Wednesday, May 04, 2011

Maybe terpaksa join xpdx Tahan

Hm.

Kepala tengah swing sebab tak cukup tidur. Boleh pulak Ariff berdiri depan tingkat menghadap parking lot kereta malam tadi pastu jerit panggil, 'Daddy, Daddy!'.. Mamoru pulak outstation. Pening kepala aku nak memujuk budak comel nih. Haih.

Tentang xpdc gunung Tahan. Kan aku dah kanselkan sebab organizer tukar tarikh. Dan aku tak boleh nak commit dengan date baru tu.
 
Hm, organizer ni bikin aku pening lah. Aku rasa dia nih budak baru kat Gunung Online dan baru nak belajar macam mana nak organize trip. Kalau aku tak PM (private message) dia kat GO tanya detail trip, konpem sampai ke sudah aku tatau trip tu dah tukar tarikh aritu. Pastu bila aku terpaksa tarik diri dan request dia refund deposit yang aku dah bayar, dia salah kan aku pulak sebab tak 'teliti' katanya. Teliti??

Sepanjang 5 tahun lebih aku join trip kat GO, aku just perlu baca first page dalam setiap thread xpdc yang dibuka untuk tahu detail tentang mana-mana trip. Kalau ada perubahan untuk setiap trip, organizer akan update first post sahaja (correct me if I'm wrong ya). Tapi, yang satu ni, organizer salahkan aku sebab tak baca SETIAP perbualan dalam thread untuk tahu apa-apa perubahan tentang trip. So, kalau thread tu ada 10 pages, meaning to say, aku kena habiskan masa berjam-jam baca setiap pages untuk dapat kan update lah?? Apakah? Let say, kalau aku outstation dan tak dapat access internet; dan organizer tukar tarikh dan tak update team member atau at least update kat first entry thread yang dibuat, tak ke naya?

No, aku takdelah nak marah ke apa. Aku faham orang baru belajar organize trip. Tapi agak-agak lah. Jangan lah put the blame kat aku pulak. Siap tulis disebabkan aku, dia dah reject 2 participants lain untuk trip tu. Walhal, baru je minggu lepas kami (aku & Mamoru) call dia untuk join trip ni. Tak lama pun jarak masanya. Boleh je kalau kalau nak contact the other 2 participants yang nak join tu dan offer seats semula.

Anw, tak kisah lah. Worst comes to worst, kalau dia still tak dapat replacement, aku terpaksa jugak lah join trip nih. Takkan nak biarkan deposit aku burn camtu je. Plus, boleh berkenalan dengan incik organizer ni, kan? Cuma kesian kat anak-anak aku lah.. sebab balik je dari teambuilding kompeni nanti, aku terus gerak masuk hutan. Memang lama gila laa aku tak dapat jumpa anak-anak aku. Tsskk.

1 comment:

Anonymous said...

paling risau bila berxpdc ialah mkn. idak le aku nk join organizer baru.