Wednesday, April 20, 2011

Selamat pengantin baru Pokyie

Gelap betul view kat luar ofis ni. Dah tak Nampak view gunung Nuang. Semua gelap kelabu. Yang jelas just KLCC dengan KL Tower je – tu pun sebab KL Tower tu bebetul dekat depan mata.. huhu.

 

Asal petang je hujan. Sekarang nih. Musim kut. Nasib baik Mamoru kanselkan trip gunung untuk minggu nih. Kalau tak, haih, berhujan atas trek la gamaknya. Aku paling tak gemar hujan masa trekking. Beku. Mental. Nak pulak aku baru nak buat comeback.. confirm pewai punyalah.

 

Aku dah check jadual aku semalam. Rasanya, aku terpaksa tunggu sampai bulan Julai nih kalau nak buat program mendaki gunung. Sebab jadual aku untuk bulan Mei dan Jun dah penuh – tetiap wiken ada job makeover (www.makeupfreak.net).

 

Haih.

 

Oh, malam tadi aku baru dapat tau Pokyie dah nak kahwin hujung minggu ni. Wow, dah berapa lama aku lost track dengan bebudak Godong ni sebenarnya eh? Flashback balik kenangan aku memula mendaki dengan team Godong nih awal tahun 2006 dulu..

 

Dulu ni lah barisan penggila gunung yang akan redah masuk hutan setiap hujung minggu. Setiap minggu ok – non stop. Kalau dibaca semula entry masa tahun 2006 nih.. huh, memang gila. Tapi best:

 

Sham Castello

Pokyie

Mail Kebau

Aku

 

Tapi aku lebih awal tinggalkan group nih sebab cecita aku mendaki gunung dulu sangatttt tinggi. Aku aci join je sesiapa yang sudi buat trip mendaki.

 

Sekarang, Sham dah kahwin (masih aktif dan hebat buat xpdc kat gunungonline). Pokyie pun dah nak kahwin (juga masih aktif mendaki). Mail kebau.. aku tatau. Lost contact terus. Kata Pokyie, dia masih macam tu juga, tak berubah.

 

Buat Pokyie, tahniah dan selamat pengantin baru! Sory beb, gua tak dapat pergi majlis lu. Lambat sangat inform. Apa pun semoga berkekalan. Dan jangan laa buat lawak stop xpdc bila dah kahwin nanti.

 

Dan selamat pengantin baru juga buat sorang lagi rakan sepergunungan, Mawi Terminator. Ops, sekarang dah tukar jadi Mawi Land Rover eh? Tahniah beb, selamat!

1 comment:

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

seronok tengok and baca pengalaman orang yang rajin join aktiviti mendaki nie...tp diri sendiri nak mendaki takde keyakinan di tambah stamina yang takde langsung...

btw...selamat pengantin baru buat kawan tu yerk