KENGKAWAN

Monday, January 31, 2011

Dah 8 tahun aku tulis blog

Nak celebrate tahun ke lapan aku menjadi penulis blog. Tak sangka ek dah 8 tahun aku menulis kisah hidup aku secara online. Lapan tahun.. fuhh lama gak tu. Bila baca balik kisah hidup yang pernah aku tulis dulu, rasa macam.. seronok pula. Interesting jugak life aku taim dedulu ek? Tapi kenapa masa tu aku tak sedar yang life aku nih menarik?

Jawapannya: Sebab aku jarang bersyukur dengan apa yang ada (Puan aD, sila insaf sekarang)

Mari mengimbas semula tahun-tahun awal aku tulis blog dulu.:

2003 Tahun aku start tulis blog. Baru setahun graduate.Umur aku taim tu baru masuk 24 tahun (oh,mudanyaa aku). Baru nak bertatih hidup kat KL ni.


Blog first aku http://www.circle99.com/xxxxx

Sory tak boleh state URL penuh - too personal. Mostly cerita tentang cinta pertama aku kat KL nih.. haha. Start tulis dari tahun 2003 sampai 2004. Buat korang yang pernah follow blog aku dari sana.. wow.. how long has it been ek? Kita mesti dah jadi kawan yang rapat gila.. haha (ya ke? well, hopefully - this one goes to cik Sekapal, Dian, Meen, Sue, eL & who else ek, all the Sengetians lah) Taim tu c99 adalah satu komuniti online yang tertutup. Nak join / baca kena dapat permission dari owner. Dan aku ada lebih dari 400 readers. Satu jumlah yang agak ramai pada aku taim tu.


Blog kedua aku http://xxxxx.modblog.com

Pun tak boleh state URL. Sebab nih blog sambungan dari c99. Start tulis kat sini dari tahun 2004 - 2005. Still menulis tentang lovestory. Aku suka modblog sebab senang nak guna. Tapi sejak modblog kena shut-down secara tiba-tiba, aku beralih pada blogspot.


Blog ketiga aku http://outdoorfreak.blogspot.com (blog sekarang)

Aku create blogspot serentak dengan modblog dari tahun 2004 lagi. Tapi start gunakan blogspot dalam tahun 2005, bila modblog kena terminate tanpa notis. Ekceli, URL awal blogspot nih sama macam yang aku guna untuk c99 dan modblog. Tapi bila aku putus cinta dalam tahun 2005, aku tukar kepada nama outdoorfreak sampai sekarang. :)


Blog aku yang keempat dan kelima http://outdoorfreak.wordpress.com dan adlyana.multiply.com

Tayah baca blog nih sebab ia hanyalah back-up kepada blogspot. Aku create sebab takut jadi macam kes modblog dulu.


Banyak jugak ek blog aku sepanjang 8 tahun nih? Harap pasnih aku tak perlu tukar blog lagi (blogspot, sila jangan terminate secara tiba-tiba ok!) Dan harap aku masih boleh menulis sampai aku tua :)

5 comments:

CuppyCakeMommy said...

wahh..lama betul 8y dah kan..i baru je 2tahun..satu je blog..satu pun susah nak manage..inikan nak buat byk2..gigih u

Biqque said...

i dulu blog buat sendiri guna html, gile la olskool...hahaha! that time letak gambar2 outing ngan member, plus sume cite2 gile zaman jahiliah :D

e.l.i.s.s.m.i.e said...

aku blog memang tadak laa, ni ajer first blog stat 2006.dulu buat website ajer , tapi website tu dah kena tutup, geocities suh bayar :p

[ibuLUNAZAHRA] said...

ad..el ingat lagi blog ad kat c99 tuh..ya sungguh private kan komunity kita dlu..sedar2 tak sedar,maknanye da dkt2 sdekad jugak kenal awak ek..

suezety said...

:) rindu plak pada kenangan dedulu kat circle99.. sengetians.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...