Tuesday, April 26, 2011

Kelab Kembara

Gila malas. Rasa macam nak cuti je arinih. Tapi tak boleh. Ada mender yang nak disettlekan.

Aku tengah prepare paperwork untuk Teambuilding department aku. Aritu jumpa vendor (event planner) discuss tentang aktiviti. Tak boleh buat yang lasak sangat sebab kebanyakan staff kat dept dah 50-an dan tak pernah join memender camni. InsyaAllah, kalau management luluskan paper nih, pertengahan June nanti, dept aku bertolak ke Gambang. Berkampung kat sana untuk 3 hari 2 malam.

Presiden Kelab Kembara Maybank pun ada request aku buat paperwork untuk masukkan Kelab Kembara nih under Kelab Sukan. Senang sikit nak minta sponsor kalau buat apa-apa aktiviti. InsyaAllah, tengah usaha jugak nih. Harap sangat ada staff kat sini yang minat outdoor dan sanggup tolong kami dengan memender nih.

Tahun depan, presiden suruh aku organize trip gunung Kinabalu. Menarik. Boleh naik Kinabalu lagi sekali. Aku ada gak masukkan gunung Murud dalam kalendar kelab - tapi tu more too personal punya trip.

Aku dah inform awal-awal kat presiden kelab: kalau bab-bab gunung, boleh la aku tolong organize, sebab memang minat aku. Tapi kalau xtvt santai yang lain, aku kurang sikit. Harap ada barisan pelapis yang sanggup bantu naikkan nama kelab nih semula coz orang-orang lama ramai yang dah slow. sebab banyak komitmen dengan family.

Serous cakap, kelab nih boleh pergi jauh dan boleh naikkan nama korang kat sini (ditujukan pada staff kompeni nih).

No comments: