KENGKAWAN

Tuesday, July 19, 2011

Sembang dapur

Hidup kena sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang ada di sekeliling kita, baru datang rasa hepi, mood pun mantain ceria hehari.

 

Ok. itu ayat penerang hati untuk hari ni ya adek-adeks.. hihi.

 

Makin nak puasa ni, aku semakin rajin turun dapur. Dah berapa hari berturut aku memasak tanpa henti. Siap buat kek Pavlova lagi tau. Sedap gila. Puji diri sendiri pulak. Tapi bila satu family Mamoru kasi sapu licin dulang kek Pavlova aku dalam masa beberapa minit, kira sedap laa kan.. huhu. Bagus, bagus. Bertambah semangat aku nak memasak.

 

Mamoru mesti pening dengan aku. Aritu, seminggu aku gila masak western. Bake potato gratin la, chicken parmagiana laa, even resepi bergedel pun aku ubah suai jadi western dish huahuahua. Minggu nih aku gila memasak desert ala omputeh pulak. Ohh.. pavlova itu memang sedap uols. Bubuh blueberry dengan strawberry bebanyak..  yummeh. Kalau buat juadah berbuka memang itu yang aku serang dulu.. hihi. Resepi nanti aku upload ok :)

 

Next, aku aim nak buat macaron pulak.

 

Dah. Dah. Asal sebut puasa je mesti sebut makanan. Insaf la aD.. awak tu dah tua.

 

Oh sebut pasal tua, Ahad lepas genap usia aku 32 tahun. Hepi belated birthday to me! Alhamdullilah, usia bertambah tapi rupa mantain lagu nih jugak huhuhu. Perangai lagii laa. Tak macam mak budak.. hihi. Thanks to kengkawan yang memenuhkan wall facebook aku dengan birthday wishes. Banyak gila, tak ter-reply satu persatu.
 
Tenkiu. Tenkiu. Tenkiu. Itu je yang mampu aku ucap :)

 

 

2 comments:

WaN dAn TiE said...

salam..
ad nak resepi pavlova nie boleh...terliur ler :))

mrs puex said...

kakak..
resepi plissss...:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...