Friday, September 30, 2011

Need help: Looking for Epipen Jr (urgent)


Dua hari lepas Amarr kena food alergi lagi.

Punca? Aku suap dia roti bun sosej. Tak sure dia alergi pada roti atau sosej atau bijan yang ada atas roti tu.

Kali ni lain sikit kesan alergi yang dia kena. Jarak masa dari makan roti tu pun lama sikit dari dulu - dalam setengah jam rasanya. Memula tu timbul bintik-bintik macam kesan nyamuk gigit kat tangan dan kening dia. Aku boleh cakap kat Mamoru suruh beli Ridsect sebab ingat nyamuk banyak kat dalam rumah nih.

10 minit lepas tu, penuh satu badan Amarr dengan bintik-bintik nyamuk tu. Kelam kabut aku dengan Mamoru pergi klinik. Nasib baik rumah aku penuh dengan adik-beradik & ipar duai taim tu. Boleh derang tengokkkan Ariff sementara aku dengan Mamoru pergi klinik.

Kat klinik, muka Amarr dah start gelembung dan bengkak. Merah menyala warna kulit dia. Aku aci redah je masuk bilik doktor walaupun patient lain ada kat dalam tu. Risau beb. Takut gila kalau Amarr suffocate & collapse macam bulan lepas.

Tapi nasib baik Amarr still aktiff walaupun satu badan bengkak sebab alergi.

Doktor Nazri kat Poliklinik An-Nisa bagi ubat cecair guna syringe masuk mulut Amarr. Dia suruh tunggu 15 minit untuk ubat tu effect. Setengah jam lepas tu, kesan alergi still tak hilang. Doktor bagi satu lagi ubat masuk mulut. Tapi Amarr muntahkan semuanya plus susu yang dia minum sebelum tu. Habis bilik doktor tu kena muntah Amarr.

Doktor buat surat refer untuk masuk hospital - emergency. Aku dah pasrah dah taim nih. Kesian Amarr.

Memula tu doktor nak refer ke HUKM tapi aku suruh doktor tukar refer kan Amarr ke hospital Pantai, Bangsar. Ada orang cakap pakar kanak-kanak kat situ antara yang terbaik. Bukan maksud aku HUKM tak ok. HUKM pun ada banyak advantadge tapi biasalah, aku nak nak service yang paling cepat. Aku nak access direct dan straight forward ke doktor pakar. Semua mak-bapak nak yang terbaik untuk anak derang. Dan since Amarr fully covered under aku punya staff medical benefit, why not gunakan sebaiknya.

Lepas dapat surat refer segala, kami bawak Amarr balik rumah dulu. Kemas barang Amarr packing dalam beg. Bila dah siap-siap nak pergi, Amarr dah tertidur atas bahu Yati (bakal adik ipar). Muka dia dah tak merah sangat. Kesan bengkak pun makin kurang. Mungkin ubat yang doktor bagi tadi mula berkesan kut.

Bila Amarr dah tidur camtu, aku rasa tak sampai hati pulak nak kejutkan. Kang kalau aku bawa pergi hospital macam no point pulak sebab by time aku reach hospital kesan bengkak tu dah hilang - totally. Macam magik.

Esoknya aku dengan Mamoru amik cuti. Bawak Amarr pergi Hospital Pantai, Bangsar. Mamoru macam skeptikal sikit bila aku insist nak bawak Amarr ke situ. Kan aritu kami ada bawak Amarr pergi jumpa pakar dermatologist kat Pantai tapi service dia macam hampeh? Bukan macam hampeh sangat la, tapi dia macam tak concern sangat bila kami explain pasal alergi yang Amarr kena. Dia just bagi ubat sapu dan ubat makan, boleh?

Sebab tu Mamoru macam tak suka sangat doktor kat Pantai ni. Aku cakap kat mamoru, takper. Kita try jumpa Paed kat situ. Kalau tak puas hati juga, kita pegi SDMC pulak.

Kami jumpa Doktor Azam. Baru je jumpa dengan doktor ni, aku terus suka. Dia dengar dan amik berat setiap apa yang aku explain. Dan dia bagi aku solution yang aku boleh terima. Setakat ni aku puas hati lah. Mamoru pun impress dengan doktor ni.

Yelah, dalam situasi macam aku nih. Dah lah kami tak tahu apa yang trigger alergi dalam badan Amarr. Semua doktor yang kami jumpa tak boleh nak explain apa yang jadi. Derang just advise jangan bagi Amarr makan benda yang buat dia alergi. Setakat advise macam ni, aku punnnn tau. Takan aku gila nak kasi Amarr makan mender yang sama kalau dah jadi camtu kan?

Dengan doktor Azam, aku tak payah nak explain banyak. Dia macam tahu apa yang aku nak. Dia suggest buat blood test untuk setiap jenis makanan. At least, kami boleh tau apa yang trigger alergi dalam badan Amarr. So aku tak payah nak trial & error bagi Amarr makan mender baru.

Setiap kali bagi Amarr makan adalah sesuatu perkara yang amat menakutkan ok! Ia macam antara hidup dan mati. Serious.

Paling aku rasa lega bila doktor terangkan tentang Epipen Junior dan advise aku guna mender nih time emergency. Nih antara jawapan yang aku nak sebenarnya (Terima kasih Dr Azam). Walaupun Epipen nih bukan solution untuk alergi Amarr tapi at least dia boleh membantu terutamanya dalam situasi yang membabitkan nyawa (esp kalau alergi teruk jadi masa kami jauh dari hospital)

Sadly hospital Pantai takde stok Epipen Junior nih. Derang cakap, kompeni yang supply mender nih dah bertukar dan derang still mencari supplier yang lain. Adui.. baru nak nampak cahaya terus gelap jadinya.

Kalau korang tau kat mana ada jual Epipen Junior nih (bagi nama kedai/ lokasi /contact no), aku memang berterima kasih sangat lah. Tuhan je dapat balas jasa korang. Nurse kat farmasi hospital Pantai cakap satu batang Epipen ni harga dia ratus-ratus jugak lah. Kalau korang tau harga sebenar inform lah kat sini ek. Terima kasih.

Klik sini kalau nak baca tentang Epipen http://www.epipen.com/about-epipen/overview



Selingan....

Akak yang tunggu giliran nak jumpa doktor: "Anak you alergi macam yang jadi dalam movie cerita omputeh tu ke? yang selalu jadi kat anak mat salleh?"

Hm.. kat Malaysia ni memang jarang dengar kes macam nih eh?

Thursday, September 29, 2011

Open house kat ofis

Layan gambar je lah.

First, gambar gedik sendiri musti ada


Kena bubuh bebanyak..


Kalau nak menggedik, biar habis-habisan.. huhu


Dan lagi..


Ok, baru masuk part open house nya..


View gegamai


Gambar kuih muih.. antara gambar yang akan diupload oleh blogger taim camnih


Lagi gambar orang ramai dalam majlis


Gambar terselit antara orang ramai pun wajib ada


View makanan dah orang gamai


View penutup

Ok, sekian entry kat ofis. Tak leh nak close up sangat. Readers dari tempat aku keje nih ramaiiii... kena cover banyakkkkk.. thehehehe

Tuesday, September 27, 2011

Jangan rendah diri tengok orang lebih dari kita

Aku tak boleh lah tengok orang susah. Atau orang yang bersusah payah bekerja semata untuk cari rezeki halal sara anak bini. Sedih woo. Boleh mengalir air mata nih.


Tak semua orang bernasib baik. Tak semua orang lahir dalam keluarga yang kaya. Tak semua orang berpeluang belajar sampai berjaya. Dan kalau lepas belajar sampai degree pun, tak semua orang berpeluang dapat kerja yang best-best yang boleh jamin masa depan.


Macam sorang kawan aku; Dia best student masa kat sekolah. Best student masa kat universiti. Result power. Dean list setiap semester. Tapi bila grad, susah cari kerja. Dah berapa kali tukar kerja pun gaji masih tak seberapa. Bayangkan dalam umur dia 32 tahun sekarang ni, gaji dia just RM2,200. Rendah gila ok. Gaji minimum fresh grad sekarang pun dah RM2500 tau.


Itu cerita orang yang ada degree. Bayang kan orang yang just ada sijil SPM, PMR.


Dulu kan, aku jeles tengok kengkawan yang satu sekolah dengan aku (aku sekolah kat kampung). Mak bapak derang semua ada tanah berekar-ekar. Tanah kawasan rumah je boleh bina lagi dua-tiga bijik rumah. Tu belum masuk tanah sawah, tanah ladang, tanah dusun.


Definisi kaya kat kampung lain sikit dari kat bandar. Kalau mak bapak kau ada tanah, walaupun just tanah kawasan rumah sendiri, itu adalah dikira mewah. Tapi kalau keluarga kau menyewa (dalam kes family aku dulu), atau berpindah dari satu rumah ke satu rumah sewa dalam kampung / daerah yang sama, itu adalah dikira merempat. Yelah, sedara mara kau dalam kampung tu semua ada rumah. Kau je yang menumpang di kampung sendiri. Sedih ok.


Seumur hidup aku, memang aku berangan sangat nak ada harta sendiri, i.e., rumah, tanah, etc. Rasanya semua orang camtu kan.


Zaman aku dulu, disebabkan family tak mampu, nak belajar kena buat loan (PTPTN). Orang lain, bila grad, takde hutang. Orang-orang yang tak mampu macam aku ni, abis je grad, hutang berkepuk! Kena settlekan hutang dulu sebelum boleh kumpul duit beli harta. Gaji orang baru grad berapa lah sangat. Tolak PTPTN, sewa rumah, tambang pergi keje, duit makan hehari, duit hantar kat kampung.. balance? Zero ok. Zero. Kalau nasib tak baik, negatif! Itu pun, duit hantar balik kampung kengkadang miss sebab sangappp tak cukup budget.


Mimpi je lah kau nak saving beli keta, rumah segala. Takkan cukup. Unless.. yer, unless kau dapat kerja dengan kompeni swasta yang besarrrrr atau kau keje dengan kerajaan (sebab, benefit banyakkkkk). Kalau kompeni yang kau kerja tu setakat biasa-biasa je.. haih. Simpan je lah niat tu.


Disebabkan susahnya hidup dari zaman kekecik pluss hazab life masa awal-awal kerja kat KL ni, aku rasa macam mustahil untuk aku kumpul harta sendiri. Jangankan nak beli kereta, nak beli henpon pun aku tak mampu. Tak mampu ok.


Kengkawan yang sesama baru grad dengan aku, bukan setakat kereta, rumah pun derang dah beli. Fuhh.. best gila. Umur baru 23 / 24 tahun dah ada rumah! Ohh.. mula lah aku duk rasa rendah diri segala. Tapi bak kata Mamoru, kita kena compare 'apple to apple' Derang dengan kita mana sama. Life derang lain. Derang datang dari keluarga yang berkemampuan. Keluarga kau? Takde harta, orang susah.


Ni salah satu motivasi juga untuk orang yang penah rasa susah macam aku dedulu. Jangan putus asa. Jangan rasa randah diri kalau tak mampu beli rumah, tak dapatt beli kereta atau tak cukup duit nak beli henpon. Mungkin ada hikmah sebaliknya. Mungkin Tuhan dah ada perancangan yang lebih baik di masa akan datang?


Contoh; Mungkin kawan kau tu dengan selambanya boleh beli apartment walaupun baru je grad. But who knows, mungkin lima enam tahun akan datang, dengan izin Allah (swt) kau dapat beli Bungalow or Semi-D?


U r not alone, bebeh.. *wink*

Friday, September 23, 2011

Housing loan

Minggu yang bizi, kelam kabut, berdebar-debar, eksaited, semua ada.

 

Amarr baru baik dari depam campak. Patutlah dari munggu lepas dia asyik demam-kebah-demam-kebah. Nasib baik dia kena campak yang jenis bintik-bintik ruam. Kalau kena jenis cacar air, mauu pengsan aku dibuatnya.

 

Tenkiu kat Mamoru sebab sanggup amik cuti berhari-hari untuk jaga Amarr. Yelah, mana boleh hantar Amarr ke rumah pengasuh dalam keadaan camtu. Kang kalau berjangkit kat bebudak lain, lagi haru.

 

Ariff pulak tak dijangkit walaupun duk berpeluk, berkungtau dengan adik dia. Mungkin sebab dia dah amik extra imunisasi masa umur dia setahun dulu kut. Lega sikit.

 

Tahun lepas aku ada buat satu wishlist nak beli rumah. Tapi tak tertunai.. tskk. So, forward wishlist tu ke tahun ni. Alhamdullilah, sekarang tengah proses. Berdebar + eksaited nih.

 

Dalam proses apply loan rumah nih kan, aku paling kagum dengan service dari Pulic Bank. Laju gila.

 

Ekceli ada banyak bank yang approach aku untuk buat loan. Senang keje aku. Tayah sesusah payah cari bank. Bank sendiri yang datang kat aku. Saja aku amik kesempatan apply kat sesumer bank. Nak compare berapa BLR (base lending rate) yang paling rendah yang derang boleh bagi. Antara bank yang aku apply:

 

1. Maybank

2. Public Bank

3. Hong Leong

4. Ambank

 

CIMB dan bank lelain belum apply lagi.

 

Tapi so far, aku dah reject Ambank awal-awal lagi sebab derang just boleh bagi loan 80% je. Aku nak 90% kalau dapat 100% pun boleh jugak.. huhu (tapi aku bukan buat loan under PR1MA or Skim Rumah Pertama - gua tak layak beb. Skim tu untuk individu yang bergaji bawah RM3000 atau combination gaji suami isteri tak lebih RM6000)

 

Hong Leong cawangan xxx  (officer: Melayu), aku dah lupakan terus. Sebab lepas staff dia suruh aku fax document segala, nan-ado follow up dari derang cakap dah terima fax aku ke haper. Aku malas nak call. Pada aku, kalau derang nak buat bisness, derang lah kejar customer. Kalau tak, bank lain melambak.

 

Maybank cawangan xxx (officer: cina). Kejap. Aku nak kutuk kang, malu sendiri jugak. Yelah, kompeni aku makan gaji. Tapi, service? Malu beb, malu. Untuk kes Maybank, special sikit sebab aku yang call branch. Aku cari officer kat situ bagi dokumen. Sebab? Sebagai staff, aku boleh pilih sama ada nak amik under komersil rate atau staff rate. Staff rate rendah jugak lah: 3.5 compare dengan lowest BLR 4.2 untuk komersil. So, lepas dapatkan contact no officer tu, aku pung scan dan email semua doc kat dia.

 

Tapi pastu, ada dia call balik? Nan hado ok. At least, cakap lah dah terima ke apa, or cakap lah tengah proses. Kalau malas nak call, reply je email aku tu. Takde ok. Takde. Aku pulak yang duk call dia tanya dah dapat email? Dah proses? etc. Lembab dik nonn.. Nyesal aku contact officer kat branch. Kalau tau gini slow, better aku contact mortgage consultant je. Yelah, officer kat branch tak perlu kejar komisen sangat. Gaji dah sedap. Tetiap tahun dapat bonus berbulan-bulan. Kalau mortgage consultant, derang memang kejar komisen. Lagi banyak loan derang approve, lagi banyak $$$$ yang derang dapat.

 

Public Bank cawangan xxx (officer: Melayu). Fuhh terbaekk. Hari nih derang call aku mintak dokumen segala, hari nih jugak derang compile, proses, check CCRIS, call office confirmkan kita keje kat situ atau tak segala. Sangat laju ok. Sampai malam pun derang call aku nak update tentang loan processing derang. Now tunggu approval je. Kagum. Kagum. The lowest yang Public Bank boleh offer kat aku:

BLR-2.5 (first year)

BLR-2.4 (tahun kedua dan seterusnya)

 

Aku kalau boleh nak jugak amik loan dengan Maybank. Sebab, easy access. Boleh buat bayaran online. Cawangan banyak. Pakej loan Maybank memang terbaik (cuma tu ler, staff yang patut menjualnya macam lemauuuuu jer). Maybank punya BLR sekarang ni:

BLR-2.5 (first year)

BLR-2.45 (second year)

BLR-2.4 (tahun ketiga dan seterusnya)

 

or

 

Staff Rate fixed at 3.5

Payment otomatik tolak gaji

Tak boleh refinance .. huhu

 

We'll see la macam mana. Maybe aku apply lagi kat few other bank. Survey lagi. Tengok lah bank mana lebih cepat proses loan. Kalau semua bank approved, pilih je lah mana yang terbaik, tak gitu?

 

Aku dah fefeeling nak discuss dengan developer suruh upgrade tiles jadi 24"x24" polished tiles pastu upgrade porch punya tiles ke 1'x2'.. etc, etc.

 

Fuhh.. berangan jer. Walhal loan belum approve lagi.. hihih

 

 

Thursday, September 15, 2011

Kembali bizi

Nasib baik esok cuti. Boleh kosentret jaga Amarr. Amarr dah 3 hari tak sihat. Siang ok, malam demam panas. Suhu naik lebih 39. Sampai tidur pakai pampers je. Malam tadi dah bawak pergi klinik. Pagi ni masa hantar kak Kak Ina, suhu turun sikit. Tapi still panas juga. Risau. Dah la Mamoru outstation seminggu. Haih.


Harap hari ni ada perubahan, insyaAllah.


........................................................................................................................


Weekend nih dah start balik dengan job makeup. My weekends are fully occupied again.. until next year ok. Ada lah few weeks yang free. Kena block mana yang sempat for my gunung trips and for gateaway dengan hero-hero comel.


My facebook Makeupfreak page dah lebih 10,500 orang fans. Thanks uols for your support.


I'm so addicted to makeup. Pada aku, every faces are like kanvas where I play with my colors and work my skills to create a beautifull artwork (hamik ko, asal nak berfalsampah je musti cakap omputeh). Tapi betul. Bila naik lrt pergi kerja, aku selalu peratikan muka-muka orang sambil fikirkan macam mana nak cantik kan muka derang, warna apa yang sesuai dengan derang, nak shading part mana, nak hi-lite tang mana, etc. Yer, bergitu lah aku punya obses dengan makeup nih.


Bercakap pasal makeup, buat aku teringat kat Biqque & alamak siapa lagi sorang yang menang contest Makeupfreak aritu? Bila korang nak tuntut hadiah makeover nih? huhu..


Anw, rerajin lah lawat www.makeupfreak.net untuk tengok hasil makeup aku :)



Wednesday, September 14, 2011

Baraan raya Kuala Selangor

Suka aku tengok kengkawan kat Kuala Selangor nih. Semangat persahabatan tu memang kuat. Dari derang muda belia derang amalkan baraan (beraya dari rumah-ke rumah) sampailah dah kahwin dan beranak-pinak. Still, derang tetap teruskan amalan baraan ni. Alhamdullilah. Semoga persabatan nih terus kukuh sampai bila-bila.

Cuma terasa sikit perbezaan baraan tahun nih bila kami pergi beraya dirumah yang derang beli / sewa sendiri. Esp, kengkawan yang dah berumah tangga. Kalau dulu, pergi beraya rumah parents memasing, sekarang dah ada rumah sendiri.. hihi. Feel dia lain sikit. Maklum lah, memasing baru nak adjust life. Tapi meriah tetap meriah.

Rumah pertama yang kami pergi, macam biasalah.. rumah Kak Lela. Lupa nak ambil gambar masa kat sana.


Meriah kan? Semua sibuk nak interprem. Mak budak, bapak budak, bakal jadi mak-bapak


Nih depan rumah kedua yang kami pergi. Rumah Talha & Amy (bakal mummy & daddy). Baru beli rumah derang ni hihi.. first time rasmikan. Alhamdullilah, berkat hidup derang. Gambar dalam rumah tak sempat nak ambik. Excited sangat.


Rumah ketiga. Rumah Hafiz & Laila. Dah ada anak sorang derang nih. Aufa (3 bulan taim ni)

Rumah ke 4. Rumah Niza & Azahar. Niza pun dah ada sorang anak. Aryan Irfan nama dia (6 bulan)


Rumah ke 5. Rumah Liza & Azizi. Pun dah ada sorang baby girl; Auni


Port musti amik gambar. Kat tangga rumah Liza.. tetiap tahun mesti bergambar kat sini


Rumah ke 6. Rumah Epul. Aku suka gila rumah dia nih. Tetengah sawah. View best gila (sayang tak amik gambar). Oh, Epul masih bujang.. hihi

Rumah ke 7. Rumah Syafiq & Tuty. Derang dah nak masuk 2 anak (Adriana & baby dalam perut) Tak snap gambar la pulak... Dah penat bebenor kut. Tu yang takde gambar. Nih semua dalam masa satu hari okeh! Rumah Syafiq pun best. View sawah yang superb. Laman rumah Syafiq nih port orang buat penggambaran filem :)

Lepas habis raya rumah Tuty, kami terus gerak balik KL. Penat gila sampai terpaksa berhenti kar RNR semata-mata nak tidur sekejap. Dulu boleh layan beraya sampai ke malam (banyak lagi rumah yang tak pergi tahun ni tau). Tapi bila kena beraya dengan 2 orang budak comel.. huhuhuhu.. penat gila. Tapi best, mission beraya dengan kengkawan accomplished.

Tahun depan mesti teruskan tradisi nih. Turunkan kat anak-anak pulak. Dan tahun depan sure lagi best sebab dah ada tambah baby-baby baru :)



Oh, ni gambar masa 6 tahun dulu dengan derang semua. Kat depan rumah Kubing. Memasing semua single-mingle dan muda belia lagi.. Taim nih baru lepas main meriam buluh ok.. ganas tak ganas memasing. Sekarang dah matured. Dah kawin. Dah ada anak :)

Dinner kat Garden, Viva Mall

Best tempat ni.. ada set menu untuk budak kecik :)


Suka gelas mug comel nih..


Ariff leka nak usik pokok bunga atas meja


Meja restoran nih macam tak sesuai untuk budak kecik. Banyak sangat berbuju. Bahaya lah.


Tapi makanan... sedeeeppppp. Nih Mamoru punya.. aperntah nama dia



Mine.. Tak ingat mee apa. Janji sedapp sudahh..

Tuesday, September 13, 2011

Logo baru Maybank

Dont know why this scheduled entry tak keluar. So, I decided to publish it manually:

Jumaat lepas Maybank buat launching dia punya new corp logo. Tak ada beza sangat lah cuma logo tu diberi nafas baru. Maklum lah, kali terakhir Maybank tukar wajah bila ek? Hampir 18 tahun dulu kot. Lama gila..

Try compare logo baru & logo lama ni:

Logo Lama: Harimau ni nampak macam dah tua dan terlalu penat. Telinga jatuh, gigi tumpul. Guess its about time la untuk tukar logo.. huhu


Logo Baru: Lebih garang. Nampak muda dan bertenaga. Tho ada yang cakap tak ada rupa rimau, tapi kalau kompare dengan yang lama, kira ok lah jugak..


p/s: Bukan setakat logo, malah font Maybank juga berubah sikit. Font yang baru nih dah tak ada frame macam dulu :)

Sesekali interprem

Syok jugak ek, sesekali upload gambar sendiri kat blog sendiri. Walau kengkadang, rasa pelik dan malu sendiri (ntahapehape).


Muka dengan makeup simple tanpa eyeliner. Senang nak cuci.


Nih taim lunch hour.


Abaikan background belakang tu.



Haih. Fine line dah hampir jelas kat area mata.. 10 tahun lagi konpem mengagau cari botox.. huhuhu

Ok. Sekian gambar gedik hari ini.

Ariff & Amarr

Koleksi gambar Ariff & Amarr

Bawah nih gambar Ariff masa kat Tesco Melaka. Taim nih, aku tengah shopping baju raya. Panas kat luar so, tinggalkan dia dengan Mamoru kat sini. Ada aircond :)



Aku berangan nak create satu bilik khas untuk playground Ariff.. haih, I want a big house!


Ariff tengah turun gelungsur belon nih. Mana nak beli mender nih eh?


Tapi, haih.. mana nak muat rumah aku.. tsskk



Tertidur kepenatan atas pangku Mamoru lepas sekerat hari main kat situ.


Bawah nih pulak, Amarr masa kat rumah Atuk Melaka:


Kena pedajal dengan mummy - pakai towel kat kepala :)


Gambar-gambar nih masa Amarr 8 bulan..


Rambut pacak



Jelir lidah pulak.. comel je

Monday, September 12, 2011

Pengemas setia

Rutin setiap malam:
Pungut toys bawah meja, bawah kerusi, belakang tv, etc
Kemas dan asingkan ikut kategori toys
Baiki mana toys yang rosak atau tercabut


Nih kira ok lagi tahap bersepah.. selalu tu.. haih..


Setelah diasing dan di satukan dengan bahagian yang betul


Soft toys


Cars, etc


Yang nih memang sentiasa tak complete..


Yang nih pun banyak yang tak jumpa.. ntah ceruk mana lagi kena humban.. esok je lah cari


Balls, etc


Motor.. Oh, Ariff ada request nak basikal.. kena beli ni.. Dan satu lagi, kat mana ada jual toys karektor Toys Story? Ariff minat betul dengan Buzz Lightyear.. Ariff selalu sebut ayat trademark Buzz, "To infinity and beyond!" (sambil buat gaya macam Buzz)


Ok, lepas penat mengemas, order pizza (kat depan rumah aku ada Domino, Pizza Hut Delivery, Tutti Fruitti, Old Town, etc) Lintas jalan je dah sampai. Dekat nauu. Tapi dah tetengan malam, home delivery je sudahh


Jemput tengok.. huhu