KENGKAWAN

Wednesday, August 10, 2011

Dah hari ke 10 : Hebat!

Hari ke 10 berpuasa.

 

Sekejap betul. Tak sedar pun. Cuma terasa agak lain bila berat aku turun mendadak. Sebelum puasa aritu dalam 40kg. Sekarang aku rasa konpem dah jadi 37kg. Aku nih kalau tak makan dengan kerap memang laju je berat turun. 37kg ni kalau diukur dengan ketinggian aku memang totally under weight. Bak kata sorang colleague kat ofis, badan aku nih dah macam papan bergerak.. huhuu.

 

Mengantuk ni sebenarnya. Dah dua malam tak tidur sebab jaga hero-hero kecil yang tak sihat. Malam tadi Ariff muntah selang sejam. Habis semua bantal, cadar, quilt kena tukar. Dua kali aku mandikan Ariff malam tadi. Kesian dia tidur tak lena . Amarr pulak, dah start batuk-batuk. Haih.

 

Oh, hujung tahun ni ada xpdc mendaki gunung Chamah dan gunung Ulu Sepat. Fuhh.. ni antara puncak gunung yang ada dalam wish list aku. Nak pegi ke tanak ek? Kalau ikut plan asal (plan untuk kategori orang yang dah kahwin dan beranak-pinak), aku just nak takluk 2 gunung je dalam tempoh setahun. Aritu dah spent 4 hari dalam hutan. Nih nak tambah lagi 5 hari masuk hutan, aduyaii.. bukan aku tanak beb.. tapi, annual leave aku tinggal 6 hari je lagi (lepas tolak cuti raya). Ntah sempat ke tak aku save cuti untuk trip nih.

 

Tapi, kalau jadi aku join trip ni, maknanya tinggal 2 puncak gunung je lagi untuk aku cukupkan senarai G12! Pastu baru boleh bersara  berilek-rilek layan puncak gunung lain pulak.. hihi

 

G12

Gunung Kinabalu - Conquered

Gunung Trusmadi - Conquered

Gunung Tambuyukon - Conquered

Gunung Murud

Gunung Mulu - Conquered

Gunung Tahan

Gunung Korbu - Conquered

Gunung Gayong - Conquered

Gunung Yong Belar - Conquered

Gunung Yong Yap - Conquered

Gunung Chamah

Gunung Ulu Sepat

 

Ok stop. Nak sambung tulis log Korbu-Gayong aritu. Berjaman nak menyiapkannya.

 

Err.. cerita pasal persiapan raya? Nanti ler. Banyak cerita nak ditulis nih. Banyak entry tak berpublish. Tunggu.. (sampai berjanggut la kau.. huahuahua)

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...