KENGKAWAN

Friday, April 29, 2011

Ipad 2 Launch today!

OMG, hari nih Apple launch new Ipad 2 kat Malaysia. Start dari pukul 9.00 pagi tadi semua store Apple dah buka untuk pembelian.

Confirm ramai gila yang beratur. Thanks to Irwan, colleague aku yang ambil cuti hari nih semata nak beratur beli Ipad2. Thanks for the info ya.

And guess what.. harga dia murah uols. Beza sikit je dari Ipad 1..

16G + Wifi + 3G = RM1899
32G + Wifi + 3G = RM2199
64G + Wifi + 3G = RM2499

I want this thing too! Ok, ok. Tunggu gaji.. hihi. Or tak pun, weekend ni punya job makeover pun dah boleh cover untuk Ipad 2 (16G + wifi + 3G). Tapi aku nak Ipad 2 (64G + wifi + 3G).. hihihihi. So, tunggu gaji.

Eh, nih nak beli untuk aku ke.. nak bagi present kat Mamoru nih? Apsal aku rasa macam nak beli untuk diri sendiri je nih? Haip, biasa aku nih.. Nih untuk Mamoru laaa..

Huhuhu..

Thursday, April 28, 2011

Musim manggis ke?

Jumpa banyak gerai jual manggis masa otw ke Kuala Kubu Baru. Heaven. Aku suka makan manggis!!



Kat mana ada jual manggis eh?

Ariff punya eyelash

Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi.. hihi. Bulu mata Ariff panjang, lentik dan lebat sampai ada yang cakap aku pakai kan Ariff celak.. thee..


My sis selalu menyakat - Ariff pakai bulu mata palsu katanya.. huhu


Hmm, wonder kan, kalau aku dapat baby girl, macam mana la rupa dia dengan bulu mata sepanjang nih.. Ops! No, no, no, cukup lah dua baby setakat nih. Kang tambah lagi sorang kalu, konpem terbantut lagi xtvt gunung aku.. tskkk

Wednesday, April 27, 2011

I want this things

This is not a wish list.

 

I just can't wait to get my hands on this Eureka Apex 2XT before my next gunung trip. Quite expensive for a two-men-tent (RM549.00) But worth it (I think). Its made in USA. Read the reviews and I think its perfect for a long trip - esp if u want to get rid of unnecessary weight. I've ordered one - online.

 

Second, I wanted this Canon Powershot S95. Its a compact camera with SLR-alike function. Mamoru offered Canon G11.. But, I don't think it suits me. Tho G11 is not as big and heavy as his Canon 5D, but still bulky (for me laa). I want to be able to fully utilise my camera and take every single shot effortless without having to struggle whenever I want to take it out from my bag/case. And I also want a tripod with it :)

Tuesday, April 26, 2011

Kelab Kembara

Gila malas. Rasa macam nak cuti je arinih. Tapi tak boleh. Ada mender yang nak disettlekan.

Aku tengah prepare paperwork untuk Teambuilding department aku. Aritu jumpa vendor (event planner) discuss tentang aktiviti. Tak boleh buat yang lasak sangat sebab kebanyakan staff kat dept dah 50-an dan tak pernah join memender camni. InsyaAllah, kalau management luluskan paper nih, pertengahan June nanti, dept aku bertolak ke Gambang. Berkampung kat sana untuk 3 hari 2 malam.

Presiden Kelab Kembara Maybank pun ada request aku buat paperwork untuk masukkan Kelab Kembara nih under Kelab Sukan. Senang sikit nak minta sponsor kalau buat apa-apa aktiviti. InsyaAllah, tengah usaha jugak nih. Harap sangat ada staff kat sini yang minat outdoor dan sanggup tolong kami dengan memender nih.

Tahun depan, presiden suruh aku organize trip gunung Kinabalu. Menarik. Boleh naik Kinabalu lagi sekali. Aku ada gak masukkan gunung Murud dalam kalendar kelab - tapi tu more too personal punya trip.

Aku dah inform awal-awal kat presiden kelab: kalau bab-bab gunung, boleh la aku tolong organize, sebab memang minat aku. Tapi kalau xtvt santai yang lain, aku kurang sikit. Harap ada barisan pelapis yang sanggup bantu naikkan nama kelab nih semula coz orang-orang lama ramai yang dah slow. sebab banyak komitmen dengan family.

Serous cakap, kelab nih boleh pergi jauh dan boleh naikkan nama korang kat sini (ditujukan pada staff kompeni nih).

Monday, April 25, 2011

Next trip XPDC Gunung Tahan

Gunung Tahan. InsyaAllah hujung bulan June nih.

 

Aku prefer naik dan turun ikut Merapoh. Cepat sikit keluar hutan.

 

Tapi, since aku akan follow trip orang. Terpaksa la aku ikut derang naik ikut Merapoh dan turun ikut Kuala Tahan. Lama gak la amik masa - 7 hari dalam hutan.

 

Hmm, bab 7 hari trekking tu aku boleh handle lagi. Sebelum nih pun rekod aku paling lama duduk dalam hutan, 8 hari.

 

Cuma bab nak berjauhan dengan boboi boys aku tu.. tsskk.. Baru fikir nak pergi pun aku dah start rindu tak tentu arah. Kalau dah pegi? Tak ke meroyan aku dalam hutan nanti?

 

Dilema kan bila ada hobi camni.. esp bila ada anak-anak kecik.

 

Tapi tulah. Takkan nak tunggu anak-anak besar baru nak sambung balik xtvt mendaki gunung. Kalau tunggu jugak derang besar, alamatnya kudrat aku nak mendaki makin kurang (yelah, usia tu makin tua, bukan makin muda). Dah tua nanti nak pergi mendaki hapekemendernya lagi.. baik pegi tawaf kat Mekah nun.

 

So, nak tanak, terpaksa la curi-curi masa pergi mendaki time sekarang nih.

 

Aku ada baca log mendaki gunung Tahan satu group outdoor nih. Derang buat 7 hari gak. Siap boleh conquer puncak gunung Rajah sekali. Boleh ek? Kalau boleh bagus jugak. Kira cover balik lah trip Rajah yang aku kanselkan aritu.. huhuhu.

Friday, April 22, 2011

Santai kat Tasik Permaisuri

Malam ni gerak pegi Cameron. Spend wiken kat sana. Kalau sempat, ingat nak singgah Gopeng tengok Talha dengan wife dia rafting kat Kem Murni (tempat kami pergi masa bulan february aritu).

Excited nak pergi Cameron. Sebab Cameron nih dikelilingi gunung-ganang yang cantik. Rindu gila nak masuk hutan!

Anw, sementara aku berperang dengan perasaan rindu yang mendalam nih, korang layan kan lah gambar aku dengan hero-hero kecil main belon buih kat Taman Tasik Permaisuri area umah kami.


Next time pegi sini, aku kena pakai kasut. Boleh amik turn dengan Mamoru jogging sambil bawa Ariff & Amar jenjalan.


Kena belikan Ariff kasut jogging juga. Amarr? Tak sabar tunggu dia pandai berjalan.. Tak lama je tu. Bebudak cepat membesar.


Ariff leka dengan belon.


Usia Ariff dah 1 tahun 10 bulan sekarang. Dah memacam mender dia pandai.

Ariff dah kenal nombor. Terkejut aku tau bila dia point kat nombor satu kat baju yang aku pakai pastu sebut, "Atuu". Whoa.. ingatkan dia tak amik port masa belajar, rumanya dia simpan semua dalam memori. Cuma nombor-nombor yang lain dia sebut tak ikut turutan la.. "Atuu, Pat, Lima, Dua.." haha.. Kalau sebut dalam english pun sama tak teratur, "Six, Seben, Two, Ten".. huhuhu.

Ariff sekarang tak suka berak dalam pampers. Asal nak berak je, dia akan cakap, "Nak yak", pastu dia akan buka seluar dia dan pergi masuk toilet. Thanks to Kak Ina (babysitter) coz ajar Ariff masuk toilet setiap kali nak berak. Nampaknya, Ariff akan diaper-free dalam usia yang sangat awal. Aku ingatkan nak ajar dia semua nih masa usia dia 3 tahun. Tapi.. wow, setahun lebih dah pandai pergi toilet. Very good Ariff!

Dan Ariff juga dah pandai pakai seluar sendiri. Aritu aku ada rakam video Ariff pakai seluar sendiri. Nak upload tapi video tu kena convert ke format aperntah sebelum dapat letakdalam youtube.. alahh, aku fail la memender camnih.

Apa lagi ek perkembangan Ariff? Banyak.. tapi aku tak ingat lah. Dia dah pandai sekarang. Nanti lah kalau aku ingat, aku jot down kat sini.

Aku nak packing baju. Hepi wiken!

Thursday, April 21, 2011

Menggatal di dalam LRT

Semalam, aku sendiri yang menjadi mangsa sexual harrasment. Memang saja nak buat aku naik hangin kan, mamat-mamat pervert?

Camnih ceritanya (aku AL hari nih, so memang banyak masa untuk menghapdet cerita kat sini)..

Semalam, macam hari-hari biasa, aku balik keje naik STAR LRT kat Plaza Rakyat (Puduraya). Dan macam biasalah, taim-taim camnih lrt memang padat macam sardin.

Dalam bersesak-sesak semalam, aku perasan ada sorang mamat cina (dengan office attire) berdiri menghadap aku (aku membelakangkan mamat ni). Kiri kanan aku semua pompuan. Tengah syok-syok berdiri, aku terasa macam mamat tu berdiri rapat kat belakang aku pastu menggesel-gesel kat bontot aku. Memula tu aku tak fikir bebukan. Yelah, ruang sempit - mungkin dia tak sengaja. Tapi aku pelik kuga sebab tren tu takde lah bergoyang kuat sangat, dia punya gesel kat aku lain macam pulak tu. Hanya orang dah kahwin je boleh tahu macam mana lelaki horny walaupun muka derang bebuat innoncent.

Geli ok!

Aku nak jerit maki mamat cina tu tapi aku takut kang dia putar belit cerita cakap aku perasan ke hapa. Aku cuba toleh tengok muka dia, tapi dia bebuat paling arah lain.

Nasib baik stesyen aku turun dah dekat, ligat kepala aku fikir macam mana aku nak kenakan mamat pervet nih. Nak snap gambar, kamera dalam beg. Susah nak capai.

Last-last, bila tren berhenti, aku angkat siku aku tetinggi pastu aku smash ke tulang rusuk dia!! Fuhh.. memang terhenyak dia kat situ. Rasakannn!! Pastu aku terus lompat keluar tren. Kang kalau tunggu lelama, takut dia tolak aku pulak, coz badan dia besor. Aku bajet, kalau dia tak bersalah, konpem dia akan jerkah aku. Tapi dia diam je.. dah sah laaa dia salahh kan??

Kat luar tren, aku tenung muka dia. Aku nak camkan muka orang camnih. Sok kalau jumpa lagi, senang nak aim. Bebudak pompuan lain dalam tren tu semua pandang muka mamat cina tu. Aku rasa derang sure dapat tangkap apa yang dah jadi. Padan muka. Biarkan dia malu. Puas hati aku!

Sekian sahaja cerita aku.

Anda diluar sana, kalau nak praktikkan cara nih pun boleh juga. Tapi make sure situ ramai orang ye. Kalau kalau korang berdua je, konpem kena belasah ok.


Wednesday, April 20, 2011

Selamat pengantin baru Pokyie

Gelap betul view kat luar ofis ni. Dah tak Nampak view gunung Nuang. Semua gelap kelabu. Yang jelas just KLCC dengan KL Tower je – tu pun sebab KL Tower tu bebetul dekat depan mata.. huhu.

 

Asal petang je hujan. Sekarang nih. Musim kut. Nasib baik Mamoru kanselkan trip gunung untuk minggu nih. Kalau tak, haih, berhujan atas trek la gamaknya. Aku paling tak gemar hujan masa trekking. Beku. Mental. Nak pulak aku baru nak buat comeback.. confirm pewai punyalah.

 

Aku dah check jadual aku semalam. Rasanya, aku terpaksa tunggu sampai bulan Julai nih kalau nak buat program mendaki gunung. Sebab jadual aku untuk bulan Mei dan Jun dah penuh – tetiap wiken ada job makeover (www.makeupfreak.net).

 

Haih.

 

Oh, malam tadi aku baru dapat tau Pokyie dah nak kahwin hujung minggu ni. Wow, dah berapa lama aku lost track dengan bebudak Godong ni sebenarnya eh? Flashback balik kenangan aku memula mendaki dengan team Godong nih awal tahun 2006 dulu..

 

Dulu ni lah barisan penggila gunung yang akan redah masuk hutan setiap hujung minggu. Setiap minggu ok – non stop. Kalau dibaca semula entry masa tahun 2006 nih.. huh, memang gila. Tapi best:

 

Sham Castello

Pokyie

Mail Kebau

Aku

 

Tapi aku lebih awal tinggalkan group nih sebab cecita aku mendaki gunung dulu sangatttt tinggi. Aku aci join je sesiapa yang sudi buat trip mendaki.

 

Sekarang, Sham dah kahwin (masih aktif dan hebat buat xpdc kat gunungonline). Pokyie pun dah nak kahwin (juga masih aktif mendaki). Mail kebau.. aku tatau. Lost contact terus. Kata Pokyie, dia masih macam tu juga, tak berubah.

 

Buat Pokyie, tahniah dan selamat pengantin baru! Sory beb, gua tak dapat pergi majlis lu. Lambat sangat inform. Apa pun semoga berkekalan. Dan jangan laa buat lawak stop xpdc bila dah kahwin nanti.

 

Dan selamat pengantin baru juga buat sorang lagi rakan sepergunungan, Mawi Terminator. Ops, sekarang dah tukar jadi Mawi Land Rover eh? Tahniah beb, selamat!

Tuesday, April 19, 2011

Cuti ~

Semalam aku EL. Jaga Amarr. Ingatkan Amarr kena chicken pox ke apa sebab ada bintat-bintat macam jerawat tumbuh kat muka dia. Tapi nasib baik doktor kata bukan.
 
Tak perlu pun nak EL. Tapi biasalah, kalau mood malas tu dah datang, lantak situ. Aku tetap akan bagi seribu satu alasan untuk bercuti.
 
Esok last keje untuk minggu nih. Pastu aku AL dua hari huhuhuhu. Nak ikut Mamoru gi outstation. Bawak bebudak comei tu semua. Gopeng tu kan dah dekat dengan Cameron Highland. Boleh spend wiken kat sana.
 
Oh, sepatutnya wiken nih aku pergi xpdc Gunung Rajah. Tapi, Mamoru tukar plan pegi Cameron. Takper lah. Pergi Cameron pun best. Boleh spend masa dengan hero-hero comel. Kalau pergi gunung, tak dapat bawak derang semua. 
 
Next trip, pergi gunung pulak ya, Mamoru? 
 
 

Monday, April 18, 2011

Amarr 4 months

Amarr dah 4 bulan lebih. Next week dah nak masuk birthday dia yang ke 5 bulan.. hihi. Sekejap sangat..


Dulu masa sebelum ada Amarr, aku risau sangat. Takut tak cukup tangan nak buat keje. Tapi Tuhan tu adil. Alhamdulillah.


Bila Amarr lahir je, Ariff tiba-tiba je stop bangun tetengah malam. Dia dah boleh tidur lena sampai pagi. Walhal sebelum tu dia mesti terjaga minta susu at least 2 atau 3 kali setiap malam. Magic kan? So, aku just focus kat Amarr je lah. Senang sikit :)

Amarr pulak senang sangat nak jaga. Kalau letak atas tilam. Dia diam je main sengsorang. Ramai orang puji Amarr budak baik, senang nak jaga.


Amarr baru je pandai meniarap. Minggu lepas baru aku perasan dia meniarap. Pastu menangis sebab tak reti terlentangkan badan semula.. hihi.. comel.


Aritu timbang berat kat Al-Islam, naik sekilo. Dah 7.3kg. Amarr dah habis ambil extra immunisation Rotavirus. Next month, ambil normal untuk 5 bulan dan start ambil 1st jab Pnemucocoal pula.

Nih gambar Amarr meniarap diusia 4 bulan. Kebetulan gambar Amarr ni hampir sama dengan gambar Ariff kat sini. Tajuk entry pun sama. Compare gambar Amarr diusia 4 bulan dengan gambar Ariff diusia 4 bulan :)




Mata bulat dan besar macam mata abang Ariff



I'm a big boy now..



Amarr suka sangat senyum :)



Suara Amarr kuat sangat.. dia suka jerit dan lawan bercakap kalau ada orang agah dia



My cute little angle... mummy love you so much cayang!

Friday, April 15, 2011

I miss outdoor


I wish, right now, I'm lying on the ground, inside my fav sleeping bag, watching the dark blue endless sky, with thousands of bright stars. And below me, the thick dark greenish forest covers with fog. What a view..

I missed my climbing xtvts. I missed being at the highest point of the world.


View from Mt Yong Belar trek to Mt Chalie


View from Mt Mulu's peak


Sunrise at Mt Tambuyukon. The last Mountain I managed to conquered in April 2010 (last year) before given birth to my second child.

Its April again. And its been a year already. I just cant wait anymore.

Wednesday, April 13, 2011

Message has been delivered

Atas permintaan suami adik aku, entry tentang kes yang terjadi pada adik aku dah aku privatekan.

Correction, this case does not fall under sexual harassment. Its called violation of privacy. Kes nih dah berada dalam perhatian Shahrizat.

There's only one thing I can say.. If my sis kena buang kerja disebabkan hal ni, then this is not a safe country to live in.


Happy 30th Birthday, Mamoru


Birthday dia semalam sebenarnya.

I didn't get to wish him a proper birthday wish. In fact, I already fall asleep without calling him and wishing him anything. Terrible kan? Haih. My routine with work and the kids makes me extremely exhausted. Asyik tertidur awal je..

Its hurt to know when his friends gets to wish him before I do. But at the same time, I'm glad. At least, he's happy. I got to say thanks to Mamoru's friend for celebrating his birthday last night. Thanks for making my Mamoru happy.

I still didnt get to buy a present for him. Still waiting for the latest IT gadget from Apple yang tataw bila akan masuk pasaran Malaysia. Since Mamoru is not around, guess, its okay to wait.. hee.

Mulanya aku nak pasrah je. Mamoru kan jauh kat Gopeng, Perak. Nak suruh kawan dia belikan kek dan sambut birthday dia, they already did. What else can I do?

So, I just press my luck and try cari online, kut-kut ada online shop yang boleh buat delivery on the same day ke Perak. I really dont want to miss hiss birthday just because hes far away.

Unbelievably, ada satu kedai online di Ipoh Cherish Flower yang setuju nak ambil order aku dan deliver ke Gopeng pada hari yang sama. Heaven! Dont you just loveeee online shopping?!!

A bouquet of 12 stalks red roses for him. That the best I can get. Hopes he like it. Thanks so much Cherish Flower. Excellent service!!

And this is gambar yang Mamoru sent thru email.. posing dengan bunga yang dia dapat :)


Happy birthday love.


Special thanks to Qemma (Mamoru's colleague) and Hasrul (pic) for helping me by providing the address :)


The bouquet. Full of love.


p/s: aD, Ariff & Amarr doakan semoga Daddy dipanjangkan usia, sihat sentiasa, murah rezeki dan dijauhkan dari perkara yang tak diingini.

Tuesday, April 12, 2011

Siput oh seafood

Aku tengah mengidam nih.

Sebelum tu, halo, halo aku tak pregnant ok. Buat masa nih cukup lah dua orang hero kecik tu. Kut tergerak hati nak menambah baby lagi, tunggu lah tiga empat tahun lagi.. huhuhu.


Nih gambau lama. Masa Amarr belum ada dalam perut lagi. Ariff pun belum setahun. Nampak tak siput berduri dan siput panjang dan tajam dalam gambau atas nih.. Oh, sedeppppp uols. Aku dah makan dan ohhh.. keluar ayaq lioq.


Aku jumpa siput nih kat Pasar Penambang, Tg Karang.. Pasar yang korang akan jumpa pelbagai spesis makanan laut yang pelik. Dalam gambar atas nih adalah spesis makanan bercengkerang.


Ada siput sedut, kerang giant, lala, remis, kepah, lokan, siput sedut, mentarang, tiram dan siput pelik yang derang sendiri tatau apakenamanya.


Dan aku jua terlioq nak makan udang ketak nih.. sedapnya kalau dapat goreng kering berlada.. fuhh.. bila la nak balik Kuala Selangor ni...

Monday, April 11, 2011

Bila rindu..

Aku mem-blog kembali setelah berapa lama ya? seminggu? dua minggu? tiga minggu tak ber-update cerita kat sini.

Haih.

Biasa lah kan.. bila hati kesunyian, jiwa gundah-gulana, baru lah nak terhegeh-hegeh bukak PC. Buat luahan perasaan kat blog. Kalau tak.. haghamm nak sentuh keyboard.

Haih

Dah dua minggu berturut Mamoru outstation. Tensi. Bab outstation tu, aku boleh terima lagi. Tapi bila hari minggu pun terpaksa masuk ofis, apakah?? Komunis sungguh. Oh tak, komunis pun tahu cuti. Zionis? Bukan Mamoru, tapi ofis dia.

Tukar cerita.

Lama kan aku tak update blog. Awal tahun aritu kemain lagi menulis. Siap ada auto-publish entry. Semangat kemain.

Tapi, aku bukan sengaja beb. Keje kat ofis berlambak. Tambah pulak dah nak masuk new financial year. Satu kompeni bizi buat budget, forecast, planning, etc. Ada certain dept tu tetiap hari balik pukul doblas malam. Wiken pun kene masuk ofis. Cuti semua freeze. Kira aku ni bertuah jugak la sebab dapat balik pukul 9 or 10 malam hehari. Tsskk..

Sedih sebenarnya woo. Selalu asal abis je ofis hour, aku la orang terawal yang melompat keluar ofis. Lantak pi lah boss aku nak menjeling ke haper. Janji keje aku siap, ye tak? Tapi, untuk 3 minggu yang lepas, memang tak boleh skip der.

Maka terpaksa lah aku bergantung harapan kat adik lelaki no.7 untuk amik Ariff & Amarr dari babysitter. Kesian adik aku tu. Dari seorang yang berwajah keras, mancho, maskulin, terpaksa berubah menjadi Mr Mama yang terhebat abad ini (maklum lah Mamoru kan takde). Dari dia tak reti tukar pampers baby, sampai dah jadi lebih hebat dari aku. Kengkadang, dia lak lelebih jengilkan mata kat aku kalau aku tersilap pegang Amarr. Haish.

Lapar la pulak taim tetengah malam buta nih. Sebelum mood mengarang aku ke laut, meh aku buat short form je apa xtvt aku sepanjang ke-absence-nan aku kat alam maya ni:-

1. As ussual.. every wiken aku berkarya diwajah orang. Aku suka buat muka orang jadi cantik. Kalau nak tengok gambar makeover terbaru klik kat sini ya www.makeupfreak.net

2. Aritu aku makeup sorang client untu pre-wedding dia. Shooting dalam flight Airasia-X 330. Terima kasih pada CEO Airasia-X sebab meminjamkan kapal terbang pada pasangan pengantin. Paling best bila CEO Airasia-X turun padang tengok kitaorang buat keje dalam flight tu. Best. Merasa akak duduk dalam kokpit pilot uols. Gambar akan diupload kemudian ya. Tunggu. Oh, pada rasa nak bertanya macam mana couple tu boleh dapat layanan istimewa camnih, jawapannya, client aku nih keje Pilot kat situ. Tu la pasal.

3. Aku berpiknik dengan anak-anak dan kengkawan ofis Mamoru di Sg Chiling, Kuala Kubu Bharu! Tapi tak berapa nak best sebab cuaca panas berdentang. Pastu, belum sempat nak makan BBQ, langit mendung nak hujan pulak.. huhu

4. Melawat salah seorang kawan yang baru melahirkan baby. Second time aku masuk baby punya wad intensive care unit. Aku tak suka masuk sana. Sebab, hati aku cukup sebak tengok baby atau bebudak kecik yang duduk kat wad tu. Yang duduk dalam incubator, yang bernafas guna mesin, yang kena memacam penyakit bahaya yang tak sepatutnya ditanggung oleh badan sekecil itu.. tsskk. Insaf rasa diri. Buat korang yang membaca perenggan nih, sudi lah kiranya korang sedekah kan doa atau paling tak pun, ucap Bismillah dengan penuh. Moga-moga baby Azahar & Azniza selamat menjalani pembedahan dan cepat sembuh.

5. First time Amarr demam sejak dia lahir sampailah usia dia 4 bulan sekarang nih. Pastu berjangkit kat Ariff pulak. Sabau je lah.

Ok la. Stop kat sini dulu. Nak melayan Ariff yang menggigau taim tidur. Kena peluk dia kejap. Kalau tak kang, dia nangis.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...