KENGKAWAN

Friday, April 22, 2011

Santai kat Tasik Permaisuri

Malam ni gerak pegi Cameron. Spend wiken kat sana. Kalau sempat, ingat nak singgah Gopeng tengok Talha dengan wife dia rafting kat Kem Murni (tempat kami pergi masa bulan february aritu).

Excited nak pergi Cameron. Sebab Cameron nih dikelilingi gunung-ganang yang cantik. Rindu gila nak masuk hutan!

Anw, sementara aku berperang dengan perasaan rindu yang mendalam nih, korang layan kan lah gambar aku dengan hero-hero kecil main belon buih kat Taman Tasik Permaisuri area umah kami.


Next time pegi sini, aku kena pakai kasut. Boleh amik turn dengan Mamoru jogging sambil bawa Ariff & Amar jenjalan.


Kena belikan Ariff kasut jogging juga. Amarr? Tak sabar tunggu dia pandai berjalan.. Tak lama je tu. Bebudak cepat membesar.


Ariff leka dengan belon.


Usia Ariff dah 1 tahun 10 bulan sekarang. Dah memacam mender dia pandai.

Ariff dah kenal nombor. Terkejut aku tau bila dia point kat nombor satu kat baju yang aku pakai pastu sebut, "Atuu". Whoa.. ingatkan dia tak amik port masa belajar, rumanya dia simpan semua dalam memori. Cuma nombor-nombor yang lain dia sebut tak ikut turutan la.. "Atuu, Pat, Lima, Dua.." haha.. Kalau sebut dalam english pun sama tak teratur, "Six, Seben, Two, Ten".. huhuhu.

Ariff sekarang tak suka berak dalam pampers. Asal nak berak je, dia akan cakap, "Nak yak", pastu dia akan buka seluar dia dan pergi masuk toilet. Thanks to Kak Ina (babysitter) coz ajar Ariff masuk toilet setiap kali nak berak. Nampaknya, Ariff akan diaper-free dalam usia yang sangat awal. Aku ingatkan nak ajar dia semua nih masa usia dia 3 tahun. Tapi.. wow, setahun lebih dah pandai pergi toilet. Very good Ariff!

Dan Ariff juga dah pandai pakai seluar sendiri. Aritu aku ada rakam video Ariff pakai seluar sendiri. Nak upload tapi video tu kena convert ke format aperntah sebelum dapat letakdalam youtube.. alahh, aku fail la memender camnih.

Apa lagi ek perkembangan Ariff? Banyak.. tapi aku tak ingat lah. Dia dah pandai sekarang. Nanti lah kalau aku ingat, aku jot down kat sini.

Aku nak packing baju. Hepi wiken!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...