KENGKAWAN

Saturday, May 28, 2011

Curl kan rambut

Aku outstation kat kawasan yang agak jauh dari bandar taim ni. Ada job makeover. Agak terpencil gak la tempat dia. Sampaikan nak cari mesin ATM pun kena drive agak jauh la jugak. Kalau nak cari McD, KFC or 7E toksah cakap la kan. Memang nan ado. Redha je lah.. hihi

Lepas abis job, aku lepak dalam motel je lah. Main dengan laptop, henpon, Mamoru (ops!). Agak-agak dah boring tu, haa.. nih la keje aku. Menchantekkkan lagi diri sendiri..

Disebabkan aku terlupa nak bawak curling iron. Maka aku telah memaksa Mamoru menggulung rambut aku dengan mender alah nih. So, adeks-adeks, kalau pi memana lupa nak bawak curling iron, dan tempat ko pegi pulak takde saloon, jangan risau, anda masih mampu meng-curl-kan rambut tanpa mender alah tu semua. Tapi, alat kat bawah ni kena ada la nahh. Kalau tak ko nak gulung camner? Pakai pen?


My Mamoru yang redho je dengan apa yang yang terjadi. Tak pepasal dia jadi hairstylist. Pastu siap cakap, "pasnih boleh lah b tolong sayang buat haido untuk bride pulak".. hihihi


Rambut yang dah siap digulung.. Oh lupa nak inform. Disebabkan teknik ni tak menggunakan sebarang alat pemanas, maka ko kena pakai curl nih sampai esoknya ok. Matilah tak selesa tidur dengan mender alah nih tsskkk..


Dan esok paginya.. tada.. Hasil curl yang setanding dengan iron curl. Err.. abaikan muka tak mandi lagi ittew.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...