KENGKAWAN

Wednesday, June 08, 2011

Life aku 5 tahun akan datang

Boleh bayangkan, kehidupan kita 5 tahun akan datang.

 

5 tahun ni kejap je beb. Kalau salah planning, 5 tahun akan datang akan jadi 5 tahun yang sia-sia dalam hidup kita.

 

Lima tahun akan datang:

 

Taim tu umur aku 37 tahun. Tak sure macam mana rupa aku selepas 5 tahun. Tak banyak perubahan kut cuma uban mungkin dah start naik tiga empat helai. Wrinkles pun mungkin dah jelas sikit kut. Unless aku ada terniat nak pakai botox, confirm nan ado kan.. hik. 

 

Usia Mamoru pulak 35 tahun. Yang nih aku tak risau sangat. Walaupun aku lebih tua dari mamoru, kalau tengok muka kitaorang, aku still nampak jauh lebih muda.. hihihi. Itu yang penting.

 

Ariff taim tu 7 tahun dan start masuk sekolah rendah. Amarr 6 tahun dan masuk pre-school. Fuhh fasa baru dalam hidup aku tu. Menarik!

 

Err.. anak ketiga? Tak ada kut. Cukuplah 2 orang boboiboys. Aku bajet by time aku reach umur bersara 55 tahun, anak-anak aku semua dah habis universiti dan dah bekerja. Tanak lah jadi macam sesetengah parents yang terpaksa cari kerja lain selepas bersara sebab anak tak habis belajar lagi. Seksa dowh. Taim bersara tu laa masa untuk kita berehat, spend duit saving / EPF untuk pergi haji, pergi melancong macam mat salleh or spend duit EPF untuk selesaikan bayaran rumah. Tak gitu?

 

Tu bab umur dan anak-anak. Bab karier?

 

Hopefully at that time, planning untuk aku buka butik kat Melaka dah start beroperasi sepenuhnya. Buat masa ni plan ni still pending. Mostly sebab aku tak ada permanent staff yang boleh dipercayai untuk jaga butik tu. Nak main hire memana staff susah lah beb. Butik baru suruh orang jaga memang terlungkup lah kan.

 

Bab kerja? insyaAllah selagi kompeni tempat aku kerja nih bagi bonus yang menarik, unlimited medical benefit, aku akan terus bekerja disini untuk 5 tahun akan datang or sampai pencen. Tapi kalau butik aku punya income melebihi tahap selesa, there is a possibility untuk aku or Mamoru berhenti kerja dan focus kat butik tu. One of us je ok (nih plan 5 tahun). Kita kena pandang jauh ke depan. Kalau dedua berhenti, melampau la kan. Semua mender ada risk. Jadi jangan gamble sangat.

 

Bab aktiviti outdoor? Rasanya walaupun umur aku 37 taim tu, aku still aktif mendaki. Susah nak buang habit yang satu nih. Ingatkan dulu, bila dah ada anak, aku boleh stop terus. Tapi tak boleh beb. Panggilan hutan nih memang hebat.

 

Tapi once anak-anak dah masuk sekolah, kena tambah lagi aktiviti baru: Bawa anak pergi melancong taim cuti sekolah pulak.. huhu. Since anak-anak aku semua lelaki, takde hal lah nak bawak masuk hutan. Tapi tak boleh selalu lah kan. Derang pun nak merasa gak pergi tetempat lain yang sesuai dengan umur derang.

 

Blogging? InsyaAllah, bukan setakat 5 tahun akan Datang je. Selagi blogspot ni wujud, selagi tu aku akan berblogging.

 

Apa-apa pun, apa yang bakal jadi 5 tahun seterusnya bermula dengan persediaan dan perancangan kita hari nih. Jadi, puan aD, sila berusaha!

 

 

2 comments:

Biqque said...

betul, nak meniaga sendri, KENA turun padang...tak dpt orang yg dipercayai, jgn sesekali amik orang luar...banyak dah tgk contoh...sume kena tipu blk...

neway, good luck tau!

umi said...

Hi Ad...lame tak dgr citer...no.tepon dah tukar ke? Nana suggest for investment simpan lah emas. Hrga emas naik setiap tahun...ce jual brg kemas lama, tentu tinggi hrganya sekarang.. For my kids, nana dah tukar duit2 simpanan diorg di Tabung Haji kepada ketul2 emas aka Gold bar. Kami duit 5 beranak dapat kumpul RM30k lebih utk tukar kepada emas.. kalu dulu kami beli 20gr kurang RM3k, sekarang dah RM3430. alhamdulillah maknanya profit kami 400 lebih utk seketul. k for your info aje... sek sok anak nk sekolah kite jual le gold bar tu mane tau dah rege 9k. untung 3xganda. Bole baca2 di jutawanemas.com n pelaburjutawan.com. Nak beli emas calling2 me ok. Nana-0129030546

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...