KENGKAWAN

Wednesday, August 24, 2011

XPDC Korbu-Gayong - Day 2

Sunday 10/7/11 : Day 2

Pagi yang sangat refreshing. Bangun-bangun je aku dah terjerit tengok pacat melentik-lentik atas ground. Spoil betul.

Aku orang pertama yang siap packing haversack dan tukar baju trekking.. huhu rekod baru tuuu. Biasanya kalau ada Mamoru, aku adalah antara orang yang last packing barang. Kengkadang, Mamoru yang tolong packing kan (kes mengader terlebih). Tapi bila Mamoru tak ada, memang terasa seksa la jugak. Tu yang terus ter-motivated. Yelah, kalau tak, kena tinggal sengsorang dalam hutan la gamaknya. Tak pun kena maki (secara senyap) oleh team xpdc yang lain sebab buat perjalanan derang jadi lambat dan terganggu. Tskk.

Sarapan pagi: Sham nak masak mee goreng. Tapi aku offer dia makan megi in cup je. Kesian pulak nak biarkan dia memasak. So, menu sarapan kami pagi tu, megi segera perisa sayuran. Euw tak sedap dowh. Tak boleh salahkan sesiapa sebab aku sendiri yang beli megi tu.. huhu.

Hampir pukul sepuluh jugak lah baru kami start trekking. Target hari ni nak bermalam di puncak gunung Korbu.

Starting trek agak landai (untuk 15 minit je). Pastu trek adalah hazabbbbb. Naik, naik dan menaik sesajer. Sekali lagi aku jadi peneman sweeper a.k.a orang paling lembab sekali berjalan.. tsskk. Mental tak hingat bila tengok trek yang mencanak. Rasa rendah diri dan rasa down gila bila tengok kengkawan perempuan yang lain jauh ke depan. Tinggal lah aku sengsorang tercungap-cungap kat belakang. Encik sweeper yang duduk belakang aku sure terseksa jiwa-raga mengikut step aku (huhuhu minta maaf).

Hampir setengah nyawa trekking, baru lah aku sampai ke Kem Kijang. Orang depan dah lama sampai. Siap makan-makan lagi. Aku keluarkan granola bar. Makan untuk tambah tenaga. Tak lama kami rehat kat situ. Sham estimate kami akan sampai puncak pukul 6.00 petang. Aku dah start cuak. Dalam hati aku cakap, confirm aku sampai puncak taim malam.. uwaaa. Nasib baik aku dah prepare headlamp kat tempat yang senang capai. In case of emergency, senang nak keluarkan nanti.

Checkpoint seterusnya, LWP (last water point). Ohhh.. hazabb. Trek jenis yang tak kasi can nak berehat. Mencanak manjang. Aku bajet, aku sorang je rasa nak tercabut nyawa mendaki gunung ni. Rupanya yang lelain pun begitu jua adanya.. Maknanya, aku tak keseorangan la kan. Masa kat sini, aku berjaya pintas Amy dan Ila. Tetiba semangat aku datang balik. Rasa macam dah in control dan dah dapat step balik.

Last water point. Aku imagine tempat ni agak rata dan landai, tapi nehii.. rerupanya kat tetengah trek yang mencanak uols! Water source dia pulak, air terjun mini yang mengalir dari celah-celah batu. Kena turun sikit la kalau nak amik air. Biasanya, Mamoru yang akan tolong amikkan air bila sampai waterpoint. Tapi bila dah sengsorang camtu, tak larat macam mana pun, kenalah paksa diri turun amik air jugak. Kalau, mati la ko kehausan sengsorang. Nak menggedik suruh orang lain amikkan, awak tu bukan anak dara lagi. Taim anak dara dulu, boleh lah jual saham. Dah jadi mak orang ni, saham tak laku dik nonn. tsskkkkkkk.

Masa nak turun amik air, Sham tegur aku, "aD tak yah pikul air lah. Sham dah amik 6 liter.".

Lega dengar dia cakap camtu. Tapi aku tetap turun gak. Refill waterbag. Dannn tak sia-sia aku turun. Sedap dan sejuk je minum air kat celah batu. View kat situ pun cantik :)

Kat sini aku stop dalam setengah jam. Menu lunch: nasi putih, telur mata kobau (Sham masak dan tapaukan pagi tu) dengan sambal bilis yang aku bawak dari rumah. Heaven. Menggigil-gigil aku suap makanan sebab lapar yang terlampau.

Habis makan, Encik sweeper suruh aku gerak dulu. Maybe dia nak mengurangkan tahap ke-stress-an dia bila terpaksa menemankan aku duduk belakang. Aku ok jer. Better aku jalan slow tapi gerak awal dari aku jalan lambat dan gerak lambat. Kengkawan yang lain tengah packing barang masa aku sambung trekking.

Berada di depan buat mental aku kembali ok. Takde lah stress tengok orang lain trekking lagi laju dari aku. Aku jalan sengsorang taim ni. Gerun juga sebab Sham ada pesan jangan trekking sengsorang. Takut sesat. Sham ada cerita pasal sorang hiker yang hilang sampai sekarang tak jumpa masa ikut dia trekking kat gunung Yong Yap. Seriau aku. Tetiber je aku duk teringat kat Mamoru, Ariff, Amarr.. macam mana kalau aku sesat dan tak dapat jumpa derang lagi? Uwaaa... nauzubillahminzalik. Aku nak balikkkkk.

Dalam berfikir-fikir tu, aku dah berjaya pintas orang depan aku. Non-stop aku jalan walaupun slow. Walaupun trek Korbu ni bukan lah trek yang terhazabb yang pernah aku daki, tapi untuk orang yang baru 7 bulan lahirkan baby dah dah setahun tinggalkan arena pergunungan, ini dah kira satu pencapaian yang baik jugak lah.

Aku sampai puncak Botak dengan dua tiga hikers lain. Dari Botak, aku boleh nampak puncak Cuban. Amik nafas sekejap pastu teruskan mendaki. Pendakian ke Chuban adalah satu penyeksaan yang keterlaluan. Aku rasa macam buat wall climbing sambil pikul beg berat. Hazabbbb. At one point aku siap mengucap masa nak seimbangkan badan atas dahan kayu kecil sambil berpaut kat tali. Kecut perut makkk..noks.

Dari puncak Cuban, perjalanan masih lagi mencanak. Kat sini aku rasa aku dah jauhhhh tinggalkan team belakang.

Akhirnyaaa.. tepat pukul 4.30 petang aku berjaya tawan puncak gunung Korbu. Lebih awal dari jangkaan. Alhamdullilah. Sham terkejut tengok aku. Yelah, selalu tu, aku orang last sampai. Tapi hari tu, aku pompuan first yang sampai puncak. Sham tengah pasang khemah masa aku sampai (dia sampai puncak pukul 4.00 petang). Aku tumpang tukar baju dalam khemah dia. Nak mandi, takde lah kan. Mana ada punca air. Lap pakai baby wipes je lah. Suhu taim tu bawah 10 darjah. Serjukkk.

Aku tak bawak sweater. Just pakai windbreaker je. Tapi aku tak risau sebab seeping bag aku terbaik! Overland +5. Lebih dari selesa untuk elakkan aku kesejukkan. Mamoru pun ada packingkan glove tebal dalam beg aku. How thoughtful of him. xoxo.

Cuaca hari kedua nih agak cerah. Alhamdullilah tak hujan macam semalam. Dan dari puncak Korbu aku dapat tengok view bandaraya Ipoh. Sayuppp je. Orang terakhir sampai puncak dekat nak pukul 6.00 petang.

Kat puncak, Sham cuba contact team yang mendaki ikut route Sg Senooi guna radio. Rupanya, dah dua hari derang trekking still tak berjaya jumpa Kem View (kemsait yang derang sepatutnya bermalam masa hari pertama lagi). Kesian derang terpaksa bermalam on trek. Hajat nak bertembung dan bermalam sesama dipuncak Korbu tak kesampaian.

Malam tu aku tak makan apa-apa pun sebab kekenyangan makan megi sebelah petangnya. Lepas sesi makan, ada sesi bercerita pulak. Best. Aku rasa orang yang paling kelakar adalah, Sham. He never change. Not even a bit. Still kelakar macam dulu. Wonder macam mana kalau Pok Yie ada sekali, sure lagi gamat fly malam tu.

Anw, bab tidur adalah sangat best. Tapi sesekali aku terjaga juga bila terasa badan Ila bergegar menggeletar kesejukkan. Aku tak sure berapa suhu malam tu. For sure, siapa yang pakai sleeping bag biasa confirm menggeletar kesejukkan.

Dan esok, puncak gunung Gayong pula menanti kami takluk...

p/s: Gambar tak dannn nak letak taim ni. Aku lupa laa kat mana aku save folder gambar xpdc ni. Kalau aku jumpa, aku upload hokeh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...