KENGKAWAN

Tuesday, March 08, 2011

Apa yang aku rasa..

Apa yang aku rasa bila fikirkan tentang kerja?

Bila fikirkan tentang kerja, aku rasa bosan. Bukan bosan pada job scope aku. Bukan bosan pada kompeni sekarang ni. Aku suka kerja aku. Steady. Good salary, etc, etc. Aku suka kompeni ni. Benefit banyak, etc, etc. Dah tu, apa yang aku bosan kan?

Haih. Aku bosan dengan rutin seharian sebenarnya.

Tahun nih genap 10 tahun aku bekerja sejak aku grad dari UUM. Sepuluh tahun aku duk ulang alik kejar ofis hour 9.00 am to 5.00 pm. Bosan ok. Macam takde life. Yelah, weekday kena keje 5 hari berturut. Weekend, just cuti 2 hari je. Mana cukup (tamak ni). Pastu, nak tunggu public Holiday punya lah hazabbb. Kalau kena bulan yang takde cuti langsung.. ohhhh lagi la hazabbbbbbb.

Bila fikir bebetul, nama je ofis hour 9 to 5. Tapi sebenarnya, pukul 5.00 pagi aku dah bangun bersiap dan hantar baby ke rumah pengasuh. Pukul 7.00 pagi keluar rumah. Balik keje pulak, mengharung jem bagai, pukul 7.00 malam baru sampai depan pintu rumah. Kesimpulannya, aku keluar bekerja 7.00 am to 7.00 pm okay. 12 jam straight! Bila sampai rumah dah malam, badan dah penat. Dinner order kat kedai. Nak bermain dengan anak-anak pun tak larat . Takde kualiti time langsung. Nak tunggu weekend? Sorry lah. Hario Sabtu tu laaa masa untuk yang bekerja bangun lambat sikit. Bermalas kat rumah. Ahad pulak, bila badan baru nak cargas pergi jenjalan, bila balik dah penat. Nak rehat lelebih tak boleh, esoknya kena masuk keje. Haih. Bosan.

Aku nak kerja sendiri. Kerja yang hanya memerlukan aku monitor dari rumah. Boleh spend masa dengan anak-anak sambil bekerja. Tapi... aku tak berani lagi nak ambik risiko berhenti keje sekarang. Takut tak termampu nak cover expenses family yang semakin bertambah. Haih.

Takpe, aku bagi masa 3 tahun lagi. Maknanya, sebelum usia aku cecah 35 tahun nanti, aku dah boleh pilih dengan confidentnya untuk berhenti makan gaji. InsyaAllah. InsyaAllah!

2 comments:

mrs puex said...

yeee..sy pon terikat ngn keadaan yg same..what to do..lets time decide..nnti nk part time ngn u bole??ahakss..:D

ctfarazila said...

samalah kite punye goal... all the best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...