KENGKAWAN

Tuesday, July 26, 2011

Kos 2 anak untuk sebulan

Aritu period aku lambat seminggu. Fuhh memati aku ingat dah terbabas ke apa. Ketaq lutut dah nih. Nyaris aku nak beli pregnancy test. Wheww.. kuss semangat. False alarm. Legaa uols.

Mamoru pulak, boleh cakap, "Alaa tak dapat ge-girl la macam ni"..

Ewah, ewah. Sesuka je nak order macam tu. Macam order lauk favourite dia pula.. hihi.

Best sebenarnya kalau dapat rasa pregnant lagi. Kalau terbabas aritu, maknanya tetiap tahun la aku deliver baby.. huhu. Aku memang nak tambah baby lagi tapi bukan dalam masa terdekat lah. Tunggu Ariff dan Amarr besar sikit. At least, tunggu dedua pandai bercakap or bila dedua dah masuk pre-school.

Macam sekarang, communication adalah masalah utama. Esp bila Ariff cuba tarik perhatian aku bila aku tengah sibuk focus kat Amarr. Aku sedih tengok Ariff macam upset bila aku tak faham apa yang dia cuba sampaikan. Kalau boleh aku tanak lalui situasi macam nih lagi dengan anak-anak yang lain. Sangat frustrated tau. Ariff frust, aku frust.. Mamoru frust.. tsskk.

Ariff sekarang dah 2 tahun 1 bulan. Dah boleh diharap:

Dah pandai pegang botol susukan Amarr. Comel je.
Kalau dia sepahkan mainan pun dah pandai kemaskan balik.
Rajin pun iya. Kalau aku melipat baju, sibuk nak tolong lipat jugak. Tapi tak pandai lipat lagi lah.. dia main hentam gulung-gulung je.. hihihi
Dia sayang sangat kat adik Amarr. Asyik nak kiss Amarr aje.
Bab makan agak memilih. Payah betul nak suap sesudu nasi. Asyik tak nak aje. Berat tak naik-naik, tinggi je yang naik.
Aritu belikan Ariff kasut. Beli saiz untuk 3 tahun. Tapi terpaksa tukar. Sebab kalau dia pakai stokin dengan kasut tu gerenti ketat. Kena beli saiz untuk 4 tahun!

Oh berbalik pada main reason yang menyebabkan aku terpaksa fikir dulu untuk pregnant lagi:

1. Takde maid. Nak amik orang gaji, tapi takut anak aku kena dera.

2. Tak dapat bagi perhatian yang cukup kat anak-anak. Aku ni mummy yang berkerja. Kalau sorang anak, boleh la focus kat sorang je, kalau tiga? empat? Weekend tak cukup derr nak spend untuk mereka.

3. Kos. Ni antara yang penting. Untuk 2 orang anak je kos sebulan aku setakat ni adalah:

i) Babysitter = RM 550.00
ii) Susu = RM 932.00 (Satu tin susu je dah dekat seratus ringgit!)
iii) Pampers = RM 210.00
iv) Medical = RM 200.00

Total = RM 1,892.00

Nih baru dua anak. Kalau tiga anak? empat?? Pastu kalau anak dah start sekolah pulak macam mana la gamaknya ek? Nampaknya kena saving dengan lebih gigih lagi pasnih.. tsskk.

Nih lah antara sebab-musabab kenapa orang sekarang nih pilih untuk beranak sorang dua je. Bukan tanak anak ramai. Kos nya terlalu tinggi uols. Lelebih lagi bila duduk kat KL nih. Serba serbi mahal. Rumah teres kecik nak mamfus pun harga cecah juta-juta. Macam mana nak berklorga besar kalau duduk rumah kecik? Kita bukan hidup zaman dolu-dolu. Dulu mak-bapak boleh selamba besarkan sepuluh anak-anak. Kos dulu dan sekarang banyak nau bezanya.

Lain lah kalau aku Angelina Jolie ke, Victoria Beckham ke. Tak kisah beranak ramai-ramai. Derang tu kaya. Kalau aku jadi derang, confirm keje aku beranak je.. pastu berjoli katak spend quality time dengan anak-anak round the world..




Susu untuk Ariff.. 4 tin sebulan




Susu untuk Amarr.. 6 tin sebulan




Pampers.. 6 pek untuk 2 orang :)

Monday, July 25, 2011

Last xtvt sebelum puasa

Aku tengah pissed off. Perasaan marah bercampur baur dengan bengang, menci, meluat dan seangkatan dengannya. Tak perlu lah nak elaborate lelebih. Dah nak puasa nih, tak kuasa aku nak drag korang semua ke arena pengumpatan. Buat tambah dosa je.

 

Sighs.

 

Lets cerita pasal mender yang menghiburkan hati..

 

Hujung minggu nih aku berhujung minggu di Fraser Hills. Dekat je pun. Sejam lebih dari KL kut. Takde event apa pun. Aritu aku gatal tangan pegi booking bunglow kat sana. Murah gila. RM 20 inggit je untuk 3 hari 2 malam (murah sebab kompeni aku punya holiday resort). Kalau orang luar sewa, aku tak tahu lah berapa ratus derang charge.

 

Bunglow tu pulak British punya style. Gila besar. Aku ajak adik-beradik aku join sama. Nak duduk berdua dengan Mamoru rasa macam seramm pulak.. hihi. Maklum lah, aku ada sindrom penakut duduk dalam bandar berbanding dalam hutan.. huhu.

 

So, antara xtvt yang dah di rancang untuk weekend nih:

 

BBQ

Steamboat

Table Tennis

Daypack Gunung Pine Tree Hill

Mandi manda air terjun

Jenjalan area Bukit Fraser

Makan dan makan dan makan pepuas sebelum puasa hihihi

 

Kengkawan yang nak follow daypack pine tree hill weekend ni, jomm arr gegamai. FOC je. Last mendaki sebelum puasa. Estimate time +/- 5 jam (climb+descend). SMS atau tinggalkan message kat sini or jumpa kat Bukit Fraser je minggu ni. Gua bercamping kat atas sana. Bukan camping dalam khemah taw.. dalam bunglow occay. Kelas uols.. huhhu.

 

Wednesday, July 20, 2011

Resepi Pavlova

This is entry is for Ayang & Tie :)

Ok, girls.. grab ur handbags, lets shop for bebahan untuk buat Pavlova! Its very simple and mouth watering tau. Cost pun adalah sangat murah kalau nak compare dengan sebiji Pavlova yang dijual dengan harga RM 148.40 kat Subang. Oh, mahal gila. Better buat sendiri.


Bebahan yang diperlukan (anggaran makan SAMPAI kenyang untuk 6 orang):

6 biji PUTIH telur
1 setengah cawan gula kastor
1 sudu teh cuka
1 sudu teh vanila
1 sudu besar tepung jagung
2 kotak kecil whipping cream
Buan-buahan ikut suka


First pukul putih telur sampai jadi putih macam krim. Pastu masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil mix aduan. Penggunaan elektrik mixer adalah sangat digalakkan tau. Gaul sampai adunan tadi jadi sticky dan kalau kita cedok pakai sudu dan terbalikkan sudu tu, adunan tadi tak jatuh.


Sory gambar senget.. hihi. Tak dan nak adjust. Camnih rupa tahap kepekatan adunan tadi. Pastu masukkan cuka, vanila esen dan tepung jagung.. kacau sampai sebati.


Sediakan dulang pembakar yang di alas dengan kertas (ala apa orang panggil kertas alas kek tu, lupa arr). Tapi aku tak guna pun kertas tu. Tak sempat nak beli.. huhu. Aku guna dulang yang dah disapu dengan sedikit butter.


Bentukkan adunan tu jadi bulat macam dalam gambar atas. Panaskan oven dalam 150'c. Bakar adunan tadi selama 1 jam 45 minit. Sila jangan buka pintu oven dalam tempoh ni ok.


Selepas pavlova masak, biarkan ia sejuk dalam oven selama setengah jam pastu baru keluarkan. Biarkan pavlova sejuk dan mengeras dalam suhu bilik sebelum letak whipping cream.


Untuk buat whipping cream pulak, masukkan whipping cream dalam mixer dan putar sampai pekat. Whipping cream ni memang tawar sikit. Tapi jangan risau sebab rasa dia akan jadi just nice bila dimakan dengan pavlova. Sapu whipping cream atas pavlova dan decorate la pavlova uolss dengan buah-buahan feveret :)


Boleh dimakan taim tu juga atau letak dalam fridge.

Selamat meng-impress dan mengenyangkan perut orang-orang tersayang :)

Tuesday, July 19, 2011

Sembang dapur

Hidup kena sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang ada di sekeliling kita, baru datang rasa hepi, mood pun mantain ceria hehari.

 

Ok. itu ayat penerang hati untuk hari ni ya adek-adeks.. hihi.

 

Makin nak puasa ni, aku semakin rajin turun dapur. Dah berapa hari berturut aku memasak tanpa henti. Siap buat kek Pavlova lagi tau. Sedap gila. Puji diri sendiri pulak. Tapi bila satu family Mamoru kasi sapu licin dulang kek Pavlova aku dalam masa beberapa minit, kira sedap laa kan.. huhu. Bagus, bagus. Bertambah semangat aku nak memasak.

 

Mamoru mesti pening dengan aku. Aritu, seminggu aku gila masak western. Bake potato gratin la, chicken parmagiana laa, even resepi bergedel pun aku ubah suai jadi western dish huahuahua. Minggu nih aku gila memasak desert ala omputeh pulak. Ohh.. pavlova itu memang sedap uols. Bubuh blueberry dengan strawberry bebanyak..  yummeh. Kalau buat juadah berbuka memang itu yang aku serang dulu.. hihi. Resepi nanti aku upload ok :)

 

Next, aku aim nak buat macaron pulak.

 

Dah. Dah. Asal sebut puasa je mesti sebut makanan. Insaf la aD.. awak tu dah tua.

 

Oh sebut pasal tua, Ahad lepas genap usia aku 32 tahun. Hepi belated birthday to me! Alhamdullilah, usia bertambah tapi rupa mantain lagu nih jugak huhuhu. Perangai lagii laa. Tak macam mak budak.. hihi. Thanks to kengkawan yang memenuhkan wall facebook aku dengan birthday wishes. Banyak gila, tak ter-reply satu persatu.
 
Tenkiu. Tenkiu. Tenkiu. Itu je yang mampu aku ucap :)

 

 

Friday, July 15, 2011

Rilek-king

Syok gila layan lagu Feminin dengan Elite. Teringat zaman terkinja-kinja dulu.

Kena pulak cuti seminggu lepak kat rumah sambil cuba mengembangkan badan yang tak kembang-kembang ni huhuhu.

Update entry baru? Think u have to wait a lil longer babe. I'm in a holiday mood.

Ok time to move ur body. Get into the rythm. Lets dance!

~Kita bersama mengejar mimpi, terpisah sementara ku pasti. Suatu hari nanti cinta kita bersemi, kembali menerangi, mekar di taman hati~

Wednesday, July 13, 2011

Korbu-Gayong ditawan

XPDC Korbu-Gayong (via Sg Termin): 4hari 3 malam

Alhamdullilah, another mission accomplished! Gunung Korbu dan gunung Gayong ditawan dengan jayanya dalam masa 4 hari 3 malam. Tahniah kat diri sendiri sebab dalam usia yang mencecah 32 tahun, ditambah pulak anak dah dua, aku masih larat lagi meneruskan aktiviti lasak macam ni. Syukur. Semoga aku terus bersemangat untuk mendaki lagi.

Dan terima kasih yang tak terhingga buat Mamoru tersayang yang sangat supportive dan sporting bak kata team xpdc aritu. Susah nak jumpa hubby sebaik Mamoru (kata derang). Dan aku setuju. He's one in a million!

Mamoru tak dapat join trip kali ni. Dia ada training pula last minit. Memula aritu memang nak tarik diri. Tapi disebabkan jadual aku (weekdays & weekends) adalah sangat padat, maka terpaksa lah aku join xpdc Korbu-Gayong secara solo. Kalau tak sekarang, bila lagi?

Pengalaman? Gambar sepanjang trek? Tunggu, sekejap lagi aku upload entry pasal trip nih. Tapi sebelum tu, layan teaser gambar dan video dibawah. Aku amik dua hari lepas kat puncak Korbu & puncak Gayong.


Kat puncak gunung Korbu tiga hari lepas (ketinggian 7162 ft. suhu taim ni 10'c)


Kat puncak gunung Gayong dua hari lepas.


First time upload video. Konon nak tunjuk betapa sejuknya puncak gunung Korbu nih (suhu taim nih 10 darjah celcious. Sekali Sham Castello (guide) selamba lalu belakang gua berkemban kain pelikat je. Apakah? Hebat betul guide Korbu nih..

Tuesday, July 05, 2011

Hati yang tak keruan

Hikhik..

 

Aku kan, selagi mood tak swing, selagi tak hemo-hemo, selagi tu laa tak berupdate entry kat sini.

 

Hari ni, nak mengadu pasal aku yang keseorangan di tinggalin oleh kekaseh hati. Macam biasalah, dia outstation. Dan bila dia outstation, baru lah aku nak terhegeh-hegeh nak rindu-rinduan segala. Nih la namanya take things for granted. Bila dia ada depan mata, buat tak reti je. Bila dah berjauhan camni, rasain. Padan muka.

 

Jumaat ni start masuk hutan. Risau. Boleh ke aku handle semua sengsorang? Bawak ration sendiri, bawa khemah sendiri. Tadi ada try contact Sham Castello. Nak tanya pasal line up. Mana lah tau ada group yang aku boleh menyelit. Tapi tak dapat pulak. Dia tak keluar hutan lagi rasanya. Kalau tak silap aku, sekarang nih dia tengah trekking kat Murud kut. Haih. Harap dapat contact dia sebelum gerak masuk hutan.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...