KENGKAWAN

Wednesday, August 24, 2011

Hampir kehilangan Amarr

Aku ada tanya soalan ni kat FB: Apa korang rasa kalau anak korang tiba-tiba terkulai layu dan sukar bernafas? Menakutkan kan?

Ada yang suggest bagi CPR lah, etc. Aku tak rasa CPR berguna untuk situasi ni sabab masa ni, Amarr masih boleh bernafas, cuma agak tersekat-sekat.

Sampai sekarang, aku tak sure apa yang menyebabkan Amarr jadi macam tu. Dari HUKM sampai lah ke Pantai Bangsar Specialist aku bawak dia. Still tak ada apa-apa.


********************************************************



*Amarr dah nampak ok sikit masa ni. Tapi badan still merah-merah


Pagi tu (11/8/11) aku amik Emergency Leave. Plan asal nak jaga Ariff sebab dia muntah-muntah sepanjang malam. Badan dia lembik dan lemah je. Amarr pun tak berapa sihat jugak. Dia baru bangun tidur. Tapi kemain aktiff lagi merangkak keliling ruang tamu sambil main toys dia.

Sebelum mandikan Amarr, aku letak dia dalam walker. Bagi makan nestum. First time aku bagi dia makan nestum jenis Oat & Prun (Nestle). Tiga sudu besar aku bagi dia makan. Masa aku suap tu dia still ok lagi. Bila dah dekat nak habis, Amarr start menangis.

Aku ingatkan dia rimas sebab tak mandi ke apa. Aku keluarkan dari walker pastu tanggalkan baju dia bawak pergi mandi. Masa kat dalam bilik air, Amarr nangis makin kuat dan start meronta. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Aku bawa masuk dalam bilik. Baringkan atas katil. Masa ni aku perasan ada banyak gila bintik-bintik kecil keluar serentak dari seluruh badan dia. Telinga, kaki, perut, tangan, muka, leher..

Cecepat aku pakaikan Amarr baju. Pastu capai beg, sarung selipar terus cakap kat Mamoru aku nak keluar pergi klinik. Mamoru suruh tunggu sekejap sebab ada orang kat dalam rumah kami. Takkan nak biarkan derang dalam rumah macam tu je. Tapi aku tak nak. Aku dapat rasa macam ada something yang akan jadi. Aku tak boleh tunggu. Amarr taim tu asyik menangis je. Maybe dia rasa gatal dan tak selesa dengan biji-biji yang timbul kat badan dia. Aku suruh Mamoru follow bila staff TM yang datang ke rumah kami pagi tu siap tukar line Streamyx ke Unifi.

Aku jalan kaki pergi klinik. Dekat je pun Poliklinik An-Nisa tu dengan rumah aku. 5 minit berjalan.

Masa dah dekat nak sampai area restoran Q-Bistro, Amarr tiba-tiba senyap dan terkulai atas bahu aku. Aku angkat kepala Amarr nak tengok muka dia. Mata Amarr tertutup. Satu badan Amarr jadi merah gelap. Hujung jari kaki dan tangan jadi kehitaman. Muka Amarr.. ya Allah.. Muka Amarr pucat macam..... ya Allah, selamatkan lah anak aku..

Aku peluk Amarr kuat-kuat sambil berlari pergi klinik. Sesekali, aku goncang badan Amarr dan jerit panggil nama dia suruh bangun. Air mata aku toksah cakap lah. Laju macam hujan. Klinik yang paling dekat pun aku rasa jauh gila. Orang kiri-kanan pandang aku curious. Aku tak peduli apa dah taim ni..

Masuk je klinik, aku terus terjah bilik doktor. Nasib baik takde patient lain taim ni.. Terkejut doktor tu tengok aku.

Amarr still tak beri apa-apa respon. Doktor check dada Amarr. Nadi Amarr. Saluran nafas Amarr semakin sempit katanya. Dia suruh aku bawa terus ke hospital. NOW, kata dia. Aku tak bawa kereta. Mamoru still kat rumah. Doktor tu pun tak bawa kereta. Aku start panik. Air mata ni terus turun non-stop. Aku tengok doktor tu pangku Amarr sambil beri bantuan oksigen. Aku rasa nak breakdown kat situ juga. Tapi aku kuatkan semangat. Aku lari keluar dari klinik.

Kebetulan ada sorang apek cina tengah makan. Aku minta tolong dia hantarkan aku dan Amarr ke hospital. Aku tak tahu lah dia faham ke tak apa yang aku cakap sebab lepas tu dia bantai cakap cina dengan aku. Aku tinggalkan dia pastu lari berdiri tengah jalan. Aku main tahan je satu kereta hitam yang lalu. Ada satu couple dengan anak dia dalam kereta tu. Wife dia turunkan cermin kereta, aku dah sampai tahap merayu minta dia tolong hantarkan aku pergi hospital. Memula tu wife dia refused. Maybe sebab penampilan aku pagi tu macam orang gila kut.

Dalam keaadaan kelam kabut tu, apek cina tadi jerit-jerit panggil aku dengan loghat cina dia. Dia tunjuk arah teksi yang di parking depan klinik. Walaupun aku tak faham apa dia cakap, aku dapat agak apa yang dia maksudkan.

Aku berlari masuk klinik. Ambil Amarr dari pangkuan doktor. Amarr still lembik. Mata tertutup. Lemah.

Keluar je dari klinik, couple tadi panggil aku dari dalam kereta. Husband dia dah stanby nak bawak aku pergi hospital. Aku terus naik kereta derang. Tak jadi naik teksi apek tadi sebab teksi dia still kat tempat parking. Dari tunggu dia reverse kereta, better aku naik kereta hitam tu.

Dalam kereta, aku cuba kejutkan Amarr. Sepanjang masa aku panggil nama dia. Aku taknak dia tidur. Aku tanak apa-apa jadi pada dia. Air mata aku mengalir lagi.

Dalam keadaan cemas macam tu, aku rasa bersyukur sangat sebab rumah aku dengan HUKM tak sampai 5 minit drive. Kami sampai emergency unit dalam masa beberapa minit je sebab Husband dia drive laju gila. Habis lampu traffic semua dia langgar. Dan masa tu aku rasa kalau dia nak claim duit saman yang dia kena bayar, aku tak kisah langsung!

Sampai emergency unit, aku terus lompat keluar. Aku dah separuh menjerit masa ni.. "Tolong anak saya!". Ramai juga MA dan nurse yang attend Amarr masa ni. Doktor pakar dan doktor pelatih pun ramai. Untuk seketika aku rasa lega sikit sebab dikerumumi oleh doktor pelatih. Walaupun derang baru nak belajar jadi doktor, at least, derang sentiasa ada dekat situ bila aku nak tanya sesuatu.

Amarr masa ni masih lagi lemah. Masa doktor bagi dia oksigen dan cucuk tangan dia, dia buka mata sekejap. Tapi tak bersuara. Menangis pun tak. Merah dedua belah mata Amarr. Penuh badan Amarr dengan wayar.. dekat dedua belah tangan, dekat dada, dekat hidung, dekat kaki.. tsskk. Masa ni Mamoru sampai. Aku nak peluk Mamoru. Menangis kat bahu dia. Tapi kaki aku tak boleh bergerak tinggalkan katil Amarr. Sekejap tu Mamoru keluar uruskan pendaftaran Amarr.

Sejam lepas tu Amarr terjaga. Dia menangis! Syukur ya Allah. Rindunya aku dengar suara dia. Amarr nak aku dukung. Bila doktor cakap ok, aku angkat dia pelan-pelan. Susah nak dukung dalam keadaan wayar berselirat macam tu. Kata doktor, nasib baik aku cepat bawa Amarr pergi hospital. Kalau tak mungkin aku dah kehilangan Amarr! Sedih gila. Doktor ada mention nak tahan Amarr. Nak pantau perkembangan dia. Aku tak kisah, derang nak tahan berapa lama pun aku tak kisah, janji Amarr kembali sihat.

Masa dalam ward, lebih 5 orang doktor pelatih tanya aku pasal Amarr. Kalau dulu aku cepat rasa irritating mengulang cerita yang sama berkali-kali, tapi kali ni aku tak kisah. Nak suruh aku ulang cerita seribu kali macam mana Amarr boleh jatuh sakit pun aku tak heran. Janji derang boleh gunakan research derang untuk bagi clue atau explanation kenapa Amarr boleh tiba-tiba sukar bernafas.

Dan malam tu, juga sama macam hari kelahiran Amarr di Al-Islam - deja vu. Aku berada di ward HUKM yang sama dan bebetul bersebelahan dengan katil yang Ariff duduk masa Ariff kena admitted dulu.

Malam tu aku bermalam di HUKM teman kan Amarr. Alhamdullilah, warna kulit Amarr berumah jadi normal sikit demi sikit. Perkembangan dia pun cepat. Cuma kurang aktiff sebab steroid yang doktor guna buat Amarr drowsy.

Alhamdullilah, esoknya Amarr dah boleh keluar. Aku buat follow up dengan Dermatologist kat HUKM dengan Hospital Pantai Bangsar (untuk second opinion). So far, derang tak dapat detect punca Amarr jadi macam tu. Even result prick test yang doktor buat untuk kesan sama ada Amarr ada alergik dengan oat / wheat / prun pun negative. Aku confused. Next month ada follow up appointment kat Pantai Bangsar. Harap doktor kat situ boleh bagi jawapan yang aku cari.

Terima kasih buat hubby yang banyak bagi support dan banyak membantu di saat aku down macam ni. Terima kasih yang tak terhingga juga buat couple yang hantar aku ke HUKM. Aku just sempat ucap terima kasih je kat derang taim tu. Tapi aku tak sempat nak cam kan muka derang. Tuhan je yang dapat balas budi baik derang kat keluarga aku.




*Kulit Amarr yang masih kemerahan*








*Amarr 7 bulan lebih masa first time kena admitted di HUKM*

23 comments:

erlyda said...

sungguh suspen! alhamdulillah xder apa..saya doakan agar diberi kasihatan yang baik selalu

atty's said...

salam aD..sedih , menangis kakty baca entry aD..
dulu kty penah gak alami situasi mcm aD..nie..

alhamdulillah amarr dah okeh..kty rasa mcm amarr alergic ngn nestum tu.

better lepas ni jgn kasi lagi ye..
takecare ok..peluk cium utk amarr
dan selamat hari raya gak utk aD

Cik E said...

alhamdulillah Amarr dah ok dan selamat..
bergenang air mata baca cerita aD ni..

nasib baik aD cepat bawak g klinik...
aD tabahkan hati ye..

Biqque said...

ya Allah...i baca sampai bergenang air mata...i dapat bayangkan apa u rasa masa tu, walaupun i takde anak lagi...masyaAllah...

lagi confuse kalo tatau punca kan? memula i agak sbb allergy, tapi u kata negative...pelik ni, takut kang jadi lagi plak...sampai merah padam tu slalu mmg sesak sekat apa2 tu...haih...camne ek? i think bagus gak u get second ke third opinion ke...ek?

berdoa banyak2...

Bitt (double IS) said...

assalamualaikum..

saya kawan kolej fazi...sangat suspend...kenapa dia buleh jadi cenggitu sebenarnya?

semoga semuanya dipermudahkan...aminn

Cik Qemm said...

Akak, sedihnya. qemmal dari hari tu nak tau cite ni. alhamdulillah amarr da ok. takutnye kak..

semoga amarr, ariff, kak Ad & fuzzy sekeluarga sihat selalu.

love,
qemmal

Elyn Sani said...

Alhamdulillah. I yg baca pun cemas apa lagi u yg hadap situasi tu. Maybe die allergic dgn nestum kot. So lps ni try elak kan la beb....

mrs puex said...

Salam aD;

Syukur aD ambil tindakan yg sgt pantas..ye la..naluri ibu kan sgt kuat..

syukur jugak hukm sgt dekat ngn rumah dan ada insan yg berhati mulia bantu bila saat kita cemas..

semoga baby amarr cpt sembuh n sihat cam biasa..

regards;

ayang,puex,aireen

eid said...

adui cm drama plak... i feel u darl...

alhamdulillah semuanya selamat... ad selalu pegi al-islam kan.. may be leh dapat opinion dari derang jugak...

take care ye! selamat hari raya

yaya+frdz+auf said...

tetiba terdrop by sini. salam kenal. i baca entry u ni sambil nangis2 dok bayang kat anak i kt rumah dan mcmanalah i kalau dlm situasi u. semoga ammar sembuh dan takada apa2 yang serius.

-yaya, bonda A'uf-

Diana AR said...

siptom allergy tu, mungkin doc masih belum pasti..kena jaga2 dgn pemakanan amar

saya kagum dgn tindakan u yang cepat

WaN dAn TiE said...

salam
ad...
entry nie buat t (T__T)
sib baik x der aper2..
ALHAMDULILLAH...
jaga diri+hubby+ sweet babies...
ok
wslm
t

ctfarazila said...

alhamdulillah semuanya selamat... semoga amar dan arif sentiasa sihat... Amin!

ctfarazila said...

Alhamdulillah semuanya selamat... Semoga aD sekeluarga sentiasa sihat dan ceria selalu... Amin!

Anonymous said...

ya Allah...takutnye sy baca....Alhamdullilah amar pulih balik....
trgt ank kt umah pengasuh....

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

mengalir2 air mata sy baca kisah ad ni..dpt bayangkan betapa paniknye kita as ibu rasa masa tu..anak terkulai..hanya tuhan yg tahu ape kita rasa kan?

ttg makanan2 ni..rafiq dulu, dia alahan benda2 ade buah pear, susu lembu, ayam, telur. sy cuba satu2 sebelum tahu result..cuba skit2. 2-3 sudu camtu..tunggu respon pada kulit dia..

takpe ad, jadikan ni as panduan...sian si ammar kan..moga dia cepat sembuh sepenuhnya...amin

aJa said...

uwaa..nanges baca entry ni...aD..semoga bb ammar sihat sejahtera selalu...dulu anak saya pernah alergic jugak makan ketam...pun sama nasib baik cepat g klinik...harap2 semua ok...

AyuArjuna BiGoshh said...

ya allah...terkejutnya...ayu rasa ammar alergic dengan prum takkpum oat nestum tu :(

ummi said...

kak aD,simptom ammar mcm zahra ni. ni link blog dia http://aandes.blogspot.com/search/label/Zahra%20Elena?updated-max=2011-02-23T21%3A32%3A00%2B08%3A00&max-results=20

berdebar baca,harap2 tak jadi lagi pape kat anak2 camtu...sihat selalu...

Atia Adina said...

Alhamdulillah Ammar dah sihat...owh..sesak nafas baca entry ni....rasa nak menangis....anak saya lebih kurang sebaya ngan Amar


-Ad-

-nani- said...

sedih too bc n3 ni..ape doa allhamdulillah...take care...

Prof Azie said...

Salam, segala tanda yang ada menunjukkan allergic, may be result dr tu adalah false negative, so better elakkan bagi makanan yang sama yang menyebabkan symptom tu terjadi..Alhamdulillah...syukur sempat bawa ke hospital...

Puteri Satu said...

ya allah akak yang cemas baca entry ni... rasa ada sama di sepanjang kejadian tuh.. syukurla anak tak apa2... aduhai..klu akak dah pengsan agaknye.. maybe elergic tu kot... atau kot dia tersedak ke time tuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...