KENGKAWAN

Monday, April 18, 2011

Amarr 4 months

Amarr dah 4 bulan lebih. Next week dah nak masuk birthday dia yang ke 5 bulan.. hihi. Sekejap sangat..


Dulu masa sebelum ada Amarr, aku risau sangat. Takut tak cukup tangan nak buat keje. Tapi Tuhan tu adil. Alhamdulillah.


Bila Amarr lahir je, Ariff tiba-tiba je stop bangun tetengah malam. Dia dah boleh tidur lena sampai pagi. Walhal sebelum tu dia mesti terjaga minta susu at least 2 atau 3 kali setiap malam. Magic kan? So, aku just focus kat Amarr je lah. Senang sikit :)

Amarr pulak senang sangat nak jaga. Kalau letak atas tilam. Dia diam je main sengsorang. Ramai orang puji Amarr budak baik, senang nak jaga.


Amarr baru je pandai meniarap. Minggu lepas baru aku perasan dia meniarap. Pastu menangis sebab tak reti terlentangkan badan semula.. hihi.. comel.


Aritu timbang berat kat Al-Islam, naik sekilo. Dah 7.3kg. Amarr dah habis ambil extra immunisation Rotavirus. Next month, ambil normal untuk 5 bulan dan start ambil 1st jab Pnemucocoal pula.

Nih gambar Amarr meniarap diusia 4 bulan. Kebetulan gambar Amarr ni hampir sama dengan gambar Ariff kat sini. Tajuk entry pun sama. Compare gambar Amarr diusia 4 bulan dengan gambar Ariff diusia 4 bulan :)




Mata bulat dan besar macam mata abang Ariff



I'm a big boy now..



Amarr suka sangat senyum :)



Suara Amarr kuat sangat.. dia suka jerit dan lawan bercakap kalau ada orang agah dia



My cute little angle... mummy love you so much cayang!

2 comments:

Biqque said...

lain sungguh la muka ariff ngan amarr kan? sorang macho, sorang jambu :D

^ nani ^ said...

betul tu..mmg lain..anway syabas cos dpt hndle 2 toodlers at the same time...nama anak kita sama...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...