KENGKAWAN

Monday, February 21, 2011

Layan air terjun

Antara xtvt kami semasa hari terakhir di Gopeng - tiruk di air terjun Ulu Geruntum. Nak masuk ke kawasan air terjun ni boleh pakai kereta. Tapi parking terlalu terhad. Jalan masuk pulak sangat sempit. Ramai orang pergi sini naik 4x4 atau lori je. Lokasi air terjun ni port orang buat abselling.

Cantik juga lah kawasan dia :)


Jarang kan aku amik gambar penuh satu family. Hah, amik yang nih. Terbaek dari outdorfreak's family.. hihi (me, Amarr, Ariff, Mamoru)


Ariff dengan pelampung ultraman yang kami beli masa jenjalan kat Pekan Kampar. Dia layan duduk dalam pelampung je. Kami nak bawa masuk dalam air, dia keras tanak. Takut tengok air terjun.. huhuhu


Amarr tengah layan feeling kat tepi air terjun. Amarr tak mandi lagi pagi ni. Dressing pun complete cover satu badan. Sejuk woo kawasan air terjun nih :)


Daddy dan Ariff tengah layan uncle & untie yang tengah syiok mandi


Mummy dan Amarr yang nampak agak teruja dengar bunyi air terjun.


Amarr sangat cooperative. Langsung tak meragam sepanjang trip kami ke Gopeng tau. Dia macam enjoy je. Semua kawan-kawan Mamoru pula suka dukung dan melayan Amarr :)


Again, kami sekeluarga yang sangattttt gilakan xtvt outdoor :)


Ofismate Mamoru dan guide (Amy) yang tengah seronok menyusun batu sungai.

1 comment:

ayang said...

woww..menarik..tertarik..
nmpak safety jek..
x berminat ke nk bwk kami2 org ke tmpat tuh..:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...