KENGKAWAN

Wednesday, June 01, 2011

Pengalaman mengajar kita erti kehidupan


Fuhh tajuk...

Kengkadang bila bloghopping / facebooking (ada ke perkataan tu? Ah, belasah), aku selalu baca orang tulis yang derang rindu nak kembali ke zaman sekolah, zaman belajar kat university, zaman kekanak, etc. Orang-orang camnih pada aku, sure life derang taim tu meriah dan happening. Tu pasal lah derang tulis camtu.

Pada aku, moment yang paling buat aku hepi, sekarang nih lah. Bila dah kahwin dan ada anak-anak. Dan kalau diberi peluang untuk patah balik ke zaman-zaman dulu, sumpah mati hidup balik aku tamau.

Apa je part yang manis dalam life aku dedulu ek? Semuanya macam sedih-sedih je. Kenangan manis just ketika aku dan adik-adik aku membesar sesame. Selain tu.. semuanya tough life.

Life taim sekolah rendah:

Lahir dalam family yang semekin memang takde apa yang boleh dibanggakan selain kasih sayang sesama adik-beradik. Dah la hidup semekin, merempat, kekecik lagi dah kena berdikari mengemas rumah, memasak, jaga adik, membasuh. Besar woo tanggungjawab aku sebagai anak sulung (adik-beradik pulak 10 orang) Maklum lah arwah ibu bercerai dengan ayah masa umur aku 10 tahun. Teringat lagi saat-saat pedih bila arwah ibu kena halau keluar rumah oleh family mertua dia. Taim tu ayah sakit tak boleh bangun. Menangis aku sebelah ayah suruh bangun kejar arwah ibu. Aku tengok aiir mata ayah mengalir walaupun mata dia tertutup rapat. Pilu beb. Arwah ibu & ayah sebenarnya sayang-menyayangi. Cuma tu lah.. family.

Membesar tanpa arwah ibu buat kami adik-beradik serba kekurangan. Kena dera dengan saudara mara, memang perkara biasa. Pergi sekolah tak berduit pun mender biasa. Kenkadang balik sekolah jalan kaki 10km pun dah jadi biasa. Cuma yang paling sedih bila nak jumpa arwah ibu pun kena curi-curi. Kalau tak sure berbirat tengah belakang.

Life taim sekolah menengah:

Apa yang jadi dalam hidup ni, kita kena sentiasa redha. Baru nak rasa erti bahagia, arwah ibu meninggal dunia lepas rujuk 2 tahun dengan ayah. Hebat betul dugaan. Aku nak amik SPM lak taim tu. Kesian adik-adik aku jugak. Aku rasa kalau rancangan Bersamamu TV3 tu wujud taim ni, family aku layak masuk TV. Hidup 10 beradik dengan ayah tunggal yang keje sebagai pak guard gaji seciput. Tinggal dalam rumah yang takde bekalan letrik dan air selama 3 tahun lebih. Oh, serius daif. Hari-hari hidung aku adik-beradik berjelaga sebab asap pelita / lilin. Hitam. Semua pelita aku merasa pakai. Pelita minyak tanah. Tak cukup duit beli minyak tanah, pakai lak pelita karbait. Takde duit beli karbait pakai lilin je lah.

Life taim university :

Hidup serba kekurangan banyak mengajar supaya jangan meminta-minta. Apa yang ada, terima seadanya. Ada makanan, makan. Tak ada, sila puasa. Dapat duit PTPTN bahagi dua. Separuh untuk belanja sepanjang semester, separuh lagi hantar balik kampung untuk adik-adik. Ramai yang pelik bila aku cakap aku tak pernah sampai Langkawi masa study kat UUM dulu (sampai sekarang aku belum pernah jejakkan kaki ke Langkawi ok). Padahal bukannya jauh pun Langkawi tu. Aku senyum je. Gua bukan macam lu orang beb. Gua takde duit. Oh, masa final semester rumah ayah dah dapat bekalan elektrik dan air. Hasil suara lantang aku bangkitkan perkara nih masa perjumpaan anak-anak negeri Melaka dengan Ali Rostam kat kampus.

Life taim memula bekerja:

Duduk sendiri di KL ni banyak cabarannya. Turun naik jatuh bangun pepandai sendiri lah. Kalau bebudak zaman aku beli henpon Nokia 3310 (yang femes taim tu) guna duit loan university. Aku hanya mampu pakai bila dah 3 kali tukar kerja. Fuhh.. hazab ok. Taim ni cinta datang dan pergi. Aku belajar satu perkara penting: Cinta tanpa perkahwinan adalah pembaziran masa, wang, dan emosi yang sia-sia. Percayalah.

So, u see.. tang mana aku nak rindu-rindu life zaman memuda dulu. Semuanya sedih manjang.

Life sepas berkahwin:

Jangan menaruh harapan pada orang yang kita cinta, tapi curahkan kasih sayang pada dia yang menyayangi kita. Alhamdullilah. Rasanya ni la saat yang paling bahagia. Tak lama aku kenal Mamoru. Tahun tu kenal hati budi, tahun tu jugak bertunang. Kalau tak sebab duit tak berapa nak cukup buat kenduri kawin, confirm tahun yang sama jugak aku menikah.

Dan Mamoru pun bukan datang dari keluarga gahara. Yatim piatu dibesarkan oleh nenek. Sendiri boleh agak macam mana situasinya. Sure lagi menyedihkan. Mungkin sebab tu kami sesama menghargai apa yang kami ada sekarang.

Kata otang life begin at 40. Err perumpamaan untuk lelaki kot. Tak kisah lah. Pada aku, life aku bermula sekarang.. pada umur aku 30-an :)

Yeh bebeh.



2 comments:

Biqque said...

sedih gile cite u :( takpe, that what makes u today, right?

ummi said...

sedih...tskkk..tp like Biqque said...alhamdulillah.... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...