KENGKAWAN

Thursday, June 09, 2011

Bermalam di dalam rumah burung


Korang pernah masuk dalam rumah burung layang-layang atau burung walit? Ala, rumah yang bentuk 4 segi-bangunan-tinggi-takde-tingkap yang biasa kita nampak tepi sawah tu. Got it? Haa, tu la rumah burung.

Korang pernah masuk dalam tu? Pernah?

Aku pernah. Siap tidur lagi kat dalam tu.. huhuhu (berlagak)

Aritu masa outstation buat job makeover kat Bagan Datoh, client aku sewakan rumah burung motel untuk kitaorang. Motel nih sebijik berbentuk rumah burung. Kebetulan pulak sebelah motel ni, ada dua biji rumah burung (milik owner motel nih jugak). Aku rasa lah kan, mungkin owner rumah burung tu ubah fikiran last minit dan decide nak ubahsuai salah satu interior rumah burung milik dia kepada motel hukhuk. Yelah, kat Bagan Datoh nih mana ada hotel dik nonn. Rumah burung ni kira

Masa nak masuk dalam motel ni aku dengan Mamoru dah pandang-pandang sambil tahan gelak. Masuk je dalam bilik kat tingkat atas, aku cakap kat Mamoru, "cip, cip, cip, cip,chip (bahasa burung)."..

Mamoru cakap aku sengal. Gelak besar dia.

Tapi jangan memain tau, walaupun luar bangunan sebijik rupa rumah burung, belah dalam bilik siap ada katil, shower dengan water heater, aircond. Kelass ok.

Nih la rupanya motel a.k.a rumah burung..


1 comment:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

ingat tidur btol2 dlm rumah burng walit tadi :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...