KENGKAWAN

Tuesday, March 15, 2011

Rehat yang tak cukup

Weekend aritu adalah yang sangat hectic. Penuh dengan jadual yang bersilang pangkah. Sepatutnya semua ok. Tapi since adik lelaki no.5 suka buat plan mengejut beruk mat yeh  sesuka hati ikut jadual dia. Maka jadual aku yang dah diplan dari awal turut jadi kelam kabut.
 
Mana taknya, Sabtu gerak ke Melaka - hantar hantaran ke rumah nenek. Tak dapat konvoi  sesama sebab aku kena rush ke Felda Tenang kat Labis, Johor - untuk makeup kan bakal adik ipar aku (tunang adik lelaki no.5). Majlis habis pukul 6.30 petang.

Pastu petang yang sama jugak aku gerak ke Felda Jengka 7, Pahang untuk job makeover kat sana. Tapi sebelum tu, kami naik KL dulu ambik kawan Mamoru yang akan join photografi kat sana. Kesimpulannya:-

KL - Melaka - Johor - KL - Pahang - KL : Dalam masa 2 hari!! Oiiii.. penat gila ok.

Dan semalam aku MC. Sakit belakang. Ok, tipu. Sakit belakang tu sikit je. Sebenarnya nak spend masa dengan Ariff dan Amarr. Cover balik cuti yang patut di-spend untuk mereka.. huhuhu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...