KENGKAWAN

Monday, April 25, 2011

Next trip XPDC Gunung Tahan

Gunung Tahan. InsyaAllah hujung bulan June nih.

 

Aku prefer naik dan turun ikut Merapoh. Cepat sikit keluar hutan.

 

Tapi, since aku akan follow trip orang. Terpaksa la aku ikut derang naik ikut Merapoh dan turun ikut Kuala Tahan. Lama gak la amik masa - 7 hari dalam hutan.

 

Hmm, bab 7 hari trekking tu aku boleh handle lagi. Sebelum nih pun rekod aku paling lama duduk dalam hutan, 8 hari.

 

Cuma bab nak berjauhan dengan boboi boys aku tu.. tsskk.. Baru fikir nak pergi pun aku dah start rindu tak tentu arah. Kalau dah pegi? Tak ke meroyan aku dalam hutan nanti?

 

Dilema kan bila ada hobi camni.. esp bila ada anak-anak kecik.

 

Tapi tulah. Takkan nak tunggu anak-anak besar baru nak sambung balik xtvt mendaki gunung. Kalau tunggu jugak derang besar, alamatnya kudrat aku nak mendaki makin kurang (yelah, usia tu makin tua, bukan makin muda). Dah tua nanti nak pergi mendaki hapekemendernya lagi.. baik pegi tawaf kat Mekah nun.

 

So, nak tanak, terpaksa la curi-curi masa pergi mendaki time sekarang nih.

 

Aku ada baca log mendaki gunung Tahan satu group outdoor nih. Derang buat 7 hari gak. Siap boleh conquer puncak gunung Rajah sekali. Boleh ek? Kalau boleh bagus jugak. Kira cover balik lah trip Rajah yang aku kanselkan aritu.. huhuhu.

1 comment:

Apizolla said...

gunung rajah tu kalo xsilap bkn gunung rajah yg kt bentong tu...

mmg along da way kalau turun kt kuala tahan, akan lalu gunung rajah ni.. sebelum sampai kem melantai .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...