KENGKAWAN

Monday, April 11, 2011

Bila rindu..

Aku mem-blog kembali setelah berapa lama ya? seminggu? dua minggu? tiga minggu tak ber-update cerita kat sini.

Haih.

Biasa lah kan.. bila hati kesunyian, jiwa gundah-gulana, baru lah nak terhegeh-hegeh bukak PC. Buat luahan perasaan kat blog. Kalau tak.. haghamm nak sentuh keyboard.

Haih

Dah dua minggu berturut Mamoru outstation. Tensi. Bab outstation tu, aku boleh terima lagi. Tapi bila hari minggu pun terpaksa masuk ofis, apakah?? Komunis sungguh. Oh tak, komunis pun tahu cuti. Zionis? Bukan Mamoru, tapi ofis dia.

Tukar cerita.

Lama kan aku tak update blog. Awal tahun aritu kemain lagi menulis. Siap ada auto-publish entry. Semangat kemain.

Tapi, aku bukan sengaja beb. Keje kat ofis berlambak. Tambah pulak dah nak masuk new financial year. Satu kompeni bizi buat budget, forecast, planning, etc. Ada certain dept tu tetiap hari balik pukul doblas malam. Wiken pun kene masuk ofis. Cuti semua freeze. Kira aku ni bertuah jugak la sebab dapat balik pukul 9 or 10 malam hehari. Tsskk..

Sedih sebenarnya woo. Selalu asal abis je ofis hour, aku la orang terawal yang melompat keluar ofis. Lantak pi lah boss aku nak menjeling ke haper. Janji keje aku siap, ye tak? Tapi, untuk 3 minggu yang lepas, memang tak boleh skip der.

Maka terpaksa lah aku bergantung harapan kat adik lelaki no.7 untuk amik Ariff & Amarr dari babysitter. Kesian adik aku tu. Dari seorang yang berwajah keras, mancho, maskulin, terpaksa berubah menjadi Mr Mama yang terhebat abad ini (maklum lah Mamoru kan takde). Dari dia tak reti tukar pampers baby, sampai dah jadi lebih hebat dari aku. Kengkadang, dia lak lelebih jengilkan mata kat aku kalau aku tersilap pegang Amarr. Haish.

Lapar la pulak taim tetengah malam buta nih. Sebelum mood mengarang aku ke laut, meh aku buat short form je apa xtvt aku sepanjang ke-absence-nan aku kat alam maya ni:-

1. As ussual.. every wiken aku berkarya diwajah orang. Aku suka buat muka orang jadi cantik. Kalau nak tengok gambar makeover terbaru klik kat sini ya www.makeupfreak.net

2. Aritu aku makeup sorang client untu pre-wedding dia. Shooting dalam flight Airasia-X 330. Terima kasih pada CEO Airasia-X sebab meminjamkan kapal terbang pada pasangan pengantin. Paling best bila CEO Airasia-X turun padang tengok kitaorang buat keje dalam flight tu. Best. Merasa akak duduk dalam kokpit pilot uols. Gambar akan diupload kemudian ya. Tunggu. Oh, pada rasa nak bertanya macam mana couple tu boleh dapat layanan istimewa camnih, jawapannya, client aku nih keje Pilot kat situ. Tu la pasal.

3. Aku berpiknik dengan anak-anak dan kengkawan ofis Mamoru di Sg Chiling, Kuala Kubu Bharu! Tapi tak berapa nak best sebab cuaca panas berdentang. Pastu, belum sempat nak makan BBQ, langit mendung nak hujan pulak.. huhu

4. Melawat salah seorang kawan yang baru melahirkan baby. Second time aku masuk baby punya wad intensive care unit. Aku tak suka masuk sana. Sebab, hati aku cukup sebak tengok baby atau bebudak kecik yang duduk kat wad tu. Yang duduk dalam incubator, yang bernafas guna mesin, yang kena memacam penyakit bahaya yang tak sepatutnya ditanggung oleh badan sekecil itu.. tsskk. Insaf rasa diri. Buat korang yang membaca perenggan nih, sudi lah kiranya korang sedekah kan doa atau paling tak pun, ucap Bismillah dengan penuh. Moga-moga baby Azahar & Azniza selamat menjalani pembedahan dan cepat sembuh.

5. First time Amarr demam sejak dia lahir sampailah usia dia 4 bulan sekarang nih. Pastu berjangkit kat Ariff pulak. Sabau je lah.

Ok la. Stop kat sini dulu. Nak melayan Ariff yang menggigau taim tidur. Kena peluk dia kejap. Kalau tak kang, dia nangis.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...