KENGKAWAN

Tuesday, May 31, 2011

Perasan muda lagi

Aritu lepas buat job makeover kat Perak, aku & Mamoru lepak dengan kengkawan pengantin dan official photographer dia. Borak tak hingat dunia. Macam kan dah lama kenal je (Mamoru yang peramah sebenarnya. Aku tukang gelak bila tengok orang gelak.. hihi)

 

Tetiba, ntah apa Mamoru cakap buat salah seorang dari photographer tu pandang aku.

 

"Dia dah lahirkan 2 orang anak? Biar betul?" kata photog tu.

 

Pastu semua mata yang ada kat situ pandang aku. Maka bermula lah sessi main teka umur aku. Tak pepasal aku jadi bahan. Tak suka. No, bukan aku nak rahsiakan umur aku. Takde isu pun sebenarnya. Cuma aku tak suka orang mula cover-cover bercakap dengan aku semata-mata timbul rasa hormat / segan sebab aku lagi tua dari derang.. tssk.

 

Ramai kengkawan pengantin assume umur aku baru masuk 20-an (fuhh betul ke idak derang nih?)

 

Ada pulak yang cuba buat kira-kira logik (disebabkan dah tahu aku ada 2 anak), cakap umur aku 25 tahun.

 

Kelakar gak tengok muka derang bila tau umur aku dah 32 tahun.. huhuhu.

 

Next time kalau orang tanya umur aku, aku nak cakap 23 je lah. Takde lah orang buat muka terperanjat kut.. hihik. 

 

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...