KENGKAWAN

Monday, June 06, 2011

Ariff 2 tahun

Hari ni genap usia Ariff 2 tahun

 

Besar dah anak mummy. Handsome. Oh, yang nih bukan mummy sorang yang puji. Semua orang cakap Ariff handsome, comel. Mummy tumpang bangga. Mummy harap, bila Ariff besar nanti, peribadi dan personaliti Ariff juga sehandsome dan secantik wajah Ariff.

 

Ariff belum petah bercakap lagi. Tapi dah banyak perkataan penting yang Ariff dah tahu. Ariff suka ajak mummy berborak. Walaupun hampir separuh dari apa yang Ariff cakap mummy tak faham langsung, tapi mummy tetap layankan juga. Sebab Ariff comel sangat bila berborak. Dengan expresi muka, tangan, kaki semua bergerak bila Ariff cuba tunjukkan pada mummy apa yang Ariff nak.

 

Ariff abang yang baik. Suka sangat kiss Amarr. Suka berborak dengan Amarr juga. Kengkadang, bila ada cerita favourite Ariff keluar tv, Ariff akan pusingkan walker Amarr menghadap tv. Ariff suruh Amarr tengok tv sekali sambil borak-borak tentang watak dalam tv tu. Comel sangat. Amarr yang blur-blur tu ikut je cakap Ariff. Sesekali Amarr tergelak bila tengok Ariff terlompat-lompat excited.

 

Ariff juga anak yang sensitiff. Cuba lah usik mummy, daddy or adik Amarr, sure Ariff akan jerit marah pastu babab orang yang usik kami. Mummy selalu kenakan Ariff. Mummy akan babab daddy dan daddy pulak akan bebuat nangis. Marah betul Ariff kat mummy. Kalau mummy tanak berhenti, Ariff akan menangis. Sedih betul dia kalau kita usik orang yang dia sayang.

 

Bab belajar Ariff memang cepat tangkap. Rasanya semua todler pun sama juga. Since aku tak cukup masa nak ajar Ariff personally, aku & Mamoru selalu dudukkan Ariff depan pc dan buka youtube yang ada banyakkkk video untuk bebudak kecik belajar. Ariff belajar 123 dan ABC dari pc.

 

Dekat rumah, Ariff ada mini library sendiri. Ariff suka kalau orang bacakan buku untuk dia. Tapi most of the time, Ariff suka sepahkan buku-buku dia. Bila mummy suruh kemas, baru lah Ariff letak buku elok-elok. Tapi tak semua lah.. hihi. Yang penting, Ariff tak pernah sepahkan buku mummy & buku daddy walaupun buku-buku kami lebih banyakk dari buku Ariff dan terletak di rak yang sama!

 

Ariff suka tarik perhatian mummy & daddy kalau kami tak layan dia. Misalnya, Ariff suka baring atas lantai lepas tu cakap, "Mummy, Ayep atuh (Ariff jatuh)". Minta suruh angkat la tu. Atau Ariff akan panjat atas meja tv lepas tu cakap, "Mummy, nak tuyun (turun)". Comel betul.

 

Ariff pandai beli jiwa tau. Kalau mummy tengah penat dan duduk rehat, Ariff akan datang kat mummy pastu kiss pipi mummy sambil sebut, "Ayep sayangggg mummy". Oh, terus cair hati mummy tau.

 

Seronok tengok Ariff membesar. Ariff buat hidup mummy sangat bahagia dan bermakna. Mummy sayangkan Ariff. Sayang sangat-sangat. Mummy doakan Ariff sentiasa sihat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeli, disayangi semua orang, dijauhkan dari perasan hasad dengki, dijauhkan dari sebarang bahaya, hidup bahagia didunia dan akhirat, dan sentiasa berada dibawah lindunga-Nya.

 

Selamat hari lahir, kesayangan mummy.

 

4 comments:

nn said...

happy birthday ariff...semoga menjadi anak yang soleh...amin

Biqque said...

happy bday ariff! :)

mrs puex said...

hepi bornday young ariff..semoga jadi ank yg soleh n taat kpd mummy n daddy..

suezety said...

happy birthday encem boy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...