KENGKAWAN

Thursday, March 10, 2011

Subuh nan indah

Jadi mummy nih memang seronok kan?
  • Seronok mengemas tempat yang sama berulang kali dalam masa sejam.
  • Seronok menge-mop lantai berulang kali bila air tumpah / sup tumpah / cereal tumpah / etc
  • Seronok menukar baju anak-anak bila baru pakai sekejap dah kotor / basah
  • Seronok mencari barang yang hilang satu rumah (remote / botol susu / kunci / handphone)
  • Seronok berjaga semasa mengantuk semata nak tunggu anak yang sedang aktif masuk tido.
  • Seronok bila dedua anak menjerit menangis sama sampai tataw mana nak attend dulu
  • Seronok mengejar anak yang sulung sambil mengendong anak kecik
*Nih seronok ke haper ni??*

Memang seronok sebenarnya. Sebab memender camnih lah yang banyak mengajar aku lebih sabar dan berdisiplin. Contohnya macam pagi nih;

Tepat pukul 6.00 pagi rumah dah bersih berkemas. Baju dah siap basuh dan bersidai. Baju yang kering pun dah siap berlipat.. huhuhu.. vangga tau dengan diri sendiri. Masa takde anak dulu, matahari dah tegak menggalah pun belum tentu tempat tidur berkemas. Tu belum masuk ruang tamu, dapur, etc.

Memang sangat seronok ada anak nih sebab tak kira macam mana pun, aku kena bangun jugak. Yelah kan, kalau alarm jam loceng yang berbunyik, boleh lah aku tekup bawah bantal jam tu. Kalau baby yang berbunyik, takkan nak buat camtu kot? Hihihihi..

1 comment:

Mrs weck said...

wahhh...bener2 mnguji kesaberan ya bukk.. gue pun bakalan begitu juga nih.. ilang dr mata dia aja udah melalak bagaikan di bantai dgn gotan..hikhikhik.. sabarrr tu kadeng2 nya ya..tergelicir juga..! gue pun bantai melalak juga hikhik.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...