KENGKAWAN

Friday, March 18, 2011

Mamoru..


Mood yang ntahapehape. Dah dua hari macam ni. Salahkan pada menstrual day - pada period.

Kesian Mamoru. Diam je dia bila dua hari berturut aku asyik marah-marah. Itu tak kena, ini tak kena. Dah mengidam nak makan tapak tangan gamaknya aku ni.

Nasib baik Mamoru tak macam lelaki lain.. dan disebabkan tu lah aku akan rasa bersalah yang amat sangat setiapkali sedar dari marah.

Mamoru tak pernah keluar rumah bila aku start membebel. Kalau lelaki lain, konpem dah lama capai kunci kereta - pergi jejauh.

Mamoru tak pernah nak balas setiap apa yang aku cakap. Dia akan duduk diam dan dengar je segala apa yang aku bebelkan. Kalau apa yang aku cakap tu betul, dia akan terima dengan hati terbuka. Tapi, kalau apa yang aku cakap tu salah, dia akan tunggu sampai aku reda, pastu baru dia akan cakap dengan baik. Kalau lelaki lain? Harus dah jadi medan perang. Meletup.Dedua duk balas-membalas tanak mengalah kut.

Mamoru tak pernah 'angkat' tangan. Kalau dia rasa aku dah terlebih tu, dia akan cakap dengan lembut, "Dah la tu". Kalau lelaki lain, harus aku telefon tele-dera... hukhukhuk

Mamoru suka mengalah dan minta maaf. Even bila yang bersalah tu sebenarnya aku... tssskk. Memacam cara dia akan buat untuk tengok aku tersenyum semula, e.g., buat muka comel, peluk aku sambil buat muka sedih, belikan coklat atau makanan yang aku suka dan yang terbaru, dia akan bawa anak-anak duduk depan aku sambil suruh Ariff / Amarr hulur tangan minta maaf sama.

Oh.. bertuah kan aku? Tapi kenapa ek bila dah lepas marah-marah baru aku nak perasankan semua ni? Haih, aD.. aD..

Kadang-kadang aku terfikir, apa kebaikan yang aku buat dalam hidup ni sampai Tuhan bagi aku seorang suami yang sangat baik seperti Mamoru. Haih. Ni la bangsa kalau tak reti bersyukur.

aD, sila stopp moody dan bersyukur sekarang!

Haih, cepatlah petang.. aku nak balik rumah peluk Mamoru lama-lama.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...