Tuesday, June 14, 2011

Orang kita kedekut menderma

Kaum kita kedekut malas nak bersedekah compare dengan kaum lain.

 

Aku dah berjaya buktikan mender nih.

 

Teori aku camnih: Purata jumlah staff mengikut kaum di ofis aku adalah:

 

Melayu 55%

Cina 36%

India 9%

 

Nak dijadikan cerita, dua orang opis mate aku (sorang cina dan sorang melayu) kematian ayah memasing dalam masa selang seminggu sahaja. Bear in mind yang sekarang ini adalah tengah bulan ya. Taim poket 'sesak' kata orang.. hihihi

 

Minggu pertama, ayah kepada sorang staff Melayu (staff baru) meninggal dunia. Aku pun buat lah collection derma untuk staff Melayu nih. Semua staff aku paksa menderma (lantak deme lah ikhlas ke tak kan huhu). Dan hasilnya, total collection yang aku dapat adalah RM150 ++

 

Minggu selepas tu, ayah kepada sorang staff Cina (pun staff baru jugak) pulak meninggal (jarak masa 6 hari). Macam biasa, aku paksa semua orang menderma. Melayu, Cina, India semua aku paksa. Dan jumlah derma yang aku dapat adalah RM300++

 

See what I mean? Jauh beza tu jumlah derma untuk dedua staff nih. Sekali ganda bezanya. Kalau ikut logik, dah tentu lah orang yang dapat derma untuk kali pertama tu dapat lebih banyak bukan? Dan orang kedua yang kita derma dapat kurang sebab poket memasing tengah 'sesak' dan gaji lambat lagi dowh.

 

Disebabkan aku personally kutip derma nih, maka secara tak langsung, aku nampak lah jumlah duit yang staff kat sini keluarkan dari poket memasing. Orang melayu memang jenis payah nak keluar duit kaler hijau. Kaler merah apatah lagi. Kaler biru je banyak. Tu pun sorang selai kut. Tapi orang Cina, especially bila menderma untuk kengkawan sekaum dengan mereka, selamba je keluarkan note RM50 ok. Kalau bagi kaler merah pun, koman-koman dua tiga helai seorang. Kat situ je dah nampak betapa kentalnya semangat kaum Cina untuk bangsa derang. Orang Melayu kita ce citer sikit kenapa jadi acamnih?

 

1 comment:

Angah said...

Sebab orang melayu tu tak faham konsep sedekah dan amal jariah dan pahala yang dibawa masuk kubur.

Sedekah ni, lagi banyak kita beri (dengan ikhlas insyaAllah) lagi banyak rezeki Allah bukakan untuk kita..