KENGKAWAN

Tuesday, January 25, 2011

Tak bersemangat

Mamoru outstation lagi... *tak bersemangat*

Cuti maternity aku pulak tinggal sebulan je. By end of next month dah start keje semula. Sekejap je rasa cuti 3 bulan... *lagi tak bersemangat*... Huh, tak reti bersyukur aku nih. Orang lain cuti bersalin 2 bulan pun tak komplen... *insaf sekejap*

Aritu, pengasuh Ariff cakap dia dalam proses nak apply permit untuk buka taska. Untuk apply permit, dia kena pergi course under JKM yang mengambil masa berapa hari ntah (camtu lah kut, aku tak ingat). Yang aku ingat, by time aku nak start keje nanti, kursus dia still tak habis lagi. Dan aku mungkin terpaksa ambil cuti annual leave untuk seminggu tu sebelum aku boleh hantar Ariff dan Amarr ke rumah dia. Mati lah kena maki dengan boss nanti. Maunya tak, baru selesai cuti 3 bulan nak tambah cuti lagi?? Oh, nasib.. *bertambah-tambah tak bersemangat*

Aku suka pengasuh Ariff tu apply permit untuk buka nursery. Tapi yang aku tak suka tu, kenapalah dia tak terfikir pasal hal nih dua bulan yang lepas? Kan dah kacau masa bekerja aku.. tskkk.

Dan aku malas nak fikir apa yang akan jadi bila dia dalam proses nak buka nursery atau bila nursery tu dah dibuka.


1 comment:

Hidayati said...

Sabar je lah. Apa nak buat. Mungkin 2 bulan yang lalu pengasuh tu tak terpikir nak buka nursery...mungkin bebaru ni je datang idea bernas tu. Apa2 pun kesian kat awak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...