KENGKAWAN

Wednesday, June 15, 2011

Sembang kosong

Minggu nih memang lama jugak lah aku tak berjumpa dengan Mamoru. Dia outstation ke Ipoh, aku pulak ke Kuantan. Haih. Kesian kat anak-anak. Nak buat camne kan. Memasing keje.

 

Oh, cakap pasal keje. And so today will be As's last day in the office. She will be transferred to (I dont know where). Remember my entry on err.. tak ingat (its about me being forced to write a transfer letter for 2 of my colleagues). Dan hari nih seorang dah kena transfer. Seorang lagi, soon, maybe. As ni staff yang baik. Laser tapi rajin. Takde apa yang aku boleh buat untuk pertahankan dia. Aku bukan big boss kat sini. Aku cakap kat As, kalau dia rasa teraniaya, dia boleh buat surat dan report pada NU*E. Aku percaya NU*E boleh bantu clerk macam dia. InsyaAllah.

 

Bulan nih last month untuk sorang lagi colleague kat ofis ni. Dia dah hantar resign letter last month. Nak tukar kerjaya jadi lecturer katanya. Tapi sebab sebenar dia berhenti hanya kengkawan terdekat kat dept ni je tau. Haih. Bila boss suruh dia fikirkan semula niat untuk resign dan fikir tentang bonus yang kompeni akan bagi dalam masa dua tiga bulan lagi, kata dia, 'duit bukan lah segala-galanya'. Fuhh hebat. Betul cakap dia, duit bukan segalanya. Kalau difikirkan, memang dia rugi berhenti dari sini. Bonus tak dapat, pastu kena pulak bayar semula duit scholarship yang dia dapat masa belajar dulu. Tapi demi mengejar environment pekerjaan yang menenangkan jiwa (read as, takde orang busuk hati macam kat ofis ni), maka dia tekad untuk resign.

 

Dah. Cakap pasal mender hepi pulak.

 

Hm, dalam masa sebulan lebih lagi kita akan sambut bulan puasa ek. Dan dalam bulan puasa nih jugak semua wiken aku free. Semua ok. Tak ada part time job Makeupfreak taim tu. First time tau dalam tahun nih. Maklumlah, siapa je yang nak buat majlis kahwin taim puasa ye dak? Tapi ada yang request aku buat Makeup Class pulak. Tengok lah. Aku bukan tanak buat tapi rasanya cam jadual aku fully book je time puasa.

 

Wiken first puasa nak berbuka dengan family aku

Wiken second puasa berbuka dengan family Mamoru

Wiken third pulak portluck berbuka dengan kengkawan sekolah / kengkawan outdoor

Wiken last puasa nak balik kampung masak dodol, kuih segala.

 

Haa tang bilanya aku free nak mengajar nih?

 

Raya ketiga aku dah sambung balik job Makeupfreak. Memang tak menang tangan la dik nonn.. huhu

 

2 comments:

Biqque said...

menarik gak part kelas tu :D

Anonymous said...

Boleh invite saya for the makeup class? Here is my email address nurulshima538@hotmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...