Tuesday, June 21, 2011

Cabaran xpdc kali ni

Semalam aku MC. Dedua lutut aku luka sebab terjatuh depan ofis petang Ahad aritu. Koyak seluar aku tau. Ramai memember ofis pelik aku boleh tetiba jatuh atas divider jalan tu. Malu toksah cerita la. Mak jatuh tertonggeng nyah! Aku rasa lah, maybe aku tengah mamai taim tu kut. Yelah, baru bangun tidur pastu turun bas kena lak pikul rucksack. Memang silap laa kan.

 

So, semalam seharian melepak kat rumah sambil layan cerita House. Ariff & Amarr pepagi lagi Mamoru dah hantar ke rumah pengasuh. Luka takdelah teruk. Cuma agak sengal jugak lah esp bila taim nak bangun bila dah duduk lelama.

 

Cerita taim teambuilding?

 

Boleh lah. Sejujurnya, teambuilding memang best (sebab event management @ fasilitator kat situ best). Cuma kalau nak fikir dari segi objektif, memang tak kesampaian. Selagi unsur berpuak-puak dalam dept nih tak settle, kira fail la kan?

 

Memula nak pegi tu aku memang tension. Tak ada hati langsung. Siap homesick bagai. Tapi bila dah second day, derang buat aktiviti dalam Gambang Water Park, aku lepaskan rasa geram, marah, tension dengan challenge diri sendiri buat solo ride dan semua games yang mencabar dan menakutkan kat situ. Dan yeap, aku enjoy.Memula tu memang takut gila. Tapi, bila dah buat sekali terus aku buat lagi empat lima kali dengan style dan stunt yang berbeza. Sampai waterpark tu nak tutup baru lah aku balik ke bilik.

 

Gambar? As ussual later nahh.

 

9 - 12 Julai nih ada xpdc gunung Korbu-Gayong dengan team Sham Castello. Sadly, Mamoru tak dapat join. Dia ada training pulak last minit. Agak cuak jugak lah bila membayangkan aku kena pikul segala rations & camping gear sendiri. Bab rations tu, aku tak risau sangat. Mungkin aku akan bawa yang ready-made je. Cuma bab camping gear. Berat ok kalau nak bawa sensorang. Since aku bergerak secara solo, alternatif yang ada cuma; bawa one-man-tent atau hammock atau paling tak pun, tumpang fly orang (kalau ada yang bermurah hati laa huhu).

 

Mamoru suruh aku training kekuat. Dia willing nak teman aku jogging and all. Mesti dia risau. Yelah, kalau dia ada, memang aku bergantung 100% pada dia. Aku tak perlu risau pasal khemah, bekalan air, makanan semua. Kalau boleh haversack aku pun dia nak bawakkan. So, bila dia tak dapat join, dia nak make sure aku cukup fit untuk bergerak sendiri. Haih. InsyaAllah aku boleh buat. Jangan risau ya Mamoru.

 

Ada masa lebih kurang 2 minggu je lagi untuk buat preparation. All the best to me.

1 comment:

sypul said...

haha~ jumpe di puncak nnt