Friday, June 03, 2011

Kengkawan zaman sekolah

Hari nih birthday Butet aka Faridah. Tetiap tahun aku tak pernah miss wish birthday dia (Butet ni kawan aku dari sekolah menengah sampai universiti)

 

Dulu aku ada cerita tentang Butet. Tapi bukan kat blog nih kut. Sebelum aku start guna blogspot. Banyak kenangan pahit + manis + gila aku dengan pompuan nih haha.

 

Aku kenal dia start dari form 1. Tahun 1991. Masa tu aku dalam kelas 1A kat SmSA (kelas bebudak pandai - fuhh berlagak). Butet kelas B (kelas kurang pandai sikit la huahuahua). Aku dengan Butet macam langit dengan bumi. Berbeza gila.

 

Aku kasar. Butet lemah lembut (nyampah)

Aku suka buat keje gila. Butet jenis go by the book (skema)

Aku semekin. Butet nih kira berharta juga lah.

Aku selebet. Butet kemas (baju dia memang cantik ber-nila dan bergosok)

Aku malas belajar. Butet rajin gila

 

Masa memula kenal Butet, kitaorang ada gaduh jugak lah. Sebab apa, aku tak ingat. Sebab aku tegur rambut dia tak cantik kut.. hihi. Asal bertembung je mesti Butet tarik muncung dia pastu bagi aku jelingan maut yang pada aku kelakar gila dia buat muka camtu. Lagi aku gelak, lagi lah berbulu Butet dengan aku.

 

Masa form 2 aku salah pilih kawan. Aku kawan dengan Asmah. Dia duduk dekat area rumah aku. Dia pun ada family problem gak. So dia asyik lah memonteng. Dah berkawan dengan dia, haruslah aku pun folo memonteng. Tapi kami takde lah ponteng lepak kat shopping mall gittew. Tak mampu ko. Apa ingat aku duduk bandar ke? Kitaorang ponteng lepak rumah je. Taim tu kan ayah aku keje pak guard. Dia tataw aku kaki ponteng sekolah huhuhu. Aku start tak kawan dengan Asmah bila dia rosakkan jam tangan arwah mak aku. Marah gila aku kat dia. Terus aku tak tegur dia sampai sekarang. Beberapa tahun lepas aku dapat tau dia dah meninggal dunia masa lahirkan anak kedua dia. Tsk. Semoga Tuhan tempatkan dia di kalangan orang yang syahid.

 

Berbalik pada cerita Butet tadi.

 

Kitaorang start terpaksa berkawan baik bila aku kena tendang masuk Kelas 3B (kelas yang second pandai) tsskk.. tu la ponteng sekolah lagi. Kena pulak duduk sebelah Butet taim tu.. fuhh. Ntah macam mana lelama kitaorang boleh get along. Aku suka buat lawak bodo. Butet pulak suka gelak cover-cover (kontrol ayu lah tu). Lagi dia kontrol laagii lah aku kerap aku buat lawak. Suka bila Butet gelak besar. Hilang terus ayu dia. Jenis kalau ada mak mentua elok-elok nak pinang teruss tak jadi tengok dia gelak camtu. Dari situ kitaorang jadi sangat rapat. Aku suka berkawan dengan Butet.

 

Masa form 5 aku kurang rapat dengan Butet. Family problem tambah pulak arwah mak aku meninggal taim ni. Aku start memonteng semula. Bila masa aku tersedar yang aku perlu buat sesuatu untuk masa depan aku, Butet dah ada penganti. Ada student pompuan baru masuk kelas aku taim tu. Dan Butet suka gila berkawan dengan dia sampai dia sanggup tolak meja aku kebelakang dan letak meja budak tu sebelah dia. Sedih woo. Aku gelar budak baru tu 'Badluck'. Tapi nothing compare dengan kesedihan besar yang aku dah rasa sebelum tu

 

Bengang je aku dengan Badluck. Tapi in the end, aku macam menyesal pulak sebab simpan perasaan tak puast hati kat Badluck. Sebab dia baik sangat. Dia anak tunggal dan tinggal dengan mak dan nenek dia. Mak dia lumpuh seluruh badan sebab selamatkan dia masa eksiden dalam kereta masa dia baby lagi. Nenek dia asyik la salahkan Badluck sejak mak dia lumpuh. Sedih gila ok. Aku sempat pegi melawat mak dia. Kagum aku dengan Badluck. Dari kecik dia uruskan berak kencing, makan pakai mak dia. Dia memang sangat sangat baik. Kalau compare life aku dengan dia, rasanya aku jauh lebih beruntung kut. Memang badluck betul nasib Badluck.

 

Masa dapat result SPM, aku dapat pangkat 1. Zaman aku dulu still guna 'pangkat-pangkat' nih. Butet lak dapat pangkat 2. Masa nih Butet jauhkan diri dari aku. Dia macam tak boleh terima result aku lebih dari dia. Yelah aku kan pemalas. Aku dapat offer masuk UPM - Tesl. Butet tak dapat memana. Dia macam dah give up dengan life dia. Aku pujuk dia masuk form 6 amik STPM. Tapi dia malu sebab form 6 tu untuk orang yang dah tak layak dapat memana offer sambung belajar katanya.

 

Disebabkan sayangkan Butet, ekceli lebih kepada disebabkan adik-adik aku kecik lagi. So, tak sampai hati nak tinggalkan derang. Aku tolak offer UPM dan masuk form 6 dengan Butet. Baru lah Butet bersemangat nak amik STPM. Masa form 6 aku minat gila subject Ekonomi. Memang aku score subjek nih sampai ada student sekolah SmGB (sekolah pandai) datang join study group yang aku buat khas untuk Butet. (Ronny, Khidir, & Butet - orang yang sentiasa ada dalam study group aku).

 

Dalam kelas aku ada sorang lagi best student yang sentiasa bersaing dengan aku. Nazry nama dia. Oh dia nih memang berlagak mulanya. Mementang terer. Dan dia nih jugak lah yang jadi buipren 'cinta monyet' masa aku kat universiti dulu.. huhu. Tak leh cerita lelebih. Kang kena tido luar.. hihi (Mamoru, my heart is only for you ok).

 

Ada satu adegan stunt yang aku buat dengan Butet. Masa tu first time kami nak organize study group taim malam. Kami janji nak buat kat rumah Butet. Aku pergi rumah Butet naik basikal. Almost 12 km (or lebih) aku kayuh basikal pegi rumah Butet. Ntah berapa kali aku kena berhenti tepi jalan sebab rantai basikal aku tercabut. Tapi sampai jugak lah ke rumah Butet.  Aku tak mita izin ayah taim pegi tu. Konon, sempat lah balik rumah tanpa ayah sedar.

 

Lepas habis belajar, Butet hantar aku balik. Butet hantar aku balik naik motor. Butet ada motor ok (Suzuki RG - model fofular taim tu). Disebabkan aku bawak basikal, aku pegang belakang motor Butet sambil naik basikal - rasa nak tercabut tangan aku wei. Kat rumah, ayah aku dah tunggu dengan rotan. Berbelang belakang aku kena libas dengan ranting pokok jati. Dah la tangan aku lenguh, dapat pulak hadaiah free.Tak sempat nak explain. Ayah aku ni jenis 'bagi' dulu pastu baru nak dengar explanation. Tapi bagus. Kalau tak sebab rotan dia, aku tak jadi camni beb. Lepas dengan penjelasan Butet, baru lah ayah aku cool down. Dan pastu, ayah aku sendiri hantar aku pergi study group.

 

Paling tak sangka bila Butet dapat tawaran sama satu universiti dengan aku. Course pun sama lak tu. Tapi aku grad awal setahun dari Butet. Sebab aku pulun amik credit hours bebanyak setiap semester. Tak suka study lelama nih. Banyak guna duit. Aku nak cecepat habiskan zaman belajar. Nak keje dan nak earn pendapatan sendiri.

 

Banyak lagi lah kenangan aku dengan Butet. Nak tulis lagi tapi len kali lah.

 

Untuk Butet.. Hepi birthday yang ke 32 geng. Rasa macam baru je semalam kita sambut bitrhday yang ke 23 kan? Hik.

 

Tadi masa bersms dengan Butet, boleh pulak dia tulis, "Ko beranak la lagi. Nanti dapat anak, kasi kat aku"... Sengal minah nih. Doa aku untuk Butet: Semoga ko cepat pregnant dan cepat dapat anak!

 

 

No comments: