KENGKAWAN

Tuesday, July 26, 2011

Kos 2 anak untuk sebulan

Aritu period aku lambat seminggu. Fuhh memati aku ingat dah terbabas ke apa. Ketaq lutut dah nih. Nyaris aku nak beli pregnancy test. Wheww.. kuss semangat. False alarm. Legaa uols.

Mamoru pulak, boleh cakap, "Alaa tak dapat ge-girl la macam ni"..

Ewah, ewah. Sesuka je nak order macam tu. Macam order lauk favourite dia pula.. hihi.

Best sebenarnya kalau dapat rasa pregnant lagi. Kalau terbabas aritu, maknanya tetiap tahun la aku deliver baby.. huhu. Aku memang nak tambah baby lagi tapi bukan dalam masa terdekat lah. Tunggu Ariff dan Amarr besar sikit. At least, tunggu dedua pandai bercakap or bila dedua dah masuk pre-school.

Macam sekarang, communication adalah masalah utama. Esp bila Ariff cuba tarik perhatian aku bila aku tengah sibuk focus kat Amarr. Aku sedih tengok Ariff macam upset bila aku tak faham apa yang dia cuba sampaikan. Kalau boleh aku tanak lalui situasi macam nih lagi dengan anak-anak yang lain. Sangat frustrated tau. Ariff frust, aku frust.. Mamoru frust.. tsskk.

Ariff sekarang dah 2 tahun 1 bulan. Dah boleh diharap:

Dah pandai pegang botol susukan Amarr. Comel je.
Kalau dia sepahkan mainan pun dah pandai kemaskan balik.
Rajin pun iya. Kalau aku melipat baju, sibuk nak tolong lipat jugak. Tapi tak pandai lipat lagi lah.. dia main hentam gulung-gulung je.. hihihi
Dia sayang sangat kat adik Amarr. Asyik nak kiss Amarr aje.
Bab makan agak memilih. Payah betul nak suap sesudu nasi. Asyik tak nak aje. Berat tak naik-naik, tinggi je yang naik.
Aritu belikan Ariff kasut. Beli saiz untuk 3 tahun. Tapi terpaksa tukar. Sebab kalau dia pakai stokin dengan kasut tu gerenti ketat. Kena beli saiz untuk 4 tahun!

Oh berbalik pada main reason yang menyebabkan aku terpaksa fikir dulu untuk pregnant lagi:

1. Takde maid. Nak amik orang gaji, tapi takut anak aku kena dera.

2. Tak dapat bagi perhatian yang cukup kat anak-anak. Aku ni mummy yang berkerja. Kalau sorang anak, boleh la focus kat sorang je, kalau tiga? empat? Weekend tak cukup derr nak spend untuk mereka.

3. Kos. Ni antara yang penting. Untuk 2 orang anak je kos sebulan aku setakat ni adalah:

i) Babysitter = RM 550.00
ii) Susu = RM 932.00 (Satu tin susu je dah dekat seratus ringgit!)
iii) Pampers = RM 210.00
iv) Medical = RM 200.00

Total = RM 1,892.00

Nih baru dua anak. Kalau tiga anak? empat?? Pastu kalau anak dah start sekolah pulak macam mana la gamaknya ek? Nampaknya kena saving dengan lebih gigih lagi pasnih.. tsskk.

Nih lah antara sebab-musabab kenapa orang sekarang nih pilih untuk beranak sorang dua je. Bukan tanak anak ramai. Kos nya terlalu tinggi uols. Lelebih lagi bila duduk kat KL nih. Serba serbi mahal. Rumah teres kecik nak mamfus pun harga cecah juta-juta. Macam mana nak berklorga besar kalau duduk rumah kecik? Kita bukan hidup zaman dolu-dolu. Dulu mak-bapak boleh selamba besarkan sepuluh anak-anak. Kos dulu dan sekarang banyak nau bezanya.

Lain lah kalau aku Angelina Jolie ke, Victoria Beckham ke. Tak kisah beranak ramai-ramai. Derang tu kaya. Kalau aku jadi derang, confirm keje aku beranak je.. pastu berjoli katak spend quality time dengan anak-anak round the world..




Susu untuk Ariff.. 4 tin sebulan




Susu untuk Amarr.. 6 tin sebulan




Pampers.. 6 pek untuk 2 orang :)

4 comments:

Angah said...

Imagine me with 3 kids. Mujur Arief dah sekolah tapi tetap la hantar daycare sblh petang. Taska untuk 3 orang RM655. Susu untuk Arief dan Adneen RM250++. lain2 tu dlm 300..

Cuma angah buat penjimatan skala besar dengan masih exclusive BF Riefqi dan guna Cloth Diapers. So dah jimat dekat RM400 kat situ.

kalau AD guna CD boleh jimat RM210 sebulan.

Try la..

Elyn Sani said...

beb u nk beli susu enfa murah tak? i dpt dlm setin 86. if u interested, i bg contact no tru FB. u pm i nnt ek.

Zana S said...

hehe... memang pening fikirkan belanja anak2 sekarang ni. insya Allah, rezeki ada.. cuma kena banyakkkk bersabar.

~AwanDania~ said...

yupp...sokong angah..since i'm one of the CD reseller..mmg jimat sgt..potong part pampers tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...