KENGKAWAN

Friday, February 25, 2011

Cuti maternity dah abis

Aku dah start keje semalam. Perasaan? Adalah sangat sengal. Maunya tak, 3 bulan cuti beb! 90 hari okeh. So, bila tetiba kena masuk keje semula memang rasa macam serba serbi tak kena.

Dan semalam aku masuk keje lambat! Sampai je kat escalator, lagu patriotik kompeni nih dah start berkumandang. Kalau lagu dah start berkumandang taim aku kat escalator, memang tak sempat laa nak kejar sign attendance on time.. tsskk. Mana nak berlari naik escalator, mana nak berasak kat depan lift.. tsskk. First day masuk keje rekod dah tak cantik. Memang saja cari pasal. Gila.

Oh, jangan tatau, kompeni ni memang ada lagu patriotik tau. Dulu, masa first time aku keje sini rasa macam berada di zaman persekolahan.. *oh, peperiksaan*. Kena berada di sekolah ofis sebelum lagu tamat. Kalau tak, ada pengawas ambil nama. Ye, memang acamtu kekdahnya kat ofis ni :)

Dan semalam jugak, selepas 3 bulan tak naik LRT, aku boleh terlupa nak berhenti kat stesen mana.. aduyai. Dah la kelam kabut keluarkan duit kat kaunter tiket. Sampai tercampak syiling dua posen dalam kaunter tu.

Abang tiket: Nak pergi mana dik?

*Adik? Dia panggil aku adik? Oh, bahagiaa...*

Aku: Saya nak pergi.. err.. alamak, apa nama stesen tu bang? Alaa.. apa nama dia ek? Hahhh, stesen Plaza Rakyat.

*Taim nih mata aku tengah meliar tengok jam. 8.25 pagi. Sempat ke aku nak kejar ofis hour pukul 8.45 pagi?!! LRT untuk ke Plaza Rakyat amik masa 15 minit untuk sampai sana. So, aku akan sampai Plaza Rakyat pukul 8.40 pagi. Meaning, aku hanya ada masa 5 minit sahaja untuk berlari ke ofis. Argggghhh.. sempat ke? Silap laa aku pakai high heel pagi ni!*

Abang tiket: Dik, nak tiket sehala? Dua hala?

Aku: Haa? Sehala.. eh, dua hala... tak, sehala... bukan, dua hala. Confirm 2 hala. Return tiket.

*Haih, kelam kabut sampai cakap pun tak betul*

Dannnnnn paling best. Hari nih aku amik cuti sehari.. huhu. Tak sanggup tengok keje yang bertimbun atas meje aku semalam. Kasi can arr aku hilangkan stress nih.. (baru sehari masuk keje dah stree??????? muahahahaha)

Wednesday, February 23, 2011

Kena tepek dengan kek?

Hmm, aku penah tengok orang main baling kek dalam movie. Real case belum pernah. This has got to be the first.

Mamoru & ofismate dia celebrate 2 orang colleagues yang nak berhenti keje. Kami beli kek tu kat pekan Kampar.


Kesian pulak aku tengok ofismate Mamoru dua orang nih kena prank. Derang berdua punya lah terharu ingat kengkawan yang lain ikhlas buat farewell party malam tu.


See, Ina & Shah yang sangatt terkejut dan terharu. Shah macam nak menangis je bagi ucapan.. hihi


Sekali, lepas tiup kek dan bagi ucapan bagai, muka derang kena tepek dengan kek.. Ouch! Meradang member hahahha..


Lepas tu, apalagi, aksi main baling kek la jadinya.. habis dewan makan kat situ bersepah dikejekan kengkawan Mamoru nih. Aku dengan Amarr je yang terselamat dari kena baling kek. Mamoru dengan Ariff pun tak terkecuali.. tsskkk.. Tapi derang best, lepas buat sepah, rajin kemas balik.


Dah macam ghuper zomba kampung pisang je memasing.. ce citer, ce citer, sikit apa rasa kena tepek dengan kek penuh margerin nih?

Happening!

Aktiviti sampingan

Nih antara xtvt lain yang kami buat semasa bercamping di Kem Murni, Gopeng, Perak.


Oh, gambar starting, the outdoorfreak's family interprem dulu.. huhu


Mandi-manda lagi. Sungai nih terletak bebtul depan pondok yang kami duduk. Kira bangun pepagi boleh terus keceburrrr dalam air, gitu. View adalah cantik. Air sungai ni deras tapi cetek :)


Karaoke! Kawan Mamoru adalah DJ kat Perak ni, so dia dengan rela-hatinya membawa set karaoke kedalam hutan nih tau. Karaoke dalam hutan, korang penah buat? Best sangatttt!


Siap ada 2 speaker besauuu.. uols!



Paling best, bab makan. Kem Murni sediakan breakfast, lunch & dinner, tapi BBQ ditaja sdn bhd oleh kami sendiri. Syok tau ber BBQ di tepi sungai sambil berkarok tak ingat dunia.. huhu


Antara bahan-bahan yang menunggu untuk dipangganng.. heavennnn!!


Lunchie by the river side.. :)



Sekarang musim durian di Perak. Paling best, kem Murni ni dikelilingi dengan pokok durian tau. Semua pokok berbuah lebat :)


Tuesday, February 22, 2011

Rafting at Sungai Kampar

Nih la sebab-musabab kami bersemangat ke Gopeng - white water rafting!

Oh, seronoknya kalau aku dapat join sama. Takper, theres always next time kan? Aku ada tanya minimum umur untuk budak kecik join rafting. Kata abang guide tu, once umur Ariff 5 tahun, dia dah boleh join. Oh, tak lama je tu.. 3 tahun lagi, usia Ariff akan genap 5 tahun :)

Jom layan gambar Mamoru rafting:


Oh, sebelum tu, gambar aku musti ada. Me, Amarr dan Ariff. Saja menyibuk taim team Mamoru tengah dengar briefing dari guide.


Ofismate Mamoru yang sangatt cooooll.


Sempat juga aku jumpa Arman kat sini. Chua (bestfriend) Mamoru pun join sekali.


Aku pun khusyuk dengar Amy bagi briefing. Seronok! Rasa macam nak join sekali, tapi mana nak ku letak Amarr dengan Ariff?? Tssskkk...


Lepas briefing, derang semua gerak ke starting point naik lori dan 4x4.


Ariff pun layann jugak. Suka je dia duduk atas pangku Mamoru. Nasib baik dia tak meraung nak ikut sama.. hihi. Abang guide pulak sangatt sporting. Dia siap suruh Ariff pakai jaket keselamatan untuk budak kecik. Konon nak fefeeling join rafting la kan..


Mamoru pose paling hensem sekali dimata aku.. hihi. Ni gambar sebelum turun dalam sungai.


Tengok tu. Mamoru dua dari belakang. Semua orang takut dan tunduk taim nih, dia je yang over excited duduk tegak macam abang guide kat belakang tu.


Muka puas dapat layang rafting :)

Nanti aku cerita xtvt aku taim derang sibuk ber-rafting ya.

Monday, February 21, 2011

Layan air terjun

Antara xtvt kami semasa hari terakhir di Gopeng - tiruk di air terjun Ulu Geruntum. Nak masuk ke kawasan air terjun ni boleh pakai kereta. Tapi parking terlalu terhad. Jalan masuk pulak sangat sempit. Ramai orang pergi sini naik 4x4 atau lori je. Lokasi air terjun ni port orang buat abselling.

Cantik juga lah kawasan dia :)


Jarang kan aku amik gambar penuh satu family. Hah, amik yang nih. Terbaek dari outdorfreak's family.. hihi (me, Amarr, Ariff, Mamoru)


Ariff dengan pelampung ultraman yang kami beli masa jenjalan kat Pekan Kampar. Dia layan duduk dalam pelampung je. Kami nak bawa masuk dalam air, dia keras tanak. Takut tengok air terjun.. huhuhu


Amarr tengah layan feeling kat tepi air terjun. Amarr tak mandi lagi pagi ni. Dressing pun complete cover satu badan. Sejuk woo kawasan air terjun nih :)


Daddy dan Ariff tengah layan uncle & untie yang tengah syiok mandi


Mummy dan Amarr yang nampak agak teruja dengar bunyi air terjun.


Amarr sangat cooperative. Langsung tak meragam sepanjang trip kami ke Gopeng tau. Dia macam enjoy je. Semua kawan-kawan Mamoru pula suka dukung dan melayan Amarr :)


Again, kami sekeluarga yang sangattttt gilakan xtvt outdoor :)


Ofismate Mamoru dan guide (Amy) yang tengah seronok menyusun batu sungai.

Baru balik dari Gopeng

Oh penat.. tapi bestttt! Yea, itu yang kita cari.

Seronok betul. Kalau dulu orang rasa macam taboo je bawa baby kecik masuk hutan. Tapi aku rasa ok je. Kami siap pergi piknik kat kawasan air terjun Ulu Geruntum. Oh, best. Tapi aku tak berani nak mandikan Amarr kat air terjun tu sebab sejuk sangatt.. huhu. Ariff pulak, takut nak turun mandi. Dia pelik tengok air terjun kut. Yelah, dia just kenal swimming pool je.. hihi

Will upload pics soon. Sabau.

Friday, February 18, 2011

Jom rafting kat Gopeng

Malam ni gerak ke Gopeng.

Kan hari tu Mamoru dah plan nak organize trip rafting untuk bebudak ofis dia. So, malam nih kami akan gerak ke Gopeng beramai-ramai.

Yang bestnya, kami akan bawa Ariff dan Amarr join xtvt outdoor ni sesama. Saja nak pupuk semangat kecintaan pada alam sekitar cum hobi lasak kami dengan anak-anak.

Tapi yang tak berapa best, aku tak join rafting. Kang kalau aku turun, siapa pulak nak jaga Ariff dan Amarr.. huhu. Takper, dapat bercamping cum berpiknik dengan derang pun dah cukup baik.

Okeh lah. Nak packing barang untuk ke Gopeng :)

p/s: Aku dan Mamoru tengah plan nak buat xpdc ke Gunung Rajah di Bentong, Pahang. Boleh layan air terjun yang cantik kat sana. Sesiapa yang teringin nak join, contact lah aku kat sini :)

Thursday, February 17, 2011

Amik jab untuk Amarr

Tadi bawa Amarr pergi jumpa Paed kat Al-Islam - ambil imunisasi 3 serangkai dan Rotavirus. Amarr senyap je kena inject.

Cuma Ariff je lah yang duk lari sini sana dalam hospital. Dia nak berkawan. Asal nampak je bebudak sebaya dia, dia akan pergi dekat budak tu - ajak bersembang. Sampai naik lemas budak tu dibuatnya.

Haih. Sabar ya Ariff. Tunggu Amarr besar sikit. Nanti Ariff tak sunyi lagi.

Oh, berat Amarr dah jadi 6.3 kg tau. Naik 2 kg. Tinggi 62cm. Kata Paed, perkembangan Amarr sangat cepat. Tapi aku rasa biasa. Sama macam Ariff dulu.

Bila dah dapat anak kali kedua ni, aku rasa diri aku nih lebih penyabar. Dulu masa jaga Ariff, aku rasa cepat panik dan kurang sabar. Bila Ariff nangis, aku bagi Ariff puting (pacifier). Bila Ariff lambat tidur, aku masukkan dia dalam buaian. Bila Ariff nangis lama sikit aku dah ajak Mamoru pergi hospital.. huhu.

Tapi bila ada Amarr, semua jadi senang. Dah ada pengalaman la katakan. Aku tak bagi Amarr tidur dalam buai. Puting memang jauhh sekali. Tak kira Amarr nangis macam mana sekalipun, aku boleh tahan dan sabar layan karenah dia. Kalau taim Ariff dulu aku boleh jadi sehebat ni kan bagus. Takde lah Ariff melekat dengan puting nya :(

Ariff sekarang dan semakin pandai bercakap tau. Sampai aku dah tak ter-list-kan lagi perkataan yang dia dah pandai sebut dan guna hari-hari. InsyaAllah, kalau perkembangan dia berterusan macam ni, aku rasa Ariff akan petah bercakap sebelum usia dia genap 2 tahun (bulan Jun nanti).

Amarr dah bangun. Ok lah, mummy mithali nak menjalankan kewajipannya (cewahh).

p/s: Cuti maternity dah semakin habis. Khamis depan dah start keje semula.. tsssskkkkkkk.

Wednesday, February 16, 2011

Bizi

In the middle of something. Something important.

Later ya.. and soon.

Bear with me

xoxo
-aD-

Monday, February 14, 2011

Mengantuk

Suara gua dah serak beb.

Layan Ariff menyanyi lagu Beauty & the Beast berulang-ulang. Nasib baik CD cerita Magika dah hilang (tatau Ariff campak ke mana). Kalau tak, haruss kena layan dia menyanyi lagu yang sama.. tsskkk.

Ariff dah tergolek tidur depan tv. Penat sangat lah tu. Amarr pun dah terlelap dalam playpen.

Sepatutnya, nih peluang baik untuk update blog. Tapi.. gua pun dah mengantuk beb. Gua layan tido dulu.

*Menguap besar-besar*

Thursday, February 10, 2011

Nak Grad G12

Untuk tahun 2011 nih, aku sangat berharap agar dapat menawan beberapa lagi puncak gunung di Malaysia nih. Memandangkan jadual keje weekday (Maybank) dan weekend (Makeupfreak) yang sangat tight, aku listkan beberapa trip gunung yang berada dalam wishlist sahaja:

1. Gunung Murud, Sarawak
Rank: G5
Note: Kena ambil masa seminggu untuk trip nih. Mostly sebab nak dapatkan jadual flight yang sesuai. Macam trip ke Mulu dulu, kena ambil 2 flight untuk ke sana.

2. Gunung Korbu & Gunung Gayong
Rank: G7
Note: Harap dapat buat transpex. Kasi settle dedua gunung sekaligus. Takde lah kena masuk hutan banyak kali.

3. Gunung Chamah & Gunung Ulu Sepat
Rank: G7
Note: Pun harap dapat buat transpex. Jimat masa.

4. Gunung Tahan
Rank: G7
Note: Aku nak buat Merapoh-Merapoh je. Nak cepat. Next time kalau ada masa untuk repeat, baru aku buat Merapoh-Kuala.

So far, nih je wishlist aku untuk tahun nih. Tak sure sama ada dapat habiskan semua dalam tempoh satu tahun. Kalau aku berjaya tawan semua puncak gunung dalam wishlist nih, dapat lah aku Grad G12 sekaligus!

Note: G12 adalah senarai 12 gunung tertinggi di Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak) oh tak sabarnya nak Grad.

Wednesday, February 09, 2011

Menari?

Dah tengah malam baru teragak nak jenguk blog nih. Hari nih tak ada auto-publish entry. Malas nak buat. Sebab.. Mamoru tak ada.

Ya, dia outstation lagi. Dan bila dia outstation, mood untuk update blog pun agak kureng. Kalau aku paksa diri menulis pun, confirm akan keluar entry leleh-leleh - emo-terlebih. Haih.

Bosan duduk sensorang dalam gelap nih. Nak pasang lampu takut Ariff & Amarr terjaga. Tahan je lah.

Makin stress bila fikir cuti maternity yang tinggal tak sampai 2 minggu lagi. Double haih.

Hari nih seharian mengemas rumah, membasuh, memasak. Pastu rajin pulak aku gantung semula semua baju keje dalam almari. Baju pregnant semua dah dikeluarkan - simpan untuk next pregnancy (hopefully another 2 or 3 years - cewahh, planning tak hengat, jangan terbabas lagi tahun nih sudahh.. hihi). Ikutkan hati nak iron semua baju keje siap-siap. Tapi, iron board dah patah kaki. Tunggu beli iron board baru baru iron baju. Tak kuasa duduk atas lantai iron baju lelama. Sakit bontot.

Ohhh tak sukanya bila berjauhan dengan Mamoru. Malam nih je dah dua kali aku call dia. Nak call lagi tapi malu. Kang apa pula kata colleague dia. Confirm Mamoru jadi bahan gelak.. hmmpp.

Teringin nak jadi macam dulu. Duduk berkepit dengan Mamoru tak kira masa. Sekarang dah kurang. Masa banyak habis untuk Amarr dan Ariff. Oh, Ariff adalah sangatttt pantang tengok aku duduk rapat-rapat dengan Mamoru. Confirm dia nak menyelit ditengah-tengah. Dan bila Ariff tidur, Amarr pulak start 'menyanyi'. Haih, camno?

No, bukan nak blame anak-anak bila masa untuk bermesra semakin kurang. Anak adalah pengikat kasih sayang. Cuma biasalah, bila ada anak kecik, dua tahun pertama tu memang agak mencabar. Bila umur derang 3 tahun ke atas, insyaAllah, semua akan jadi mudah. No more zombie in the morning.

Ikutkan, tempoh 3 tahun tak lama. Tapi, takkan nak tunggu sampai 3 tahun baru nak bermesra semula? Kalau nak relation tu bertahan, kita kena kreatif. Bila tiba saat macam nih, aku rasa agak bertuah. Sebab Mamoru dan aku sependapat dalam banyak perkara. Kami berkongsi minat dalam xtvt outdoor (hiking, mountain climbing, rafting).

Dan yang paling best, since kami tak dapat join xpdc yang mengambil masa yang lama dalam hutan, kami dah decide untuk masuk kelas sehati berdansa tarian. Oh, tak sabarnya nak belajar quickstep, foxtrot, waltz, rumba, cha-cha, etc, etc! Tuu diahhh, orang gunung nak belajar ballroom dancing katanya.. we'll see how it goes.

Me: "aD tak suka lah asyik jauh dengan b. Dapat spend masa taim wiken je. Pastu wiken pulak aD ada keje"
Mamoru: "Sorry sayang. b jarang spend masa dengan sayang. Keje tengah banyak sekarang nih"
Me: "b, apa kata kita masuk ballroom class? Boleh spend masa sesama selain dari pergi hiking"
Mamoru: "Menarik! Kejap lagi b google dance class yang dekat dengan area rumah. Kita daftar sesama"
Me: "Err.. b ni seriyes ke ni?"
Mamoru: "Ye lah, tapi b tanak sayang belajar sekerat jalan tau!"

Oh, wow.. lihat siapa yang lebih bersemangat sekarang. Never thought that Mamoru would fall for my crazy idea. Aku pulak yang nervous dibuatnya.

Baiklah, aD akan belajar bersungguh-sungguh!


Tuesday, February 08, 2011

My all time fav in the 90s

Ikutkan, aku ada banyakkkkk lagu faveret masa sekolah menengah dulu. Tapi, yang aku list kan kat bawah nih special sikit sebab taim tu aku sanggup simpan duit belanja sekolah semata-mata nak beli kaset. Err.. rasa macam tua pulak bila sebut kaset. Zaman dah banyak berubah ek. Dari kaset jadi CD pastu jadi USB. Nasib baik aku tak hidup di zaman piring hitam.. punya lah besau mender alah tu.

Oh, satu lagi yang menyebabkan lagu ni special sebab kesemua penyanyi kat bawah nih dah lama menghilang. Kira macam siapa yang wujud pada zaman aku membesar je kenal penyanyi lagu-lagu nih. Memori sungguh.


East 17
Stay Another Day


911
The Journey


Tommy Page
Time


PJ & Duncan
Perfect


Spice Girl
Mama

Monday, February 07, 2011

3rd Anniversary

Going to celebrate our 3rd years wedding anniversary, tonight!

Oh why I'm so nervous?!




Him. My Mamoru.


Me. My love is all about him. And it will always about him (oh, and our sons of cos)

Hepi anniversary, Love! Can u believe it? Its been 3 years already. Cant wait for our 30th (insyaAllah) or 300th (if we live that long)!!

Thursday, February 03, 2011

Balik Kampung

Cuti panjang raya cina. Tapi pada aku takde lah panjang mana sebab Sabtu ni dah kena balik KL semula - Mamoru kena pergi site (outstation lagi). Gerem aku bila Mamoru cakap dia kena kerja di hari cuti. Takpe, terima je lah.


Sementara hati masih panas, jom sejukkan diri dengan memakan aiskrim. Oh, aku suka 31st day of the month - sebab ada Baskin Robbin ada diskaun 31%. Boleh beli aiskrim berbakul-bakul!

Ariff sekarang suka sangat sebut:

Ya Allah (dia akan sebut bila orang marahkan dia)
InsyaAllah (yang nih dia akan guna secara tiba-tiba je - sangat jelas sebutan dia)

Ok. later tomorrow. Have a hepi holiday.

Wednesday, February 02, 2011

BBQ kat swimming pool

Adik beradik aku ni, kalau sebut pasal BBQ, derang memang champion. Tak kira, bila-bila masa pun. Asal sebut je nak panggang-memangang, semua pakat angguk kepala.

Malam aritu, kami ber BBQ tepat pukul 12 tengah malam. Adik aku punya plan la ni. Nasib baik pasaraya kat KL nih buka sampai tetengah malam. Senang la nak beli barang-barang untuk BBQ.

Oh, lagi satu, kalau bab-bab membeli ni, adik-beradik aku memang sangat generous. Bahan mentah yang dibeli memang macam nak jamu satu bangunan apartment aku duduk ni. Banyak gila. Dengan siakap, pari, daging kambing, lembu, ayam, sosej...

Pening juga aku memikirkan kat mana nak panggang makanan nih semua. Takkan atas dapur kut (maklum lah, duduk rumah tinggi ni memang takde space langsung). Sudahnya, kami turun ke swimming pool, pegi sewa tempat BBQ kat kedai makan bawah apartment ni.

Danging kambing panggang.. oh, terbaik!


Siakap yang dah dilumur dengan rempah plus sos blackpaper.. syedappnyaa...


Makanan yang lelain tak sempat nak snap. Leka berborak. Pukul 1.00 pagi siap masak! Penat, tapi best. Lain kali boleh buat lagi.. tapi buat awal sikit ye adik-adikku sekalian!

Makeupfreak's makeover

Another makeup makeover from www.Makeupfreak.net Feel free to check for the rest of the photos in our Facebook.


Emily Halim's enggagement


Emily before makeup


Doing her hair


Roses to add the sweet look


And she's ready for the ring



Tuesday, February 01, 2011

Mari duduk bang

KL cuti arinih. Mari rehatkan minda dan enjoy cuti yang ada.


"mari duduk uncle & untie semua, nak makan apa? Ariff boleh masakkan"

Gambar masa tengah masak dodol taim bulan puasa tahun lepas. Gaya Ariff sangkut kain kat atas bahu macam dia pula yang memasak :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...