih, dia dah siap terpasang. Kalau keluarkan dari sarung dia, campak je atas lantai, terus terbuka dan terpasang dengan sendirinya dalam beberapa saat je. Macam konsep "khemah ajaib Doraemon". Gitu. Kelambu berbentuk khemah nih muat untuk disumbat 4 orang dewasa. Sesuai untuk letak bebudak kecik kalau kita pegi camping. Boleh elak dari nyamuk / agas.

Pastu kalau nak simpan semula, just lipat-lipat macam kita lipat kereta punya 'sun-shades' tuuu. Senang yang amattss. Kalau nak tengok gambar khemah kelambu yang dah siap dipasang, sila bukak blog babyibu.blogspot.com. Aku tak sempat nak snap gambar.

Pasnih nak beli fly dengan ground-sheet, stove, etc.

Wednesday, January 19, 2011

Mamoru nampak!??

Ok ni sesuatu yang baru buat aku yang rabun-IT. Nak cakap buta-IT tak boleh sebab aku pandai berblogging.. huhuhu

Tadi masa surf online, aku terkejut tengok skrin laptop nih berubah. Kat desktop dah tak ada wallpaper. Semua jenis tulisan kat windows pun berubah jadi jenis tulisan lain. Pastu siap ada mesej:

"This computer is being remote control by Fazi-HP\Fazi from 175.xxx.xxx"

Oh, mula lah aku fe-feeling macam dalam cerita James Bond

Sekejap tu Mamoru call. Gelak-gelak dia cakap dia tengah remote laptop aku dari ofis dia. Nak transfer fail katanya. Oh, boleh buat camtu ek? Kagum aku. Aku tanya kenapa tak email je. Mamoru cakap, fail tu besar - tak boleh email. Gituuuu *sambil angguk-angguk*

Sekejap tu tetiba cursor kat skrin bergerak sendiri - dia minimize-kan window Google Crome yang aku bukak. Pastu cursor tu bukak window 'Local Disck C' - point kat fail yang baru dimasukkan kat situ. Pastu, cursor tu close semula window tu.

Whoaaa... kalau tak Mamoru explain dia tengah remote kontrol laptop nih, haruss aku campak laptop nih jejauh - ingat hantu yang buatt.. huhuhu. Wehhh mauuuu nya tak takut tengok window terbuka sendiri?

Kagum.. kagumm.

Best jugak kan? Meaning, kalau aku tak reti nak guna Adobe Photoshop ke, apa ke, Mamoru boleh tolong guide dari jauh.. menarikkk nih!!

Tapi in second thought, kalau aku surf web lucah ke apa, confirm dia boleh nampak ek? Muahaha!! Bahaya.. bahaya.. Tapi takper, antara aku dan Mamoru tiada rahsia... hihi.

p/s: Nasib baik dia tak boleh tengok aku secara curi-curi thru webcam yang ada kat laptop nih. Kalau tak tentu dia tak sabar-sabar nak balik rumah tengok aku menaip sambil menampakkan lurah dendam.. huhu..

Heart attack, No?

Semalam, masa tengah potong bawang, tetiba aku rasa macam jantung aku kena shocked. Rasa macam nak terhenti. Ntah la tatau nak describe macam mana. Rasa macam lemah tiba-tiba. Dua kali pulak tu kena. Each shock last for about 2-3 seconds.

Scary kan?

Masa tu dah fikir nak mati je.

Pelan-pelan aku jalan dari dapur pergi dalam bilik - ambil henpon. Seriyes punya slow aku jalan sambil kontrol breathing - tanak bagi pressure kat jantung - takut kena shock macam tadi.

Call Mamoru. Minta dia balik. Risau dowh. Kalau betul aku mati semalam, aku nak Mamoru ada kat rumah. At least, ada orang jaga Amarr & Ariff. Buatnya aku keras kejung sengsorang. Siapa nak tengokkan anak aku nanti? -- *boleh aku fikir camtu ek*

Mamoru bawak aku jumpa doktor. Kata doktor, base on serangan (shock) yang jadi dalam tempoh singkat (2 atau 3 saat), normally disebabkan muscle yang stress atau cramp. Kalau heart attack, biasanya pesakit akan rasa sakit dan berat di bahagian dada selama 5 hingga 10 minit.

Lega sikit dengar penjelasan doktor. Tapi tak sepenuhnya. Rasa takut tu still ada. Lelebih lagi bila ramai orang usia 30+ mati akibat serangan jantung. Dan lelebih lagi bila arwah ibu aku turut meninggal akibat serangan jantung lepas lahirkan adik aku yang last pada usia 38 tahun!

Kalau aku mati.. kesian anak-anak aku.. boleh ke Mamoru cari orang yang mampu menyayangi Ariff & Amarr macam mana aku sayang mereka? ...*memang nak kena luku kepala aku nih - Mamoru marah sangat bila aku cakap camni semalam*

Apa pun kengkawan, jaga lah pemakanan bila usia dah menjangkau 30+. Banyakkan bersenam. Selebihnya, kita bertawakkal.

Hadiah untuk Amarr

Lama dah Amarr dapat hadiah-hadiah nih. Mummy dia je yang lambat upload kat sini. Alasan? Tak ingat gambar nih save kat mana.. tsskkk. Cari tak jumpa. Ni pun, ada lagi gambar hadiah yang tak jumpa.. huhu

Buat pengirim hadiah untuk Amarr, mummy dia cakap tenkiuuuu sesangat!


Nih hadiah dari auntie Effa. Amarr tak reti nak main toys nih. Abang Ariff dah rasmikan dulu :)


Ni rompers dari auntie eL :)


Ni pula, baju Mickey Mouse dari auntie Biqque :)


Amarr yang terpegun tengok muzikal mobile toys :)


"Tenkiu auntie-auntie semua!" xoxo

Tuesday, January 18, 2011

Lawak yang menghiburkan

Selalunya, aku tak pernah kisah nak baca apatah lagi nak reply mesej yang aku terima dari strangers lelaki. Esp, yang duk hantar mesej mengarut nak berkenalan ler, etc. Aku akan treat mesej nih sama macam mesej iklan business online yang aku dapat - semua di-DELETE tanpa dibaca.

Tapi yang nih special sikit - sebab aku gigih duk bukak dan baca.. haha. Nih semua adik perempuan no.6 punya pasal lah. Dia pergi bukak mesej nih masa aku tinggalkan laptop kat ruang tamu. Gelak-gelak dia pergi dapur semata-mata nak sampaikan mesej nih kat aku..



*ini gambar pfofile FB yang dia maksudkan*



Jennifer Loves Hewitt = aku? Biar betul. Tang mana tu agaknya? Muahahaha. Ini memang kelakar. Apapun, u've made my day lah.. ahaha.

How I wish my boobs were as big as Jennifers'.. opsss.. *bersyukur dgn apa yang ada*.. Bak lirik lagu Syakira.. "Lucky that my breast are small and humble, so you dont confuse them with mountain"..

Eh kejap, 'Small and humble' eh? Part 'small' tu aku faham.. tang 'humble' tu macam mana ek? Coz dalam kepala aku membayangkan breast yang melayut lembik ke bawah.. huhu.

*oi oi.. nih aper kejadah cerita pasal breast nih aD?*

Cara membuat inti kelapa

Nih resepi inti kelapa yang best dari nenek aku. Inti kelapa nih boleh disimpan selama 3 bulan (atau lebih). Inti nih boleh dimakan begitu je atau dicicah dengan lempeng atau dibuat kuih (kuih koci, kuih puteri mandi, kuih badak berendam, etc, etc - pendek kata boleh buat cemacam lah)


Resepi inti kelapa nenek sangatttt sedap sebab dia guna kelapa pandan untuk dibuat inti. Bau kelapa pandan nih pun dah cukup membukak selera tau. Dalam gambar, Mamoru sedang mengukur kelapa pandan muda.


Kelapa pandan muda yang dah dikukur tadi, di gaulkan dengan gula melaka (original), pastu dicampur sedikit gula pasir. Letakkan daun pandan dalam selai dua untuk mengharumkan lagi bau inti kelapa nih. Tak perlu letak air - nanti rasa dia kurang sedap.


Bebahan tadi, digaul sehingga sebati sebelum dimasak selama sejam di atas api yang sederhana. Jangan risau, gula melaka yang berketul-ketul tu akan cair dan sebati bersama kelapa tadi.


Inti yang dah siap! Sejukkan pastu bubuh dalam bekas kedap udara dan letak dalam fridge. Boleh dimakan pada bebila masa!

White water rafting

Mamoru tengah organize trip white water rafting untuk bebudak ofis dia. InsyaAllah, dalam bulan February nih dia akan bawa semua ofismate dia ke Gopeng - rafting kat Sg. Kampar.


*credit worldisround.com for this picture*

Oh,best gila..

Secara otomatik, aku akan join sekali. Tapi tak sure sama ada aku akan join Mamoru masuk dalam raft atau just duduk kat kemsait - jaga Amarr & Ariff (kalau takde orang nak jaga baby laa). Tapi aku dapat rasakan kemungkinan yang no.2 tu lebih besar kut.

Tak kisahlah, yang penting, aku dapat peluang jumpa kengkawan outdoor lama, e.g., Arman! Lama betul tak jumpa dia. Last masa xpdc Trans Titiwangsa V2 (8 hari merentas banjaran Titiwangsa) tahun 2006. Arman salah seorang guide kat sana.


Aku, Mamoru, Arman & team xpdc lepas 8 hari trekking dalam hutan - Trans Titiwangsa V2


Lagipun nih kali pertama aku akan ber-camping bersama Ariff dan Amarr. Of coz lah aku teruja. First step nak kenalkan anak-anak aku dengan xtvt outdoor.

Dalam eksaited nak pergi camping, banyak preparation yang kena dibuat. Aritu aku ada beli kelambu berbentuk khemah dari babyibu.blogspot.com. Suppose dapat hari Jumaat lepas, tapi ntah kenapa posmen tak hantar lagi. Harap hari nih dapat lah. Khemah kelambu tu aku nak tidurkan Amarr dan Ariff dalam tu.

Apa lagi nak bawak ek? Pada yang dah berpengalaman bawa anak-anak masuk hutan tu, sudilah bagi suggestion kat aku nih ya (yang tak penah masuk hutan tapi nak bagi idea pun bolehh). Saya budak mak budak, baru belajar.. huhuhu. Maklum lah, masuk hutan sendiri dengan masuk hutan bawak anak-anak, tak sama. Renyah sikit lah.

Monday, January 17, 2011

Kembar Amarr

Nih gambar Amarr dengan sepupu dia, Adam. Adam nih anak kepada adik perempuan aku yang no.6.

Menariknya tentang dedua sepupu nih bila derang berdua lahir pada hari yang sama (Jumaat, 26 Nov 2011) dan masa yang hampir sama. Adam tua sejam je dari Amarr :)


Amarr pakai baju biru. Adam baju hijau :)


Agak-agak, derang kamceng tak bila dah besar nanti? Hihi


Ariff suka sangat cium Amarr dan Adam tau. Penyayang sungguh abang Ariff nih


Memasing tengah leka tengok tv


Abang Ariff jadi chief :)

Mummy sayanggg Ariff

Hari nih nak lambakkan gambar hero kesayangan aku bebanyak kat blog ni. Lama tak upload gambar dia :)

Nih semua gambar semalam, masa kat kampung.

Ariff dah setahun 7 bulan sekarang. Semakin banyak perkataan yang dia dah pandai sebut. Antara yang aku ingat :

Dodok (duduk)
Tepi
Takut
Pampesh (pampers)
Nose
Eyes
Hair
Bird

Note: Ariff sangatttt suka tengok filem 'Magika'. Dia boleh layan tengok cerita nih dari mula sampai habis! Pastu duk ulang-ulang sampai ntah berapa ratus kali. Sampai aku dah naik hafal dialog & lagu dalam cerita tu. Disebabkan Ariff suka tengok movie muzikal, aku sekarang tengah mencari cerita muzikal lain yang sesuai untuk dia (korang ada suggestion? Aku fail sikit cerita muzikal camnih)


Rasa tak puas je tengok Ariff membesar. Kalau setahun yang dulu Ariff still baby dan sangat mudah didukung, dipeluk... sekarang dia dah besar tinggi - separuh dari ketinggian aku tau. Ariff 89cm, aku 155cm!


Dan paling buat aku sedih, bila semakin susah nak peluk atau cium Ariff. Dia cepat rimas.. Kalau nak peluk dia dan cium pepuas, kena tunggu taim dia tidur je.. tsskkk. Bulu mata Ariff sangattt lebat dan panjang. Mak sedara Mamoru cakap, aku pakaikan Ariff celak. Hisshhh.. takde maknanya. Kalau Ariff tu pompuan, mungkin la kut.


Buah hati pengarang jantung.. tho aku tak faham sangat peribahasa nih, tapi aku rasa, kalau dah babitkan organ dalaman yang penting macam jantung tu.. kira Ariff nih memang penting lah dalam hidup aku.


Geremm sangat tengok dia gelak-gelak camtu. Bila aku nak cium je dia lari-lari. Penat nak mengejar :(


Dari kecik suka buat muka kelakar.. rindunya kat dia. Walaupun dia sentiasa depan mata.


Kesian Ariff. Taim nih lolipop dia tengah jatuh..


Buat mulut muncung..


Baru lepas mengacau Pak Ngah dia yang sedang basuh kete.


Pastu mengacau daddy dia basuh kereta pulak..

Friday, January 14, 2011

Murah rezeki

Sekerat hari aku melekat depan laptop hari nih.

Kekejap kang reply quotation thru email kat client.
Kekejap reply sms orang book tarikh
Kekejap jawab henpon
Kekejap update jadual makeup
Kekejab balas mesej client kat Facebook
Kekejab melayan soalan customer kat instant messaging FB

Penat nak mengulang mender yang sama dalam masa yang sama.

Tapi best!

Banyak booking yang aku terima dari customer untuk Makeupfreak. All over Malaysia. Yang call dari Jepun pun ada - nak book tarikh.

Dan alhamdulillah, jadual Makeup aku untuk tahun nih dah hampir penuh dari January sampai Disember! Hampir penuh ok! Itupun dah berapa banyak job bertindih yang aku reject.

Syukur rezeki Allah untuk anak-anak.



Mari membuat kuih koci

Aritu masa adik-beradik datang berkumpul kat rumah, tergerak lak nak buat kuih koci untuk jamu derang. Tak sempat nak snap gambar step by step. Koser lah nak pegang kamera dengan tangan bertepung bagai.

Aku peminat setia kuih koci. Tapi aku takkan beli kuih koci (atau kuih lepat) yang dijual kai luar. Sebab konpem rasa mcam ntahapehape.

Kuih koci nih resepi terbaik yang aku dapat dari nenek. Aku jot down kat sini untuk anak-anak aku belajar (err anak aku semua lelaki - ah, lelaki pun kena gak belajar masak!)



Ni rupa doh yang dah siap diuli.

Bebahan dia (untuk dimakan satu family):-
2 kampit tepung pulut (putih)
1/2 kampit tepung pulut (hitam)
Sedikit garam
Air

Cara membuat:-
Campurkan semua bahan nih dan uli sehingga doh tidak melekat pada mangkuk adunan.



Nih rupa inti kuih koci yang dah siap dimasak dan di bentukkan jadi bulat (sebesar satu sudu kecik)

Bebahannya:-
2 biji kelapa muda yang dikukur / diparut (inti yang aku buat nih special sikit sebab guna kelapa pandan muda - so, bau dia sangatttt wangi dan menggiurkan. Sambil gentil bentuk bulat, sambil aku ngappp macam tu jer.. huhu)
1 ketul gula melaka ori
Sedikit gula pasir
Daun pandan

Cecara membuatnya:-
Masukkan semua bahan tadi dalam kuali dan masak atas api sederhana sehingga sebati dan berkilat warna ini nih. Oh, inti ni kalau betul cara membuatnya, boleh disimpan sampai berbulan lamanya tau.



Nih pulak, santan untuk disapu atas daun pisang sebelum letak kuih koci (untuk menggelakkan kuih koci tu melekat pada daun pisang / tangan semasa dimakan.

Bebahannya:-
Santan pekat dari sebiji kelapa
Sedikit garam
Daun pandan

Cecara membuat:-
Masukkan semua bahan dalam kuali dan kacau hingga santan jadi berminyak dan berketul-ketul



Cara membungkus kuih koci:-
Sediakan daun pisang, sapukan santan yang dah dimasak tadi atas daun pisang
Ambil doh, bentukkan bulat, leperkan atas daun pisang
Ambil inti, letakkan tetengah doh tadi dan tutupkan doh tu semula (aperdaa ayattt)
Bungkus daun pisang rapat-rapat dan letak dalam pungukus
Masak untuk 15 minit.

Hasilnya.. walla.. bisa buat gue terkenang-kenang dowh.


Thursday, January 13, 2011

Gambar gedik mak orang

Takde motif.

Just untuk tatapan umum. Esp, incik Mamoru.. *pstt b, sorry mlm tadi tergendala.. hihi. Hari ni balik cepat tau.. aumm*

Note: Penulis tidak bertanggungjawab jika otak pembaca entry ni jadi berwarna-warni.


Dulu aku sangat gemar bubuh kaler warna warni kat mata nih. Sekarang, hanya warna lembut dan natural sahajor - untuk gambar nih aku guna 2 warna brown dari MAC satu warna hi-lite (Shroom) bawah kening. Pastu bubuh eyeliner kat hujung mata (Rapidblack - pun dari MAC).


Blusher aku guna warna brown dari Makeup Forever. Lips aku guna EX super quick lip concealer from Japan.


Soft and natural.. nih je lah warna yang aku bubuh setiap kali keluar rumah (buat masa ni laa)


As ussual, pose gedih harusss ada - wajibul ghunnah..


p/s: Kurang sebulan lagi usia perkahwinan aku & Mamoru akan genap 3 tahun.. oh bestt!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...